You are on page 1of 14

Perkembangan Falsafah Islam di Timur dan Barat dari

Tahun 622 sehingga Tahun 1258.

Seksyen 1

Nama: Ahmad Faisal Bin Abdul Rahim

No. Matrik: BA18110220

Nama Pensyarah: Prof. DR. Rosazman Bin Hussin

Nama Tutor: Cik Nivasini Tamothran


1.0 Perkembangan Falsafah Islam di Timur dan Barat dari Tahun 622
sehingga Tahun 1258.

Falsafah berasal dari gabungan perkataan Greek yang bermaksud kecintaan


terhadap hikmah dan ahli falsafah bermaksud orang yang menyintai hikmah.
Falsafah merupakan salah satu bidang yang telah lama bertapak di dunia yang
dipelopori oleh dua ahli falsafah yunani terkenal iaitu Plato dan Aristotle. Plato
mendefinisikan falsafah sebagai kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan
cantik manakala mengikut seorang ahli falsafah Islam iaitu al-Kindi menyatakan
bahawa falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat (juga diidentifikasikan
dengan tuhan) sesuatu yang berada dalam kemampuan manusia untuk
menanggapinya.1 Berdasarkan kedua-dua definisi falsafah tersebut menunjukkan
falsafah adalah sebuah bidang yang mengkaji atau berfikir berdasarkan sesuatu
perkara bertujuan untuk mencapai kebenaran tetapi mempunyai tahap-tahap
tertentu. Falsafah Islam pula bermula apabila munculnya agama Islam pada abad
ke-7 masihi yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.
Muhammad telah diutus menjadi nabi dan telah menyebarkan agama Islam ke
serata Tanah Arab. Agama Islam mempunyai dua sumber utama iaitu al-quran dan
hadis yang dipegang oleh umat Islam sebagai panduan. Perkembangan Islam ke
seluruh Tanah Arab dan juga ke Eropah menyebabkan berlakunya pertembungan
antara Islam dan juga falsafah pada zaman kerajaan Abbasiah khususnya.
Perluasan wilayah yang dicapai oleh oleh Kerajaan Abbasiah sehingga ke
Eropah menyebabkan ilmu falsafah dapat diambil oleh masyarakat Islam. Akan
tetapi falsafah ini juga telah menimbulkan pelbagai isu-isu kesan daripada
munculnya agama yang menyebabkan berlakunya pertentangan idea.
Pertentangan ini berlaku apabila ahli falsafah yang beragama Islam mula menaruh
minat untuk mendalami falsafah yang dibawa oleh Plato dan Aristotle.
Kemunculan ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Al-kindi, Al-farabi, Ibnu sina
dan Al-razi merancakkan lagi ilmu falsafah di dalam agama Islam. Perkembangan
falsafah telah berlangsung sehingga ke hari ini dengan munculnya pelbagai jenis
aliran dan fikiran tentang sesuatu perkara. Menurut M.M Sharif, membahagikan
perkembangan falsafah islam kepada lima peringkat iaitu bermula abad ke-7
sehingga abad ke-13, peringkat kedua bermula dari pertengahan abad ke-13
sehingga abad ke-14, peringkat ketiga dari
1 Ahmad Sunawari Long. Sejarah Falsafah Edisi Kedua. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2017. Hlm,10-11
abad ke-14 sehingga abad ke-18 dan peringkat kelima dari pertengahan abad-19
sehingga sekarang.2

2.0 Pemikiran Bersumberkan al-Quran dan Hadis (622- 1258 M)

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib telah diutus menjadi nabi dan rasul
ketika berusia 40 tahun di gua hira’. Kemunculan agama baru ini mendapat
tentangan dari masyarakat quraisy di makkah. Hal ini menyebabkan nabi
Muhammad berhijrah ke madinah dan menubuhkan sebuah Kerajaan Islam. Detik
penghijrahan ini bermulalah perluasan Islam dari semenanjung tanah pada zaman
khulafa ar-rasyidin ke Eropah pada zaman kerjaaan abbasiah dan seterusnya ker
serata dunia oleh kerajaan-kerajaan Islam selepas itu. Walaupun Islam sudah
hampir 1500 tahun tetapi sumber yang digunakan dalam urusan harian masih lagi
kekal sehingga sekarang.

