You are on page 1of 19

FAKTOR-FAKTOR

MEMPENGARUHI
LULUHAWA
Iklim Bentuk Muka Bumi
Jenis Batuan Masa
Tumbuhan Aktiviti Manusia
Mikroorganisma
IKLIM
Unsur-unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa ialah
suhu, bahangan matahari, hujan dan fros
Bahangan Matahari & Suhu

1. Mempengaruhi kegiatan luluhawa sama ada luluhawa kimia


ataupun luluhawa fizikal/mekanikal.
2. Suhu mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia khususnya di
kawasan tropika lembab. Suhu yang sentiasa tinggi sepanjang
tahun ( purata 27 ºC ) menyebabkan kegiatan luluhawa kimia
aktif sepanjang tahun.
3. Di kawasan gurun panas julat suhu harian yang tinggi
menyebabkan berlakunya luluhawa fizikal/mekanikal
melalui proses pengembangan dan pengecutan. Pada
waktu siang bahang matahari yang diterima di kawasan
gurun panas adalah tinggi menyebabkan suhunya tinggi
dan keadaan ini menyebabkan batuan di kawasan
tersebut mengembang. Pada waktu malam, penurunan
suhu secara mendadak menyebabkan batuan di kawasan
tersebut mengecut. Proses kembang-kecut yang berlaku
secara berulangkali dalam tempoh yang lama
menyebabkan batuan mengelupas dan akhirnya pecah.
Proses pengembangan & pengecutan
Hujan

1. Membekalkan sumber air untuk sebarang proses luluhawa.


2. Semua proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan,
penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis memerlukan air
untuk tindak balas kimia.
3. Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000
mm ) menyebabkan proses luluhawa kimia berlaku dengan
pesat di kawasan tersebut.
Fros

1. Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap


pembekuan, fros amat berkesan untuk memecahkan batuan
di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal.
2. Pada waktu siang air hujan akan memasuki rekahan batuan di
kawasan tersebut dan pada waktu malam apabila suhu jatuh
di bawah takat beku air yang terdapat dalam rekahan
tersebut akan membeku.
3. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali
JENIS BATUAN

Batuan yang berbeza mempunyai daya


ketahanan yang berbeza terhadap
luluhawa.
Batuan yang lembut daripada jenis
enapan seperti batu kapur dan batu pasir
lebih mudah terluluhawa misalnya melalui
proses larutan dalam luluhawa kimia.
Batuan yang lebih keras seperti feldspar,
dan kuarza lebih tahan dan tidak mudah
terluluhawa
Kandungan mineral
1. Ketahanan mineral yang terdapat dalam batuan terhadap
luluhawa adalah berbeza-beza.
2. Batuan yang mengandungi bahan yang boleh menyerap air
akan mengalami luluhawa kimia melalui tindakan penghidratan .
Antara kandungan kimia batuan yang biasanya mengalami
penghidratan ialah kalsium sulfat ( anhidrit ), feldspar dan mika.
3. Batuan yang mengandungi banyak sebatian besi ( ferum ) akan
mudah terluluhawa melalui tindakan pengoksidaan.
Warna Batuan
1. Batuan yang berwarna gelap biasanya mengalami tindakan
luluhawa yang lebih giat kerana lebih banyak menyerap dan
menyimpan haba bahang matahari berbanding batuan yang
berwarna cerah yang kurang menyerap dan menyimpan haba.
Contoh batuan gelap ialah gabro, olivin, augit dan biotit
menyerap lebih banyak bahang daripada matahari
berbanding batuan yang mempunyai permukaan yang lebih
cerah seperti felsfar, kuarza, dan muskovit yang lebih
memantulkan balik sebahagian bahang matahari yang
diterimanya.
Struktur Rekahan
1. Struktur retakan dan rekahan yang di permukaan batuan akan
memudahkan air dan hablur ais ( fros ) bertindak ke atas batuan
2. Proses beku dan cair ( pengembangan ) yang berlaku dalam
struktur rekahan batuan menyebabkan rekahan membesar dan
akhirnya pecah
3. Struktur retakan dan rekahan pada permukaan batuan juga
penting dalam menggalakkan berlakunya luluhawa kimia ke atas
batuan.
4. Apabila hujan, air hujan akan masuk ke dalam rekahan dan
berlakulah tindakan luluhawa kimia secara pengkarbonan dan
larutan seperti mana yang berlaku ke atas batu kapur
TUMBUHAN

Tumbuh- tumbuhan membekalkan asid, gas-gas dan


sebatian kimia bagi mempercepatkan tindakan balas
kimia terhadap batuan.
Contoh : karbon dioksida yang dilepas ke udara akibat
pepeluhan tumbuhan akan dilarutkan oleh air hujan lalu
membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik lemah ini
amat sangat diperlukan dalam proses pengkarbonan, dan
larutan yang bertindak balas dengan batuan seperti batu
kapur dan dolomit.
Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa fizikal.
Pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan
memecahkan sesuatu batuan.
MIKROORGANISMA

Terdapat mikroorganisma daripada jenis kulat, yang


hidup di atas batuan akan mengeluarkan asid organik
yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan
sekaligus membantu mempercepatkan tindakan luluhawa
ke atas batuan tersebut.
MASA

Batuan yang lebih keras seperti batu daripada kumpulan


igneus memerlukan masa yang lebih lama untuk
terluluhawa berbanding batuan lemah dan lembut
daripada kumpulan enapan.
BENTUK MUKA BUMI
Aktif di kawasan bercerun berbanding dengan kawasan
bentuk muka bumi rata.
Batuan di kawasan bercerun sentiasa terdedah kepada
agen-agen luluhawa kerana bahan-bahan regolit yang
terluluhawa tidak kekal lama di kawasan tersebut (
sentiasa dipindahkan oleh agen hakisan seperti air
mengalir, glasier ) .
Sebaliknya di kawasan bentuk muka bumi rata, bahan-
bahan regolit hasil kegiatan luluhawa sentiasa melitupi
bahagian batuan daripada terdedah dan keadaan ini
menyebabkan kegiatan luluhawa terganggu.
AKTIVITI MANUSIA
Penggunaan baja menyebabkan tanah berasid. Air hujan
akan bercampur dengan bahan tersebut menjadikan air
berasid
Aktiviti pemotongan, peneresan dan perataan bukit serta
perlombongan pasir mendedahkan batuan di permukaan
bumi kepada agen luluhawa

You might also like