You are on page 1of 77

MANFAAT DASAR IMURID 1SUKAN

Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada
tahun 2011. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah.
Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan
sukan sekolah, iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak menyedari manfaat dasar ini. Hal ini
menyebabkan wujud kekeliruan yang menganggapkan dasar ini menyusahkan dan membuang
masa. Sebenarnya, dasar ini banyak manfaatnya kerana ia berupaya untuk meningkatkan kadar
penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa
lapang murid secara berfaedah. Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka
dapat mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan
tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti
yang bermanfaat kepada mereka. Contohnya, berlaku penglibatan murid dengan ponteng,
merokok malah dadah disebabkan masa lapang yang tidak diurus dengan baik. Ternyata, dasar
ini menjadi alternatif yang beguna kepada murid.

Dasar ini membolehkan murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan
itu, dapat mengharumkan nama sekolah dan negara. Mereka dapat menyumbangkan bakat dan
kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka
boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan sebagainya. Dengan cara itu,
mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai
kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.

Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid
sekolah. Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran.
Perkara ini akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid
sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, otak yang
cerdas itu ada pada badan yang sihat.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal
ini demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau
sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid
yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan
yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan
penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama
dengan agensi berkaitan dengan sukan.

Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan
kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu,
murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan.
Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum.
Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara
ini.
Kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu
tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan
semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya
usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak
akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap
lebih banyak ahli sukan yang bertaraf dunia akan dilahirkan pada masa akan datang. (522 patah
perkataan)

1MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA


Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan
tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan
sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam
mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh
Perdana Menteri Malaysia kelima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam
mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk
kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian diutamakan”.
1Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaik hubungan antara kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata
Datuk Seri Najib, beliau berbicara “saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka
dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”.
Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan
lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua
kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana
pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1
Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana
identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan
dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang
patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum
tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan
pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Memetik kata-kata daripada seorang
peguam di Indonesia, beliau berkata “keadilan yang hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia
cuba hampiri ke tahap itu”. Justeru, kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia
seharusnya diiringi dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana
harmoni tanpa sebarang diskriminasi.
Seterusnya, 1Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun
India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan
perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi
masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling
menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan
bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan
kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap serperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan
sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat
kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama tiga kelompok berbeza adalah suatu
perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur
kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, sinergi daripada
setiap lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai
salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.
Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa
Malaysia yang bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang
akan menjadi tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan
ini akan berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang
demikian, konsep 1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling bekerjasama
sesama rakyat. Sekadar mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia
mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain
itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa
tersebut semata-mata, malahan anak-anak Melayu dan India turut menuntut di sekolah yang
sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu kepada sekolah jenis
kebangsaan tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak
hanya wujud dalam golongan profesional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia
harapan bangsa turut mampu mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain.
Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia membantu mempertingkat lagi sikap tersebut
seterusnya perpaduan negara lebih mudah dicapai.
Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok
berbeza bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan
perpaduan yang dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang
menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini
didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras
perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua
perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan
memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu perkara
dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana
tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu
pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang
dapat menerima apa sahaja perkara baik dan mendapat persetujuan secara kesepakatan.
Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah
negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan
lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
kesimpulannya, konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat
sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud
perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa
Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama
memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana
setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian
menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1
Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa.
Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan
perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan
datang. Mantan Presiden Indonesia ada menyatakan, “jika ingin melihat generasi pada masa akan
datang, lihatlah generasi pada hari ini.”
(995 patah perkataan)
SOALAN: Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.
Jelaskan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.

Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat
berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah
dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini.
Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di
manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang
bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar
ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan
pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada
alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin
merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon
dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia.
Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat
menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang


menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif.
Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi
piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang
dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada
tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian
kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk
digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di
dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh
diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh
dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos
mereka mahupun kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik
supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup
kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan
hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa
bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar
kepentingan alam sekitar.

Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan
kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan
dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya
akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan
slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ”

(440 patah perkataan)


AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

(TEMA) Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan
kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. (ISU) Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu
banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. (ARAHAN) Oleh
itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
(ISI) Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang.
(MENGAPA) Tubuh orang yang mengamalkanpemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin
yang diperlukan. (BAGAIMANA)Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang
berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau
mengandungi kolesterol yang tinggi. (KESAN) Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih
baik daripada mengubatinya. (PENEGAS) Jadi, izharlah bahawa pemakanan yang seimbang membolehkan
kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria dan sihat.
(ISI) Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. (MENGAPA) Aktiviti
sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan
perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. (BAGAIMANA) Oleh itu, setiap orang hendaklah
melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang
itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang.
(KESAN)Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana
badan cergas, otak cerdas. (PENEGAS) Tegasnya, aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin
kesihatan seseorang.
(ISI) Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. (MENGAPA) Hal ini
akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas
berfungsi dengan baik. (BAGAIMANA) Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung
koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam
bidang perubatan. (KESAN)Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana
alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru
tengadah. (PENEGAS)Ringkasnya, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan
mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual sebelum kudis menjadi tokak.
(ISI) Akhir sekali, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti
pengambilan alkohol yang banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang.
(MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan
kesihatan dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain. (BAGAIMANA) Pengambilan alkohol dan
dadah akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing
manis dan kesihatan mental. Selain kita, setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah
pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit kelamin dan HIV
Aids. (KESAN) Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan
produktiviti negara. (PENEGAS) Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan
memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

(PENUTUP) Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara.
Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat.
(CADANGAN)Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk
melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk
melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama ibarat
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (HARAPAN)Semoga kempen kerajaan iaitu kempen
‘Rakyat Sihat Negara Maju’dapat direalisasikan kerana rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada
pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif.
Latihan 9

Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum
mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak
mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca
bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan
animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku
motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al
Islam, dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan
kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya
ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan
majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan
bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang
jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan
yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain.
Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?

Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak
ke pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan
pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila
ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan
bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta
menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan
diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak agar dapat
memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu,
anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah,
motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang
memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak
tentang Negara luar.Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku
merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-
karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca.
Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan
persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu
bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu
senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-
anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah
kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang
dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak anak sejak kecil lagi
untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya
dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama
anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa
janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri
tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah
anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila
melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada
anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana
sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,
terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.

Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau
majalah yang yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-
anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak
membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka
hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan
Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli
secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku dan
majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka.
Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka.
Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul,
mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah
sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai
contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah
tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana
menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia
buku. Tak kenal maka tak cinta.

Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku dengan cara
mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak
akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai
contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai
perkara yang berkaitan dengan buku . Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan
bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih
bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan
pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak
menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
Dengan menghadiri kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran
tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa
perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-
anak menyertai ahli kelab buku agar anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat
membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.

Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah
yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus, buku- buku
agama, dan buku motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan
minat anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga
hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-buku yang
disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak juga digalakkan untuk membaca surat
khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini
akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar
rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak.
Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini
tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak.
Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak
sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada
setiap minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan membaca sebagai
amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada
masa terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika
ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan
awam yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Perpustakaan awam memuatkan
berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-
anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap,
aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah
dengan membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang
boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang
menyalahgunakan internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah
merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari
internet untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai buku
berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-
bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang
terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan
anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca
dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka
cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat
membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti
membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa
depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu
bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan
makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan
SOALAN: Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan
oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai
masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat
yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang memerlukan
pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif.
Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini
untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai
pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu.

Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka
membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka melihat
atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut
dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan.
Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia
dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh dikaitkan dengan imej
badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada pihak menganggap badan kebajikan hanya untuk
mereka yang tidak mempunyai impian besar atau tanggungan keluarga. Malah, ada badan
kebajikan yang dianggap oleh masyarakat sebagai mengambil kesempatan dengan memperoleh
wang tetapi tidak menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Jadi, badan kebajikan
dianggap kerjaya yang tidak berstatus tinggi pada mata masyarakat kita.

Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa kini.
Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan
wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang
memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada
semua badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya
memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka.

Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran
sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan
aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan
ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus memudahkan
urusan badan kebajikan mereka. Malah, pihak berkuasa seharunya menyediakan bangunan khas
untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanp perlu membayar apa-apa. Namun,
semua ini tidak diperoleh oleh badan kebajikan.

Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang bahaya.
Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas kasihan masyarakat untuk
turut membantu. Masyarakat harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk
memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa badan kebajikan nasib
golongan terpinggir ini akan menjadi lebih menyayatkan.

(398 patah perkataan)


KARANGAN JENIAS PERBAHASAN:
BANGUNAN BERSEJARAH MEMERLUKAN KOS YANG TINGGI UNTUK
MENGEKALKANNYA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat
daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,


Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi penggulungan ini saya akan
membidas ketiga-tiga hujah pincang yang telah dikemukakan oleh barisan pembangkang sebentar
tadi dan seterusnya saya akan merumuskan hujah-hujah kerajaan.

Saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang iaitu bangunan
bersejarah itu memerlukan kos yang tinggi untuk mengekalkannya. Beliau mengatakan
bahawa kerajaan terpaksa membelajakan wang yang banyak untuk memulihara dan mengekalkan
bangunan bersejarah yang rata-ratanya sudah lama ditinggalkan oleh penjajah. Sebenarnya, kita
perlu sedar bahawa kos yang dibelanjakan tersebut tidak sama dengan nilai sejarah yang terdapat
pada bangunan tersebut yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti. Jadi, bangunan tersebut
sememangnya perlu dijaga dan dipulihara daripada musnah ataupun rosak, walaupun terpaksa
menanggung kos yang tinggi. Kita tidak mahu bangunan yang tinggi nilai sejarahnya ini rosak atau
musnah kerana bangunan tersebut tidak dapat digantikan dengan bangunan yang baharu kerana
bangunan yang baharu itu tidak sama nilai sejarahnya dengan bangunan yang asal.

Hujah kedua pembangkang pula ialah saingan dengan bangunan baharu. Pembangkang
mengatakan bahawa bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana
adanya faktor saingan dengan bangunan baharu. Saya membidas hujah ini kerana kita sedia
maklum bahawa bangunan baharu sememangnya lebih cantik, besar, unik dan canggih. Namun
demikian, bangunan yang baharu dibina ini tidak mempunyai nilai sejarahnya seperti bangunan-
bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Kita memang boleh membina banyak
bangunan baharu tetapi apakah unsur sejarah yang terdapat pada bangunan tersebut? Sudah
tentu jawapannya, tiada unsur sejarah yang hendak ditonjolkan berbanding dengan bangunan-
bangunan bersejarah tinggalan penjajah yang sarat dengan unsur sejarah yang tidak boleh ditukar
ganti dengan bangunan baharu.

Tuan Yang Dipertua,


Beralih pula kepada hujah ketiga pembangkang, iaitu kesukaran untuk mengekalkan keaslian
akibat dipulihara. Pembangkang mengatakan bahawa bangunan bersejarah tidak perlu
dikekalkan sebagai warisan negara kerana memang sukar untuk mengekalkan keaslian bangunan
tersebut akibat proses pemuliharaan yang dilakukan terhadap bangunan tersebut. Semasa proses
memulihara bangunan bersejarah itu dijalankan, sudah tentu akan berlaku kerosakan pada
bangunan tersebut. Hal ini demikian kerana, bangunan tersebut sudah lama dibina dan mungkin
ada yang sudah tidak kukuh lagi. Saya membidas hujah pembangkang ini kerana semasa kerja-
kerja pemuliharaan dijalankan, pihak kerajaan akan memastikan pekerja-pekerja yang
menjalankan kerja-kerja pemuliharaan haruslah terdiri daripada pekerja-pekerja yang mahir dan
berpengalaman dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah. Jadi, pihak
kerajaan akan memastikan bahawa langkah ini akan dijalankan semata-mata untuk mengekalkan
keaslian bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Tuan Yang Dipertua,


Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga hujah kerajaan seperti yang telah dikemukakan
dalam sesi pertama sebentar tadi. Hujah kerajaan yang pertama berdasarkan indikator
mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini
mempunyai nilai sejarah yang tinggi bukan sahaja kepada negara kita, malahan kepada dunia.
Hal ini jelas terbukti dengan perisytiharan Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO pada tahun lepas kepada negeri Melaka
dan Pulau Pinang. Badan dunia yang disegani ini sudah tentu memilih kedua-dua buah negeri
tersebut kerana di Melaka dan Pulau Pinang memang banyak terdapat bangunan yang bersejarah
dan nilai sejarahnya itu amat tinggi.
Hujah kerajaan yang kedua berpaksikan frasa, sebagai bahan kajian. Bangunan bersejarah
yang terdapat di negara kita ini menjadi tumpuan para pengkaji dalam pelbagai bidang. Banyak
aspek yang boleh dikaji oleh para penyelidik bangunan lama yang memiliki unsur sejarah yang
tinggi ini. Para pengkaji atau penyelidik akan melaporkan hasil kajian tersebut dalam bentuk
penulisan atau dokumentari agar dapat dibaca, ditonton dan seterusnya difahami oleh masyarakat
Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Berdasarkan kajian itu juga, para pengkaji akan
mendapat pengetahuan yang berguna tentang ilmu senibina yang telah digunakan oleh arkitek
atau jurubina pada zaman dahulu.
Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan frasa, menarik pelancong. Bangunan-bangunan
bersejarah itu berupaya untuk menjadi daya tarikan utama kepada pelancong dari dalam atau luar
negara. Para pelancong yang datang ke negara kita pastinya hendak melihat kesan-kesan sejarah
tinggalan penjajah zaman dahulu. Oleh itu, bangunan-bangunan tersebut merupakan sebahagian
daripada kesan sejarah dan perlulah dikekalkan dan dipulihara daripada musnah. Jadi, bangunan-
bangunan tersebut perlulah dipelihara dan dikekalkan keasliannya sampai bila-bila, seperti kata
pepatah, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, dan boleh disaksikan oleh generasi yang
akan datang.

Tuan Yang Dipertua,


Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang
dibentangkan ini iaitu bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai warisan negara. Jadi,
berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan
oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.


Sekian, terima kasih.
(756 patah perkataan)

LATIHAN 15

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan penting bagi menggalakkan anak-anak
menggunakan barangan buatan Malaysia.

Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam
menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia.

Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju menjelang
2020, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan
serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita agar tidak lagi mengagung-
agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar
dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik.
Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari tentang kelebihan
dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi orang muda-muda yang
kononnya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kebendaan. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia?

Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu bapa
perlulah menjadi role model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akan sentiasa
mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan insan yang paling dikagumi kerana ibu
bapalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata
yang belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian
yang indah dan bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak hilang rasa
kagum dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah membeli kereta buatan
Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar, barangan elektrik seperti Panasonic, Philips dan
lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan
menyokong barangan buatan Malaysia yang berkualiti ini.

Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anak mereka
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana
semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja supaya mereka terpanggil untuk
membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh menanam
minat anak-anak terhadap barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik nilai
cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban untuk negara
kepada generasi muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk mencontohi warganegara
Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan negara mereka
sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara
sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir
yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita
digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang baik untuk meningkatkan taraf kehidupan
negara ke alaf baru. Jika anak-anak telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin
membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat
dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja.
Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita. Hal ini kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti
akan laris di pasaran.

Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa membawa anak-anak
ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke
Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
dengan premis perniagaan seluruh negara. Karnival sebegini telah ditetapkan hanya barangan
Malaysia yang mempunyai tawaran potongan harga yang istimewa. Sebagai contoh, kraf tangan
dan batik, yang merupakan budaya yang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu
mendedahkan anak-anak dengan pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai
bentuk dan keunikannya yang tersendiri. Apabila anak-anak meminta sesuatu benda yang tidak
keterlaluan, ibu bapa haruslah membeli barang tersebut dan barang tersebut mestilah merupakan
barangan buatan Malaysia. Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis
pertandingan. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai
pertandingan-pertandingan seperti menulis esei, melukis poster dan menjawab soalan-soalan kuiz
yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda anak-anak supaya
mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan
Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli
barangan buatan Malaysia untuk didedahkan kepada anak-anak generasi baru ini.

Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia
kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami faedah-faedahnya, menyokong dan
menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu bapa haruslah memberitahu anak-anak tentang
kualiti produk-produk Malaysia yang kini bukan sahaja kualitinya setanding dengan produk-produk
luar negara, malah harganya juga cukup murah untuk dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh
menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti Kempen Beli Barangan Malaysia
kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak sedar dan mengetahui secara mendalam
barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis, memandang rendah barangan tempatan dari sudut
pemikiran juga seharusnya dilontar jauh-jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada
anak-anak mereka, tetapi, sebaliknya, membinakan semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi,
termasuk soal kualiti dan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting
dalam menerangkan manfaat-manfaat barangan buatan Malaysia kepada anak-anak supaya
mereka sedar dan bijak memilih benda yang baik dan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang merupakan insan
terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan peranannya yang amat penting dalam
menggalakkan anak-anak menyokong, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia.
Harapan kerajaan Malaysia supaya negara kita bukan sahaja mengimport barangan luar negara
malah juga mengeksport barangan buatan Malaysia dapat dicapai. Sedarlah bahawa barangan
Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah mempunyai
kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha daripada ibu bapa semata-mata
adalah tidak mencukupi. Rakyat Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia
Menjana Transformasi menyemarakkan semangat seisi negara agar seia sekata sebagai satu
bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia.
Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar kita berbangga
dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

LATIHAN 16

Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat
orang ramai membaca karya sastera

Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki sebuah
komputer untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding mencari maklumat atau
membaca daripada buku. Hal ini menyebabkan minat untuk membaca karya-karya sastera dalam
kalangan rakyat makin berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya
sastera yang dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad,
A.Samad Said dan sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera yang
dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa kita. Minat untuk
membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam kalangan masyarakat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik
minat orang ramai untuk membaca karya sastera?

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai
membaca karya sastera termasuklah peranan pihak sekolah khususnya Pusat Sumber Sekolah.
Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti novel ‘Ranjau
Sepanjang Jalan’ oleh Shahnon Ahmad, ‘Salina’ oleh A.Samad Said, ‘Saudagar Besar Dari Kuala
Lumpur’ oleh Kamaludin Muhamad dan ‘Tulang-tulang Berserakan’ oleh Usman Awang agar
murid mahupun guru berpeluang untuk membacanya. Pusat sumber boleh mengadakan
pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada setiap bulan. Langkah ini
membolehkan para pelajar untuk membaca karya-karya sastera memandangkan mereka ingin
menghasilkan ulasan yang menarik. Secara tidak langsung, minat pelajar terhadap karya sastera
akan semakin bertambah. Pihak sekolah turut boleh menggalakkan setiap kelas menyediakan
satu ruang atau sudut membaca di kelas bagi memudahkan pelajar untuk menghayati karya
sastera ketika guru tiada di dalam kelas. Tegasnya, pihak sekolah memainkan peranan yang
penting dalam menarik minat pembaca terhadap karya sastera.

Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk menarik minat
anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang karya
sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh membaca sastera ralyat kepada anak-anak sebelum
mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak bukan
sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya
masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera untuk dibaca oleh
anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa selain dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel yang sesuai
kepada anak-anak mengikut umur mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan bacaan yang hendak
dibeli untuk anak-anak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran
buku. Seterusnya, ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi
dengan pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti prosa atau puisi tradisional
dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah. Dengan itu, minat anak-anak untuk
membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa mereka.

Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam mengambil
langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera. Sebagai contohnya,
pihak media boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen
dan surat khabar. Melalui cara ini, lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan
karya sastera di pasaran. Bukan itu sahaja, pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera
atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada orang ramai. Dengan itu,
orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara kita dengan lebih mendalam.
Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan peraduan teka teki atau menulis sajak dan
syair yang bertemakan karya-karya sastera. Jelasnya, pihak media haruslah mengambil langkah
untuk menarik perhatian orang ramai untuk membaca karya sastera.

Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen
menghayati karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang untuk
mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak kerajaan boleh
membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca
ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh mengambil
inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini dapat
menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah
berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak
kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam mengambil langkah untuk menarik minat
orang ramai membaca karya sastera.

Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih banyak karya
sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh bekerjasama
dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit juga perlu
memberikan bayaran setimpal dan berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya Sastera
boleh ditubuhkan untuk melindungi karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh pihak tertentu
yang bermotifkan keuntungan dan bagi membolehkan para peminat berkongsi pendapat bersama
dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan karya sastera dalam
setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk menghasilkan karya
sastera yang bermutu.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas


tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca karya
sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah tersebut
mendapat sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku warga
Malaysia haruslah mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan warisan
bangsa dan mencerminkan identiti kita.

ISU BENCANA ALAM

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.
Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi
bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa
yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu,
tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada
jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana,
sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan
terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam
yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia
tidak terancam.

Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun


antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu
yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang
pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang
telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah
kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta
benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah
ini daripada berlaku.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan
pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun
asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan
menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati
semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan
supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa
manusia sejagat yang tidak berdosa.

Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu


dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar
atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak
boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya”. Hal ini demikian kerana,
sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan
longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat
berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh
itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti
pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan
keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya,
sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan
mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak
pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan
untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan
yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian
tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku
akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu


dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani masalah ini.
Janganlah kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing”. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa
menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah
sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-
mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita
sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir
dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.

(635 patah perkataan)

SOALAN: Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat
resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu
identiti kepada kaum tersebut.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada
masyarakat dan negara kita.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita
mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di
Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau
budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai
banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang
menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya
buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan
menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa
bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah
berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling
mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya
memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja
dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu
membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran
sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan
sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja negara ini.
Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan
suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan
menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi
individu yang terbilang.

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput
ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit
demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas
alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang
mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti
akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung
anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan
budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain
menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh.
Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus
dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan
sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat
budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi
iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita
boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

(447 patah perkataan)

LATIHAN 1

Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya
murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam
peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai
azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya menganggap perkara ini
sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa
hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa hadapan
disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata
orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”. Oleh sebab itu, saya
sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik
darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah
sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang
pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah
disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses pengajaran
dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria
supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati
apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi.
Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan
lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami kerana berdasarkan satu
kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-
pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan
soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.
Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala
kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah dalam mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual
waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu
belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan
mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar
yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana peribahasa
menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang
berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala,
pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa
dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali”
maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya,
pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan
awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki
nanti.

Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan membuat
lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan
yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice makes perfect”. Kalau ungkapan ini
ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi, “praktis asas
kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu
membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.saya akan
membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini
kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa
dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang
kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” dan “
sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan
membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam
pelajaran dan terutamanya dalam mata pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak
latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di
sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya
juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak
kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”. Malahan, jika saya
tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya
bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu
topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan menguasai sesuatu
topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat tuisyen
terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti program
di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan.
Saya akan menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti
Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi.
Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan
didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam
peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-
kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus
asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama
dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara
kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya”. Saya
juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang
yang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia
telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan
yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu
soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya
mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi
halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus
asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya
dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan
menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”, Kenyataan ini pasti benar
kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada
nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu.
Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu,
saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan
dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya tidak
mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu dan
dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada
Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu
merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya
juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberianNya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya tulis
dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa
depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan
adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-
gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan kita,
kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar berungguh-sungguh
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi
arang.

SOALAN: Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai kejayaan
dan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid
itu sendiri mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya menganggap
perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan
seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada berguna”. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ialah
saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi
perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap
masuk ke dalam minda saya. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya
saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya
terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami. Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang
mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah
dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual waktu
belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan
masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran
dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar
yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar
yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada
pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali” maka mereka tidak dapat menghabiskan semua
tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup
untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya
duduki nanti.

Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan membuat lebih
banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan keramat seperti “praktis
asas kecemerlangan” amat perlu diamalkan. Jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan
mencapai kecemerlangan dalam hidup. Saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai
mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya
akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang kaji
secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-
lama menjadi bukit”. Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara
berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di sekolah, bolehlah saya
bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan
bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya
sesat jalan”. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya
juga akan menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat
tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Saya akan menyertai segala program-program yang telah
dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan
dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan
didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya,
penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu langkah
bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa. Saya tidak akan
dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak
bermakna gagal selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya
hadapi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah
saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar,
tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah
putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan
sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang
taat kepada ibu bapa”, Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya
akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu.
Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan
berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan dorongan ibu bapa, saya tahu
walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang
cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan
sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya
mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa
dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberianNya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu
kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-
malam yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan kita,
kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

(1050 patah perkataan)

Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat


Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi
maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah
diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan
ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi
Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era
‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai
media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang
berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor
(MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai
implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan
MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas
mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah
menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar,
menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan
antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan
lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang
disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika
anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut
memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya
tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan
adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara
perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel
elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’
bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet,
bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang
mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel! Justeru, jelas
bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif daripada aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri
kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia.
Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum.
Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas
sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran
antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-
siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill
Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius
dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan
seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media
membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang
lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat
Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas
urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-
bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita,
ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan
seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada
panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara
terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat
persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum.
Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya.
Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar
angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di
Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan
pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang
sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi
muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet.
Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini.
Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur
seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak
dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan
kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif
ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan
pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah
aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula
bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda
sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan
niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh
membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu
sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam
negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki
mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh
mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama
memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi
mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.

Sumber:

https://mindabahasa.wordpress.com/2007/05/15/contoh-karangan-ceramah-isu-teknologi-maklumat/
CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

(TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan
peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli pujangga pernah berkata
bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. Generasi berwawasan
dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan
negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa
ini, isu generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Isu
generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan yang
sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja
yang berwawasan semakin diberikan keutamaan. (ARAHAN) Persoalannya, apakah ciri-ciri
seseorang remaja yang dikategorikan mempunyai wawasan?

(ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk
menelurkan remaja yang berwawasan. (MENGAPA) Intelek merupakan faktor perdana untuk
menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
mencakupi semua bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi
kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. (BAGAIMANA)Sehubungan dengan itu, remaja
kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala
pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca
buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. (KESAN) Ketekunan dan
inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran
katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang,
remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian
mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk
dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut
rasa binasa.” (PENEGAS) Tegasnya, remaja yang berwawasan sentiasa memastikan dirinya
tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama.

(ISI) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan progresif dalam
menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai perubahan yang lebih baik daripada
sebelumnya. (MENGAPA)Hal ini dikatakan demikian kerana negara yang pesat membangun
seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri-ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam
setiap aspek. (BAGAIMANA) Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti berputus
asa sebaliknya bersemangat tinggi. Dalam mengejar kejayaan, individu yang berwawasan
seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang
bergolek bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang. (KESAN)Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan progresif sudah pasti dapat
mencapai cita-cita yang diimpikan. (PENEGAS) Pendek kata, remaja yang berwawasan sudah
pasti akan memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan negaranya.

(ISI) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan berinovatif untuk
memacu kegemilangan negara. (MENGAPA)Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang
sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang
terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani
mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. (BAGAIMANA) Rentetan daripada itu,
remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi
yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga
jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat
jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. (KESAN)Dalam konteks ini,
penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau
keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan,
pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. (PENEGAS) Sesungguhnya,
pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan.
(ISI) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan seharusnya cinta akan
negara. (MENGAPA)Remaja yang berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang akan
menerajui tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti mereka
perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan
cemuhan masyarakat luar. (BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu
kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara. Mereka tidak akan sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan
melibatkan diri dalam gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik
remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya menjaga
maruah negara di pentas global. (PENEGAS)Ringkasnya, remaja yang berwawasan sentiasa
bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya.
(PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan seseorang remaja itu
mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan
negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial. Generasi yang berwawasan menjadi
akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita.
(CADANGAN)Oleh itu, golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki
kelemahan diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal
jalan. Golongan remaja kita perlulah melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas
pertama dan memangkinkan kecemerlangan negara. (HARAPAN)Diharapkan kelahiran remaja
berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara di samping dan menyerbakkan
keharuman negara kita di persada antarabangsa

CONTOH KARANGAN:

Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.

Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?

Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam kehidupan.
Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan
dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu
disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing ini diharapkan terbawa-bawa sehingga
dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini
dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan
mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan
ini menjadi budaya masyarakat kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat
dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana
suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak.
“Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa
merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa
ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong.
Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan
kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh
mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian
sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang
perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa
perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku
prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil,
mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan
mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi
ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran
ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam
hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah
muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu
bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-
kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh
itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-
anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis
rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah
keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap
pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang
bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada
oleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah
yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai
budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses
penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.

“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan
secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka
harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap
menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak
merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat.
Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-
anak untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan
untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut,
ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan
tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu
bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung
mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan
penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.

Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-
anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung wang bersama
dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka
menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan
dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan
mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus
mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk
menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan tidak pandai menguruskan wang?
Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak.
Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan dengan
penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, Kawan merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh
mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan
mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-
anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati
mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur
dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak
hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk
perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam memastikan
amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan “Jikalau tiada wang semua
kerja tak terjadi”. Peribahasa Melayu pula menunjukkan “ada padii semua jadi, ada beras semua deras”.
Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan
kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan menjadikan amalan ini sabagai satu
tabiat hidup. Pembentukan generasi muda barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui
negara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air bersih,
ikannya jernih”

(1079 PP)

SOALAN: Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun,
menyebarluaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada
adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara. Ulaskan pernyataan di atas.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan
manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah
kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam
zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat
menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.
Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada
internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal
ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara.
Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas
dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang
ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.
Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi
mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat.
Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet
yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya.
Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya
penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas. Malah yang
mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan
melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar
kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan
mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut
hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.
Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah.
Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan
budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah
kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan
internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet
turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain
pula.
Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini
demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita
yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai
sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok
dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka
sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara.
Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi
penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang
tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada
masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada
masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru
sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak
sesuai di internet berlaku.
Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh
kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini
boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu
lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan
golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.
Dimensi Diri

Latihan 1:
Seorang rakan anda telah terlibat dengan gejala sosial yang serius sehingga rakan anda itu
mengabaikan
pelajaran.
Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.

Baru-baru ini, seorang rakan sekelas saya telah terlibat dengan gejala sosial yang serius. Rakan saya
itu kerap memonteng kelas, terlibat dengan vandalisme dan sering tidak hadir ke sekolah. Sebenarnya rakan
saya ini seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Namun, guru-guru di sekolah
berasa hairan kerana sejak akhir-akhir ini rakan saya itu sering mengabaikan pelajarannya. Sebagai seorang
sahabat, saya bertanggungjawab untuk membantu rakan saya itu supaya dia insaf bak kata pepatah sesat di
hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Saya berharap, usaha-usaha yang saya lakukan itu akan menyedarkan
rakan saya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang remaja dan sebagai seorang pelajar. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu rakan saya itu?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk membantu rakan saya itu ialah saya akan menasihatinya
supaya tidak menjerumuskan diri dalam kancah gejala sosial. Saya akan mengingatkan sahabat saya itu
tentang akibat sekiranya rakan saya itu terlibat dengan gejala sosial. Saya akan menyedarkan rakan saya
akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak agar tidak menghampakan harapan ibu bapanya. Rakan saya
perlu sedar bahawa dia pernah mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pernah menerima anugerah
pelajar terbaik PMR. Saya berharap nasihat-nasihat saya itu dapat menyedarkan rakan saya dan rakan saya
akan berubah sikap serta insaf akan kesalahan yang dilakukan sebelum nasi menjadi bubur. Saya tidak mahu
rakan saya berasa menyesal pada kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Selain itu, saya juga akan berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa rakan saya itu dan
memberitahu mereka tentang pembabitan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berbuat demikian kerana
kemungkinan ibu bapa rakan saya itu tidak tahu tentang penglibatan anak mereka dalam kegiatan yang tidak
sihat di sekolah. Saya berharap, ibu bapa rakan saya itu dapat mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi oleh anak mereka. Besar kemungkinan, faktor kekurangan kasih sayang daripada kedua-dua ibu
bapa yang menyebabkan rakan saya terjebak dalam gejala sosial. Apabila ibu bapa rakan saya sudah
mengetahui masalah anak mereka, saya berharap ibu bapa rakan saya dapat memberikan sepenuh perhatian
dan kasih sayang terhadap rakan saya itu. Ibu bapa rakan saya mungkin akan lebih bertanggungjawab dan
mengadakan perbincangan dengan anaknya untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Jelasnya,
tanggungjawab saya untuk memberitahu ibu bapa rakan saya itu diharapkan dapat membantu rakan saya
untuk kembali ke pangkal jalan.
Di samping itu, saya akan mengajak rakan saya untuk berjumpa dengan guru kaunseling untuk
menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling. Saya akan memberitahu guru kaunseling tentang penglibatan
rakan saya dalam gejala sosial. Saya berharap guru kaunseling dapat membantu dan membimbing rakan
saya dengan menasihatinya supaya berubah sikap. Sesi kaunseling ini amat penting kerana menerusi sesi
kaunseling, diharapkan rakan saya itu akan sedar dan insaf tentang perbuatannya yang salah selama ini.
Rakan saya juga dapat mengenali identiti diri dan bermotivasi untuk berubah apabila guru kaunseling
memberi nasihat dan dorongan kepada rakan saya itu. Saya juga berharap, rakan saya dapat membina
keyakinan diri dan menyedari betapa pentingnya pembinaan sahsiah diri dan akhlak dalam kalangan remaja
sebagai benteng supaya tidak mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Tegasnya, menerusi
sesi kaunseling ini, rakan saya sebagai remaja dapat menginsafi dan menyedari peranannya sebagai remaja
yang mewarisi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Hujatul Islam Imam Al-Ghazali dalam
bukunya ’Ihya’ Ulumuddin’ mengatakan bahawa sekiranya kita ingin melihat masa depan remaja maka
lihatlah pada diri remajanya. Seandainya baik diri remaja, maka baiklah masa depan negara. Sebaliknya, jika
buruk diri remaja maka buruklah masa depan negara.
Seterusnya, saya juga akan mengajak rakan saya itu menyertai program-program yang berfaedah.
Saya akan membawa rakan saya menghadiri majlis-majlis ilmu seperti program yang berunsurkan agama
dan motivasi diri. Sebagai contoh, saya akan mengajak rakan saya menghadiri ceramah agama, Majlis
Tazkirah, kelas mengaji al-Quran, Kem Bina Insan dan Kecemerlangan Diri. Menerusi majlis ilmu yang
dihadiri itu, saya berharap rakan saya akan insaf dan lembut hatinya serta menyesal dengan apa yang pernah
dilakukannya selama ini. Menerusi Kem Kecemerlangan Diri dan Bina Insan pula, rakan saya pasti
membina keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk berubah terutamanya dalam proses pembentukan
minda dan akhlak. Hasil daripada pergaulan dengan rakan-rakan yang baik dalam majlis-majlis ilmu itu,
rakan saya itu dapat membezakan dan mengenali antara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik.
Jelasnya, rakan saya itu tidak akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik dan dia
juga tahu menghargai masa kerana masa itu emas.
Akhir sekali, saya juga akan sentiasa membantu rakan saya dalam pelajaran. Saya akan mengajak
rakan saya menghadiri kumpulan perbincangan. Saya juga akan membantu rakan saya menerangkan tajuk-
tajuk bagi memahami topik-topik pelajaran yang ketinggalan selama ini. Saya akan mengajak rakan saya
mengulang kaji pelajaran di perpustakaan dan mencari rujukan serta berbincang tentang topik-topik yang
kurang difahami. Saya juga akan mengajak rakan saya menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan di
sekolah atau di luar sekolah. Saya akan menasihati rakan saya tentang kepentingan pelajaran dalam
kehidupan. Tanpa pelajaran, masa depan seseorang itu gelap. Pada masa yang sama, saya akan mengajak
rakan-rakan yang lain untuk membantu dan sudi mengadakan perbincangan dengan rakan saya ini. Tujuan
saya berbuat demikian adalah untuk memastikan rakan saya benar-benar insaf dan tidak mengabaikan
pelajaran.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha membantu rakan yang terlibat
dalam gejala sosial adalah sesuatu yang murni dan perlu diteruskan. Saya berharap, usaha yang saya lakukan
ini dapat membantu rakan saya supaya tidak melibatkan diri dalam gejala sosial. Saya juga berharap, rakan
saya benar-benar insaf dan bertanggungjawab terhadap masa hadapannya kerana ’sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna’. Rakan saya perlu ingat bahawa sekiranya dia tidak berubah, tidak ada
sesiapa pun yang akan membantunya untuk berubah. Sebagai remaja, rakan saya perlu mempunyai jati diri
agar tidak mudah dipengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik. Tegasnya, rakan saya perlu berusaha
gigih untuk mencapai kecemerlangan kerana pepatah mengatakan rajin dan usaha tangga kejayaan dan yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

LATIHAN 3 (DIMENSI DIRI)

Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk menggembirakan ibu bapa adalah
dengan menjaga nama baik mereka.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menjaga nama baik ibu bapa anda.

Tidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang akan anaknya. Mereka sanggup berkorban apa-apa
sahaja untuk memastikan anak-anak sentiasa selamat dan sihat. Ibu bapa juga sanggup berkorban dan
bersengkang mata berjaga malam semata-mata untuk menjaga terutamanya ketika anak-anak sakit. Bagi ibu
bapa, tiada detik yang paling menggembirakan mereka melainkan ketika melihat anak-anak membesar
sebagai seorang yang berguna dan berjaya dalam hidup. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita
perlu sentiasa ingat akan pengorbanan ibu bapa kita dan membalas jasa mereka walaupun mereka tidak
pernah mengharapkan sebarang balasan daripada kita. Sebagai seorang anak, saya bertanggungjawab
menggembirakan ibu bapa saya dan menjaga nama baik mereka kerana saya sedar bahawa tiada ibu bapa,
tiadalah saya. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang harus saya lakukan untuk menjaga nama baik
mereka?
Langkah utama yang akan saya lakukan untuk menjaga nama baik ibu bapa saya adalah dengan belajar
bersungguh-sungguh sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang. Ibu bapa saya pasti akan gembira
apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman sekolah atau peperiksaan
awam. Untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan , saya akan menumpukan sepenuh perhatian saya
semasa guru sedang mengajar. Sekiranya saya tidak memahami sesuatu tajuk dalam pelajaran tertentu, saya
tidak akan malu bertanya kepada guru saya kerana pepatah menyatakan bahawa malas berkayuh perahu
hanyut, segan bertanya sesat jalan. Selain itu , saya akan mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan
bersama-sama rakan sekelas ketika ada masa yang terluang. Saya juga akan menyediakan jadual belajar
secara sistematik dan efisyen. Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru akan saya siapkan mengikut
ketetapan masa yang diberi oleh guru. Saya juga akan sentiasa membuat persediaan lebih awal dengan
mengulangkaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar kerana pepatah
menyatakan sediakan payung sebelum hujan. Kejayaan yang akan saya peroleh hasil usaha saya yang
bersungguh-sungguh ini tentulahkan akan menaikkan nama baik ibu bapa saya. Reputasi ibu bapa saya
sebagai contoh dalam kalangan masyarakat akan terselah dan nama baik mereka juga akan terbina. Jelasnya,
saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang untuk menjaga nama
baik ibu bapa saya.
Selain itu, untuk menjaga nama baik ibu bapa, saya akan bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan yang
baik dan dapat membimbing saya menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa
kelak. Hal ini demikian kerana, saya akan memastikan diri saya tidak terlibat dengan rakan-rakan yang
bermasalah yang boleh mempengaruhi saya terjebak dalam kancah gejala sosial seperti merempit, melepak ,
ponteng sekolah , melakukan vandalime dan melibatkan diri dalam penagihan najis dadah. Saya akan
sentiasa berpegang pada pepatah yang menyatakan bahawa “jika kita berkawan dengan seorang tukang
besi, baju kita akan tercarik kerana terkena percikan api, tetapi jika kita berkawan dengan seorang
penjual minyak wangi, tubuh badan kita akan turut berbau harum”. Saya juga akan membezakan
anatara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik. Saya akan berkawan dengan rakan-rakan yang
mengutamakan pelajaran agar saya dapat bertukar-tukar pandangan dan ilmu dengan mereka. Hal ini penting
bagi menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya, agar mempunyai semangat dan motivasi untuk
belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa saya pasti bersyukur sekiranya sebagai seorang anak saya tidak
melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang ke muka mereka. Jelasnya , saya akan bergaul dengan
rakan-rakan yang berakhlak baik agar saya tidak tersilap langkah demi menjaga nama baik ibu bapa saya.
Di samping itu , bagi menjaga nama baik ibu bapa, saya akan menjaga akhlak dan tingkah laku saya
sendiri agar tidak mencemarkan maruah ibu bapa saya. Setiap ibu bapa pasti berasa bangga seandainya
anak-anak yang lahir mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan. Kecemerlangan
yang dicapai oleh anak-anak dalam bidang akademik bukan jaminan untuk ibu bapa gembira sekiranya
anak-anak yang cemerlang ini tidak memiliki akhlak yang terpuji dan berbudi bahasa. Sebagai seorang anak,
saya akan sentiasa menghormati ibu bapa dan bercakap dengan lemah lembut terhadap mereka. Saya juga
akan sentiasa mendengar nasihat mereka dan tidak sekali-kali menjadi anak derhaka seperti cerita si
Tanggang. Akhlak akan seiring dengan kejayaan yang saya miliki . Sebagai seorang murid sekolah pula,
saya akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya akan mengelakkan diri
daripada terlibat dalam masalah disiplin seperti ponteng kelas , tidak menghormati guru dan tidak
menyiapkan kerja sekolah. Saya sedar sekiranya saya melanggar peraturan sekolah dan terlibat dengan salah
laku di sekolah, ibu bapa saya akan di panggil dan mereka akan berasa malu akibat perbuatan saya ini. Oleh
itu, saya akan sentiasa menghormati guru-guru di sekolah dan menghormati orang yang lebih tua daripada
saya apabila berjumpa dengan mereka di mana-mana sahaja. Hal ini demikian kerana masyarakat pasti
bertanya “Anak siapakah yang berbudi bahasa itu?” Secara tidak langsung, ibu bapa saya akan
dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mendidik anaknya dengan baik. Hadis Riwayat Al-Tarmizi
menyatakan bahawa ibu bapa yang baik terdiri daripada ibu bapa yang melahirkan anak-anak yang
berakhlak mulia.
Tambahan lagi , saya akan menjaga nama baik ibu bapa dengan manjalinkan hubungan yang baik dengan
ahli keluarga , jiran tetangga dan masyarakat setempat. Sebagai seorang anak yang baik, saya sentiasa
menjalinkan hubungan dengan ahli keluarga dan saudara mara yang jauh dan dekat sama ada di sebelah ibu
mahupun di sebelah bapa walaupun mereka telah meninggal dunia. Saya akan meneruskan jalinan kasih
sayang dengan ibu bapa saudara dan sepupu-sepupu saya termasuklah mereka yang mempunyai
hubungan bau-bau bacangdengan saya. Hubungan yang terjalin ini dapat mengeratkan ikatan
kekeluaargaan dan tali persaudaraan yang mungkin hampir terputus kerana tinggal berjauhan serta tidak
mengenali antara satu sama lain. Sebagai contohnya, saya akan membawa ibu bapa saya menziarahi sanak
saudara dan kaum kerabat saya pada musim perayaan atau majlis kenduri-kendara. Saya yakin hubungan
saya ini dapat menjaga nama baik ibu bapa saya kerana menjalinkan hubungan baik dalam kalangan
keluarga. Selain itu, saya juga akan menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga seperti selalu bertegur
sapa dengan mereka, menziarahi mereka sekiranya mereka sakit , membantu mereka apabila mereka
memerlukan bantuan dan mengunjungi rumah mereka pada hari perayaan. Sebagai seorang anggota
masyarakat, saya akan menyertai setiap program kemasyarakatan yang dianjukan oleh masyarakat di
kawasan tempat tinggal saya. Ibu bapa saya pasti gembira apabila saya melibatkan diri dalam program
kemasyarakatan kerana mereka tidak perlu berasa bimbang sekiranya saya akan bergaul dengan rakan-rakan
yang tidak baik. Penglibatan saya dalam program kemasyarakatan juga membuktikan saya menjadi lebih
matang dan berminda terbuka dan tidaklah seperti katak di bawah tempurung.Tegasnya, nama baik ibu
bapa dapat dijaga dan dapat dipelihara sekiranya saya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat
setempat. Bak kata pepatah, “hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa.”
Akhir sekali, saya akan sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama demi menjaga nama baik ibu bapa
saya. Sebagai anak yang baik, saya akan sentiasa mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan saya agar
saya mempunyai benteng keimanan yang kukuh dan ampuh serta dapat mengelakkan diri daripada terjebak
dan terpengaruh oleh perkara-perkara yang tidak baik. Sekiranya saya berpegang teguh pada ajaran agama,
saya dapat membezakan perkara yang salah dan benar. Hal ini amat penting untuk menentukan kejayaan
saya pada masa hadapan. Saya akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan tidak menghampakan harapan
mereka terhadap saya , kerana saya sedar, “siapalah saya tanpa ibu bapa”. Saya akan mempraktikkan
didikan agama yang saya terima agar saya mempunyai matlamat hidup yang jelas. Saya sedar akan
kepentingan masa hadapan saya. Untuk meningkatkan nilai kerohanian dalam diri , saya akan menghadiri
kelas-kelas agam a atau kelas fardhu ain serta majlis-majlis ilmu agar dapat membentuk jiwa saya kearah
melakukan perkara-perkara baik. Hal ini penting untuk melawan serangan pemikiran yang boleh
menjerumuskan saya untuk melakukan perkara yang tidak baik. Tegasnya, didikan agama yang saya terima
hasil asuhan ibu bapa akan saya praktikkan dalam kehidupan saya supaya saya dapat membentuk
keperibadian yang baik dalam diri saya sekali gus dapat menjaga nama baik ibu bapa saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menjaga nama baik ibu bapa atau
menggembirakan mereka menjadi satu tanggungjawab anak-anak yang hidup di dunia. Oleh itu, saya ingin
menyeru agar semua remaja dan anak-anak sentiasa menjaga nama baik masing-masing dan jangan sesekali
melukakan perasaan ibu bapa mereka atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan imej mereka. Kita
perlu ingat bahawa harta benda boleh dicari tetapi ibu bapa tiada galang gantinya. Tegasnya, berbuat
baiklah kepada ibu bapa selagi hayat mereka masih ada dan sebelum terlambat kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Latihan 6 (Dimensi Diri)

