You are on page 1of 7

Aktiviti Pengukuhan

SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 3


Latihan 1
Prosa Tradisional : Bahagia Sesudah Derita
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Maka Miskin pun hairanlah akan dirinya sebab bertuah untungnya maka boleh diberi orang pasar
berbagai-bagai jenisnya. Adapun tatkala akan dahulu jangankan diberinya, hampir pun tiada boleh,
dilemparnya dengan batu dan kayu. Setelah sudah fikir demikian itu maka ia pun kembalilah
mendapatkan bininya. Maka segala buah-buahan dan makanan dan kain baju itu pun ditunjukkan
kepada bininya seraya berceterakan halnya tatkala di pasar itu.
Maka bininya pun menangis tiada mahu makan jikalau tiada buah mempelam yang dalam
taman raja itu. Maka bininya pun berkata, “Biarlah aku mati sekali”
Maka terlalulah sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati
rupaya tiada berdaya lagi. Maka suaminya pun pergilah menghadap Maharaja Indera Dewa itu.
Maka baginda pun sedang dihadap oleh segala anak raja-raja itu. Maka Miskin pun sampailah ia
lalu masuk ke dalam sekali.
Maka titah baginda, “Hai, Miskin, apa kehendakmu?”
Maka Miskin pun sujud kepalanya lalu ke tanah sembahnya, “Ya Tuanku beribu-ribu
ampun, jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertua akan patik yang hina ini, patik hendak memohon
akan mempelam Duli Syah Alam yang gugur barang sebiji.”
Maka titah baginda kepada hambanya, “Pergilah engkau ambilkan buah mempelam itu
barang setangkai kepada Miskin.”
Maka diambilkan oranglah; diberikannya kepada Miskin itu. Maka diambilnya seraya
menyembah kepada baginda itu lalu ia keluar berjalan kembali.

Dipetik daripada Prosa Tradisional ‘Bahagia Sesudah Derita’


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia.

1 Mengapakah Si Miskin berasa hairan ketika berada di pasar?


A Orang ramai tidak melemparkan batu dan kayu.
B Orang di pasar memberikan berbagai-bagai jenis makanan.
C Orang di pasar memerhatikan Si Miskin.
D Orang di pasar tidak memberikan apa-apa kepada Si Miskin.

2 Mengapakah bini Si Miskin menangis?


A suaminya tidak membawa makanan kepadanya.
B suaminya membawa balik berbagai-bagai jenis makanan.
C suaminya tidak menghadap raja.
D suaminya tidak membawa balik buah mempelam.

1
3 Nyatakan tujuan Si Miskin ke istana?
A melihat keindahan Istana.
B meminta sedekah daripada raja.
C memohon beberapa biji buah mempelam di taman raja untuk dimakan.
D menunaikan hasrat isterinya yang ingin makan buah mempelam.

4 Apakah maksud sebal hati dalam petikan di atas?


A berasa sedih
B berasa kecewa
C berasa marah
D berasa sebak

5 “Maka terlalulah sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati
rupanya tiada berdaya lagi”.
Berdasarkan ayat di atas, perwatakan Si Miskin ialah seorang yang _______.
A pemarah
B penyayang
C penyabar
D pembenci

6 Pada pendapat anda, mengapakah Si Miskin sanggup mengikuti kehendak isterinya?


A isterinya tidak boleh ditegur.
B tidak mahu berbalah dengan isterinya.
C tidak sanggup membantah kata-kata isterinya.
D berasa simpati terhadap isterinya yang mengandung.

l.mega
Latihan 2
Prosa Tradisional : Bahagia Sesudah Derita
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Maka hari pun petanglah. Maka Si Miskin itu tiada undur dari situ lagi. Di sanalah ia tidur. Maka
hari pun sianglah. Maka pagi-pagi hari maka Si Miskin pun pergi berjalan dua laki isteri maka
bertemulah dengan orang. Maka dilihatnya Si Miskin itu segera mengambil kayu. Maka dilontarnya
dan dipalunya Si Miskin dua laki isteri itu. Maka ia pun larilah membawa dirinya dengan
berlumuran darah. Maka kata isterinya, “Wahai kakanda, sangatlah rasa tubuhku tiada berdaya lagi,
hanculah segala anggotaku.”
Maka terlalu belas rasanya hati suaminya melihat laku isterinya maka ia pun turut menangis
seraya mengambil daun kayu, dimandikannya maka disapunya seluruh tubuh isterinya sambil
berkata, “Diamlah tuan, jangan menangis. Sudahlah untung kita ini rupanya.” Maka isterinya pun
diamlah.
Adapun akan Si Miskin itu asalnya daripada raja keinderaan kena sumpah Betara Guru sebab
ia turun ke dunia membawa isterinya tiada memberitahu Betara Guru. Itulah maka demikian
dirasanya.
Dipetik daripada Prosa Tradisional ‘Bahagia Sesudah Derita’
antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia.

