You are on page 1of 17

Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.

Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan
untuk membuat salinan
setiap tugasan yang telah
anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: E C D 1 1 3 3

KOD SUBJEK:

TAJUK TUGASAN:

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:
1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9

UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 2 2 / 0 8 / 2 0 2 2

Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.
……………………………………
( NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI )

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1 PENGENALAN 1

2 TEORI PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU B.F SKINNER 2-3

3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET 4-6

4 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ALBERT BANDURA 7-8

5 TEORI PERKEMBANGAN BAHASA LEV VYGOTSKY 9-10

6 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL ROBERT HAVIGHURST 11-12

7 PENUTUP 13
PENGENALAN

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah yang utama di dalam


proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik
mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan
dan perkembangan adalah dua proses yang banyak berkait rapat. Mengenai psikologi
pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang
akan dicapai oleh kanak-kanak bagi setiap faktor umur dan akan membolehkan guru
merancang serta memilih bahan bacaan mengikut berbagai peringkat kesukaran yang sesuai.
Guru perlulah mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai
peringkat umur. Guru juga perlu memberi dorongan kepada pelajar agar dapat memahami
sesuatu dengan berkesan ketika di dalam bilik darjah.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagof tentang bidang psikologi pertumbuhan dan


perkembangan adalah bertujuan untuk memberi pemerian yang paling tepat, objekif dan
sempurna mengikut asal-usul fungsi biologi dan psikologi. Selain itu, dapat menentukan jenis
serta ciri-ciri perubahan umur, memahami makanisme proses serta penentu-penentu tingkah
laku dan meramal tingkah laku.

Menurut Kamarudin Husin pertumbuhan merupakan suatu perubahan yang boleh


dinilai atau diukur pada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain.
Pertumbuhan juga dapat dilihat dengan jelas yang melibatkan perubahan dari segi kuantiti
seperti berat badan, ketinggian, lebar dada dan lain-lain. Menurut beliau juga pertumbuhan
boleh melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh setiap individu dalam proses menuju
kematangan dari semasa ke semasa.
1

TEORI PERKEMBANGAN TINGKAHLAKU B.F SKINNER

Tingkah laku merupakan satu pendekatan terhadap pengujian, penilaian dan


perubahan tingkah laku yang memfokuskan kepada perkembangan tingkah laku yang
bersesuaian seperti tingkah laku prososial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai
di dalam kehidupan seharian seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan sesuatu cara
yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh terapis serta pekerja professional untuk
membantu seseorang individu meningkatkan tahap dalam beberapa aspek dalam kehidupan
seharian. Skinner telah berpendapat bahawa sebuah tingkah laku yang mempunyai suatu
proses yang dinamakan belajar atau dinamakan pengalaman sehingga tingkah laku seseorang
individu dapat terbentuk apabila melakukan stimulasi atau rangsangan.

Burrhus Frederic Skinner (B.F Skinner) telah menyatakan bahawa aspek tingkah
laku dalam psikologi ialah tingkah laku yang dapat diramalkan di dalam sebuah ilmu bukan
hanya dapat menjelaskan tetapi juga dapat meramalkan dari peristiwa yang akan datang
manakala tingkah laku yang dapat dikontrol ialah ilmu yang dapat diantisipasi dan ditentukan
untuk membentuk satu tingkah laku seseorang individu. Skinner merupakan tokoh yang tidak
memiliki ketertarikan terhadap struktural dari kepribadian kerana menurut skinner beliau
dapat dari sebuah ilusi yang dijelaskan dan diprediksi dengan tingkah laku di dalam
kepribadian, namun tingkah laku dapat diubah juga dikontrol dengan mengubah suatu
lingkungan dan dalam hal ini Skinner juga telah menitikberatkan ke dalam tingkah laku yang
dapat diubah. Secara umumnya, tingkah laku dari responden merupakan respon yang
dihasilkan untuk dapat menjawab sebuah stimulus yang memiliki hubungan secara spontan
termasuk di dalamnya respon reflek. Selain itu, tingkah laku operan merupakan sebuah
respon yang dimunculkan sebuah organisme dengan tidak mempunyai stimulus secara
langsung terjadinya suatu respon dalam formulasi sistem tingkah laku. Tingkah laku dari
responden dan operan lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata dan tindakan yang
dapat diterima secara terus seperti pemikiran, perasaan, imaginasi dan ingatan.
2