Setiap umat Islam telah diajar untuk berpandukan al-Quran dan Hadis
dalam menyelesaikan sesuatu masalah kerana kedua-dua sumber ini adalah
sumber utama dalam agama Islam. Hal ini kerana Al-quran merupakan salah
sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada nabi untuk dijadikan
perlembagaan hidup manusia yang mengandungi panduan dalam menjalani semua
aspek kehidupan seharian sama ada politik, ekonomi atau sosial.3 Hadis pula
adalah segala perkataan, perbuatan dan kelakuan nabi. 4 Maksud yang dinyatakan
menunjukkan bahawa umat Islam tidak boleh melangkaui isi kandungan yang
terdapat dalam kedua-dua sumber berkenaan kerana terdapat beberapa perkara
yang melibatkan akidah umat Islam.

Setiap pemikiran yang ingin dikeluarkan oleh umat Islam perlu selari dengan
al-quran kerana sumber ini adalah datang daripada Allah. Kandungan al-quran dan

2 Ibid. Ahmad Sunawari Long. 2017. Hlm, 214-215


3 Wan Rohani, Wan Mokhtar. Penggunaan uslub khabari dalam Al-Quran: Kajian terhadap Surah Yasin.
KualaLumpur: Universiti Malaya. 2012. Hlm, 1. Dicapai dari
http://studentsrepo.um.edu.my/5149/1/bab_1.doc_.pdf
4 Itam, Che Nor Sakinah. Implikasi teknologi maklumat terhadap perkembangan ilmu hadith.
Kuala LumpurUniversiti Malaya. 2010. Hlm, 9. Dicapai dari
http://studentsrepo.um.edu.my/5179/2/pdf_-_BAB_1_-_BAB_5.pdf
hadis yang terpelihara sehingga ke harini menjadi ideologi bagi umat Islam dari
zaman kemunculan Islam sehingga lah ke hari ini. Antara tokoh-tokoh yang
beragama Islam yang menceburi bidang falsafah ini semuanya berpandukan
sumber al-Quran dan Hadis sebelum mengeluarkan kenyataan sama ada mahu
menyokong atau menolak hujah yang dikemukakan oleh ahli falsafah terdahulu
seperti Aristotle dan juga Plato. Kebanyakkan hujah disokong oleh falsafah Islam
ini tetapi falsafah berkaitan ketuhanan sememangnya akan ditolak kerana ia
bertentang dengan ajaran di dalam agama.

3.0 Pemikiran Falsafah Islam di Timur

Permulaan falsafah Islam adalah selari dengan apa yang dibawa oleh agama. Oleh
itu, falsafah Islam bermula di timur atau lebih spesifik di Tanah Arab. Perluasan
wilayah semasa zaman Kerajaan Islam sehingga seluruh Tanah Arab dan sebahagian
kecil eropah telah mengabungkan pelbagai perkara termasuklah pemikiran
berkaitan falsafah yang dibawa oleh tokoh-tokoh terdahulu. Kemajuan yang dicapai
hasil daripada ilmu yang dikumpul oleh masyarakat Islam ini telah melahirkan
beberapa orang tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, al-Razi
dan juga al-Ghazali.