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.

Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di
negara kita.

Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang
menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita
daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah
diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara
kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu
seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan
tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan
tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam
kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya
mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?

Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah dengan
memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan
pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk
dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa
saya berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri
untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat
tentang permainan tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang
ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai
permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri
untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin
popular dalam kalangan remaja.

Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan tradisional sebagai
pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa
cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang
lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan
memainkannya bersama rakan-rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional
malah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan
diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-
rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan
tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional
mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.

Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah haruslah
berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti
semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar
memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini
secara tidak langsung akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga
akan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti
kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan
membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang
lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan
tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai
permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para
pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.

Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan budaya
terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat
Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu
yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan
silu mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang
sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga
yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap
sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan
memupuk juga rasa cinta terhadap negara

Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar permainan


tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda
khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar
permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua
golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan
dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

ISU PERMAINAN TRADISIONAL

Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang berhadapan dengan arus
globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut generasi muda
hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga seakan melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan
pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan
masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman
yang berlaku? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan
martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang
berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan
tradisional di nusa tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta mempopularkan permainan tradisional kepada
generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan
anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik
di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan
secara bersendirian atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil
bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas
bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama ahli keluarga,bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada
kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan
permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar
tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara
mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan rasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam
minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai
masyarakat masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan
permainan tradisional di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata
peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu
dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk
mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara
terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu
menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain.
Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan
permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-
mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di
merata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan
tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional.
Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan
tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang
pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan
rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek
panas. Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa yang mana mereka akan diajar
cara-cara bermain tradisional seperti gasing, galah panjang dan teng-teng. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur
sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara
negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandinganmerupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan
permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling
bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat
memang suka bertanding dan ’berlaga’ untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan
kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional
dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran
Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat.
Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh
dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional
sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di
muka bumi kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta
bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan
asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara
khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan
generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis
kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!.

Latihan 5 (Dimensi Diri)

Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk
membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah anda.

Pusat Sumber sekolah merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk mendapatkan pelbagai informasi
yang diperlukan oleh setiap warga sekolah. Namun, sejak akhir-akhir ini isu para pelajar kurang
mengunjungi pusat sumber sekolah sering diperkatakan dalam media massa sama ada media cetak atau
media elektronik. Hal ini membimbangkan semua pihak kerana para pelajar merupakan pelapis yang bakal
menerajui negara pada masa hadapan, bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Justeru, pusat sumber sekolah perlu diurus secara sistematik dan efisien untuk memupuk budaya membaca
dalam kalangan pelajar agar menjadi pelajar yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat
sumber sekolah?
Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat saya lakukan untuk
membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah saya. Salah satunya ialah saya akan
memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan kemas dan menarik. Saya akan bekerjasama
dengan pengawas pusat sumber yang lain untuk mengemas kini pusat sumber. Aktiviti gotong-royong
membersihkan pusat sumber akan diadakan secara berkala agar pusat sumber sentiasa berada dalam
keadaan bersih . Saya juga akan memastikan buku-buku disusun atur dengan kemas di atas rak-rak buku
mengikut kategori dan jenis buku. Dengan ini keadaan harmoni dan selesa dapat diwujudkan. Situasi ini
dapat memberi keselesaan kepada seseorang pelajar semasa mengulang kaji pelajaran di pusat sumber.
Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan menarik mampu menarik para pelajar berkunjung ke pusat sumber.
Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan program Nilam untuk
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai contohnya, saya boleh membantu mencari dan
menyediakan buku-buku yang sesuai serta menarik untuk kegunaan para pelajar semasa program Nilam.
Oleh itu, program Nilam dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hal ini dapat membantu
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan juga menyemai budaya membaca dalam kalangan
pelajar. Program Nilam merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk dan
meningkatkan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Budaya membaca amat penting dan melambangkan
ketinggian tamadun sesuatu bangsa. Dengan membaca, seseorang itu akan mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan sebagai pedoman hidup, bak kata peribahasa membaca jambatan ilmu. Justeru, pelaksanaan
program Nilam yang berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk mengunjungi pusat sumber.
Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar menyediakan kemudahan yang
lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat kepada pihak pengurusan agar dapat menyediakan
kemudahan yang lengkap di pusat sumber untuk kebaikan pelajar. Saya akan meminta pihak pengurusan
menyediakan komputer yang boleh diguna pakai oleh pelajar untuk melayari internet bagi mendapatkan
pelbagai informasi terkini.Saya akan membantu dari segi penyediaan buku-buku yang baharu dan menarik.
Dengan adanya pelbagai buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka. Pihak sekolah juga perlu menyediakan pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada para
pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini lebih mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan para
pelajar berkunjung ke pusat sumber sekolah.
Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya mesra
pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan bersikap sopan, berbudi pekerti mulia dan berhemah tinggi
serta sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya pengunjung menghadapi masalah tanpa mengira
bangsa dan agama , bak kata peribahasa budi bahasa budaya kita. Layanan mesra
daripada pengawas menggembirakan para pengunjung dan merupakan salah satu kunci untuk menarik para
pelajar mengunjungi pusat sumber. Saya juga akan membantu pihak sekolah mempromosikan buku-buku di
pusat sumber agar dapat dipinjam oleh pelajar. Saya juga perlu bersikap adil dan tegas kepada semua
pelanggan terutama sekiranya mereka lewat atau sengahaja tidak memulangkan buku yang dipinjam
mengikut tarikh yang ditetapkan.
Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah agar
menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk membantu meningkatkan
penggunaan pusat sumber sekolah saya. Contohnya penggunaan ICT khususnya komputer dalam urusan
pinjaman dan pemulangan buku dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penggunaan sistem berkod merupakan
langkah bijak kerana semua bahan bacaan berbentuk buku akan direkodkan secara berkod yang
memudahkan urusan pinjaman dan pemulangan buku yang dilakukan secara ‘ scaning’. Kaedah ini akan
mewujudkan sistem pengurusan pusat sumber yang sistematik kerana para pelajar tidak perlu menunggu
terlalu lama untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku. Jelaslah sistem pinjaman yang sistematik dan
efektif adalah penting untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam
pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah menjadi pengguna yang bermaklumat dan pemikir yang
kreatif serta kritis. Justeru, terpulang pada pelajar sendiri sama ada mahu menggunakan atau
sebaliknya, tepuk dada tanyalah minda. . Semua pihak perlulah berganding bahu dalam usaha meningkatkan
penggunaan pusat sumber sekolah bak kata peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.

LATIHAN 4 (DIMENSI DIRI)

Semua orang berusaha untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Huraikan sumbangan yang akan anda berikan kepada ibu bapa jika anda telah berjaya dalam
kerjaya pada satu masa nanti.

Kejayaan merupakan satu anugerah bagi orang yang berusaha. Orang tua-tua pernah menyebut
bahawa usaha tangga kejayaan. Pakar Motivasi, Dr.Shukri Abdullah berkata bahawa, pemisahan antara
orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah sikap rajin. Orang yang rajin akan berjaya manakala
orang yang gagal akan kecewa. Kejayaan bukan bergantung kepada nasib tetapi kerjaya akan dapat
direalisasikan jika ada usaha yang padu dalam keluarga. Ibu bapa merupakan orang yang terpenting di
sebalik kejayaan seseorang. Ibu bapa berkorban jiwa raga , masa dan wang ringgit untuk memastikan anak-
anak mereka berjaya. Ibu bapa jugalah yang memberi panduan kepada anak-anak agar tidak terpesong
daripada landasan kejayaan. Persoalannya, apakah sumbangan yang akan saya berikan kepada ibu bapa jika
saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti?
Jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti, saya akan membalas jasa ibu bapa
dengan memberikan wang kepada ibu bapa saya setiap bulan tidak kira ibu bapa saya berkedudukan atau
berjawatan dan mempunyai pendapatan yang baik. Ibu bapa saya boleh menggunakan wang tersebut untuk
keperluan harian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan mereka seperti kesihatan. Saya akan
memastikan wang yang saya berikan itu mencukupi untuk kegunaan harian dan kebajikan mereka. Saya
akan bertanya kepada ibu bapa saya berkaitan jumlah wang yang diperlukan oleh mereka. Sekiranya,
pemberian saya tidak memadai dan mencukupi, saya akan sentiasa menambahkan kiriman tersebut sesuai
dengan pendapatan yang saya peroleh.. Saya akan menggunakan pelbagai cara untuk memberikan wang
kepada mereka. Contohnya, saya akan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank ibu bapa saya
secara terus kepada mereka atau pun mengirimkan wang menerusi kiriman wang pos dan
sebagainya. Dengan adanya wang di tangan mereka, hati mereka akan tenang dan kehidupan mereka akan
senang. Jadi, pemberian wang merupakan salah satu sumbangan saya kepada ibu bapa jika saya telah
berjaya pada suatu masa nanti untuk menggembirakan mereka.
Selain memberikan wang tunai secara tetap. saya juga akan membawa ibu bapa saya menunaikan
haji atau umrah serta melancong ke tempat-tempat yang disukai mereka jika saya telah berjaya dalam
kerjaya pada suatu masa nanti. Selama ini, Ibu bapa saya mungkin tidak berpeluang untuk menunaikan haji
dan umrah atau makan angin serta melancong ke mana-mana kerana pendapatan mereka yang terhad ketika
membesarkan saya dan adik-beradik yang lain. Pada hemat saya, inilah masa yang sesuai untuk membawa
ibu bapa saya menunaikan umrah dan haji atau melancong sambil menggembirakan mereka. Setiap ibu bapa
pasti gembira dan bersyukur seandainya anak-anak dapat memenuhi impian mereka untuk pergi ke Tanah
Suci menunaikan rukun Islam yang ke-5. Selain itu, saya juga akan membawa ibu bapa saya melancong dan
mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti mengunjungi Bumi Anbiya’ di Jordan, Syria, Turki dan
Mesir untuk melihat sendiri kesan peninggalan dan penyebaran Islam di sana. Oleh itu, menghantar ibu
bapa menunaikan haji atau umrah dan melancong bersama ibu bapa merupakan sumbangan saya jika saya
telah berjaya pada suatu masa nanti.
Di samping itu, saya juga akan membelikan insurans kesihatan kepada ibu bapa saya jika saya telah
berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti. Saya berpendapat bahawa insurans sebegini sangat penting
kepada ibu bapa kerana peribahasa Melayu sering menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Jika ibu
bapa saya menghadapi masalah kesihatan, mereka tidak perlu risau kerana melalui pembelian insurans
kesihatan, mereka akan mendapat rawatan terbaik. Sebagai contohnya, jika ibu bapa saya sakit, saya akan
membawa mereka ke hospital swasta yang terbaik dan merawat mereka segera melalui skim insurans yang
di tawarkan. Saya tidak mahu ibu bapa saya menunggu terlalu lama sebelum mendapatkan rawatan untuk
dirinya di hospital biasa. Kita faham bahawa nisbah seorang doktor dan pesakit di hospital biasa ialah 1:100.
Bilangan rakyat yang memerlukan rawatan di hospital terlalu ramai. Sebagai seorang anak yang
bertanggungjawab, saya akan menyediakan insurans kesihatan untuk ibu bapa saya agar mereka mendapat
rawatan terbaik pada hari tua mereka. Jadi jelaslah bahawa pembelian insurans kesihatan merupakan
sumbangan yang dapat saya berikan kepada ibu bapa saya jika saya telah berjaya pada suatu masa nanti.
Seterusnya, jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti, saya akan membina sebuah
rumah yang indah dan lengkap dengan segala kemudahan untuk kedua-dua ibu bapa saya nanti. Rumah
tersebut akan didirikan di kawasan pinggir bandar yang berdekatan dengan masjid atau surau dan pusat
membeli belah. Rumah yang disediakan ini mempunyai beberapa buah bilik. Selain bilik tidur yang
dilengkapi perabot, saya juga akan menyediakan bilik-bilik khas untuk ibu bapa saya menjalankan aktiviti
harian tanpa sebarang gangguan seperti bilik riadah, bilik ibadat, dan bilik bacaan. Dengan adanya bilik-
bilik khas ini, ibu bapa saya akan dapat menjalankan aktiviti dalam suasana yang kondusif. Mereka juga
dapat melakukan senaman untuk menjaga kesihatan walaupun ketika hujan. Salah satu contoh rumah agam
yang menjadi idaman saya untuk disumbangkan kepada ibu bapa saya adalah seperti rumah yang dimiliki
oleh Datuk Yusuf Haslam yang bernila RM6 juta. Jadi, rumah agam yang lengkap merupakan sumbangan
saya kepada ibu bapa jika saya telah berjaya satu masa nanti.
Akhir sekali, saya akan menyumbangkan sebuah dusun seluas beberapa ekar kepada ibu bapa jika
saya telah berjaya dalam kerjaya suatu masa nanti. Ibu bapa saya telah bersusah payah mengerjakan tanah
yang tidak sampai suku ekar sewaktu membesarkan saya. Mereka sanggup membanting tulang berbakti
kepada tanah untuk mencari rezeki dalam membesarkan saya adik-beradik. Sebagai cara untuk membalas
jasa mereka, saya akan menyediakan dusun bersama-sama pembantu khas. Di dalam kawasan dusun
tersebut, saya akan membina sungai kecil yang mengalir perlahan. Di dusun tersebut juga, saya akan
menanam pokok buah-buahan kegemaran ibu bapa saya. Dusun tersebut merupakan contoh dusun yang akan
saya sumbangkan agar mereka dapat menikmati keindahan alam semula jadi . Saya yakin bahawa
sumbangan ini akan menyebabkan ibu bapa saya ceria dan gembira. Sebagai orang tua yang sudah lama
tinggal di kampung, saya faham tentang jiwa ibu bapa saya yang tidak akan meninggalkan rumah dan tanah
tempat kelahiran mereka. Sudah terang lagikan bersuluh, sumbangan dusun seluas beberapa ekar akan saya
sempurnakan untuk ibu bapa saya nanti jika saya telah berjaya dalam kerjaya suatu masa nanti.
Berdasarkan huraian berkaitan sumbangan saya terhadap ibu bapa jika saya telah berjaya dalam
kerjaya suatu masa nanti, saya yakin impian ini akan terlaksana dalam tempoh sepuluh tahun lagi. Hal ini
demikian kerana pencapaian saya dalam bidang akademik sangat terserlah. Kejayaan dalam bidang
akademik akan membolehkan saya membina kerjaya yang cemerlang. Kecemerlangan dalam kerjaya akan
membolehkan saya memberikan sumbangan yang bermakna kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah
bersusah payah memelihara, mengasuh dan mendidik saya tanpa jemu. Jika ditakdirkan saya kurang berjaya
sekalipun, saya akan tetap memberikan sumbangan mengikut kemampuan saya. Kata-kata hikmah yang
sering diucap, harta benda boleh dicari tetapi ibu bapa tiada galang gantinya. Kesimpulannya, saya
perlu belajar bersungguh-sungguh agar impian untuk memberi sumbangan kepada ibu bapa akan terlaksana.