Peneguhan telah dibahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negative
dimana peneguhan positif merupakan satu proses keadaan yang memberi kesan yang positif
dan kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini atau tidak diingini
ditambah. Apabila tingkah laku diikuti oleh keadaan positif, tingkah laku tersebut akan
meningkat dan berulang apabila diberi peneguhan. Manakala peneguhan negatif ialah satu
proses penyingkiran dan pengelakan yang akan menyebabkan tingkah laku negatif berulang
apabila menerima peneguhan negatif. Contohnya, seseorang mengucapkan terima kasih
apabila wujud tingkah laku menolong. Hal ini akan menyebabkan tingkah laku berulang
kerana wujudnya peneguhan positif.

Oleh itu, penghapusan merupakan satu proses yang tidak wujudnya peneguhan
dimana situasi ini akan menyebabkan sesuatu tingkah laku dihentikan. Sebagai contoh,
seorang ibu akan membiarkan anaknya menangis. Konsep ini didapati anak tersebut akan
berhenti berbuat sedemikian kerana merasakan diabai. Namun tidak semua situasi adalah
bersesuaian dengan konsep ini, sesetengah situasi akan mengundang bahaya seperti
mengabaikan anak yang aktif bermain.
3

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Jean Piaget merupakan tokoh bidang kognitif yang mempelopori teori berperingkat
dan setiap peringkat umur kanak-kanak mempunyai perbezaan kognitif, Jean Piaget juga
dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak yang melibatkan psikologi perkembangan dan
kognitif. Pengertian kognitif mengikut Jean Piaget secara umum adalah kemampuan atau
potensi intelektual seseorang dalam berfikir, mengetahui dan memecahkan masalah. Kognitif
adalah berkaitan dengan persoalan yang menyangkut kemampuan untuk mengembangkan
kemampuan otak atau dinamakan akal rasional. Selain itu, teori kognitif lebih menekankan
cara proses atau upaya bagi mengoptimalkan kemampuan aspek rasional yang dimiliki oleh
setiap individu. Di dalamnya terkandung aspek-aspek pengetahuan, pemahaman, penerapan,
analisis, sintesis, dan evalusi.

Jean Piaget perkembangan kognitif mempunyai empat aspek utama iaitu kematangan
sebagai hasil perkembangan susunan saraf, pengalaman hubungan timbal balik antara
organisme dengan dunianya, interaksi sosial iaitu pengaruh-pengaruh yang diperoleh dalam
hubungannya dengan sosial dan ekulibrasi dimana adanya kemampuan atau sistem mengatur
dalam diri organisme agar mampu mempertahankan keseimbangan dan penyesuaian diri.

Konsep utama teori kognitif Piaget adalah skema dan skemata, asimilasi, akomodasi
dan keseimbangan. Istilah skema atau nama lainnya skemata yang diberikan oleh Piaget
untuk menjelaskan mengapa sesorang individu memberikan respon terhadap sesuatu stimulus
dan untuk menjelaskan hal yang berhubungan dengan ingatan. Skema adalah struktur kognitif
yang digunakan oleh manusia untuk mengadaptasi diri terhadap lingkungan secara
intelektual. Skemata pula merupakan aspek kiasan bagi pemikiran yang berstruktur kognitif
berubah dan berkembang melalui interaksi melalui aspek persekitaran. Semakin membesar
seseorang kanak-kanak itu semakin banyak skemata yang boleh difikirkan dan ditaakul
terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Proses asimilasi berlaku apabila kanak-kanak
menggabungkan sesuatu yang baru dalam tingkah laku mereka. Proses ini juga dapat
membantu mengembangkan skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang
mudah kepada yang susah. Adaptasi terdiri atas proses yang saling mengisi antara asimilasi
dan akomodasi.