3.1 Al-Kindi (800-873 M)

Nama sebenar al-kindi adalah Yusuf Ibn Ishaq Ibn al-Sabbah Imran Ibn Ismail Ibn
al- Ash’ath Ibn al-Qais al-Kindi dan beliau dilahirkan di kufah pada tahun 800
tetapi banyak menghabiskan hidupnya di Basrah dan Baghdad sehingga
kematiannya pada tahun 873.5 Kehidupan masyarakat yang maju dari segi
keilmuan membawa kepada pembentukan pemikiran sebagai seorang ahli
falsafah. Beliau merupakan antara ahli falsafah yang menerima falsafah barat
tetapi bukan menerima secara terus. Antara sumbangan beliau berkaitan dengan
falsafah adalah usahanya mengharmonikan antara falsafah dan agama atau antara
akal dan wahyu.6 Pada awalnya, khalifah membenarkannya untuk memperluas

bidang falsafah tetapi


5 Ahmad Sunawari Long. Sejarah Falsafah Edisi Kedua. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2017. Hlm,221.
6 Ibid. Ahmad Sunawari Long. 2017. Hlm, 222.
pertukaran khalifah telah membantutkan usahanya untuk mengakaji falsafah.
Beliau telah mengakaji perkaitan antara falsafah dan juga agama sehingga banyak
ulama yang menentang idea beliau yang mengkaji tentang falsafah. Pertentangan
ini membawa kepada pelarian beliau keluar dari Baghdad kerana sultan yang
berfahaman muktazilah tidak menerima falsafah barat. Sumbangan beliau yang
kedua adalah pengenalan kepada pembukaan tirai untuk falsafah Greek masuk ke
dalam agam Islam.7 Beliau sememangnya giat dalam mengkaji tentang falsafah
Plato dan Aristotle dan berjaya dalam menghasilkan pelbagai risalah dan makalah
berkaitan antara falsafah dan agama. Sumbangan ketiga beliau adalah menulis
tentang falsafah antaranya ialah Risalah Fi al-‘Aql yang membincangkan tentang
akal.8 Falsafah tentang akal amat penting kerana bermula dari akal sesuatu
pemikiran dapat dijana dan dikeluarkan. Al-kindi telah membahagikan akal
kepada dua iaitu akal yang wujud bukan pada manusia dan akal yang wujud pada
manusia. Akal yang wujud pada manusia pula terbahagi kepada tiga iaitu akal
daya, akal musatafad dan akal zahir.9 Oleh itu, sumbangan yang telah dilakukan
oleh al-Kindi dalam bidang falsafah menjadi punca kepada lahirnya ahli falsafah
yang lain selepasnya.

3.2 Al-Razi (865-925 M)

Abu Bakr Muhammad bin Zakaria Al Razi dilahirkan di Parsi pada tahun 865 masihi.
Beliau merupakan seorang ahli perubatan dan juga ahli falsafah yang masyhur
suatu ketika dahulu. Beliau merupakan antara ahli perubatan yang menjadi rujukan
sehingga tulisan beliau megenai kimia telah dijadikan bahan utama di Eropah.10
Nama al-Razi sering disebut-sebut seiring dengan ibn Sina yang juga merupakan
ahli perubatan dan ahli falsafah. Kedua-dua ini merupakan bidang yang saling
berkaitan antara satu sama lain. Al-Razi banyak menghasilkan karya sehingga
mencapai 184 buah buku dan sebahagian daripadanya iaitu 56 buah buku

7 Ibid. Hlm, 223


8 Wan Abdullah, W. Falsafah al-Kindi Tentang Akal: Analisis Awalan dan Terjemahan Risalah Fi al-‘Aql.
Jurnal akidah& pemikiran islam, 1(1), 71-100. 2000. Hlm, 72. Dicapai dari
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5407
9 Ibid. Wan Abdullah, W. 2000. Hlm, 81
10 Mohd Hasbie, Abdul Mukhti Baharudin & Nur Syahidatul. Perubatan Islam: Satu Perkembangan
danPerkembangan Tokoh.2017. Hlm, 21. Dicapai dari http://conference.kuis.edu.my/mfifc/eprosiding/2017/16-26-
mfifc-3rd.pdf
menfokuskan tentang perubatan. Kaitan antara program pengalihan ilmu-ilmu yang
berkait dengan falsafah ini dengan perkembangan bidang perubatan ialah bidang
ini yakni (perubatan) merupakan salah satu cabang penting ilmu falsafah.11
Perkembangan ini berlaku semasa Khalifah al-Makmum yang berminat dengan
falsafah Greek. Perhatian yang penuh telah diberikan kepada penterjemahan
daripada Bahasa Greek kepada Bahasa Arab sehingga khalifah sanggup
membelanjakan wang yang besar untuk projek ini. Oleh itu, perkembangan falsafah
adalah selari dengan bidang perubatan hasil daripada pengkajian yang mendalam
dalam falsafah Greek.