Amalan Membaca dapat melahirkan generasi yang berjaya. Bincangkan peranan ibu bapa dalam
usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Membaca jambatan ilmu. Itulah ungkapan yang sering menjadi halwa telinga kita dalam
menjelaskan kepentingan membaca. Sememangnya amalan membaca itu menjadi tali yang menghubungkan
seseorang dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Membaca dapat menambahkan ilmu dan keyakinan
seseorang untuk berhadapan dengan dunia realiti. Namun begitu, amat menyedihkan apabila kajian yang
dibuat menunjukkan majoriti masyarakat Malaysia hanya tiga buah buku sahaja setahun. Amalan membaca
sepatutnya menjadi suatu budaya dalam lapisan masyarakat tanpa mengira agama ataupun bangsa seseorang.
Oleh itu, dalam merealisasi hasrat murni ini, peranan ibu bapa sangat ditagih. Persoalannya , apakah peraran
ibu bapa dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak ?
Ibu bapa ialah suri teladan utama kepada anak-anak. Ibu bapa mesti mendidik dan menanam minta
membaca dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Unt uk itu, ibu bapa hendaklah menerapkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Ibu
bapa hendaklah membudayakan amalan mulia ini di hadapan anak-anak di samping mengajak mereka
membaca bersama-sama. Tindakan segelintir ibu bapa yang selalu membacakan buku cerita kepada anak-
anak kecil mereka sebelum tidur pada waktu malam wajar dipuji kerana amalan ini tanpa disedari boleh
memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kedua-dua ibu bapa jugaperlu membimbing anak-
anak untuk memilih bahan bacaan yang bermutu dan sesuai dengan usia mereka.
Dalam usaha menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam kalangan anak-anak, ibu bapa
haruslah bersedia membuat sedikit pelaburan dengan membeli bahan bacaan yang mencukupi untuk anak-
anak. Walaupun pelaburan ini tidak menampakkan keuntungan dalam jangka masa pendek, namun dalam
jangka masa panjang pelaburan ini cukup menguntungkan. Hal ini dikatakan demikian kerana ,anak-anak
yang gemar membaca akan mempunyai pemikiran yang matang di samping melahirkan anak-anak yang
cemerlang dalam bidang akademik. Secara tidak langsung, tindakan ini seolah-olah menjadi serampang dua
mata dalam usaha melahirkan anak-anak yang cemerlang. Bahan bacaan yang boleh menjadi pilihan ibu
bapa untuk tatapan anak-anak ialah bahan bacaan ilmiah dan majalah seperti Asuh, e-Baca, Kawan dan
sebagainya. Selain itu, ibu bapa boleh membeli akhbar perdana setiap hari seperti akhbar Berita Harian dan
Utusan Malayisia supaya anak-anak dapt membaca berita utama setiap hari sebagai persediaan untuk
menjawab soalan karangan bahagian A dan B. Seelok-eloknya, ibu bapa melanggan surat khabar harian dan
majalah-majalah seperti ini pada setiap bulan.
Untuk menanam minat membaca dalam kalangan anak-anak, ibu bapa juga sewajarnya
menyediakan ruang yang selesa di rumah sebagai tempat membaca. Bagi yang berkemampuan, mereka
boleh menyediakan sebuah bilik yang dilengkapi dengan kerusi dan meja yang selesa serta pendingin hawa.
Bilik yang kondusif seperti ini mampu mencetus minat yang lebih baik kepada anak-anak untuk membaca.
Mereka juga boleh belajar dan mengulang kaji pelajaran di bilik ini. Ibu bapa yang kurang berkemampuan
pula boleh menyediakan satu sudut atau bilik khas yang jauh daripada ruang menonton televisyen agar
tumpuan anak-anak ketika membaca tidak akan terganggu. Dengan adanya bilik atau tempat khusus untuk
membaca ini dan ditambah pula dengan susulan buku yang pelbagai genre di dalam bilik tersebut akan
melahirkan suasana seperti sebuah perpustakaan di rumah sendiri yang mampu menarik minat semua orang
untuk membaca.
Perpustakaan merupakan khazanah ilmu. Kunjungan seseorang ke perpustakaan akan membuka
nafsu mereka untuk membaca. Oleh itu, dalam hal ini ibu bapa sewajarnya menetapkan satu hari pada setiap
bulan untuk membawa anak-anak berkunjung ke perpustakaan awam. Anak-anak perlu dibiasakan dengan
gedung ilmu ini kerana selain membaca, ibu bapa juga boleh membantu anak-anak meneroka pelbagai ilmu
yang dapat diperoleh melalui buku-buku di perpustakaan. Anak-anak akan mempunyai pilihan untuk
memilih bahan-bahan yang diminati. Sebenarnya, kunjungan ke perpustakaan selain dapat terus memupuk
minat membaca dalam kalangan anak-anak, kunjungan ini juga dapat menjimatkan belanja ibu bapa kerana
tidak perlu membeli buku untuk di baca oleh anak-anal sebaliknya hanya meminjam sahaja daripada
perpustakaan.
Akhir sekali, ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak membaca dengan memberi hadiah dan
ganjaran. Hadiah dan ganjaran mungkin dalam bentuk barangan atau wang ringgit. Ganjaran yang dijanjikan
ini akan memberi motivasi dan galakan kepada anak-anak dan seterusnya menjadi tarikan untuk mereka
membaca. Anak-anak di minta membaca buku atau bahan bacaan lain sebanyak mungkin dalam tempoh
sebulan.Mereka perlu bersaing antara adik-beradik untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan oleh ibu
bapa. Persaingan ini sangat sihat kerana mereka akan memdapat pelbagai ilmu dan maklumat yang buku
yang di baca di samping hadiah yang bakal diberikan oleh ibu bapa mereka.
Hakikatnya , budaya membaca banyak mendatangkan manfaat. Sehubungan dengan itu, ibu bapa
perlu proaktif dalam usaha menggalakkan anak-anak membaca. Walaupun sesibuk mana, ibu bapa perlu
meluangkan sedikit masa untuk menemani dan membaca bersama-sama dengan anak. Pepatah bapa borek
anak rintik memberi gambaran kepada umum bahawa anak-anak akan mengikut semua tindakan yang dibuat
oleh ibu bapa mereka. Jadi, ibu bapa hendaklah menjadikan amalan mulia ini sebagai ikutan anak-anak.

Latihan 11 (Dimensi Keluarga)

Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu
tercapai.

Anak-anak yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan idaman setiap ibu bapa.
Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk merealisasikan hal tersebut. Setiap ibu bapa
mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka perlu
berusaha untuk merealisasikan impian itu dengan mengaplikasikan kemahiran keibubapaan ke tahap yang
paling optimum. Jika hal ini dipraktikkan, harapan untuk memiliki anak-anak yang berguna akan dapat
direalisasikan. Persoalannya,apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan mereka tercapai?
Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang. Ibu bapa haruslah
memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka. Ibu bapa boleh
mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak
agar anak-anak berasa diri mereka diambil berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa
haruslah memberikan pujian kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan
mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting
kerana sepatah kata yang positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan
serta motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan kerana pepatah menyatakan rajin
dan usaha, tangga kejayaan.Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan anak menjadi sampah
masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang porak-peranda di samping sikap ibu bapa yang
materialistik dan mementingkan kerjaya .Sebagai contohnya, banyak ibu bapa yang menyerahkan
tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak
berasa tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif. Tegasnya,anak-anak akan menjadi
insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, dan negara jika keluarga yang saling berkasih
sayang dan mengambil berat dapat diwujudkan.
Selain itu,untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-anak. Ibu bapa
perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak berasa tenang ketika berada di
rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. Ibu
bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut agar anak-anak mendengar segala arahan dan
nasihat daripada ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah
menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik
untuk anak-anak belajar dan bilik untuk anak-anak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah
terbukti bahawa anak-anak yang tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan
sesetengahnya tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk
gejala negatif seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar
besar, khususnya di kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan
kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka menginginkan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna dan menyayangi keluarganya.
Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu bapa haruslah
memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana pepatah
menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari
rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada anak-anak di
samping membantu mereka mengetahui batas hidup yang betul. Penerapan nilai agama dapat membantu
anak-anak untuk membezakan baik atau buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan
berpandukan ajaran agama. Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik,
kebiasaannya keturunannya akan baik kerana kalau asal benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau,
dilontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Jika ibu bapa mempunyai pegangan
dan didikan agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu
satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan kesempurnaan
didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya
dan sebagainya.Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan impian ibu bapa untuk
memiliki anak-anak yang berguna.
Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah menjadi
suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa
janganlah menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Ibu bapa meminta anak-anak
menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan. Peribahasa Melayu “bapa borek anak rintik”
sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana
anak-anak biasanya meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah
didikan ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik dan
bertanggungjawab. Sebagai contohnya, jika anak-anak melihat ibu bapanya mendirikan solat dan
mengamalkan sikap suka membaca, anak-anak sudah pasti akan mencontohi setiap perbuatan dan perlakuan
ibu bapa mereka. Oleh itu, ,ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan
bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana keperibadian ibu bapa menjadi
penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang
baik agar anak-anaknya turut menjadi insan yang baik dan berguna.
Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang lain
berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak
sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran. Hal ini demikian kerana
teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak mereka tetapi untuk membetulkan
kesilapan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah “menjaga tepi kain orang
lain” dalam masyarakat adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara positif.
Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera membetulkan kesilapan anak dan mencari
punca anak mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang
sama. Ibu bapa janganlah mudah melenting apabila terdapat jiran-jiran atau guru-guru memberitahu tentang
perangai anak-anak kita kerana sebagai manusia yang bukan bersifat sempurna, kadang-kadang kita sendiri
sebagai ibu bapa tidak pernah mengambil tahu kekurangan dan kelemahan anak-anak kita. Hal ini demikian
kerana kita sibuk dengan urusan dan kerjaya masing-masing. Oleh itu, kita perlu menganggap setiap
kritikan yang diterima sebagai satu teguran yang membina. Jadi, untuk membentuk anak menjadi insan
yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka.
Peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” atau “sudah terhantuk baru terngadah”
sewajarnya menjadi panduan kepada ibu bapa.
Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama ada
dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil berat ibu bapa
menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu bapa, anak-anak
akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum.
Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak.
Sebagai contoh, ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru
disiplin, guru kelas atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti
perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru disiplin sekolah
berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku
anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa juga perlulah bertanya kepada anak
sebab-sebab anak-anak keluar rumah atau pulang lewat. Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau perkembangan
pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk anak-anak
menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak
menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas yang mudah. Semua ini perlu dilakukan melalui
proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan
sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna.Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat
dan negara serta mempertahankan maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak
mereka jadi sampah masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada
masyarakat dan negara malah membawa masalah serta menjatuhkan keluarga kita.

Latihan 3: (Dimensi Keluarga)


Ibu bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam kehidupan.
Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa
mereka.

Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga
seorang ibu. Situasi sebeginilah yang sedang berlaku pada zaman ini. Ibu bapa ditinggalkan hidup
merempat di jalan oleh anak – anak yang tidak berperikemanusiaan. Mereka sanggup menghantar ibu bapa
mereka ke rumah orang tua-tua dalam keghairahan mengejar kemewahan dan kemajuan materialisme. Kita
seharusnya ingat bahawa si ibu yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari dan
membawa kita ke muka bumi ini. Si bapa pula telah bersengkang mata untuk mencari nafkah bagi
membesarkan kita. Mereka sanggup mengetepikan kegembiraan mereka semata-mata untuk membahagiakan
kita. Bagi mereka, kesusahan yang dilalui oleh mereka tidak bererti apa-apa sekiranya anak- anak mereka
hidup bahagia. Oleh itu, kita perlu menghargai dan membalas jasa ibu bapa kerana mereka merupakan insan
yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa ibu bapa, siapalah kita? Persoalannya, apakah langkah-
langkah yang dapat diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka?
Sebagai seorang anak yang taat, kita seharusnya menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Apabila usia
sudah lanjut, ibu bapa mudah tersinggung dengan apa-apa yang diperkatakan oleh anak- anak. Dalam hal
ini, kita seharusnya menjaga pertuturan dan pengucapan kita apabila berbual dengan ibu bapa agar mereka
tidak berasa tersisih. Menurut pujangga “ sekiranya engkau tidak menghormati ibu bapamu, maka suatu hari
nanti, anak-anakmu tidak akan menghormatimu”. Sekiranya kita menghormati ibu bapa kita dan sentiasa
bersopan santun dengan mereka, mereka akan merasakan bahawa diri mereka disayangi dan dihargai.
Sebagai contoh, ketika kita berjalan di hadapan orang tua kita, kita seharusnya tunduk sebagai tanda hormat.
Hal ini menunjukkan bahawa kita sentiasa bersikap merendah diri di hadapan ibu bapa kita. Ibu bapa hanya
mengharapkan diri mereka dihormati sejajar dengan usia mereka. Kita janganlah sesekali menyakitkan hati
ibu bapa kerana kesedihan dan kekecewaan mereka boleh memusnahkan kita dalam sekelip mata. Kita harus
mengambil iktibar daripada kisah “Si Tanggang dengan ibunya” agar tidak menerima nasib seperti Si
Tanggang yang bertukar menjadi batu akibat sumpahan ibunya. Anak yang derhaka tidak akan mendapat
keredaan Allah kerana menyakiti hati ibu bapa merupakan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Oleh itu,
wajarlah kita menghormati ibu bapa untuk membahagiakan mereka.
Di samping itu, kita juga perlu menjaga ibu bapa kita yang sudah uzur. Kita janganlah bersikap
seperti kacang lupakan kulit setelah memperoleh kesenangan dengan menghantar mereka ke rumah orang
tua. Hal ini kerana mereka telah membesarkan dan menjaga kita dengan baik sehingga kita berjaya dalam
hidup . Oleh itu, kita perlu menjaga ibu bapa kita sehingga mereka menemui ajal mereka. Falsafah Cina ada
menyebut “menyimpan seorang tua di dalam rumah umpama kita memiliki suatu barang yang amat
berharga”. Ibu bapa yang sudah tua mengharapkan anak- anak mereka ada bersama-sama mereka kerana
mereka tiada tempat bergantung melainkan kita. Kitalah menjadi tempat mereka
mengadu, menangis, bergembira dan berkongsi segala perasaan mereka. Hal ini kerana hubungan yang
terjalin antara seorang ibu dengan anaknya ialah hubungan yang ditentukan oleh Tuhan di dunia dan
akhirat. Selain itu, kita juga perlu menyediakan segala keperluan dan permintaan ibu bapa kita. Pada usia
yang semakin lanjut, mereka mudah lupa tentang apa-apa yang diperlukan oleh mereka. Dalam hal ini, kita
perlu menyediakan segala keperluan ibu bapa kita seperti makanan, pakaian, tempat tinggal yang selesa dan
ubat-ubatan. Ada ketikanya, ibu bapa berasa segan untuk meminta sesuatu daripada kita sebagai anak kerana
mereka merasakan bahawa hal ini akan membebankan kita. Kita seharusnya ingat bahawa suatu ketika
dahulu, ibu bapa kita telah menyediakan segala keperluan untuk kita tanpa diminta. Mereka sanggup
memakai pakaian yang lama untuk membeli pakaian yang baharu untuk kita. Oleh itu, kita harus menjaga
segala keperluan ibu bapa kita bagi membalas segala penat lelah mereka. Ulama ada mengatakan bahawa
seseorang yang tidak mendapat keredaan ibu bapa tidak akan mencium bau syurga. Sekiranya kita gagal
menjaga kebajikan ibu bapa kita, maka kita telah melakukan dosa. Jelasnya, kita harus melaksanakan
kewajipan kita sebagai anak yang saleh dengan menjaga ibu bapa kita dengan baik.
Selain itu, kita juga harus belajar bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan dalam pelajaran.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak- anak mereka agar berjaya dalam hidup. Mereka sanggup bertungkus
lumus demi menyekolahkan kita agar kita hidup senang pada kemudian hari. Dalam hal ini, kita seharusnya
berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan untuk membalas jasa ibu bapa kita. Kita janganlah
membiarkan hasrat ibu bapa kita berkecai seperti kaca terhempas ke batu. Hal ini akan meletakkan ibu bapa
kita dalam keadaan yang sedih sekiranya kita gagal menunaikan hasrat mereka. Mereka tidak mengharapkan
wang ringgit daripada kita tetapi hanya mendoakan agar kita menjadi insan yang berilmu dan berguna serta
dipandang mulia oleh masyarakat. Ibu bapa akan berasa bangga dan gembira apabila melihat anak- anak
mereka memperoleh segulung ijazah. Kita juga tidak harus melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak
sihat. Kita harus mengikuti jalan yang betul untuk menjaga perasaan ibu bapa kita. Meraka sudah tentu akan
berasa sedih sekiranya melihat kita melakukan aktiviti yang tidak sihat. Tegasnya, kita harus belajar
bersungguh-sungguh agar pengorbanan ibu bapa kita tidak menjadi sia- sia.
Seterusnya, kita perlu meluangkan masa bersama-sama ibu bapa kita. Walaupun sibuk dengan
kerjaya, kita harus meluangkan masa untuk bergaul dan beramah mesra dengan mereka. Apabila semakin
tua, ibu bapa kita mudah diselubungi perasaan kesunyian. Pada ketika inilah, mereka memerlukan teman
untuk berbual-bual. Kita seharusnya menemani mereka ketika mereka berasa sunyi dan sepi. Memang tidak
dapat dinafikan apabila telah berkerjaya, kita lebih banyak menghabiskan masa dalam kerjaya. Namun
begitu, pada masa lapang, kita perlu menziarahi mereka dan berbual-bual dengan mereka. Kita juga perlu
bergurau senda dengan mereka untuk menghiburkan hati mereka. Ilmuwan Islam ada menyatakan “
sekiranya kita lupa akan jasa ibu bapa, maka kita juga telah lupa akan diri kita”. Bagi anak-anak yang
tinggal berjauhan, mereka boleh berhubung dengan ibu bapa mereka melalui telefon. Ketika berbual dengan
mereka, kita perlu menggunakan pertuturan yang bersopan dengan mereka agar tidak menggores perasaan
mereka. Bukan itu sahaja, kita juga boleh membantu ibu bapa kita melakukan kerja-kerja rumah untuk
meringankan beban mereka. Sebagai contoh, kita boleh membantu ibu kita untuk memasak, mencuci
pakaian, mengemas rumah dan sebagainya. Jelasnya, komunikasi yang baik antara anak-anak dengan ibu
bapa dapat menjamin keharmonian keluarga.
Sejajar dengan konteks perbicaraan, kita juga perlu menyambut sesuatu perayaan bersama-sama ibu
bapa kita. Kita perlu ingat bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu bapa. Menjelang musim
perayaan, kita perlu balik ke kampung untuk menyambut sesuatu perayaan. Ketika musim perayaan, kita
dapat meluangkan masa yang lama bersama-sama mereka. Kita juga perlu meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu
sebagai tanda menghargai jasa mereka. Dengan itu, ibu bapa kita akan merasakan bahawa diri mereka
dihargai kerana kita sudi mengadakan majlis untuk mereka . Malah, kita juga boleh mengadakan majlis
sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapa kita. Melalui majlis sebegini, ibu bapa kita dapat mengimbau
kembali kenangan manis mereka sewaktu muda. Walaupun ibu bapa kita sudah tua, kita juga boleh
menyambut hari jadi mereka. Masa itu emas, jikalau kita meluangkan masa untuk ibu bapa kita dalam
mengadakan majlis khas untuk mereka, masa itu bagaikan permata, lebih mahal daripada emas. Bukan itu
sahaja, kita juga perlu meraikan kejayaan kita bersama- sama ibu bapa kita. Hal ini kerana kejayaan itu
sebenarnya hasil titik peluh ibu bapa kita. Walaupun sudah berkahwin, kita perlu memberikan keutamaan
kepada ibu bapa kita kerana jasa mereka tidak ternilai.
Akhir sekali, kita perlu mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa kita di dunia dan di akhirat. Doa
kita akan termakbul sekiranya permintaan kita ikhlas. Bayangkanlah sekiranya ibu bapa kita telah meninggal
dunia, adakah kita akan berpeluang untuk melihat mereka semula? Maksud Al-Quran ada menyatakan “
Dan ucapkanlah doa : Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibu bapaku, sebagaimana mereka mendidik
dan mengasihani aku sewaktu aku kecil”. Oleh itu, kita harus berdoa agar ibu bapa kita dikurniakan dengan
kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Bagi ibu bapa yang sudah meninggal, kita juga boleh berdoa
agar mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang mulia. Setiap anak digalakkan membaca ayat-
ayat suci al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ibu bapa mereka. Orang India pula akan mengadakan
upacara sembahyang pada setiap ulang tahun kematian ibu bapa mereka. Bagi masyarakat Cina, mereka
akan menyembah roh arwah ibu bapa dan nenek moyang mereka pada setiap Tahun Baru Cina dengan
melawati kubur orang tua mereka. Dalam hal ini, setiap agama menyeru kepada bangsanya untuk berdoa
agar roh ibu bapa mereka tenteram.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak harus melaksanakan
kewajipan mereka dengan menjaga ibu bapa dengan baik. Selagi ibu bapa kita hidup di muka bumi ini, kita
perlu memenuhi segala permintaan dan hajat mereka sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka. Hal ini
kerana apabila mereka sudah tiada di dunia, kita tidak berpeluang melakukan sesuatu bagi membalas jasa
kedua-dua orang tua kita. Ketika itu, kita akan menyesal namun pepatah menyatakan bahawa “ sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Oleh itu, marilah kita menyahut slogan “ Sayangilah
Ibu Bapa kita” dan berbakti kepada ibu bapa kita agar hidup diberkati. Firman Allah SWT yang
bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang mulia ialah orang- orang yang tida melakukan
dosa”. Kita janganlah melakukan dosa dengan menyakitkan hati ibu bapa kita. Tegasnya, setiap insan harus
mendukung kewajipan sebagai anak yang soleh dan solehah serta melaksanakan kewajipan tersebut dengan
baik agar hidup diberkati.

Karangan Dimensi keluarga

Latihan 1

Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama dada akhbar tempatan saban hari. Peningkatan kes
pembuangan bayi perlu dibendung sebelum menjadi ‘trend’ masyarakat untuk mencari penyelesaian
mudah menyelesaikan masalah kelahiran anak tidak sah taraf terutama dalam kalangan remaja.

Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menangani
masalah ini.