Selain itu, proses asimilasi berlaku apabila kanak-kanak menggabungkan sesuatu


yang baru dalam tingkah laku mereka. Proses ini juga dapat membantu mengembangkan
skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah kepada yang susah.
Asimilasi juga merupakan suatu proses kognitif dengan asimilasi seseorang yang
mengintegrasikan bahan-bahan persepsi atau stimulus ke dalam skema atau tingkah laku yang
ada. Manakala akomodasi merupakan sesuatu cara bagi menukarkan konsep lama untuk
disesuaikan dengan maklumat yang baru. Asimilasi dan akomodasi terjadi sama-sama dan
saling mengisi bagi setiap individu yang menyesuaikan diri dengan lingkungannya.
Penyesuaian di antara asimilasi dan akomodasi dinamakan perimbangan untuk proses
keseimbangan yang akan berlaku pada kanak-kanak.

i. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini secara asanya belum mengetahui sebarang maklumat
mengenai objek sekeliling. Kanak-kanak menggunakan deria motor untuk berinteraksi
dan memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak juga masih dapat memperolehi konsep
kewujudan objek atau menganggap objek yang pernah dilihat tiada lagi setelah
disimpan.

ii. Peringkat Praoperasi (2 -7 tahun)

Perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan motor bertukar kepada kegiatan


mental dimana kanak-kanak menggunakan symbol untuk mewakili objek
disekelilingnya dan masih belum mempunyai konsep pengekalan mahupun konsep
transformasi. Pada peringkat ini kanak-kanak mula bertutur tetapi berkisar mengenai
dirinya iaitu bersifat egosentrik seperti melakukan sesuatu perkara mengikut
kehendaknya dan mempercayai orang lain mempunyai pandangan serupa sepertinya.

iii. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak tidak begitu egosentrik kerana pemikiran mereka yang
bersifat pemusatan semakin berkurangan dan kanak-kanak boleh mengambil kira
sesuatu perkara dari pelbagai segi. Kanak-kanak juga dapat menyelesaikan masalah
yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit dan dapat menerima pendapat orang
lain.

iv. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini, kanak-kanak telah dapat membentuk penaakulan dan fikiran secara
abstrak serta dapat menunjukkan kemahiran menggunakan prinsip-prinsip untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Peringkat ini juga telah dianggap sebagai peringkat
yang kemuncak bagi perkembangan kognitif kanak-kanak untuk berfikir secara logik.
6

TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ALBERT BANDURA

Teori Albert Bandura merupakan teori sosial yang menekankan pada kognitif dari
fikiran, pemahaman dan evalusi (Thaap). Dengan itu salah satu asumsi penting awal dan
mendasarkan teori belajar sosial Bandura adalah bagi manusia yang cukup fleksibel dan
sanggup mempelajari beragam kecakapan bersikap mahupun berprilaku dan titik
pembelajaran terbaik dari ini semua adalah pengalaman-pengalaman yang tidak diduga.
Pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura telah memberi penekanan
tentang bagaimana sikap manusia boleh dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan dan
pembelajaran peniruan. Oleh itu, teori Bandura telah menjelaskan sikap manusia dalam
konteks interaksi yang memberi keseinambungan antara kognitif, prilaku dan pengaruh
masyarakat sekeliling. Contohnya, seseorang yang hidup dan dibesarkan di dalam lingkungan
masyarakat bermain judi maka seseorang itu akan cenderung untuk memilih bermain judi.
Menurut Bandura menghipotesiskan bahawa tingkah laku, lingkungan dan kejadian-kejadian
internal pada pelajar yang mempengaruhi persepsi dan aksi adalah merupakan hubungan
yang saling berpengaruh.