3.3 Al-Farabi (890-950 M)

Nama sebenar al-Farabi ialah Nasr Muhammad ibn Tarkham ibn Awzalagh al-Farabi.
Beliau lahir di Turkestan pada tahun 870 dan mempelajari falsafah semasa di
Baghdad. Beliau merupakan antara ahli falsafah Islam yang menulis tentang
falsafah secara sistematik selepas al-Kindi. Beliau telah mengembara ke pelbagai
tempat untuk mencari ilmu sehingga digelar sarjana pengembara.12 Beliau juga
dikenali sebagai The Second Teacher atau gurau kedua yang menunjukkan
penglibatan dan komitmennya dalam bidang falsafah sehingga beliau amat arif
tentang pemikiran Aristotle.13 Sejak dari kecil lagi, al-Farabi sememangnya
mempunyai minat tentang falsafah Aristotle setelah beliau membaca hasil
tulisannya. Minat yang mendalam tentang falsafah sehingga ke dewasa telah
membawa beliau mengembara untuk mencari ilmu falsafah. Disebabkan
pengembaraan beliau ini mendapat perhatian ramai sehingga beliau digelar sarjana
pengembara. Hasil penulisan beliau tentang falsafah dan bidang-bidang lain selama
berpuluh tahun sangat banyak sehingga ada sesetengah karya beliau telah hilang
dan tidak dapat dijejak. Karya-karya beliau merangkumi pelbagai bidang seperti
bidang mantik, ilmu kepandaian, alam, kimia, perubatan, ketuhanan dan bidang-
bidang lain.14 Kepelbagaian bidang penulisan yang ditulis oleh al-Farabi ini
menunjukkan beliau seorang yang mahir dalam bidang-bidang lain bukan sahaja
falsafah. Terdapat juga penulisan beliau yang menfokuskan tentang persamaan dan
11 Ibid. Mohd Hasbie. 2017. Hlm, 20
12 Idris Zakaria. Al-Farabi dan usahanya mengembangkan falsafah. Islamiyyat: Jurnal
Antarabangsa PengajianIslam; International Journal of Islamic Studies, 6. pp. 43-56. 1985. Hlm, 46.
Dicapai dari
http://journalarticle.ukm.my/7579/
13 Ibid. Idris Zakaria. 1985. Hlm, 45
14 Ibid. Hlm, 51
perbezaan falsafah dan agama. Hasil penelitian yang terdapat di dalam karyanya
menunjukkan bahawa kedua-dua bidang ini iaitu falsafah dan agama adalah sama
sahaja. Menurut beliau perbezaan antara falsafah dan agama adalah pendekatan
yang digunakan dalam menentukan kebenaran tentang sesuatu perkara.15
Kehebatan ilmu yang dimiliki oleh al-Farabi ini tidak dapat disangkal kerana
sumbangan beliau kepada Islam amat besar. Terdapat kerya-karya beliau yang
telah diterjemahkan kepada bahasa lain yang menunjukkan bahawa ilmu yang
disampaikan oleh beliau amat berguna untuk masyarakat. Oleh itu, sumbangan
beliau dalam bidang falsafah amat besar sehingga membawa kepada penerus
kepada perkembangan falsafah Islam.