Saban hari, terdapat pelbagai berita yang terpapar di dada-dada akhbar harian tentang jenayah
pembuangan bayi. Kadar pembuangan bayi yang tidak berdosa kian meningkat. Baru-baru ini, kita
dikejutkan dengan berita penemuan seorang mayat bayi yang dimasukkan ke dalam beg pakaian dan
dibuang ke dalam perigi dan juga bayi yang baru lahir dicampakkan dari tingkat dua di satu kawasan
perumahan. Perkara yang menyedihkan kita jenayah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan
akan mencorak kegemilangan negara kelak. Persoalannya, di manakah letaknya sikap bertanggungjawab
dan belas kasihan serta perikemanusiaan remaja yang berani membuang bayi mereka begitu sahaja. Remaja
ini seharusnya mengikut akal fikiran yang waras dan bukannya bertindak mengikut hati dan hawa
nafsu serakah semata-mata, bak kata pepatah, ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’.
Pelbagai strategi telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha membendung masalah ini.
Namun, masalah ini gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa adalah golongan yang paling hampir dengan
remaja. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah pembuangan bayi
ini. Ibu bapa perlu bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-
anak. Ibu bapa perlu menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak-anak serta memberikan kasih
sayang secukupnya terutamanya anak-anak yang sedang meningkat remaja kerana anak remaja sebenarnya
memerlukan perhatian dan layangan yang lebih daripada ibu bapa kerana mereka akan rasa lebih dihargai.
Contohnya, ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung
minggu atau melakukan aktiviti yang melibatkan ahli keluarga bersama-sama. Selain dapat mengeratkan
hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa aktiviti yang dilakukan ini dapat menghalang anak-anak
daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah di luar pengetahuan ibu bapa.
Dalam melayari kehidupan remaja yang penuh cabaran, remaja sering mencari model yang boleh
dicontohi. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang positif kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu menjadi model yang boleh diikuti dan dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya Si ayah
atau Si ibu mahu anak-anak mereka berakhlak mulia, tidak meninggalkan solat, maka sebagai orang tua,
hendaklah melakukannya terlebih dahulu, seperti kata peribahasa, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’.
Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal, sekiranya corak yang dilakar
menarik dan cantik, maka akan baik dan eloklah akhlak anak itu. Sekiranya hitam corak yang dilakar, maka
akan hitamlah kehidupan anak-anak itu kelak. Mendidik anak biarlah dari kecil, bukannya bila dah menjadi
buluh baru hendak dilentur, akan pecah dan patahlah buluh tersebut. Begitu juga dengan anak-anak, bila
sudah besar amat sukar untuk dididik seandainya pada asasnya tidak dimulakan, bak kata pepatah Melayu,
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa berperanan besar memastikan anak-anak tergolong
dalam golongan yang berakhlak mulia, lalu tidak sesekali akan melakukan maksiat yang menyebabkan
kesudahan yang mengaibkan dalam menutup episod hitam yang berlaku. Mereka tidak akan sanggup untuk
menconteng arang ke muka kedua- dua ibu bapa mereka kerana anak yang berakhlak akan sentiasa menjaga
maruah diri mereka dan juga maruah keluarga.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana
yang kita ketahui , rakan merupakan golongan kedua yang paling hampir dan rapat dengan remaja selain ibu
dan bapa.Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya
kita berbau harum, dan sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, kita juga turut terkena percikan
apinya. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan mengamalkan
pergaulan bebas. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan dengan siapa anak mereka berkawan. Ibu
bapa perlu menasihati dan memberi kesedaran kepada anak tentang batas-batas pergaulan antara lelaki
dengan perempuan bagi mengelakkan berlakunya hubungan intim dan keterlanjuran yang secara tidak
langsung menyumbang kepada berlakunya jenayah pembuangan bayi ini. Berkawan antara lelaki dengan
perempuan tidak mengapa, asalkan tahu batas-batas pergaulan. Jangan sampai mendorong melakukan
maksiat, melakukan zina seterusnya mengandung anak luar nikah. Akhirnya, untuk menutup malu, lalu
remaja yang terlibat sanggup membuang bayi yang tidak bersalah di masjid, di depan rumah atau dibuang ke
dalam sungai. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar berkawan dengan kawan yang mempunyai akhlak
yang baik, berwawasan dan mendorong melakukan aktiviti yang berfaedah. Kawan yang baik dan berakhlak
akan mengelakkan diri daripada menghampiri maksiat dan kejahatan. Mereka akan sentiasa menjaga adab
pergaulan.
Agama teras kehidupan dan merupakan panduan kepada setiap penganutnya. Oleh itu, ibu bapa
perlu memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama merupakan benteng
yang ampuh untuk untuk mengelakkan golongan remaja terjebak dalam kancah maksiat. Mereka akan dapat
membezakan antara baik dan buruk, halal dan haramnya tindakan serta perlakuan yang akan dilakukan.
Anak-anak akan mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya
negatif. Oleh itu, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mendalami bidang agama seawal usia tujuh tahun.
Apabila pegangan agama menguasai diri, seseorang itu akan berfikir berulang kali sebelum melakukan
sesuatu yang menyalahi ajaran agama. Namun, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak
mereka menghadiri kelas-kelas yang mengajar anak-anak ilmu keduniaan berbanding dengan program-
program kerohanian dengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada
perkembangan dan kemajuan seseorang. Didikan agama yang kurang akan menipiskan tahap keimanan
seseorang. Akibatnya mereka tidak takut untuk membuat dosa dengan beranggapan perbuatan tersebut tidak
mendapat balasan Alllah SWT pada masa itu juga. Remaja yang nipis imannya tidak dapat bertindak secara
rasional dan lebih suka bertindak mengikut emosi untuk mengatasi sesuatu masalah. Lantaran itu, bagi
remaja yang melahirkan anak tidak sah taraf ini, mereka sanggup membuang bayi mereka kerana bertindak
mengikut emosi dan tidak memikirkan bahawa perbuatan mereka ini akan menambahkan lagi dosa yang
sedia ada. Seandainya anak yang dibuang itu masih hidup dan ditemui oleh orang lain, akan selamatlah anak
tersebut, tetapi seandainya bayi itu mati, jadilah dia seorang pembunuh.
Seterusnya langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menangani masalah pembuangan bayi
ini adalah mengubah tanggapan dan persepsi mereka terhadap anak-anak. Jangan memberikan
kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu membuat ketetapan dan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh anak-anak terutamanya kepada anak-anak perempuan kerana gejala pembuangan bayi ini lebih
melibatkan golongan remaja perempuan. Tetapkanlah peraturan, anak-anak perempuan tidak dibenarkan
keluar malam atau pulang lewat malam. Selain itu, ibu bapa perlu menegur anak-akan perempuan agar tidak
memakai pakaian yang terlalu mencolok mata sehingga menimbulkan keghairahan orang lain untuk
menghampiri mereka dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada mereka. Keadaan ini bukan hanya
berlaku di luar rumah, malahan mungkin akan berlaku di dalam rumah sendiri yang boleh menyebabkan
berlakunya sumbang mahram yang akhirnya melahirkan zuriat. Ibu bapa perlu mengawasi pergerakan
anak jika sekiranya ada sesuatu yang meragukan. Sebab pernah terjadi, anak yang masih bersekolah
mengandung tanpa disedari oleh ibu bapa disebabkan kurang berkomunikasi dengan anak-anak. Selain itu,
ibu bapa juga jangan terlalu mengongkong anak-anak. Sekiranya mereka berpeluang hidup berjauhan
dengan keluarga, mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas difikiran mereka tanpa berfikir
panjang. Anak-anak akan berubah sikap seperti membujur lalu melintang patah dengan bertindak liar
tanpa pengawasan ibu bapa. Hal ini berlaku terutamanya bagi anak-anak gadis yang berpeluang menuntut di
pusat-pusat pengajian tinggi kerana beranggapan mereka bebas melakukan apa-apa sahaja. Jangan sampai,
‘sudah terhantuk baru terngadah’ dan ‘nasi sudah menjadi bubur’. Sesungguhnya, ‘sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Intihanya, gejala pembuangan bayi yang serius tiada penghujung sekiranya tidak ada kesedaran
dalam kalangan masyarakat sarwajagat untuk mengubah sikap kerana untuk menangani masalah
pembuangan bayi ini bukan hanya menjadi tanggunggjawab ibu bapa sahaja tetapi memerlukan kerjasama
semua pihak. Langkah-langkah yang diambil sewajarnya akan menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan
agar setiap remaja yang terdedah kepada gejala negatif ini perlu mempunyai semangat yang kuat untuk
menghadapi cabaran. Gejala tersebut merupakan satu kesalahan yang amat kejam. Sedangkan haiwan pun
tidak berlaku kejam kepada anaknya. Anak itu satu anugerah daripada Tuhan. Oleh itu, kita mesti
menghargainya dengan baik dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya masih ada ruang untuk ibu-ibu muda
yang mengandung anak luar nikah ini mencari jalan pulang, bak kata pepatah Melayu, ‘sesat di hujung
jalan, kembali ke pangkal jalan’. Walaupun di depan jalan amat berliku, namun remaja yang terlibat perlu
menguak halangan untuk mencari sinar kehidupan.

LATIHAN 7 (Dimensi Keluarga)

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada
masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan
terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak
kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan
secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti,
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-
anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk
memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak adalah
dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan.
Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar
yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah
sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Ibu bapa perlu merujuk
kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Anak-anak digalakkan
mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih kerana baik untuk kesihatan mata, gusi, kulit serta
mengekalkan kecergasan tubuh badan. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti
anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan
memasak makanan untuk anak-anak dan mengelakkan makan di luar rumah kerana makanan di luar,
khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan, dibimbangi telah tercemar kerana mungkin terdedah
kepada habuk dan asap kenderaan serta banyak mengandungi perisa makanan yang tidak baik untuk
kesihatan. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan makanan ringan oleh
anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula
yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli.
Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk
amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak
akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang
keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu
membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan
sekurang-kurannya 30 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
senam robik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa
yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa
pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri
dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Anak-anak yang mengamalkan
senaman dan beriadah, akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di kelas semasa
guru sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. Menurut kajian, murid-murid yang tidak gemar
bersukan dan beriadah lebih cenderung untuk berkelakuan pasif di dalam kelas selain suka berkhayal dan
mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Tegasnya, ibu bapa perlulah
melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk
bagi melahirkan otak yang cerdas dan badan yang cergas.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara
berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak
menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun di
hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam
darah dan tahap kolesterol. Tujuan pemeriksaan dibuat agar ibu bapa dapat memastikan tahap kesihatan
anak-anak berada dalam keadaan sihat dan baik. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana
mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani
rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika ibu
bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segera membawa anak-anak berjumpa
dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Hal
ini penting bagi membantu ibu bapa mengawal penyakit yang dihidapi anaknya daripada menjadi lebih
serius dan kronik, bak kata pepatah cegah sebelum parah. Seterusnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-
anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan
kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri dan
kebersihan persekitaran tempat tinggal pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada
sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat
yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan
aspek berkenaan mungkin boleh membawa pada. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya
hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak
mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama
ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,
lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik
pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian,
ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka sekaligus akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam diri anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari
ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang
sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan
diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak
langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada
diri pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan
sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak
akan bersyukur atas kurniaan badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-
anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun
pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan
menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang
sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak
mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar
yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Anak-anak yang mendapat tidur
yang secukupnya berupaya menambah tenaga untuk bergiat aktif ketika di sekolah. Bagi anak-anak yang
telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan
selesa. Nik Nor Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008, menyarankan agar semua pelajar tidur secukupnya.
Namun, ramai dalam kalangan anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam
walaupun keesokannya merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan
akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga terganggu dan lama-kelamaan prestasi
mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah
menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan
sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak.. Amalan ini adalah penting untuk
dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-
langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata
pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya
hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat
dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih.
LATIHAN 14 (Dimensi Keluarga)

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak.
Huraikan pendapat anda.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita selain bidang pelancongan
dan perindustrian. Hal ini demikian kerana, bidang sukan mendatangkan pelbagai faedah kepada masyarakat
dan negara. Selain melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat, bidang sukan juga mampu menjana
ekonomi yang baik kepada negara dan memberi pulangan yang lumayan kepada ahli-ahli sukan. Dato’ Lee
Chong Wei yang merupakan pemenang pingat perak sukan Olimpik dua kali berturut-turut pada tahun
2008 dan 2012 dan Dato’ Nicol David, Ratu Squasy negara yang sudah beberapa kali dinobatkan sebagai
Juara Dunia adalah antara ahli sukan yang memperoleh pendapatan yang lumayan hasil daripada bidang
sukan yang diceburi. Oleh itu, untuk melahirkan lebih ramai generasi muda yang berminat dalam bidang
sukan, ibu bapa hendaklah memberi galakan dan motivasi kepada anak-anak agar menceburkan diri dalam
bidang sukan. Berdasarkan kajian, 80 hingga 85 peratus ibu bapa mampu mempengaruhi anak-anak untuk
bersukan. Sekiranya ibu bapa mampu memberikan sokongan dan galakan, sudah pasti matlamat untuk
memajukan bidang sukan negara akan tercapai dan Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan, Persoalannya, apakah peranan ibu bapa
dalam memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak?
Usaha pertama yang perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa bagi memupuk minat bersukan dalam diri
anak-anak ialah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menunjukkan
semangat kesukanan agar anak-anak juga memiliki semangat yang sama dalam diri mereka. Untuk
memupuk semangat bersukan, ibu bapa boleh bermula dengan melakukan senaman atau riadah bersama
anak-anak. Ibu bapa boleh berjoging, bermain badminton dan melakukan aktiviti kecergasan di padang
terutama pada waktu hujung minggu. Secara tidak langsung, minat anak-anak terhadap sukan akan
bercambah. Apabila anak-anak membesar, minat mereka terhadap sukan akan berkembang. Sebagai
contohnya, anak-anak yang telah didedahkan dengan sukan bola sepak dan badminton oleh ibu bapa sejak
kecil, sudah pasti mereka akan berminat menceburkan diri dalam sukan badminton. Jelasnya, ibu bapa
harus menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan aktiviti sukan
sebagai satu amalan ke mana- mana sahaja mereka berada, bak kata pepatah, benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Selain itu, langkah lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak
bersukan ialah ibu bapa perlu menyediakan peralatan sukan yang lengkap kepada anak-anak yang boleh
mendorong minat anak-anak untuk bersukan. Peralatan-peralatan sukan yang mudah didapati haruslah
disediakan seperti raket badminton, bola sepak, kasut bola dan alat-alat keselamatan untuk bersukan.
Sebagai contohnya, ibu bapa yang sanggup berkorban dengan memperuntukkan sejumlah besar wang bagi
menyediakan gelanggang sukan pelbagai guna seperti gelanggang badminton, sepak takraw, bola keranjang
dan tennis sudah pasti dapat menyuburkan minat anak-anak untuk bersukan dengan menggunakan
kemudahan yang tersedia di depan mata mereka. Kasih sayang yang dicurahkan bagai menatang minyak
yang penuh oleh ibu bapa kepada anak-anak sudah pasti mampu membuka mata anak-anak untuk
menghargai segala usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dan seterusnya menimbulkan minat yang mendalam
untuk bersukan. Sejarah sukan badminton tanah air pasti tidak pernah melupakan pengorbanan Dato’ Mohd
Siddik Kamar dalam usaha membantu negara melahirkan jaguh badminton terkenal di persada antarabangsa
seperti Misbun Siddik, Razif Siddik, Jailani Siddik, Rashid Shiddik dan Rahman Shiddik. Pengorbanan
beliau dengan membina gelanggang badminton di halaman rumahnya sendiri akhirnya berbaloi kerana
semua anaknya berjaya menjadi pemain badminton yang terkenal. Tegasnya, usaha ibu bapa menyediakan
peralatan sukan yang lengkap dapat melahirkan generasi yang minat untuk bersukan.
Di samping itu, untuk memupuk semangat bersukan dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh membawa
anak-anak ke stadium dan tempat-tempat pertandingan yang menganjurkan pelbagai jenis kejohanan sukan
sama ada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Hal ini dapat menimbulkan rasa minat untuk
bersukan dalam diri anak-anak kerana tak kenal maka tak cinta. Anak-anak terbiasa dengan suasana meriah
dan penuh dengan semangat kesukanan apabila berdiri bersama lautan penyokong sukan daripada pelbagai
lapisan masyarakat dan negara serantau. Anak-anak yang menyaksikan kejohanan sukan secara langsung di
stadium akan bersama-sama bertepuk tangan memberikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding.
Mereka turut bersemangat apabila berdiri menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama pemain-pemain
memenangi kejohanan sukan yang disaksikan. Sebagai contohnya, apabila anak-anak sering menyaksikan
sukan bola sepak di stadium sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa bersama-sama ibu
bapa, mereka akan jatuh cinta dan berminat untuk menceburkan diri dalam sukan tersebut dan berusaha
mencuba menjadi yang pemain yang terbaik dalam sukan itu. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak
ke stadium-stadium dan tempat-tempat kejohanan sukan berlangsung, merupakan salah satu langkah yang
berkesan bagi melahirkan anak-anak untuk bersukan dengan lebih cemerlang dan menjadi penggiat sukan
dan seterusnya melahirkan anak-anak yang cinta dan minat untuk bersukan.
Akhir sekali, ibu bapa juga hendaklah memupuk minat bersukan dengan membelikan majalah sukan
yang diminati oleh anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam sukan dengan lebih serius. Mereka akan mendapat maklumat yang terkini tentang
perkembangan sukan melalui majalah sukan tersebut. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing anak-
anak mereka melayari internet untuk mendapat bahan tentang jenis sukan dan cara-cara atau teknik-teknik
terbaik untuk permainan yang diminati. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua
lapisan masyarakat tidak kira tua mahupun muda. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet
untuk mencari bahan tentang cara permainan sukan yang terbaik dan terkenal supaya boleh menjadi contoh
dan diikuti apabila bersukan. Sudah terang lagikan bersuluh, hampir semua golongan remaja terpengaruh
dengan internet. Oleh hal yang demikian, ibu bapa bolehlah menjadikan internet sebagai salah satu medium
utama dalam usaha memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak
bersukan supaya boleh melahirkan anak-anak yang sihat. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-bahan internet
boleh dijadikan panduan untuk bersukan dengan lebih baik dan bermutu tinggi. Hal ini disebabkan mesej-
mesej yang terkandung dalam internet. Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat
bersukan dengan membimbing anak-anak melayari internet.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang
minat bersukan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak bersukan. Asas
pendidikan bermula dari rumah, sudah pasti ibu bapa memainkan peranan penting kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Profesor Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan
universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Jika anak-
anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti bersukan, kesihatan anak-anak sudah pasti terjamin. Imam Al-Ghazali
pernah menyatakan bahawa, ciri yang membezakan anatara manusia dengan haiwan ialah ilmu, maka
manusia menjadi mulia kerana ilmunya dan bukan kerana kekuatan dirinya.tegasnya, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam memupuk minat sukan dalam kalangan anak-anak.
LATIHAN 8 (Dimensi Keluarga)

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah
tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan
mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang
aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami,
berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga
menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia
akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa
yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak.
Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak
dapat menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa
gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat.
Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan
ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-
anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar
dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai
dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa
sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-
anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga
akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa
mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang
berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata
pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh
memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi
perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang
dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan
moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa
mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara
yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan
memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil
didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk
memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar
supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan
galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang
baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata
pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak
dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang
lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah
menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah
menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting
kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh
menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak
akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka
sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa
hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anaksebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu
bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai
kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan.
Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya
untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

Latihan 10 (Dimensi Keluarga)

Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum mencapai
tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak
mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak
mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Hal
ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan yang ringan
seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat
dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan
Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka
yang tidak tahu akan kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-
karya ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir
sedangkan majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana
pembacaan bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang
jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting
untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah
modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke
pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan pada setiap
tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa
anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat
melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk
memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk
membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau
minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan
keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang
memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara
luar.Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah
efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadiulat buku dan
seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu
bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang
boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-
buku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka
membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan
begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu
untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak anak
sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca
bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa
janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri tidak betul.
Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak hendak membaca
bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu
bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca
sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh
ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau
majalah yang yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-
anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca,
sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan
bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al
Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan
tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang
dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah
dalam jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri
unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain
itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-
anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan
buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka
akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan
anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.
Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku dengan cara
mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan
menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai contohnya, anak-
anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila
anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan
buku . Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan
bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh
mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa
juga boleh menggalakkan anak-anak menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja
mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya. Tegasnya,
ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-anak
menyertai ahli kelab buku agar anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk anak-anak
menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah yang
menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus, buku- buku agama, dan buku
motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak untuk
membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan
memastikan anak mereka membaca buku-buku yang disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-
anak juga digalakkan untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah
buku pada setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca
tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang
banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini
tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah
menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak sudah biasa
didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak
akan biasa berbuat demikian dan menjadikan membaca sebagai amalan rutin harian kerana alah bisa,
tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada masa terluang dan mereka akan menghargai
masa kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah
membawa anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal
mereka. Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan
anak-anak. Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam
keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu pengetahuan.
Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan
membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan
oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang menyalahgunakan internet seperti
melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak
mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari judul buku ilmiah yang
terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak
membaca karya-karya ilmiah supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu
yang diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan
mesej-mesej yang terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak
membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak
mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika
anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang
luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata
bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi
arah dan makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Latihan 9 (Dimensi Keluarga)

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu,
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama
bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka . Kata-kata ini jelas
menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai .
Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan
berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak
mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain
tersebut. Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-
anak ?
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-anak dengan
memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak . Pepatah sering menyatakan
bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan
agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka minda serta
mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif . Penerapan nilai agama dapat membantu anak-
anak untuk membezakan antara baik dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga
akan membesar dengan berpandukan ajaran agama. Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang
ampuh untuk mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan
dalam keluarga yang mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya .
Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan
mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah
bahawa pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.
Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih berusia seperti kakak atau
abang berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak atau adik-adik bagi memastikan anak-anak
mempunyai sahsiah yang baik . Hal ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang
mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain,
sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat
dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin membaca dan sentiasa
menunaikan solat, sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana sedemikian akan mencontohi
perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca dan mendirikan solat apabila masuk waktunya tanpa perlu
disuruh oleh ibu bapanya. Walau ke mana-mana pun mereka pergi, amalan tersebut akan terbawa-bawa
kerana sudah sebati dalam jiwa. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang
baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi
penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah
keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh
dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal.
Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-
anak. Anak –anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba
melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling bekerjasama dan berkasih
sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia . Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan
sepenuh kasih sayang kepada diri anak-anak bagai menatang minyak yang penuh agar anak-anak tahu
menghargai hidup untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa perlu meletakkan panggilan manja untuk anak-
anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long bagi anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi
anak kedua supaya kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga
perlu diajarkan kepada anak-anak supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima
bantuan. Ibu bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara dan
kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling bekerjasama . Perbuatan seperti ini akan
terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang
berperanan untuk mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan dapat
melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan bertanggungjawab . Ibu
bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak lebih bertanggungjawab. Anak-anak
perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh baju, menggosok pakaian dan menyimpan baju
dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja
yang ada di rumah mereka . Hal ini amat penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur
dengan apa yang dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah
agar anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja . Anak-
anak yang sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang sederhana
sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak juga melakukan sesuatu
dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi
masa depan yang berpandangan jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat
dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan bertanggungjawab
.
Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak khususnya anak-
anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh
anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan
rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan anak-anak kerana anak-anak lebih
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai
prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya
kepada anak-anak . Hal ini demikian kerana anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa
dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh menconteng arang di muka keluarga .
Oleh itu , ibu bapa perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap masa
agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum
habis. Ibu bapa perlulah mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan
mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah
pasti masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi
gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu
bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap
ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini
penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa
harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan
keperibadian mereka. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan
yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia.