Albert Bandura berpendapat bahawa pembelajaran dengan mengamati jauh lebih baik
daripada pembelajaran dengan mengalami langsung. Dengan cara mengamati orang lain,
manusia mempelajari sesuatu respons yang mana diikuti hukuman atau yang tidak mendapat
penguatan. Dua pembelajaran melalui pengamatan iaitu pembelajaran melalui pemgamatan
dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain. Sebagi contoh, seseorang pelajar
melihat temannya dipuji oleh gurunya kerana sesuatu perbuatan yang dilakukannya makai a
terus meniru perbuatan tersebut yang bertujuan untuk mendapatkan pujian daripada gurunya.
Bandura juga telah menjelaskan empat fasa yang mempengaruhi dalam pembelajaran
pengamatan ini.
7

Fasa pertama dalam pembelajaran pengamatan adalah memberi perhatian kepada


seseorang yang ditiru. Keinginan untuk melakukan meniruan wujud apabila seseorang itu
mempunyai sifat yang hebat dan berkuasa. Fasa kedua adalah pengingatan dimana dengan
memperhatikan tingkah laku yang sama daripada seseorang individu maka anak akan
melakukan proses retensi dan mengingati memori yang telah disimpan mengikut perbuatan
seseorang dalam bentuk simbol-simbol. Fasa ketiga adalah memproduksi gerakan motorik
yang mengubah idea gambaran atau ingatan menjadi tindakan. Fasa keempat adalah fasa
motivasi, orang tidak akan memperagakan atau melaksanakan sesuatu hal yang dipelajari
melalui proses pengamatan selebihnya akan bergantung kepada kemahuan atau motivasi yang
ada.

Selain itu, menurut Albert Bandura juga perlakuan seseorang adalah hasil interaksi
faktor dalam diri dengan nama lain kognitif dan mengikut persekitaran. Ciri-ciri teori
peniruan adalah mengikut unsur pemerhatian dan peniruan dan tingkah laku seseorang
individu boleh dipelajari melaui bahasa, teladan dan nilai-nilai. Di samping itu, pembelajaran
langsung adalah model pembelajaran yang telah dirancang untuk mengajarkan tentang
pengetahuan prosedural yang diajarkan setahap demi setahap.
8

TEORI PERKEMBANGAN BAHASA LEV VYGOTSKY

Lev Vygotsky berpendapat bahawa perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak


tidak akan berkembangdalam situasi sosial. Vygotsky juga tidak bersependapat dengan Piaget
kerana mengikutnya anak-anak menjelajah dunianya sendiri dan boleh membentuk realiti
sendiri. Beliau menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan,
perhatian dan berfikir melibatkan pembelajaran menggunakan temuan-temuan masyarakat
seperti bahasa, sistem matematik dan alat-alat ingatan. Penekanan Vygotsky pada
kebudayaan dan masyarakat di dalam perkembangan kognitif adalah lebih banyak
menekankan peranan tentang orang dewasa dan anak-anak dalam memudahkan
perkembangan kanak-kanak. Menurut Vygotsky anak-anak telah dilahirkan dengan fungsi
mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami tentang dunia luar dan
memusatkan perhatian. Anak-anak kurang memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti
ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah.

Teori Vygotsky juga mengandungi banyak unsur-unsur psikologi pendidikan


khususnya tentang bahasan pendidikan dan budaya. Seperti Piaget, Vygotsky menekankan
bahawa anak-anak secara aktifnya menyusun pengetahuan mereka. Manakala menurut
Vygotsky, fungsi-fungsi mental memiliki koneksi sosial. Vygotsky juga bependapat bahawa
anak-anak mengembangkan konsep-konsep lebih sistematis, logis dan rasional sebagai akibat
dari percakapan dengan seorang penolong yang ahli.

