You are on page 1of 4

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK& VAPE

PERINGKAT SEKOLAH 2023

PPD : TANGKAK

TARIKH : 13 DISEMBER 2023

MASA : 7.30 PAGI –10.00PAGI

TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN ( SJKT LADANG SAGIL)

KOD SEKOLAH : JBD9005

NAMA SEKOLAH : SJKT LADANG SAGIL

KEHADIRAN TETAMU (SERTAKAN NAMA DAN JAWATAN):

1. EN. MUHAMMAD HAMZAH BIN JAILANI (PENOLONG PEGAWAI PENYIASAT

BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL IPD TANGKAK

JUMLAH MURID TERLIBAT: 29 ORANG MURID

JUMLAH GURU TERLIBAT : 11 ORANG GURU

BUTIRAN AKTIVITI :
Semua guru dan murid telah berkumpul di tapak perhimpunan. Majlis dimulakan
dengan bacaan doa dan diikuti dengan lagu bangsa Johor , Lagu Negaraku dan juga
Lagu Sekolah Ucapan aluan telah diberikan oleh Guru Besar sekolah iaitu Cik.
Parameswari. Selepas itu, ucapan Khas telah diberikan oleh En. Muhammad Hamzah
Bin Jailani (penolong pegawai penyiasat bahagian siasatan jenayah komersial ipd
tangkak). Beliau telah menerangkan tentang bahaya amalan merokok kepada murid-
murid. Beliau juga meminta kerjasama daripada semua pihak untuk cegah amalan
merokok dan vape yang menular dalam kalangan murid pada masa sekarang. Majlis
diteruskan dengan gimik pelancaran Kempen Cegah Rokok dan Vape 2023. Murid-
murid telah berikrar untuk menghindari amalan rokok dan vape. Ceramah tentang
amalan merokok dan Vape telah diberikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
sekolah. Pertandingan mewarna dan melukis poster merokok dijalankan bagi murid-
murid tahap 1 dan juga 2. Majlis penyampaian hadiah telah dijalankan dan diakhiri
dengan sesi bergambar dengan tetamu jemputan, murid-murid serta guru-guru.
.

1. Penilaian program

7.1 Kekuatan program :

i. Program telah berjalan lancar seperti dirancang.


ii. Mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutamanya pihak
penyelaras dan guru-guru serta pihak sekolah.
iii. Murid dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang bahaya merokok dan
amalan vape.
iv. Murid telah mengambil bahagian secara aktif dan dapat menunjukkan potensi diri
yang baik.

7.2 Kelemahan program : Tiada

7.3 Cadangan penambahbaikan : Tiada

8 .Dokumentasi bergambar : Rujuk lampiran

Disediakan :

(REKHA A/P RAJU)


PENYELARAS PROGRAM
SJKT LADANG SAGIL
Lampiran

You might also like