LATIHAN 5 (Dimensi Keluarga)

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.

Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau
empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat
kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan
bekerjasama antara satu sama lain. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat
Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu
perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden,
semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur. Oleh itu, semua
lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar
diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat
majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak
lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-
royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa
boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong,
semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “
tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong
ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat
bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar
dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran.
Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa kelak,
anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu
bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan
dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada
anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri.
Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit sama di
daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk
mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu
bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka..
Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain
mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-
masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban
yang ditanggung oleh jiran. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu
memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital,
memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan
nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa
terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka.
Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis
rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak
bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama
lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu
perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan
itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara
ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun
Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya,
majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli
masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam
kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat
kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa
anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran
kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat
kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta
membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah
berpegang teguh pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita,
sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara
tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut
mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu
bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk
semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri
dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari
Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap
diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Selain itu, ibu bapa boleh
mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat
setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini
hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Sebagai contoh, melalui
Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak
diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam
peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-
menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan
dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan membentuk
perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah
mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika
kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan
menghiburkan ketika kita senang. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan
berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan
dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya
murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam
kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah
utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan
semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan
sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.
LATIHAN 6 (Dimensi Keluarga)

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk
pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai
kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.
Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia
sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat
dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara
hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok
Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan
kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama
dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.
Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ,
terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan
dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul
pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan
sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang
bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja
dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang
erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan
setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah
atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada
anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui
lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat
membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut
mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan
bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat
penting. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik
dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah
dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-
anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana
kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan
dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi ‘role model’ atau suri teladan kepada
anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan
pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan
sokongan terhadap negara. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang
tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa
boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah
Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan
sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara
dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-
sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September
dan sebagainya. Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat
disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak kemerdekaan, mendengar
perkisahan cerita-cerita tentang kesengsaraan pengorbanan para pejuang tanah air untuk
memerdekakan negara, dan sama-sama menyaksikan perbarisan yang boleh menyemarakkan
semangat cinta akan tanah air. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan
kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah
disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat
menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang
harus dikorbankan demi melihat Malaysia berdiri megah seperti sekarang. Dengan menyertai
aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada
kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan
antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat
patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari
Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis
Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa ‘ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh
seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat
jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan
personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan
bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.

Karangan Dimensi Masyarakat/Negara


Latihan 4:

Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai
membaca karya sastera

Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki sebuah komputer
untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding mencari maklumat atau membaca daripada
buku. Hal ini menyebabkan minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat makin
berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya sastera yang dihasilkan oleh sasterawan
negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan sebagainya. Hal ini tidak boleh
dipandang remeh kerana karya sastera yang dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan
identiti dan bangsa kita. Minat untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam
kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk
menarik minat orang ramai untuk membaca karya sastera?
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai membaca
karya sastera termasuklah peranan pihak sekolah khususnya Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah
perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ oleh Shahnon
Ahmad, ‘Salina’ oleh A.Samad Said, ‘Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur’ oleh Kamaludin Muhamad dan
‘Tulang-tulang Berserakan’ oleh Usman Awang agar murid mahupun guru berpeluang untuk membacanya.
Pusat sumber boleh mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada setiap bulan.
Langkah ini membolehkan para pelajar untuk membaca karya-karya sastera memandangkan mereka ingin
menghasilkan ulasan yang menarik. Secara tidak langsung, minat pelajar terhadap karya sastera akan
semakin bertambah. Pihak sekolah turut boleh menggalakkan setiap kelas menyediakan satu ruang atau
sudut membaca di kelas bagi memudahkan pelajar untuk menghayati karya sastera ketika guru tiada di
dalam kelas. Tegasnya, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pembaca
terhadap karya sastera.
Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk menarik minat anak-
anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-
anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh
membaca sastera ralyat kepada anak-anak sebelum mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan
silaturahim antara ibu bapa dengan anak bukan sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat
mengetahui cara hidup dan budaya masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya
sastera untuk dibaca oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa selain
dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel yang sesuai kepada
anak-anak mengikut umur mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan bacaan yang hendak dibeli untuk anak-
anak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran buku. Seterusnya, ibu bapa
harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan khususnya
karya-karya sastera seperti prosa atau puisi tradisional dan moden yang dihasilkan oleh pengarang
tersohor di rumah. Dengan itu, minat anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai
dalam jiwa mereka.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam mengambil langkah
menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera. Sebagai contohnya, pihak media boleh
mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan surat khabar. Melalui cara
ini, lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan karya sastera di pasaran. Bukan itu
sahaja, pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan
majalah kepada orang ramai. Dengan itu, orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara
kita dengan lebih mendalam. Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan peraduan teka teki atau
menulis sajak dan syair yang bertemakan karya-karya sastera. Jelasnya, pihak media haruslah mengambil
langkah untuk menarik perhatian orang ramai untuk membaca karya sastera.
Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen menghayati
karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang untuk mengenali karya-
karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak kerajaan boleh membina perpustakaan rakyat di
setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca ataupun meminjam karya-karya sastera untuk
dibaca. Pihak kerajaan turut boleh mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan karya
sastera. Langkah ini dapat menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan
berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa
pihak kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam mengambil langkah untuk menarik minat orang
ramai membaca karya sastera.
Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih banyak karya
sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh bekerjasama dengan penulis
untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit juga perlu memberikan bayaran setimpal dan
berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya Sastera boleh ditubuhkan untuk melindungi karya-karya
penulis supaya tidak dplagiat oleh pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan dan bagi membolehkan para
peminat berkongsi pendapat bersama dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan
karya sastera dalam setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk
menghasilkan karya sastera yang bermutu.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas
tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca karya sastera.
Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah tersebut mendapat sambutan yang
hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku warga Malaysia haruslah mencintai dan
menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan warisan bangsa dan mencerminkan identiti kita.

Karangan Dimensi Masyarakat/Negara


Latihan 5:

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan
kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan
ini?

Orang Kelainan Upaya (OKU)ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau
mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini
menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan
pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak
kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut
memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu
OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan
kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini
kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna
malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kelainan Upaya (OKU)haruslah
diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka
tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara
istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk
di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik
anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar
mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam
membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas
tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali
memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan
masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk
menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat
menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan
mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada
mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kelainan Upaya
(OKU)diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik,
membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan
Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya
mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap
dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain
membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan
keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan
elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan
pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan
Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU
malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga
diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata
golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah
berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan
daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk
membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada
orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang
berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-
anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para
pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan
tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup
mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat
dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada
OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja
sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour
yang telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka
memberi peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga
mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan
dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak
terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut.
Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam
era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat
sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Latihan 2: Dimensi Masyarakat/Negara

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya yang berlainan,
perpaduan amat penting dalam mencapai matlamat pembangunan negara.
Sarankan usaha-usaha meperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain,
namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Menghadapi cabaran yang
ditimbulkan oleh perpaduan kaum bukannya mudah. Pelbagai usaha dijalankan ke arah perpaduan termasuk
penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Rukun Tetangga hinggalah kepada Pelan
Integrasi Nasional, Sekolah Wawasan, dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Persoalannya,
apakah usaha-usaha memperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini?

Antara usaha untuk memperkukuhkan perpaduan kaum di negara ini ialah rakyat Malaysia
perlu menyertai aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contohnya, masyarakat boleh mengadakan aktiviti
gotong-royong di taman-taman perumahan. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk
bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan seperti membersihkan kawasan longkang, semak-
samun dan sebagainya. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama
lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, jika kita mengamalkan
prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati suasana harmoni dalam kalangan
masyarakat.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung seperti rumah terbuka rakan-
rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan. Kebudayaan
dan adat resam antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap
kefahaman, bertimbang rasa serta membina masyarakat yang saling menghormati. Oleh itu, sikap buang
yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalin hubungkan semangat perpaduan yang tersedia
utuh. Tambahan lagi sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau
pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Usaha ini
secara tidak langsung, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan
pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran
dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, pendidikan juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Dengan adanya
sistem pendidikan yang terbuka kepada semua kaum dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan sejak dari kecil lagi malahan dapat memupuk
semangat kerjasama melalui aktiviti kokurikulum dan kokurikulum. Dengan cara ini, kita akan dapat
melahirkan generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu serta tidak
mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan
semangat bersatu padu yang dijalin ini sejak di prasekolah lagi sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk
membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada prinsip Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk
memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak di bangku sekolah kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan
jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak
kecil.

Bagi mempererat perpaduan antara kaum di bumi bertuah ini, media massa pula mempunyai peranan
yang tersendiri. Semua saluran media di Malaysia, tidak kira media cetak atau elektronik, membuat liputan
yang begitu bertanggungjawab tentang isu-isu yang membabitkan kaum. Pihak media jarang-jarang
menyiarkan berita yang boleh menggugat perpaduan nasional dan kestabilan politik negara. Pihak media
harus sedar betapa besarnya peranan dan pengaruh yang ada pada mereka. Justeru, mereka sungguh berhati-
hati dalam mengendalikan sesuatu isu sensitif yang menyentuh soal bangsa, agama dan bahasa. Banyak
pengajaran yang telah kita terima daripada peristiwa-peristiwa hitam yang pernah melanda negara seperti
Peristiwa 13 Mei 1969.

Seterusnya, perpaduan dapat dikukuhkan melalui penglibatan dalam kegiatan sukan. Hal ini
demikian kerana melalui bersukan, semua lapisan masyarakat dapat melibatkan diri tanpa mengira
perbezaan kaum. Berkongsi minat dalam sukan yang sama akan melahirkan sikap tolong-menolong dan
saling menghormati di samping memupuk semangat kesukanan dan semangat berpasukan yang tinggi.
Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan sama-sama memberikan sokongan padu kepada atlet-atlet yang
bertanding atas semangat Malaysia Boleh. Tegasnya, kegiatan sukan dapat menyatukan semua kaum dalam
sesebuah pasukan.

Secara tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk
perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih
lancar bawah gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi
kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Semangat perpaduan harus disemai dan diingati
sampai bila-bila agarWawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Karangan Dimensi Masyarakat/Negara


Latihan 6:

Semangat Kejiranan dalam kalangan rakyat di negara ini semakin longgar.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pelbagai pihak supaya semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan?

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan dan juga di
belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan
dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita
dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa “Jiran sepakat membawa berkat”. Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat
kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, apakah langkah-
langkah yang wajar diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat?

Langkah primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah kerajaan menjalankan kempen-kempen
kejiranan yang bersesuaian di semua peringkat sama ada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.Tujuan
kempen ini adalah untuk menanam semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep
1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menekankan
semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.Usahasama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan
diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Kempen
kejiranan yang dijalankan ini perlulah berterusan dan janganlah seperti “hangat-hangat tahi ayam” sahaja.
Jelasnya,kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk memupuk
semangat kejiranan.

Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah mengadakan aktiviti
gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang ,mereka akan dapat berkenal-
kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran
mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan
bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri kendara dan sebagainya. Melalui
cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Malahan, menurut laporan
majalah ‘The Times’ di Australia. kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara
aktiviti yang terbaik di dunia.
Di samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat penting dalam meningkatkan
semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam menyuburkan
semangat kejiranan.Media cetak misalnya boleh menyiarkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat
kejiranan .Media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan menarik tentang kejiranan.
Melalui media massa, pelbagai maklumat dan berita boleh disampaikan dengan cepat dan mudah
.Sesungguhnya,berita dan isu semasa yang disiarkan oleh media massa lebih mudah menarik perhatian orang
ramai terutamanya generasi muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3 menyiarkan ‘Colour of Malaysia’ wajar
disokong. Justeru,semangat “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” ini wajar kita tonjolkan
melalui media massa.

Seterusnya, setiap penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan
dalan kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita
tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya ,melalui rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh
tuan rumah. Sebagai contoh, sambutan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina,Krismas, Deepavali dan sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah
terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga hendaklah mengadakan
aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa
aktiviti Hari Keluarga diadakan,s emua ahli keluarga jiran akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti
berkayak, memasukkan air ke dalam botol ,terompah gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga
diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga.Aktiviti
seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi atau padang
sekolah yang berhampiran .Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang
secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti
yang terungkap dalam peribahasa Melayu,”ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.

Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai
satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk
sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan
Rukun Tetangga, Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan
sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir
mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini
dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu “ibarat aur dengan tebing” yang mementingkan semangat
sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Akhir sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan


rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat,
kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang
dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa
jiran kita dimasukkanke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa “berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya”, namun sebagai
jiran, kita mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Maksudnya ialah
jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan
keperitan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perul memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam
era globalisasi, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal
seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan
negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Oleh itu,dengan
meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi,dalam setiap masa, kita
mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita
sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Model 1 (Surat Kirfiman Rasmi)

Sebuah syarikat pemaju perumahan bercadang untuk menjalankan projek perumahan di sebuah
kawasan bukit yang terletak berhampiran dengan rumah anda. Sebagai setiausaha jawatankuasa
penduduk, anda ingin menghantar surat bantahan kepada pihak yang terbabit.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

Contoh jawapan:
Setiausaha Kehormat,
Jawantankuasa Penduduk Taman Bukit Mewah,
Persiaran Mewah,
Bandar Puchong Jaya,
46000 Petaling Jaya.
Selangor Darul Ehsan.

_________________________________________________________________________

Pengurus Besar,
Syarikat Perumahan Bumi Holding,
Jalan Persekutn,
25200,
Kuala Lumpur 27 FEBRUARI 2012

Tuan,
Bantahan Terhadap Projek Perumahan Bukit Mewah Fasa II
Merujuk perkara di atas, saya mewakili Jawatankuasa Penduduk Taman Bukit Mewah ingin menyatakan
bantahan kami terhadap projek perumahan Bukit Mewah Fasa II yang sedang dilaksanakan oleh pihak tuan
berdasarkan papan iklan projek yang bernombor siri PP/DBKL92-08/34. Bantahan ini dibuat berdasarkan
usul bantahan yang dicadangkan oleh ahli jawatankuasa penduduk dalam mesyuarat yang telah diadakan
pada 17 Februari 2011. Usul tersebut telah disokong secara sebulat suara oleh semua ahli jawatankuasa yang
hadir. Berikut kami nyatakan sebab-sebab bantahan tersebut.
2. Pertamanya, kebanyakan penduduk berasa kecewa dan terkilan kerana pihak pemaju tidak pernah
memaklumkan projek terebut kepada para penduduk. Seperti yang pihak tuan tahu, kami merupakan
pembeli rumah di Taman Bukit Mewah, iaitu projek syarikat pemaju perumahan yang sama, enam tahun
yang lalu. Semasa kami membeli rumah tersebut, pihak tuan tidak pernah memaklumkan kepada kami
tentang projek perumahan fasa II yang akan melibatkan penarahan kawasan bukit berdekatan. Malahan,
dalam iklan projek perumahan tersebut, pihak pemaju telah menggunakan bukit itu sebagai daya tarikan
dengan mengaitkan kawasan perumahan tersebut dengan alam yang lestari. Sebagai pembeli, kami semua
terpengaruh dengan iklan yang memaparkan kelestarian alam yang dijamin pengekalannya di kawasan
tersebut. Semua penduduk yang membeli rumah di kawasan tersebut mengimpikan kawasan perumahan
yang bebas daripada pencemaran dan dapat menghirup udara yang segar. Namun, selepas enam tahun
keadaan tersebut berubah. Kami dimaklumkan bahawa bukit di kawasan tersebut pula hendak ditarah demi
keuntungan syarikat sahaja. Sudah pasti, sebagai pembeli, kami berasakan bahawa pihak syarikat telah
mempermain-mainkan pembeli,
3. Seterusnya, kami juga kecewa kerana bukit tersebut merupakan kawasan tadahan hujan walaupun
saiznya yang sederhana. Untuk pengetahuan pihak tuan, masih terdapat anak-anak sungai yang mengalir.
Hal ini menandakan bukit tersebut masih merupakan sumber mata air yang tidak kurang pentingnya. Oleh
hal yang demikian, jika syarikat pemaju meneruskan projek perumahan terebut, dikhuatiri keadaan ini akan
menyebabkan kami kehilangan kawasan tadahan hujan. Jika pokok-pokok ditebang, struktur tanah akan
menjadi longgar dan tanah secara beransur-ansur boleh menggelongsor ke bawah. Situasi ini juga akan
menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Sekiranya perkara ini berlaku sudah tentulah
kami yang akan menanggung akibatnya. Beberapa buah rumah di tepi bukit pasti menjadi mangsa paling
terancam kerana berisiko untuk tertimbus jika hakisan tanah berlaku.
4. Di samping itu juga, kami berasa bimbang jika keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat atau banjir
lumpur. Seperti yang sering dipaparkan oleh media massa, kebanyakan tempat yang mengalami banjir kilat
dan banjir lumpur biasanya dikaitkan dengan penarahan hutan di kawasan tanah tinggi. Oleh itu, lebih baik
mencegah sebelum parah. Dalam keadaan ini, sebagai jawatankuasa penduduk kami ingin mencegah
kejadian seperti banjir kilat dan banjir lumpur daripada berlaku di kawasan kami pada masa akan datang.
Kami tidak mahu kejadian banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Perak yang menyebabkan banyak
kematian akan berlaku pula di tempat kami. Menurut maklumat yang kami peroleh, pihak tuan masih belum
lagi mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar, tetapi pihak tuan sudah mula memasang papan
iklan berkenaan projek tersebut. Oleh itu, kami membantah projek yang masih belum mendapat kelulusan
pihak yang berkuasa.
5. Selain itu juga, penduduk di kawasan Taman Bukit Mewah telah menggunakan sebahagian daripada
kawasan bukit tersebut sebagai kawasan riadah atau rekreasi. Hal ini bertepatan dengan hasrat kerajaan
untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas. Pada setiap pagi dan petang terutama pada hari
minggu, penduduk dan ahli keluarga masing-masing, sering beriadah di kawasan bukit tersebut seperti
berjoging, barjalan kaki dan lain-lain smabil menyedut udara yang segar dan bersih. Malah, pihak kami
telah menubuhkan Kelab Cintai Bukit Mewah yang mengumpulkan ahlinya daripada golongan muda.
Melalui kelab ini, kami telah menghantar surat kepada Majlis Daerah untuk menaiktarafkan sebahagian
daripada kawasan bukit itu kepada kawasan rekreasi, khusunya kepada penduduk setempat dan kawasan
sekitarnya, Oleh itu, jika projek pihak tuan diteruskan, hal ini sudah tentu akan mengecewakan para
penduduk, khususnya golongan muda yang mula mencintai alam sekitar di kawasan tersebut.
6. Akhir sekali, harapan kami agar pihak tuan dapat membatalkan projek perumahan tersebut demi
kemaslahatan penduduk dan alam sekitar. Di sini, kami ingin menegaskan bahawa kami bukan
antipembangunan, tetapi kami hanya ingin memastikan khazanah alam sekitar terus terpelihara. Kita perlu
sedar bahawa alam ini tidak kita warisi daripada generasi terdahulu sebaliknya, alam ini hanya dipinjamkan
kepada kita untuk kita serahkan kembali kepada generasi akan datang dalam keadaan yang baik dan
selamat. Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang
lebih tegas jika pihak tuan tetap ingin meneruskan projek perumahan ini.
7. Kami berharap pihak tuan sedia memberikan kerjasama dan mengadakan perundingan dengan
wakil penduduk agar masalah ini dapat diselesaikan secara perundingan sebelum nasi menjadi bubur.
Kerjasama pihak tuan amat kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Seth Tan