7 Apakah peristiwa yang berlaku pada waktu siang?


A Si Miskin bersama dengan isterinya masih tidur.
B Si Miskin bersama dengan isterinya pergi berjalan.
C Si Miskin bersama dengan isterinya pergi ke tempat orang ramai.
D Si Miskin bersama dengan isterinya menangis sepanjang hari.

8 Yang berikut merupakan perwatakan Si Miskin, kecuali


A bertanggungjawab.
B penyayang.
C prihatin.
D amanah.

Adapun akan Si Miskin itu asalnya daripada raja keinderaan kena sumpah Betara Guru
sebab ia turun ke dunia membawa isterinya tiada memberitahu Betara Guru. Itulah maka
demikian dirasanya.
9 Pengajaran yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah _____
A kita mestilah melakukan sesuatu dengan ikhlas.
B kita haruslah bertanggungjawab terhadap perkara yang telah kita lakukan.
C kita hendaklah patuh akan arahan ketua.
D kita wajar bersyukur setiap masa.

3
Latihan 3
Prosa Moden : Legasi Tapai Ubi
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai
ubi Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon
Tapai Ubi, seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku!
Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim. Ah, bencinya!
“Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” Jerit bapa dengan loghat Jawanya yang
pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat
menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-
mana sahaja jika ada tempahan.
Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih-lebih
lagi sejak aku memasuki sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit
karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku
yang sama-sama menumpangi bas sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah
bisa tegal biasa. Aku hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki.
Ironinya, aku tidak pernah melihat bapa dan ibu jemu dengan dunia tapai mereka. Pagi-pagi
lagi bapa akan ke kebun untuk mencabut ubi. Kebun kami bertanah gambut, dan bapa mudah sahaja
mencabut berpuluh-puluh pokok ubi. Karung ubi dipikul pulang. Emak akan mengopek kulit
berwarna coklat. Putih bersih ubi kayu yang segar itu jadinya. Kemudian ubi itu dipotong pendek-
pendek dalam seinci setengah panjangnya. Akulah yang sering melakukan tugas ini. Memang layak
orang memanggilku Parjo Tapai.
Setelah itu emak menjerang air seperiuk besar. Ubi-ubi putih itu direbus sehingga empuk.
Dituskan, nampak enak juga. Akan tetapi oleh sebab setiap hari aku menetap ubi rebut itu, seleraku
sudah hilang. Jelak jadinya aku dengan ubi rebus itu.

Dipetik daripada cerpen ‘Legasi Tapai Ubi’


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia.

10 Berdasarkan perenggan 4 petikan di atas, apakah maksud perkataan mengopek?


A mengupas.
B membelah.
C menghiris.
D memotong.

11 Berdasarkan perenggan 4 dan 5 petikan di atas, nyatakan perwatakan Parjo Tapai.


A jujur.
B berdikari.
C peramah.
D rajin.

4
12 Maksud peribahasa alah bisa tegal biasa ialah _______
A pekerjaan yang sukar pasti lebih biasa dilakukan.
B pekerjaan yang susah perlu dilakukan secara berterusan.
C pekerjaan yang sukar akhirnya pasti akan menjadi lebih mudah.
D pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.

13 Antara berikut yang manakah merupakan proses membuat tapai ubi?


A ubi dituskan ubi direbus ubi dipotong.
B ubi direbus ubi dipotong ubi dituskan.
C ubi dipotong ubi dituskan ubi direbus.
D ubi dipotong ubi direbus ubi dituskan.

14 Mengapakah Parjo semakin jemu dengan tapai ubi sejak di memasuki sekolah
menengah?
A dia terpaksa menjual tapai ubi kepada rakan-rakan sekelasnya.
B dia terpaksa menjinjit karung tapai untuk diletakkan di kantin sekolah.
C dia terpaksa membantu ibu bapanya berjual tapai ubi di bandar.
D dia terpaksa menjinjit tapai ubi untuk diletakkan di dalam bas sekolah.