3.4 Ibn Sina (980-1037 M)

Ibn Sina merupakan seorang tokoh Islam yang amat berpengaruh dengan pelbagai
gelaran dari timur hingga ke barat. Beliau mempunyai banyak nama disebabkan
oleh karyanya sampai ke barat sehingga ramai yang mengenali beliau. Beliau
dilahirkan di sebuah tempat bernama kharmaisan, Bukhara pada tahun 980
Masihi.16 Sebagai seorang tokoh Islam yang besar sememangnya telah diajar sejak
awal tentang ilmu-ilmu penting pada masa itu. Sejak dari kecil lagi, beliau banyak
menghabiskan masa dengan mempelajari al-Quran dan ilmu-ilmu lain seperti fekah,
logik, geometri, ilmu hisab dan sebagainya.17 Kemahiran yang ada pada ibn Sina ini
telah mengangkat namanya ke pentas dunia dengan menguasai pelbagai ilmu
ketika dewasa terutama bidang perubatan. Hal ini menyebabkan beliau digelar
sebagai bapa perubatan Islam dan juga gelaran-gelaran lain seperti the greatest
Muslim thinker and the last of the Muslim philosopher in the East akibat pemikiran
beliau di dalam bidang falsafah.18 Beliau muncul sebagai seorang yang hebat hasil
dari bantuan pembelajaran dari bapanya dan tokoh-tokoh lain. Tokoh yang banyak
berjasa pada Ibn Sina ialah seorang sarjana falsafah Abu 'Abd Allah al-Natili yang
memperkenalkan bidang ini kepadanya.19 Sejak dari itulah Ibn Sina minat terhadap
15 Ibid. Hlm, 53
16 Zakaria, I. Falsafah dan Sistem Pendidikan: Perbandingan Antara Plato Dan Ibn Sina. Jurnal Akidah
& PemikiranIslam, 1(1), 101-122. 2000. Hlm, 104. Dicapai pada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5410
17 Ibid. Zakaria, I. 2000. Hlm, 104
18 Ibid. Hlm, 104
19 Ibid. Hlm, 105
falsafah sehingga banyak menulisa tentangnya. Hasil tulisan yang telah dibuat
oleh Ibn Sina mencapai 276 buah hasil dari ilmu yang diperoleh dari bidang
falsafah dan juga bidang-bidang lain dan antara karya Ibn Sina yang memberi
komen kepada karya plato adalah berkaitan dengan sistem pendidikan. 20 Salah
satu perbezaan pendapat tentang menghasilkan sebuah sistem pendidikan dalam
masyarakat ialah Plato membahagikan pendidikan kepada dua bahagian iaitu
pendidikan dari kanak- kanak sampai umur 20 tahun dan seterusnya berumur 20
tahun sehinggga 35 tahun. Plato juga menyatakan bahawa umur 35 tahun sesuai
kerana sudah banyak ilmu dan pengalaman yang sudah mereka perolehi.21
Berbeza pula dengan ibn Sina yang tidak sampai tahap itu kerana beliau
mementingkan keluarga yang bahagia. Walaupun dari segi itu tidak sama tetapi
kedua-dua tokoh ini menyatakan bahawa kepentingan tentang sistem pendidikan
dan pembelajaran. Oleh itu, falsafah tentang pendidikan amat penting dalam
menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan sesorang yang
berkualiti yang kaya dengan ilmu serta pengalaman. Sumbangan ibn Sina dalam
melahirkan falsafah berkaitan pendidikan membuka ruang kepada orang Islam
dalam mengembangkan perkembangan falsafah Islam sehingga ke hari ini.

