You are on page 1of 3

UNDANG-UNDANG PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL

(SHA 2083)

NAMA: NUR AIN SYAWANI BINTI AHMAD


NO. MATRIK: D1920049
PROGRAM & SEMESTER: DPS 4

JAWAPAN ESEI DAN APLIKASI:

1. Di Malaysia, sebarang institusi yang ingin diwujudkan mestilah berasaskan undang-


undang, maka untuk mentadbir Kewangan Islam yang sifatnya lain daripada sistem
konvensional yang sedia ada maka ia memerlukan suatu undang-undang yang khusus.
Bagi tujuan ini maka pelbagai statut telah digubal bagi memberi panduan berkaitan
pentadbiran kewangan Islam antaranya Majlis Penasihat Syariah telah ditubuhkan oleh
Bank Negara Malaysia berdasarkan peruntukan seksyen 51 Akta Bank Negara Malaysia
2009 dan merupakan pihak berkuasa tertinggi dalam menentukan hukum syarak berkaitan
dengan perniagaan kewangan Islam. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka, MPS dibenarkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009 untuk menentukan
tatacaranya tersendiri: 51. (1) Bank boleh menubuhkan suatu Majlis Penasihat Syariah
mengenai Kewangan Islam yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan
hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam. (2) Majlis Penasihat Shariah
boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Antara peranan MPS berdasarkan daripada peruntukan dalam seksyen 52 Akta


Bank Negara Malaysia meliputi MPS mempunyai kuasa dalam menentukan hukum
syarak mengenai apaapa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujuk
kepadanya. MPS juga berfungsi untuk menasihati Bank Negara Malaysia dalam perkara
Syariah yang berkaitan dengan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi oleh Bank Negara
Malaysia dan juga memberikan nasihat kepada mana-mana insitusi kewangan Islam atau
mana-mana orang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang
bertulis.
52. (1) Majlis Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan
mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut Bahagian
ini;
(b) untuk menasihati Bank mengenai apa-apa isu Shariah yang berhubungan
dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank;
(c) untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam
atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah manamana
undang-undang bertulis; dan
(d) apa-apa fungsi lain sebagaimana yang
diputuskan oleh Bank

Berdasarkan seksyen 52 di atas, salah satu fungsi utama MPS adalah menentukan
hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila
dirujukkan perkara tersebut kepada MPS. Seksyen 52 (2) Akta Bank Negara turut
memperuntukkan: 52. (2) Bagi maksud Bahagian ini, “keputusan” ertinya apa-apa
keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah bagi penentuan hukum Syarak bagi
maksud perniagaan kewangan Islam. Maksud “keputusan” yang dinyatakan di seksyen 52
(2) tersebut merujuk kepada apa-apa keputusan yang dibuat MPS bagi penentuan hukum
syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam. Keputusan Syariah yang diputuskan
oleh MPS dikenali sebagai Resolusi Syariah.

2. Dalam SGF 2010 telah menyenaraikan 4 fungsi dalaman yang terdiri daripada, Shariah
Review, Shariah Risk Management (SRM), Shariah Audit, dan Shariah Research.
Namun, selepas BNM mengeluarkan garis panduan yang baru iaitu SGPD 2019, terdapat
penambah baikkan yang mana hanya 3 fungsi dalaman (Perenggan 16.3 SGPD). Shariah
Research tidak lagi diletakkan di bawah fungsi dalaman sebaliknya bergantung kepada
IKI itu sendiri. Sesetengah IKI meletakkan Shariah Research di jabatan Syariah untuk
melaksanakan urusan-urusan skretariat kepada SC. Walaubagaimapun, ia masih
dikategorikan sebagai pegawai Syariah. Oleh itu, kerangka kerja yang dikeluarkan oleh
BNM telah menggariskan keperluan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 4 unit
syariah (Ruzian 2013) dalam IKI termasuklah bank-bank yang menjalankan perbankan
Islam.
i. Shariah Review
Shariah Review atau semakan syariah atau kajian syariah merujuk kepada fungsi
untuk melakukan penilaian berkala yang berkaitan dengan pematuhan syariah
dalam aktiviti dan operasi IKI oleh pegawai syariah yang berkelayakan selari
dengan kehendak syariah (SGPD 2019).
ii. Pengurusan Risiko Syariah (Shariah Risk Management (SRM)
Merujuk SGF 2010, pegawai syariah yang menjalankan pengurusan risiko
berperanan untuk melaksanakan satu rangkaian proses dalam IKI yang melibatkan
pengenalpastian, penilaian atau pengukuran, pengawalan dan pengurangan,
pelaporan. Proses pengenalpastian adalah bertujuan untuk mengenalpasti sebarang
risiko yang mungkin berlaku sama ada dari segi bagaimana risiko itu berlaku atau
bahagian yang paling mudah terdedah dalam risiko. Penilaian dan pengukuran
pula merupakan proses untuk mengukur sejauh mana tahap risiko tersebut dan
ketiga proses pangawalan iaitu pegawai yang bertanggungjawab perlu mengawal
risiko tersebut sama ada dengan cara mengurangkan, menghalang, memindahkan
atau menerima risiko tersebut. Proses yang terakhir melibatkan pegawai syariah
untuk membuat palaporan mengenai risiko. Peranan kedua ialah merumus dan
mengesyorkan polisi dan garis panduan pengurusan risiko ketidakpatuhan syariah
yang sesuai.

You might also like