15 Berdasarkan keseluruhan petikan di atas, Parjo digambarkan sebagai anak yang ______
A taat kepada ibu bapanya.
B tidak mengenang jasa ibu bapanya.
C malu akan pekerjaan ibu bapanya.
D rajin membantu ibu bapanya di kebun.

l.mega
Latihan 4
Prosa Moden : Bawod
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Murid-murid baru sahaja masuk ke kelas. Tidak seorang pun kelihatan di luar kecuali guru besar
yang sedang memerhati halaman Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir. Beluntung menambat
Tuyog pada pohon kelapa. Tempat itu terlindung daripada cahaya matahari dan banyak rumput. Dia
mengetatkan tali kemudian bergegas ke kelasnya. Ketika hendak duduk, Beluntung teringat hanya
tinggal dua bulan lagi akan diadakan peperiksaan darjah enam. Aku mesti lulus dengan cemerlang,
bisik hatinya. Tidak lama kemudian, Cikgu Rambayut masuk untuk mengajar mata pelajaran Ilmu
Alam. Beluntung mendengar dengan hati-hati setiap patah perkataan yang diucapkan oleh gurunya.
Loceng rehat kedengaran, Beluntung terus berlari mendapatkan Tuyog. Beluntung
membayangkan jika Bawod ada, tentulah Tuyog tidak kesunyian. Bawod boleh makan bersama-
sama. Akan tetapi Bawod tidak boleh menyeberangi sungai. Bawod takut akan air. Bawod memang
takut akan air. Perjalanan ke sekolah terpaksa melintasi enam batang sungai. Dua daripadanya lebih
kurang enam depa lebarnya dan yang lain-lain tidak sebegitu lebar tetapi agak dalam. Bawod takut
akan air, takut akan hujan. Mana boleh menyeberangi sungai? Air sungai sejuk.
Ketika Beluntung masuk ke kelasnya, rakan-rakan sekelas berbisik-bisik sebelum mencuri-
curi pandang kepada Beluntung. Murid-murid menekup hidup sebaik-baik sahaja Beluntung lalu di
hadapan mereka.
“Bau kerbau!”
Entah siapa yang menjerit. Akan tetapi Beluntung diam sahaja. Tidak lama kemudian
gurunya muncul. Beluntung berdiri dan bertanya. “Kenapa kerbau suka makan garam?”
“Hisyy …,asyik tanya saja,” bisik budak gemuk dan pendek di sebelah Beluntung. Apabila
dia memandang, budak itu cepat-cepat menunjukkan penumbuk dan bersedia untuk bertumbuk.
Beluntung diam sahaja. Buat apa bertumbuk, fikir Beluntung. Kalau mahu lawan, lawanlah
siapa dapat markah tinggi? Siapa dapat nombor satu dalam kelas? Kenapa orang benci aku?
tanyanya dalam hati.
Dipetik daripada cerpen ‘Bawod’
antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia.

16 Apakah usaha yang dilakukan oleh Beluntung agar Tuyog tidak terlepas?
A menampat Tuyog pada pohon kelapa.
B mendapat Tuyog pada waktu rehat.
C memujuk Tuyog agar tidak ke mana-mana.
D sentiasa memerhatikan gelagat Tuyog dari dalam kelas.

17 Walaupun ada murid mengajak Beluntung bertumbuk, tetapi dia mempunyai prinsip
tersendiri untuk membuktikan kehebatan dengan _______.
A cara mendiamkan diri.
B ajak berlawan di luar kawasan sekolah.
C bertanding untuk memperoleh kemenangan dalam sukan.
D memperoleh markah yang tinggi dan nombor satu dalam kelas.

6
18 Pernyataan berikut merupakan perwatakan Beluntung berdasarkan petikan, kecuali
A mengutamakan pelajaran.
B menyayangi binatang.
C panas baran.
D penyabar.

19 Kesudahan cerpen ‘Bawod’, Beluntung berasa sedih apabila mendapati ______


A ayahnya menyembunyikan Bawod.
B Bawod disembelih untuk kenduri kesyukuran.
C keluarganya tidak menyayangi Bawod lagi.
D Bawod telah dijual kepada orang lain untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

20 Pada pendapat anda, mengapakah Beluntung tidak mengendahkan ejekan murid-murid


sekelasnya?
A dia tahu dirinya tidak begitu kuat.
B dia takut akan dimarahi oleh guru mata pelajaran.
C dia terpaksa berdepan dengan murid yang ramai.
D dia hanya mahu menuntut ilmu bukannya bergaduh dengan kawan.

7 Disediakan oleh;
Meganathan Lachimanan
SMK Sungai Karangan

You might also like