3.5 Al-Ghazali (1058-1111 M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammmad bin
Muhammad al-Thusi dan nama masyhur beliau ialah al-Ghazali manakala beliau
dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di Thus, sebuah
bandar di Khurasan.22 Antara falsafah yang ditekankan oleh al-Ghazali adalah
berkaitan dengan etika, pendidikan dan lain-lain. Falsafah etika bagi ghazali adalah
suatu bidang dalam ilmu falsafah yang membincangkan tentang sifat-sifat yang patut
menghiasi jiwa dan perlakuan seseorang yang mempunyai berbagai ragam dan
jenisnya serta cara mengubati jiwa dan hawa al-nafsu. 23 Di dalam etika yang
20 Ibid. Hlm, 105
21 Ibid. Hlm, 109
22 Ibid. Ahmad Sunawari Long. 2017. Hlm, 228
23 Zakaria, A. Penghayatan terhadap beberapa aspek dalam falsafah etika al-Ghazali: kajian di kalangan
pelajarUniversiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
digariskan oleh al-ghazali mempunyai ciri yang tersendiri seperti mempunyai unsur
kesufian, unsur falsafah dan keterikatan dengan agama. Keistimewaan falsafah etika
yang dibawa oleh al-Ghazali mempunyai perbezaan dengan ahli falsafah yang lain
terutama falsafah dari barat yang tidak menekankan dan memasukkan unsur
keagamaan di dalamnya. Beliau mengkaji dan mengkritik ahli falsafah yang tidak
berpandukan agama semasa mengeluarkan pendapat. Hasil kritikan beliau juga
menjadi persoalan bagi kebanyakkan yang membaca hasil karya beliau sehingga ada
pengkaji yang membahagikan tiga golongan untuk al-Ghazali iaitu golongan pertama
adalah sebagai tokoh falsafah sebenar, golongan kedua adalah anti-falsafah dan
golongan ketiga adalah menganggap beliau sebagai wali. 24 Beliau juga tidak menolak
falsafah kerana beliau juga berfalsafah dalam sesuatu perkara. Keperibadian yang
dibawa oleh al-Ghazali menimbulkan pelbagai perbincangan disebabkan oleh cara
berfikir beliau adalah berbeza dengan ahli falsafah yang lain. Al-Ghazali sangat
mementingkan agama semasa mengeluarkan pendapat kerana itulah perbezaan
ketara antara falsafah Greek dan juga falsafah Islam. Oleh itu, sumbangan al-Ghazali
dalam membincangkan tentang falsafah ini telah membawa kepada perkembangan
falsafah Islam.

4.0 Pemikiran Falsafah Islam di Barat

Semasa pemerintahan Bani Umayyah, berlaku perluasan kuasa ke Andalus di bawah


pimpinan Tariq bin Ziad. Perluasan wilayah Islam sehingga ke barat telah membuka
satu kota iaitu Cordoba yang sangat maju dari segi ilmu. Kecintaan pemimpin
Cordoba telah membuka ruang untuk masyarakat mengumpul ilmu pengetahuan
sehingga muncul beberapa orang tokoh seperti Ibn Massarah, Ibn Hazm, Ibn Bajjah,
Ibn Tufayl dan Ibn Rushd.

2004. Hlm, 81. Dicapai pada http://studentsrepo.um.edu.my/114/5/BAB_2.pdf


24 Ibid. Zakaria, A. 2004. Hlm, 91
4.1 Ibn Massarah (883-931 M)

Muhammad Ibn ‘Abd Allah Ibn Massarah dilahirkan di Cordoba pada tahun 883 M. 25
Beliau merupakan antara tokoh ahli falsafah yang banyak berpindah kerana ilmu
falsafah yang dimilikinya bertentangan dengan fahaman Muktazilah. Semasa
zaman pemerintahan Abdul Rahman III barulah beliau dapat tinggal di Cordoba
dengan lebih lama. Hal ini kerana pemerintah tersebut minat dengan ilmu dan
berfikiran terbuka dengan ilmu yang dimiliki oleh Ibn Massarah. Beliau juga
mempunyai beberapa karya yang berkaitan dengan keesaan tuhan, kehidupan
mistik dan lain- lain.26 Beliau mempunyai beberapa orang pengikut yang dikenali
sebagai Tarekat al- massarriyah dan beberapa orang murid yang berjaya dididik.
Walaubagaimanapun, fahaman muktazilah telah menghukum pengikut beliau
setelah beliau meninggal dunia kerana berlainan fahaman daripada mazhab
tersebut. Oleh itu, terdapat juga beberapa sumbangan Ibn Massarah seperti
menghidupkan falsafah Islam di Cordoba walaupun mendapat tentangan daripada
pemerintah.