Teori Vygotsky telah menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai


sesuatu yang tidak terpisah dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya dimana Vygotsky
menekankan bagaimana proses-proses perkembanganmental seperti ingatan, perhatian dan
penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan temuan-temuan masyarakat seperti bahasa,
sistem matematik dan alat-alat ingatan. Ia juga menekankan bagaimana anak-anak dibantu
berkembang dengan bimbingan dari orang-orang yang terlibat dalam bidang-bidang tersebut.
Vygotsky lebih banyak menekankan tentang peranan orang dewasa dan anak-anak lahir
dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar.

Pengalaman dengan cara temuan orang lain secara berangsur-ansur menjadi lebih
mendalam dan membentuk gambaran batin anak tentang dunia. Menurut Vygotsky juga
keterampilan dalam keberfungian mental berkembang melalui interaksi sosial secara
langsung. Beliau percaya bahawa anak-anak akan berkembang jauh lebih baik sekirannya
berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran
operasional formal tanpa bantuan orang lain.

Zon perkembangan proksimal adalah istilah Vygotsky untuk rangkaian tugas yang
terlalu sulit dikuasai oleh anak seorang diri tetapi sebaliknya dapat dipelajari dengan bantuan
dan bimbingan orang dewasa atau anak-anak yang sudah terlatih. Menurut teori Vygotsky,
zon perkembangan proksimal merupakan celah di antara actual development dan potensial
dimana antara apakah seseorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa
dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau
kerjasama dengan teman sebaya. Selain itu, konsep scaffolding ialah perubahan tingkat
dukungan. Scaffolding adalah istilah terkait dengan perkembangan kognitif yang digunakan
Vygotsky untuk mendeskripsikan perubahan dukungan selama sesi pembelajaran, dimana
orang lebih mengubahkan bimbingan yang sesuai dengan tahap kemampuan anak. Vygotsky
bependapat bahawa anak menggunakan pembicaraan bukan sahaja untuk komunikasi sosial
tetapi juga untuk membantu mereka menyelesaikan tugas. Anak-anak harus menggunakan
bahasa untuk berkomunikasi secara eksternal dan menggunakan bahasa untuk jangka waktu
yang lama sebelum mereka membuat transisi dari kemampuan.

Namun begitu, walaupun anak tetap dilibatkan dalam pembelajaran aktif, guru harus
secara aktif mendampingi setiap kegiataan anak-anak. Secara khusunya Vygotsky pernah
mengemukakan bahawa disamping guru, teman sabaya juga adalah pengaruh penting dalam
perkembangan kognitif anak. Gagasan tentang kelompok kerja kreatif ini diperluaskan
menjadi pengajaran pribadi oleh rakan sebaya iaitu seseorang anak mengajari anak lain yang
agak tertinggal dalam pelajaran. Seorang kanak-kanak boleh efektif membimbing kanak-
kanak lain melalui ZPD kerana mereka sendiri baru sahaja mengharungi tahap itu sehingga
boleh dengan melihat kesusahan yang dihadapi oleh kanak-kanak lain dan menyediakan
scaffolding yang sesuai.

10

TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL ROBERT HAVIGHURST

Pendekatan Robert Havighurst merupakan perkembangan dalam mencorak


sosiobudaya serta antropologi (Azizi Yahaya). Robert Havighurst menyatakan bahawa
perkembangan seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Ini adalah
penting bagi berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Beliau
memfokuskan kepada keadaan sekeliling atau persekitaran dimana tempat seseorang kanak-
kanak itu membesar yang akan memberi dan meninggalkan impak serta kesan sama ada
positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa yang memainkan peranan penting bagi
mencorakkan sikap anak-anak mereka. Menurut Robert Havighurst persekitaran yang
mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat melalui segi pemakanan, rakan sebaya, dan guru
serta melalui faktor kebudayaan, sosiobudaya.

Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan adalah dapat dilihat sekirannya makanan
yang diambil oleh ibu semasa mengandung seimbang dan berzat maka bayi di dalam
kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan
bayi akan mendapat penyakit seperti PKU. Ini adalah kerana kurangnya enzim di dalam
badan bayi selepas di lahirkan. Bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi
mengikut makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Hal ini dapat membantu
kanak-kanak membesar dengan sihat dan membantu dalam perkembangan kanak-kanak ke
arah yang positif. Seterusnya, bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya. Robert
Havighurst menyatakan ini adalah kerana jika seseorang kanak-kanak berkawan dengan
rakan yang manja maka kanak-kanak itu akan cenderong untuk menjadi manja.
Implikasi melalui teori perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan
dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhati dan memastikan
keupayaan kanak-kanak mengikut kebolehan masing-masing. Setiap kanak-kanak
mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang boleh
mempelajari dan memahami sesuatu dengan cepat dan pantas serta terdapat juga kanak-kanak
yang lambat untuk menerima ilmu yang telah diberi oleh guru.

11

Keadaan ini adalah untuk memerhari perhubungan di antara keperluan, proses


kematangan dan tekanan kebudayaan. Selain itu, konsep ini dapat diguna untuk menerangkan
kepentingan tugas bagi kanak-kanak di setiap peringkat umur agar dapat disediakan kegiatan
pendidikan yang sesuai.

i. Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (sejak lahir – 6 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak mula untuk belajar bercakap, membentuk konsep
yang mudah tentang realiti sosial dan fizikal serta berinteraksi dengan orang lain.
Selain itu, kanak-kanak peringkat ini dapat bertolak ansur dan menerima pendapat
orang lain.

ii. Peringkat pertengahan kanak-kanak (6 – 12 tahun)

Kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira, menguasai


kemahiran tertentu untuk permainan biasa, Mereka juga belajar untuk berinteraksi dan
dengan individu lain.

iii. Peringkat awal remaja (12 – 18 tahun)

Pembentukan dan pertumbuhan kanak-kanak akan berubah melalui proses akil baligh
dan mula berminat untuk bergaul dengan lain jantina serta menginginkan kebebasan
daripada ibu bapa.
12

KESIMPULAN

Pengetahuan teori pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dapat memberikan


banyak faedah dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada guru dan ibu bapa untuk
membuat keputusan bagi sesuatu perkara mengenai pembelajaran dan persepsi yang harus
ditegaskan. Setiap teori mempunyai penegasan yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang
dipandang oleh setiap ahli teori. Oleh itu, kita perlulah mengenali setiap teori yang
dikemukakan agar dapat mengetahui kesan ke atas perkembangan kanak-kanak.

Faedah utama yang dapat membantu guru bagi proses pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak ialah dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai
dengan keupayaan, mental, jasmani dan emosi kanak-kanak. Selain itu, menyediakan sumber
pengajaran yang dapat menarik minat kanak-kanak dan menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Memotivasi dan membimbing
pelajar untuk melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep yang
telah dipelajari.
13

LAMPIRAN
RUJUKAN

Ali Edu Blog, (2012). Teori Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak.


https://aesnote.blogspot.com/2012/12/teori-perkembangan-fizikal-kanak-kanak.html

Aniqiyah, (2012). Teori Perkembangan Vygotsky.


https://aniqiyah09luluk.blogspot.com/2012/12/teori-perkembangan-vygotsky.html

Azizi Yahaya dan Zainuddin Abu Bakar, (2010). Teori-Teori Perkembangan.


https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan

Thaap, (2017). Teori Perkembangan Albert Bandura.


https://mythaap.blogspot.com/2017/04/teori-perkembangan-albert-bandura.html

Vony Zamrudiah, (2016). Teori Psikologi Belajar B.F Skinner.


https://www.academia.edu/8671116/teori_psikologi_belajar_bf_skinner

You might also like