(SETH TAN KOO)


Setiausaha Jawatankuasa Penduduk,
Taman Bukit Mewah.
Latihan 3: Dimensi Masyarakat/Negara

Kejadian tanah runtuh merupakan petaka yang terjadi akibat kelalaian manusia. Manusia masih
mempunyai cara untuk mengelakkan tanah runtuh.
Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Bencana tanah runtuh merupakan satu fenomena yang serius seperti kejadian tanah runtuh di Bukit
Antarabangsa, Kuala Lumpur pada Disember, 2006 dan kejadian meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu
Langat baru-baru ini memerlukan satu pendekatan yang dinamik dan menyeluruh. Fenomena ini merupakan
rentetan daripada kegagalan pelbagai pihak bertindak ke atas kesan-kesan semula jadi dan tindakan manusia.
Pelbagai reaksi yang ditunjukkan, ada pihak melempar batu, sembunyi tangan. Ada pihak tidak ambil
pusingdengan tanda-tanda awal kejadian mungkin berlaku. Justeru, usaha-usaha yang lebih pragmatis perlu
dilakukan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini lagi.
Pemusnahan hutan dan aktiviti pembalakan tanpa kawalan lazimnya dikaitkan dengan
fenomena tanah runtuh ini. Kerakusan manusia menggeledah rimba raya dan bukit bukau ini telah
mengganggu ekosistem dan lestari alam. Keadaan tanah di cerun bukit digondolkan serta mendedahkanya
kepada risiko tanah runtuh. Pokok-pokok yang menjadi ikatan kepada tekstur tanah telah ditebang dan
dibuang. Apabila hujan turun air yang mengalir menjadi beban kepada cerun yang longgar dan tidak stabil.
Hal ini boleh menyebabkan tanah rebah seperti yang pernah berlaku di tanah tinggi Genting Highland dan
Pos Dipang satu ketika dahulu. Oleh itu, kawalan terhadap penebangan hutan dan aktiviti pembalakan ini
diharapkan dapat menjadi satu usaha jitu dalam menyelamatkan cerun dan tanah daripada runtuh dan
mengancam nyawa.
Selain itu, usaha menanam semula tumbuh-tumbuhan selepas aktiviti pembangunan merupakan
langkah yang agak efisen bagi meminimakan kejadian tanah runtuh. Manusia mengolah alam sekitar dan
hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, dan
mendirikan tempat rekreasi. Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk
pertanian, perumahan, industri, perlombongan, membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau.
Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar alam persekitaran serta menghapuskan habitat semula jadi, banyak
sepsis tumbuhan musnah. Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terbabit membuang segala sifat evasif
dengan memikul tanggungjawab lapang bagi memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat
pembangunan. Ghalibnya, usaha ini dapat kembali menguatkan tanah yang telah melalui proses
pembangunan.
Bagi mengelak kejadian buruk ini, negara perlu mendepani persaingan pembangunan dengan
strategik dan bijak. Tindakan strategik dan sistematik terhadap setiap pelan pembangunan adalah sangat
mustahak dipraktikkan bagi memastikan pembangunan tidak mengundang padah. Pembangunan
terancang mestilah bersifat mesra rakyat, mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Kita ambil
contoh, pembangunan tanah perlu diberi perlesenan wajar, mengambil kira jenis tanah dan kawasan serta
faktor cuaca dan alam semula jadi. Perancangan pembangunan perlu melihat simbiosis alam dengan projek
yang bakal dimajukan. Usaha ini diharapkan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Tanah runtuh juga mungkin dapat dielakkan, jika negara menguatkuasakan undang-
undang. Hanya undang-undang sahaja yang dapat mencegah kedegilan dan kerakusan manusia mengaut
keuntungan tanpa menghiraukan kebajikan sosial. Pesalah perlu dihukum mengikut undang-undang. Rasuah
dan sikap pilih bulu perlu diketepikan sama sekali dalam menjayakan agenda negara agar keberkesanan
tindakan dapat dilihat hasilnya. Penetapan akta seperti Akta Pembangunan, akta tanah, akta perhutanan
dapat menjaga hak dan menyelamatkan situasi genting. Pembangunan dilakukan dengan berhati-hati sudah
pasti dapat meminimakan kejadian ini.
Konklusinya, sikap bertanggungjawab semua pihak amat perlu dalam mengelakkan kejadian tanah
runtuh ini. Setiap langkah keselamatan dan peraturan tidak boleh dipandang enteng kerana sikap
sedemikian sering mengundang padah. Bagi mengatasi masalah ini, sinergi dari semua lapisan masyarakat
sahaja dapat menjayakan misi dan visi murni ini. Sesungguhnya, tindakan kita perlu umpamamenarik
rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Kerja yang teliti pasti membuahkan hasil
yang baik.
FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG ASING DI MALAYSIA

Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang
asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja
asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia,
Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China. Berdasarkan statistik
sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91
juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara
ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan


pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Statistik
unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini
akan melebihi dua juta orang berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada
28.306 juta. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata
pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang
memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan
lancar.

Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan
kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada
penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk
tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih
serius. Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan
lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk
dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram
ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk
mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.

Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah kekurangan
pekerja tetapi hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini menyedarkan negara bahawa mereka juga
boleh bertindak ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau
kerana kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal. Sesetengah pihak juga sering menyalahkan
belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah
belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan
akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak.
Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan
caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu
mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing.
Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu?

Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran pekerja


asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan harian mereka
dengan bekerja sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika
kehadiran pekerja asing ini menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun
bersenjata api, merogol, pecah rumah, ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan
mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan
Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh
Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara ini.

Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada
keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau
menghadapi masalah dengan isu ini. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji
segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat
dimanfaatkan untuk pembangunan negara.(559 patah perkataan)
Contoh Karangan SPM: Aktiviti berfaedah ketika cuti sekolah?

Sesetengah pelajar tidak mempunyai aktiviti tertentu pada masa cuti sekolah.

Bincangkan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa tersebut.

Cuti sekolah merupakan masa untuk pelajar berehat kerana mereka tidak perlu ke sekolah
untuk belajar. Selain cuti hujung minggu, pelajar juga mempunyai cuti pertengahan semester dan
cuti semester selain cuti umum negara. Pelbagai pihak sudah memberikan pandangan mereka
tentang cara yang baik untuk memenuhi masa cuti pelajar ini. Jadi, wujud banyak aktiviti yang
berfaedah buat pelajar ketika cuti mereka itu.

Satu aktiviti yang baik ialah aktiviti yang mamu meningkatkan pencapaian akademik
mereka. Contohnya, mereka boleh menghadiri kelas tambahan di pusat tuisyen, membuat ulang
kaji pelajaran di rumah dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru sebelum cuti
tersebut. Semua aktiviti ini mampu merangsangkan minda pelajar untuk terus berfikir walaupun
mereka masih bercuti untuk meninggikan prestasi pelajaran mereka kelak. Oleh itu, aktiviti yang
berkaitan dengan pelajaran perlu dilakukan oleh pelajar ketika mereka bercuti ini.

Selain itu, aktiviti yang dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar juga boleh
dilakukan ketika cuti sekolah ini. Antara aktiviti itu ialah pelajar menghadiri seminar motivasi atau
membantu ibu bapa di kebun, ladang dan sebagainya yang baru buat diri pelajar itu sendiri.
Semua aktiviti ini pasti memberikan satu pengalaman yang berguna kepada pelajar lalu boleh
dikaitkan dengan kehidupan mereka sebagai pelajar pula nanti. Maka, pelajar boleh melibatkan
diri dalam aktiviti yang memberikan mereka satu pengalaman baru dan berguna dalam kehidupan
ketika cuti sekolah.

Mungkin juga pelajar boleh melakukan aktiviti yang berupaya untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Pelajar boleh pergi melancong bersama-sama keluarga, pulang ke kampung
halaman dan berkunjung ke rumah sanak-saudara ketika mereka tidak ke sekolah itu. Ketika
melakukan aktiviti ini sudah pasti interaksi dan hubungan lebih akrab akan terjalin antara pelajar
dengan keluarga mereka terutama ayah dan ibu pula. Sesungguhnya, pelajar boleh melakukan
aktiviti yang mampu menjalin hubungan erat antara ahli keluarga mereka ketika tidak ke sekolah
itu.

Selain melancong, belajar dan mendapatkan pengalaman baru, pelajar juga boleh
menggunakan masa cuti itu untuk bekerja mendapatkan pendapatan. Kerja sambilan sudah
menjadi satu gaya hidup pelajar kini kerana selain mendapat pengalaman kerja, diri pelajar juga
boleh memperoleh wang yang dapat digunakan untuk keperluan persekolahan mereka kelak.
Pada masa yang sama, bekerja sambilan ini mendedahkan pelajar dengan alam kerjaya yang
sebenar sebelum mereka benar-benar memasuki alam tersebut lalu menjadikan diri mereka lebih
matang. Oleh itu, masa cuti sekolah boleh digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan sedikit
wang saku dengan bekerja secara sambilan.

Kesimpulannya, cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar akan cuti daripada belajar.
Sebaliknya, pelajar harus mengisi masa terluang itu dengan pelbagai aktiviti yang sudah
disarankan tadi. Pelajar boleh menambah pengetahuan, bersiar-siar dengan keluarga dan
sebagainya kerana mereka perlu sedar “masa itu emas”. Jika mereka gagal menggunakan masa
dengan baik sudah pasti diri mereka sendiri akan mengalami kerugiannya.
SOALAN: ISU GEJALA SAMSENG DI SEKOLAH SEMAKIN LELUASA SEHINGGA
MEMBIMBANGKAN BANYAK PIHAK. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA
BERLAKUNYA GEJALA SAMSENG INI?

Sedasawarsa ini, isu gejala samseng di sekolah sering meniti dari bibir ke bibir umat
manusia di segenap empat penjuru dunia. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, peratus
gejala samseng meningkat secara drastik dari semasa ke semasa sekali gus menyebabkan imej
negara tercalar di persada dunia. Rekod polis telah menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar
yang cerdik pandai telah menjadi bagai pelanduk di cerang rimba akibat gejala buli yang semakin
ganas. Dalam hal ini,apakah punca gejala samseng yang menjadi duri dalam daging institusi
pendidikan di negara ini?

Punca perdana yang mendorong aktiviti gejala samseng ini adalah ramai dalam kalangan
pelajar kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana
dengan kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, seseorang itu akan menjadi lebih liar dan
sukar dikawal oleh penjaganya. Kebiasaannya, pelajar samseng akan mempunyai sikap
hedonisme dan bertindak mengikut nafsu. Lantaran itu, apabila nafsu mereka tidak dipenuhi,
mereka akan melepaskan geram tersebut kepada seseorang. Hal ini jelas membuktikan bahawa
mereka jarang menggunakan akal fikiran mereka yang waras dalam membuat sesuatu keputusan
dan pertimbangan, persis kata orang tua-tua, akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja
yang menentukan, nafsu ialah rasuah yang akan menggulingkan menteri dan raja itu. Gejala
samseng ini berlaku apabila pelajar yang lemah dan muda daripada mereka menjadi sasaran
utama bagi samseng yang ingin memuaskan nafsunya. Sebagai contoh, pembuli tingkatan empat
yang tidak dapat merokok untuk seharian suntuk akan melepaskan perasaan yang terpendam
terhadap mangsa yang berada di tingkatan dua iaitu pelajar yang lebih muda daripadanya. Jika
ibu bapa memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak mereka, maka
gejala buli ini akan berkurangan dan mungkin akan menemui titik noktahnya. Jelaslah bahawa, isu
gejala samseng di dada akhbar dapat dikurangkan apabila ibu bapa memberi perhatian dan kasih
sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, pelajar kurang mendapat didikan agama dan moral secukupnya
merupakan pencetus gejala samseng di sekolah. Dalam Al-Quran telah dijelaskan bahawa Islam
merupakan agama yang syumul justeru Islam menyeru umat mansia melakukan kebaikan dan
melarang umat manusia melakukan kejahatan. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, pelajar
yang kurang didikan agama dan moral sudah pasti tidak tahu membezakan antara buruk dan baik.
Selain itu,mereka juga tidak mempunyai misi hidup seperti kapal yang berlayar tanpa haluan.
Sehubungan dengan itu, mereka sering melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan impaknya
pada kemudian hari. Tambahan pula,umur mereka yang setahun jagung itu menyebabkan mereka
tidak pernah terlintas yang masa depan mereka semakin kabur apabila mereka menjadi seorang
samseng. Tamsilnya, seorang pelajar yang bergelar samseng di sekolah mungkin tidak dapat
melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sebaliknya menghabiskan hidup dengan aktiviti
yang tidak berfaedah. Seandainya pelajar mendapat didikan ilmu agama dan moral yang mustaid,
sudah pasti gejala samseng dapat dikekang dengan mudah. Tegasnya, pelajar yang kurang
didikan agama dan moral mudah terdorong menjadi seorang samseng yang seterusnya menjadi
barah kepada masyarakat.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor gejala samseng
leluasa dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana rakan sebaya akan
mempengaruhi pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Secara psikologi, gerak gerik dan
perlakuan pelajar yang negatif lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dan rapat
dengannya. Pelajar yang menyimpang tingkah lakunya akan mencuba untuk mempengaruhi
kawan-kawannya yang untuk menyertai tindakannya yang negatif itu. Di sebuah sekolah, pelajar
bebas bergaul antara satu sama lain tanpa memikirkan bangsa,latar belakang dan kaum yang
berbeza-beza yang dihimpunkan di dalam satu institusi pendidikan yang sama. Oleh itu, pelajar
yang menjadi samseng itu dianggap sebagai nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.
Sebagai contoh, pelajar yang menjadi samseng akan menyebabkan prestasi sekolah itu menurun
dan pada masa yang sama menjejaskan nama baik sekolah itu kesuluruhannya. Sekiranya pelajar
menjauhi gejala samseng ,prestasi sesebuah sekolah akan terpelihara. Sudah terang lagi
bersuluh, gejala samseng di sekolah dapat diatasi jika seseorang pelajar itu memilih rakan sebaya
yang cenderung ke arah kelakuan positif.

Di samping itu,media massa merupakan penyumbang utama kepada gejala samseng


dalam kalangan belia di bangku sekolah.Program-program televisyen khasnya, lebih
mementingkan hiburan daripada menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Tayangan-tayangan
filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam
jiwa remaja terutama pelajar sekolah. Adegan-adegan lucah telah menjadi halwa mata yang
menjadi keutamaan bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu
golongan remaja amnya, akan meniru gaya dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah
budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi gejala
samseng yang semakin leluasa. Secara tidak langsung, aktiviti ini mencetus kemelut jati diri bagi
remaja yang sedang mencari identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme
ini.Seandainya, media massa menapis kandungan filem tersebut,kemungkinan peratus pelajar
yang terjerumus dalam gejala samseng dapat dikurangkan.Pendek kata, media massa juga
merupakan faktor utama gejala samseng semakin leluasa di sekolah.

Jika ditinjau dari aspek pendidikan pula, terdapat banyak ruang kosong yang harus
dipenuhi bagi mengatasi gejala samseng di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem
pendidikan di Malaysia lebih banyak menekankan kecemerlangan akademik berbanding
sahsiah.Pelajar sering di ajar cara untuk menjawab soalan bagi menghadapi peperiksaan
berbanding cara untuk menjadi insan yang bersahsiah demi menjalani kehidupan yang sebenar.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia sering menguji pelajar
dari aspek pendidikan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),Penilaian Menengah
Rendah(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) berbanding sahsiah yang hanya diajar melalui
subjek Sivik dan Kewarganegaraan.Berdasarkan sejarah,tamadun yang berjaya ialah masyarakat
yang mempunyai adab dan sahsiah yang tinggi .Jika kerajaan memberikan penekanan sedikit
terhadap pendidikan sahsiah pelajar, maka sudah pasti gejala samseng di sekolah akan
berkurangan.Sesungguhnya, kerajaan harus menggubal satu sistem pendidikan negara yang
lebih mementingkan sahsiah bagi mengatasi gejala samseng di sekolah.

Tuntasnya, isu gejala samseng di sekolah tidak seharusnya dibiarkan terus merebak.
Semua pihak seharusnya bersinergi mengatasi gejala samseng ini yang sudah pastinya banyak
memberi onar kepada banyak pihak. Ibu bapa memainkan peranan peri vital kerana mereka
merupakan ihsan yang paling rapat dengan para remaja. Aforisme pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara menunjukkan betapa pentingnya remaja kepada negara. Oleh sebab itu,
generasi sekarang yang sudah tersasar dari landasan yang benar perlu ditarik balik untuk kembali
ke pangkal jalan agar negara kita mampu melahirkan generasi minda kelas pertama yang bukan
sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga cemerlang dalam bidang akademik.

(1017 patah perkataan)


Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam sektor pelancongan.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan oleh akhbar tempatan. Tajuk
rencana tersebut ialah “Usaha-usaha Untuk Memajukan Sektor Pelancongan Negara”.
Tulis rencana itu selengkapnya.

JAWAPAN:

Usaha-usaha Untuk Memajukan Sektor Pelancongan Negara


oleh
Nur Yusmira Adilla bt. Mohamed

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang
penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan
selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan
berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang
yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada
perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk
memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan
baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara (negara-negara asing). Banyak produk
pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan
kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga
wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan
sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong
mancanegara. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu,
kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan
budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal
bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan
memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia.
Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi
pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-
tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum.
Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat
antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan
pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan
di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan
negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival
pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai
destinasi pelancongan yang menarik.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini
adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan
lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang
ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan
pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan
pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk
memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga
memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif,
bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat
pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun
Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam
yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak,
segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat
diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan
semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang
terkenal di dunia.
Latihan 7

Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius. Huraikan pendapat anda tentang
punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Masalah gejala sosial semakin meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini. Dalam surat khabar
sering dipaparkan berita tentang golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial ini. Gejala sosial dapat
ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial dan kekeliruan yang timbul dalam kalangan remaja akibat daripada
perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini. Contoh gejala sosial yang berlaku ialah
ponteng sekolah, remaja lari dari rumah, penagihan najis dadah, vandalisme gengsterisme dan melepak.
Masalah gejala sosial ini telah menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pemimpin sehingga
menimbulkan kebimbangan tentang masa depan para remaja. Menurut Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali
dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin, sekiranya kita ingin melihat masa depan negara, maka lihatlah pada diri
remajanya. Seandainya baik diri remaja maka baiklah masa depan negara. Sebaliknya, buruk diri remaja
maka hancurlah masa depan sesebuah negara. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan
gejala sosial ini dan apakah cadangan-cadangan untuk menangani gejala sosial ini?

Salah satu punca yang menyebabkan gejala sosial ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya
dan urusan seharian. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak dapat memberikan sepenuh perhatian
terhadap rumah tangga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa dirinya kurang diambil berat dan
kurang diberi perhatian oleh kedua-dua ibu bapanya. Sebagai contoh, ibu bapa tidak mempunyai masa
untuk bertanya masalah anak-anak sama ada di sekolah ataupun di rumah. Apa yang menyedihkan,
terdapat ibu bapa yang tidak bekesempatan langsung untuk berbual-bual mesra dengan anak kerana
semasa keluar untuk bekerja terlalu awal dan apabila balik dari kerja, hari sudah malam dan ada
kemungkinan anak-anak telah memasuki untuk tidur. Ibu bapa mungkin bertembung sebentar semasa
bersarapan. Keadaan ibu bapa yang sibuk boleh mewujudkan kerenggangan antara ibu bapa dengan
anak-anak kerana anak-anak tidak mendapat sepenuh belaian kasih sayang daripada ibu bapa. Menurut
pakar psikologi, remaja yang tidak mendapat belaian kasih sayang daripada ibu bapa mudah terlibat dalam
masalah gejala sosial seperti ponteng sekolah, melepak dan menonton video lucah. Jelasnya anak-anak
berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan bertengkar di hadapan anak-anak turut
menyumbang kepada kepincangan institusi keluarga sehingga menyebabkan gejala sosial dalam kalangan
remaja. Ibu bapa yang sering bergaduh di hadapan anak-anak boleh menyebabkan anak-anak berasa
bosan dan menghadapi tekanan di rumah. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kedua-dua ibu bapa
bercerai-berai. Apatah lagi sekiranya, ibu bapa tersebut telah berkahwin lain dan telah mempunyai anak
dengan pasangan lain. Anak-anak hasil perkahwinan yang pertama ini akan menjadi mangsanya. Mereka
kehilangan kasih sayang ibu bapa dan hidup tanpa belaian kasih sayang seorang ayah atau ibu. Keadaan
inj boleh menyebabkan jiwa anak-anak memberontak dan sebagai jalan keluar, anak-anak mungkin
mencari seseorang untuk meluahkan perasaan dan melepaskan tekanan yang dihadapinya. Sebagai
contoh anak-anak yang kehausan kasih sayang daripada ibu bapa ini akan mudah terpengaruh oleh ajakan
rakan sebaya yang tidak baik. Keadaan ini boleh membawa anak-anak atau remaja terjerumus dalam
kancah gejala sosial. Tegasnya, kehidupan rumah tangga yang tidak aman, sering bergaduh dan
berpecah-belah turut menyebabkan anak-anak terlibat dalam masalah gejala sosial.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang turut mempengaruhi remaja terlibat
dalam masalah gejala sosial. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya biasanya tidak ada tumpuan
terhadap keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa kesunyian kerana tidak ada tempat untuk
mengadu atau menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Menurut pakar psikologi, anak-anak
remaja lebih mudah meniru, mencontohi dan terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya kerana mereka
mempunyai nilai, sikap, identiti dan perasaan yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya ini biasanya
mempunyai prinsip dan setiap ahli kumpulan akan akur dan patuh kepada kumpulan tersebut. Kebanyakan
remaja berasa bimbang kerana disingkirkan daripada kumpulan rakan sebaya. Oleh sebab itu, remaja
sanggup melakukan apa-apa sahaja kehendak anggota kumpulan rakan sebaya. Sebagai contoh,
seandainya rakan sebaya mereka melepak atau ponteng sekolah, remaja tersebut sudah pasti mencontohi
kelakuan tersebut. Dalam hal ini, nasihat ibu bapa tidak akan ambil peduli. Sekiranya, ibu bapa memarahi
mereka, remaja ini sanggup lari dari rumah mengikuti rakan sebaya mereka. Jelasnya pengaruh rakan
sebaya yang tidak baik turut menjerumuskan remaja dalam masalah gejala sosial.

Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa masalah gejala sosial memang
merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu ditangani segera oleh semua pihak terutamanya
ibu bapa. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap
anak-anaknya. Saya berharap anak-anak juga perlulah mempunyai kesedaran dan keinsafan serta tahu
menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tegasnya, masalah gejala
sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi agar tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga
menjejaskan nama baik negara di persada masyarakat.

SOALAN: Iklan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden. Kerap kali kita
mendengar komen mengenai pengaruh iklan dalam masyarakat kita.
Pada pandangan anda, apakah pengaruh-pengaruh positif dan negatif yang dibawa oleh
iklan terhadap masyarakat.

Sememangnya iklan sudah menjadi sebahagian lumrah kehidupan manusia sejagat pada era
globalisasi ini. Iklan jelas terpampang di mana-mana seperti akhbar, poster, papan iklan gergasi, dan radio.
Situasi ini seolah-olah membuktikan betapa kuatnya pengaruh iklan dalam kehidupan kita. Jadi, iklan
memang membawa pengaruh-pengaruh positif dan negatif terhadap kehidupan insan di dunia ini.

Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan untuk membuat
pembeliannya. Kewujudan iklan menyebabkan pengguna mengetahui betapa banyaknya produk yang
sama tetapi berlainan jenama dihasilkan pada zaman ini. Pengguna akan menggunakan semua maklumat
yang ada di dalam iklan untuk membuat pilihan terbaik mereka. Iklan memastikan pengguna membeli
produk yang terbaik mengikut keperluan mereka.

Selain itu, iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar sesuatu produk
itu. Kalau kita kaji, pengeluar sesuatu produk itu akan cuba menghasilkan iklan yang terbaik mengikut
kemampuan mereka untuk menarik minat pembeli. Keadaan ini menyebabkan semua pihak cuba
menonjolkan kelebihan produk mereka berbanding produk pesaing. Jelaslah, iklan menyebabkan
pengeluar memastikan produk mereka menepati mutu seperti yang tersiar di dalam iklan mereka itu.

Namun begitu, iklan turut memiliki wajah negatifnya. Iklan sering mempergunakan wanita terutama
wanita seksi untuk melariskan jualan produk mereka. Malah, ada produk yang tidak mempunyai kaitan
dengan wanita tetapi menggunakan wajah wanita seksi untuk iklan tersebut. Penggunaan model lelaki
yang tampan dan sasa turut diekploitasikan oleh iklan. Keadaan ini seolah-olah memberi makna palsu
seperti penggunaan produk ini akan menghasilkan wajah sebegitu atau penggunaan produk ini
menyebabkan wanita sebegini akan tertarik kepada seseorang. Bayangkan pengaruhnya kepada remaja
kita?

Tambahan pula, kewujudan iklan menyebabkan harga barangan akan meningkat. Kos untuk
menghasilkan sesuatu iklan amat tinggi kerana penggunaan model, teknologi dan krew penerbitan yang
berpengalaman. Malah, iklan yang disiarkan di media massa terpaksa membayar kos masa penyiaran
yang terlalu mahal. Keadaan ini menyebabkan pengeluar akan meninggikan harga produk mereka untuk
memastikan iklan dapat dihasilkan.

Iklan turut menghasilkan satu kumpulan pengguna yang hanya mementingkan jenama. Pegguna
jenis ini sudah taksub dengan iklan jenama tertentu dan hanya membeli atau menggunakan produk jenama
tersebut tanpa memikirkan baik buruknya kepada diri mereka. Iklan telah menghasilkan satu budaya
pengguna yang mementingkan status diri mereka pada pandangan masyarakat. Pengguna mahu diri
mereka dipandang tinggi dan dihormati apabila menggunakan sesuatu jenama itu.
Malahan, iklan turut menyebabkan pengguna memberi barangan yang tidak mereka perlukan.
Pembelian mereka semata-mata atas dasar melihat iklan yang menarik. Penayangan iklan telah
menyebabkan mereka tertarik dan membeli barangan itu walaupun barangan itu tidak mereka perlukan
untuk satu tempoh yang lama. Sikap ini menjurus ke arah pembaziran dan pembelian yang boleh
menyebabkan pengguna berhutang atau mengalami masalah kewangan.

Kesimpulannya, iklan mempunyai dua peranan. Satu untuk memberitahu dan satu lagi untuk
memusnahkan. Mungkin pengguna perlu bersikap bijak dengan membuat penilaian rasional selepas
melihat sesuatu iklan. Pengguna tidak harus terburu-buru membeli selepas melihat iklan.
(452 patah perkataan)
SOALAN: Kecelaruan tingkah laku seperti keganasan dalam kalangan pelajar kian leluasa di
sekolah.
Apakah langkah-langkah yang dapat dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak
berkelakuan liar?

Belakangan ini, kecelaruan tingkah laku seperti keganasan dalam kalangan pelajar kian leluasa di
sekolah. Banyak guru enggan memegang jawatan guru disiplin apabila memikirkan risiko yang bakal
dihadapi mereka. Antara pengalaman pahit guru disiplin termasuklah dipukul oleh pelajar dan harta benda
mereka dirosakkan oleh pelajar nakal. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah pencegahan perlulah
dilaksanakan agar masalah tersebut tidak menjadi tokok dan nanah di dalam diri pelajar. Persoalanya,
apakah langkah-langkah yang dapat dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak berkelakuan
liar?

Prakarsa perdana bagi mengelakkan anak-anak berkelakuan liar dan ganas ialah ibu bapa perlulah
menjadi suri teladan dalam keluarga. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar akan terikut-ikut dengan
tingkah laku ibu bapa mereka bersesuain dengan peribahasa bagaimana gendang begitulah tarinya. Oleh
itu, ibu bapa hendaklah menjadi ikon dalam keluarga mereka dengan berkelakuan lemah lembut, baik hati,
penyayang dan menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak. Perkara ini secara tidak
langsung dapat membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak menjadi-jadi lebih baik. Andai kata, ibu bapa
tidak menjadi suri telandan dalam keluarga sebaliknya berkelakuan tidak senonoh di hadapan anak-anak,
sudah tentu kelakuan liar anak-anak tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang menjadi
suri teladan dalam keluarga merupakan salah satu langkah yang efektif bagi mengelakkan anak-anak
berkelakuan liar dan ganas.

Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak
dari kecil lagi bagi mengelakkan mereka berkelakuan liar .Hal ini sangat penting kerana melalui didikan
agama yang sempurna,anak-anak boleh membezakan perkara yang baik dan buruk seterusnya dapat
mengelakkan anak-anak berkelakuan liar dan ganas.Dalam aspek ini ,ibu bapa perlulah memberitahu
anak-anak mereka kesan dan akibat sekiranya berkelakuan kurang sopan.Bukan itu sahaja,ibubapa juga
perlulah menetapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang,baik hati dan lain-lain didalam diri anak-anak
.Andai kata,ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil
lagi sudah pasti perlakuan liar anak-anak tidak dapat dibendung kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Pendek kata, didikan agama yang sempurna perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi
bagi mengelakkan mereka berkelakuan liar dan ganas apabila mencecah ke usia remaja kelak.

Seterusnya,langkah dogmatik yang dapat dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak
mereka berkelakuan liar dan ganas ialah mengamalkan cara hidup positif .Hal ini demikian kerana
pemikiran dan sifat anak-anak dipengaruhi oleh kawasan persekitaran .Sebagai contoh ,sekiranya cara
hidup seseorang remaja itu negatif seperti ibu bapa tidak prihatin,panas barang dan tidak
bertanggungjawab ,berkemungkinan remaja tersebut akan berkelakuan ganas dan liar kerana terpengaruh
dengan cara hidup negative ibu bapa mereka tersebut .Jadi,ibu bapa disarankan untuk mengamalkan cara
hidup positif seperti prihatin dan bertanggung-jawab terhadap anak-anak .Ibu bapa juga seyogianya
mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga supaya pemikiran anak-anak menjadi lebih baik dan
sihat .Seandainya,ibu bapa mengamalkan cara hidup positif nescaya mereka akan melahirkan anak-anak
yang bersahsiah mulia bukannya anak-anak yang berkelakuan liar dan ganas. Sudah terang lagi
bersuluh,peranan ibu bapa dalam mengamalkan cara hidup positif merupakan salah satu langkah yang
terbaik bagi mengelakkan anak-anak mereka berkelakuan liar dan ganas.

Di samping itu, ibu bapa perlulah mengambil tindakan yang tegas dan memberi nasihat secara
berterusan kepada anak-anak bagi mengelakkan anak-anak mereka berkelakuan liar dan ganas. Hal ini
sangat penting kerana melalui tindakan yang tegas, anak-anak berasa takut untuk berkelakuan kurang
sopan di hadapan orang tua mereka. Bukan itu sahaja, nasihat juga dapat membetulkan minda anak-anak.
Sebagai contoh, apabila ibu bapa sentiasa memberi nasihat tentang keburukan dan kesan berkelakuan liar
dan ganas kepada anak-anak, mereka akan berfikir dahulu sebelum bertindak sama ada perkara yang
ingin dilakukan itu perkara yang hak atau batil. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindarkan diri
anak-anak berkelakuan tidak bermoral. Sekiranya, ibu bapa tidak menghiraukan anak-anaknya dan
bersikap seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sudah pasti anak-anak mereka
akan berkelakuan liar dan ganas. Pendek kata, ibu bapa perlulah mengambil tindakakan tegas dan
memberi nasihat secara berterusan bagi mengelakkan anak-anak berkelakuan liar dan ganas.

Seterusnya, pemantauan perlakuan anak-anak semasa di luar rumah dan di sekolah juga boleh
dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak mereka berkelakuan liar dan ganas. Hal ini
demikian kerana anak-anak akan berwaspada dan menjaga tingkah laku mereka ketika berada laur rumah
dan di sekolah kerana mereka mengetahui bahawa ibu bapa mereka sedang mengawasi dan memantau
perlakuan mereka. Sebagai contoh, anak-anak berasa akurang senang untuk memoteng, melepak,
melakukan vandalisme di tempat awam kerana ada mata-mata yang melihat dan melaporkan kepada ibu
bapa mereka. Andai kata, ibu bapa tidak memantau perlakuan anak-anak mereka semasa di luar rumah
dan di sekolah sudah tentu kelakuan liar dan ganas anak-anak tidak akan terus membarah dan menjadi
virus epidemik di negara kita. Sesungguhnya ,pemantauan ibu bapa tentang perlakuan anak-anak mereka
semasa di luar rumah mahupun sekolah merupakan insiatif yang prakmatik bagi mengelakkan perlakuan
liar dan ganas anak-anak.

Intihanya, terdapat pelbagai langkah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan
anak-anak berkelakuan liar dan ganas. Kelakuan tersebut perlu perlu dikenkang dengan segera bagi
melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi, berbudi pekerti dan memiliki minda kelas pertama. Hal ini
sangat penting kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Oleh itu, begitu peri vitalnya para
ibu bapa berusaha bagi mempraktikkan langkah-langkah yang terbaik bagi mengelakkan anak-anak
berkelakuan liar dan ganas.

843 patah perkataan)


Soalan: Nyatakan kepentingan-kepentingan mewujudkan perasaan
kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat dalam era globalisasi
ini.
Dewasa ini, hubungan kekeluargaan terutama di kawasan bandar tidak erat berbanding
keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak rapat dengan
anak-anak mereka kerana jarang meluangkan masa bersama mereka. Kehidupan yang serba
moden turut merenggangkan lagi hubungan kekeluargaan. Oleh itu,amat penting bagi masyarakat
kita didedahkan dengan manfaat-manfaat mewujudkan perasaan kekeluargaan.

Kita dapat memastikan gejala sosial tidak mempengaruhi masyarakat terutamanya dalam
kalangan remaja apabila eratnya ikatan kekeluargaan dalam hidup mereka. Remaja yang kurang
perasaan kekeluargaan dan kasih sayang akan mudah terjebak dengan budaya kuning seperti
merokok dan melepak di pusat beli-belah kerana mereka tidak mempunyai panduan hidup yang
jelas. Lantaran itu,mereka memberontak dengan melakukan perkara yang tidak sihat untuk
mendapat perhatian orang ramai. Selaras dengan itu,ibu bapa perlu memupuk perasaan
kekeluargaan terhadap anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Selain itu, kadar jenayah di negara kita dapat dikurangkan dengan drastik. Kebanyakan
kajian membuktikan pencetus utama penjenayah melakukan kesalahan undang-undang seperti
membunuh dan merogol adalah disebabkan masalah kekeluargaan. Mereka hilang pertimbangan
sehingga melakukan jenayah kerana tertekan dan cuba mencari jalan penyelasaian bagi masalah
mereka. Ketiadaan keluarga untuk menjadi tempat mereka meluahkan masalah menjurus isu ini
berlaku. Sehubungan dengan itu, pelbagai program bercorak kekeluargaan seperti Hari Bersama
Keluarga perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Secara tidak langsung, negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman dan damai apabila
masalah gejala sosial dan kadar jenayah berkurangan. Negara yang harmoni dan tiada masalah
dalaman mahupun luaran mampu melahirkan masyarakat yang tinggi nilai kekeluargaan. Hal ini
demikian kerana,mereka bebas melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga tanpa memikirkan
masalah-masalah yang menimpa negara mereka. Oleh sebab itu,semua pihak perlu bekerjasama
menjaga keamanan negara.

Produkitiviti rakyat turut bertambah kerana mereka berasa gembira melihat keluarga yang
bahagia dan keadaan negara aman yang makmur.Rakyat negara yang harmoni pasti berwawasan
dan mempunyai modal insan yang tinggi. Malahan, mereka dapat menjaga kebajikan keluarga
seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga,bangsa dan negara mereka. Pertumbuhan
ekonomi negara turut berkembang dengan pesat. Oleh itu, nilai positif ini perlu diwujudkan supaya
kebahagiaan sesebuah keluarga dapat dikekalkan.

Malah, imej negara pada mata masyarakat dunia terus bersinar. Keluarga yang bahagia
menghasilkan semua impak yang positif. Masyarakat luar akan melihat kejayaan ini dan cuba
menyebarkan kejayaan itu di negara mereka. Tindakan ini akan menyebabkan semua masyarakat
luar akan mengenali rahsia kejayaan Malaysia ialah kekuatan sistem keluarga mereka. Maka,
rakyat negara ini boleh berbangga kerana mereka dipandang tinggi oleh masyarakat asing.

Kesimpulannya,terdapat banyak faedah yang kita mampu peroleh apabila mempraktikkan


nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian. Situasi ini dapat memastikan kehidupan yang kita
jalani pada masa hadapan lebih berkualiti dan bermakna kerana kita mempunyai keluarga yang
menjadi penyebab seseorang itu meneruskan kehidupannya.Justeru,masyarakat tidak boleh
bersikap acuh tak acuh dengan nilai-nilai murni ini agar mereka dapat melahirkan sebuah
keluarga yang sempurna. (451 patah perkataan)

KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Setiap hari,kita boleh membaca berita
berkaitan kemalangan di surat khabar. Kebanyakan kemalangan jalan raya berlaku pada musim
perayaan. Banyak nyawa yang telah terkorban dalam kemalangan tersebut. Terdapat pelbagai
usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya..

Antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah pemandu mesti
memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Mereka perlu sentiasa menghantar
kenderaan masing-masing untuk diservis. Kenderaan yang baik boleh menjamin keselamatan
pemandu dan penumpang ketika di jalan raya. Sebaliknya, kenderaan yang tidak diservis boleh
mengakibatkan kenderaan tidak dapat dikawal semasa berlaku kecemasan. Sebagai contoh,
kenderaan yang rosak breknya tidak dapat diberhentikan dengan selamat.Oleh itu,keadaan
kenderaan yang baik dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Selain itu,ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ibu
bapa boleh menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar
ketika menunggang motosikal. Ibu bapa juga perlu memandu kenderaan mengikut had laju yang
ditetapkan.Dengan itu,anak-anak akan mencontohi amalan yang baik itu. Oleh hal yang demikian,
ibu bapa sememangnya berperanan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sekolah juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Sekolah
boleh melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Para pelajar akan diberi
pendedahan tentang hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya sejak kecil lagi
kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya, mereka akan
menggunakan ilmu yang dipelajari di sekolah dan menjadi pengguna jalan raya yang
berhemah.Oleh itu, pendidikan di sekolah boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Di samping itu,media massa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya. Media massa seperti televisyen boleh menyiarkan dokumentari berkaitankemalangan
jalan raya.Penonton akan menjadikan peristiwa kemalangan yang ditonton sebagai pengajaran.
Dengan itu,mereka tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan jalan raya seperti memandu
dengan laju dan menggunakan telefon ketika memandu. Tindakan ini dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara kita.

Seterusnya, kerajaan boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan
mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya secara berterusan.. Antara kempen
yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati di Jalan Raya. Kempen ini sangat penting untuk
mengubah sikap pemandu agar lebih berhati-hati di jalan raya. Kempen ini boleh dijalankan di
sekolah dan disiarkan melalui televisyen. Oleh itu,melalui kempen yang berterusan yang
dijalankan oleh kerajaan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya.

Kesimpulannya,kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-
mana sahaja. Kadar kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya kerjasama
daripada pelbagai pihak. Setiap pihak bertanggungjawab melaksanakan usaha-usaha tersebut
dengan bersungguh-sungguh.Dengan ini, kemalangan sifar dapat dijadikan kenyataan. Hal ini
bertepatan dengan slogan,Pandu Cermat Jiwa Selamat.

KEPENTINGAN DAN KESAN NEGATIF


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan
teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat membawa dimensi baru yang
pelbagai pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah
tentu akan mempercepat usaha kita untuk mencapai status negara maju. Hal ini disebabkan
teknologi ini akan membawa kita ke arah perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara
menerima dan menyampaikan maklumat secara elektronik.

Dalam konteks pendidikan, peranannya bukan setakat mampu membantu memudahkan


tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk memperluas
persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Berdasarkan alasan inilah pihak kerajaan
melalui Kementerian Pelajaran mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi
agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Dengan penggunaan teknologi
maklumat, pelajar lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.

Selain itu, kemajuan teknologi maklumat membolehkan pakar-pakar perubatan


berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan dan diagnosis yang terkini. Dalam
kehidupan seharian pula, pembayaran pelbagai bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
Jadi, kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat dielakkan dengan mudah. Di samping itu,
pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan teknologi maklumat.
Melalui konsep e-pembelajaran yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi melakukan
interaksi empat mata, sebaliknya proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada
sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai
medium. Dalam sesebuah organisasi, teknologi ini dapat berfungsi sebagai alat latihan yang
berkesan dan efisien. Latihan secara teknik audio visual, penggunaan perisian komputer, dan
arahan kerja secara elektronik merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi
komunikasi yang dapat dipraktikkan berulang kali.

Walau bagaimanapun, teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan arus


kemodenan ini turut digunakan untuk tujuan yang tidak wajar. Sekalipun dari sudut lain, teknologi
maklumat membawa kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya dieksploitasikan pula
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan begitu rakus untuk pelbagai matlamat.
Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melakukan pelbagai
jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah.
Perkembangannya yang begitu pantas juga mungkin akan mewujudkan sindrom ketagihan dalam
kalangan pengguna internet. Virus komputer yang begitu dibimbangi sejak belakangan ini juga
disebarkan melalui internet untuk menghapuskan data-data penting dan mengakibatkan
kerosakan komputer. Situasi ini akhirnya akan mengakibatkan operasi sesebuah syarikat atau
agensi kerajaan lumpuh kerana sistem komputer tidak berfungsi dan data-data tidak dapat
diakses.
(394 patah perkataan)

You might also like