4.2 Ibn Hazm (997 M)

Ali Ibn Ahmad Ibn Sa’id Ibn Hazm dilahirkan di Cordoba pada tahun 997 masihi
dan merupakan orang yang hidup dalam kemewahan kerana ayahnya merupakan
menteri.27 Kejatuhan pemerintah menyebabkan ayahnya telah dipenjarakan dan
beliau meninggalkan Cordoba setelah ayahnya meninggal dunia. Pada awalnya,
beliau bemain dengan politik dan pernah menjawat jawatan menteri tetapi tidak
lama kerana pemerintah telah jatuh menyebabkan beliau terkena serangan politik. 28
Pada usia 26 tahun, beliau menceburi bidang agama dan mula membaca kitab al-
muwattab karya imam Malik. Beliau merupakan fahaman mazhab Zahiri dan
berjaya menghasilkan banyak karya iaitu sebanyak 400 buah karya. 29 Perbezaan
pandangan menyebabkan karya beliau banyak yang telah dibakar tetapi masih ada
lagi sebahagian yang tinggal seperti bidang falsafah, usul fiqh dan sejarah. Oleh

itu,
25 Ibid. Ahmad Sunawari Long. 2017. Hlm, 236
26 Ibid. Hlm, 236
27 Ibid. Ahmad Sunawari Long. 2017. Hlm, 237
28 Ibid. Hlm, 237
29 Ibid. Hlm, 237
sumbangan beliau dalam bidang falsafah adalah menghasilkan karya yang
mengfokuskan tentang falsafah dan menjadi tokoh yang menegakkan falsafah di
Barat.

4.3 Ibn Rushd (1126- 1198 M)

Nama sebenar beliau adalah Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad
bin Rushd dikenali sebagai Averroes di dunia Barat dan beliau dilahirkan di
Cordoba pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198 masihi. 30
Keselesaan hidup beliau semasa kecil membolehkannya mendapat pendidikan
yang lebih baik dengan mempelajari pelbagai bidang seperti bidang fiqh, bahasa
Arab, perubatan dan falsafah. Kecintaan beliau terhadap ilmu telah berjaya
menghasilkan lebih daripada 50 buah buku yang merangkumi pelbagai bidang
seperti falsafah, perubatan dan lain-lain. Beliau menggunakan sumber rujukan
dari tokoh-tokoh terdahulu seperti Aristotle, al-Farabi, Ibn Bajjah dan Ibn Tufayl
dan juga berpegang kepada ajaran Islam iaitu dalam mazhab Maliki. Ibn Rushd
menyatakan di dalam karya agungnya dalam bidang falsafah iaitu falsafah adalah
anugerah Allah yang rasional dan mampu membawa manusia mengenal Allah.31
Sumbangan beliau di dalam dunia falsafah adalah sangat besar sehingga
membawa kepada tercetusnya Renaissance Barat. Ramai pengkaji dari barat
terkesan dengan kritikan yang diberi oleh Ibn Rushd kepada Aristotle sehingga
membuka mata orang-orang barat untuk keluar dari zaman gelap. Tokoh-tokoh
barat banyak merujuk hasil tulisan dari tokoh Islam sehingga mampu berubah dari
zaman gelap ke zaman renaissance. Oleh itu, sumbangan Ibn Rushd begitu
besar dan merupakan penggerak kepada perkembangan falsafah islam di barat.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, perkembangan falsafah Islam di Timur dan Barat telah melahirkan


pelbagai tokoh-tokoh besar dalam dunia Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina,
al-Razi, al-Ghazali, Ibn Massarah, Ibn Hazm, Ibn Bajjah, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd.

30 Joni Tamkin Borhan & Che Zarrina Sa’ari. Sumbangan Pemikiran Ibn Rushd (M.595/1198) dalam
Muamalah: SatuAnalisis terhadap Akad Al-Mudarabah Dalam Bidayah Al-Mujtahid wa Nihayah Al-Muqtasid.
Jurnal
Usuluddin, 26, 133-147. 2007. Hlm, 133. Dicapai dari
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/5424
31 Ibid. Ahmad Sunawari Long. 2017. Hlm, 244.
Hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh ini telah membawa kepada perubahan
pemikiran masyrakat walaupun ada tokoh-tokoh yang menghadapi cabaran dalam
menghasilkan karya-karya agung. Hasil penulisan tokoh ini juga telah membawa
perubahan dalam kalangan masyarakat di Barat setelah membaca dan mengkaji
tulisan tokoh Islam. Kebanyakkan tokoh Islam mementingkan cara berfikir
mengikut kepercayaan agama terutama melibatkan akidah sehingga berlaku
pertentangan dengan falsafah yang tidak melibatkan unsur ketuhanan dalam cara
berfikir. Al- Farabi menyatakan bahawa antara falsafah dan agama tiada
perbezaan ketara kerana kedua-dua ini bertujuan mencari kebenaran yang
sebenar dan hanya pendekatan yang membeza kedua-dua bidang iaitu unsur
ketuhanan.

Rujukan

Ahmad Sunawari Long. 2017. Sejarah Falsafah Edisi Kedua. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Idris Zakaria. 1985. Al-Farabi dan usahanya mengembangkan falsafah. Islamiyyat:


Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 6. pp.
43-56.Hlm, 46. Dicapai dari http://journalarticle.ukm.my/7579/

Itam, Che Nor Sakinah (2010) Implikasi teknologi maklumat terhadap


perkembangan ilmu hadith. Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Dicapai dari
http://studentsrepo.um.edu.my/5179/2/pdf_-_BAB_1_-_BAB_5.pdf

Joni Tamkin Borhan & Che Zarrina Sa’ari. 2007. Sumbangan Pemikiran Ibn Rushd
(M.595/1198) dalam Muamalah: Satu Analisis terhadap Akad Al-Mudarabah
Dalam Bidayah Al-Mujtahid wa Nihayah Al-Muqtasid. Jurnal Usuluddin, 26, 133-
147. Dicapai dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/5424
Mohd Hasbie, Abdul Mukhti Baharudin & Nur Syahidatul. 2017. Perubatan Islam:
Satu Perkembangan dan Perkembangan Tokoh. Hlm, 21. Dicapai dari
http://conference.kuis.edu.my/mfifc/eprosiding/2017/16-26-mfifc-3rd.pdf

Wan Abdullah, W. 2000. Falsafah al-Kindi Tentang Akal: Analisis Awalan dan
Terjemahan Risalah Fi al-‘Aql. Jurnal akidah & pemikiran islam, 1(1), 71-100. Hlm,
72. Dicapai dari https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5407

Wan Rohani, Wan Mokhtar (2012) Penggunaan uslub khabari dalam Al-Quran: Kajian
terhadap Surah Yasin.Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Dicapai dari
http://studentsrepo.um.edu.my/5149/1/bab_1.doc_.pdf

Zakaria, A. 2004. Penghayatan terhadap beberapa aspek dalam falsafah etika al-
Ghazali: kajian di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Dicapai pada
http://studentsrepo.um.edu.my/114/5/BAB_2.pdf

Zakaria, I. 2000. Falsafah dan Sistem Pendidikan: Perbandingan Antara Plato Dan
Ibn Sina. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 1(1), 101-122. Dicapai pada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5410

Slip Penghantaran dan Penerimaan Esei Individu


(Slip ini hendaklah disimpan oleh pelajar sebagai bukti penghantaran

Esei) AT10603 Semester 2, Sesi 2017/2018

Kepada (Nama Pensyarah dan Alamat)

Ybhg Prof /Prof Madya /Dr,

Bersama-sama ini saya kemukakan Tugasan Esei saya yang bertajuk :


Untuk tindakan Ybhg Profesor/Prof Madya /Dr seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

Tanda tangan pelajar:


Nama:
No Matrik:
Kod Program Pengajian: HA

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya (nama pensyarah/staf yang menerima)

dengan ini telah menerima Tugasan Esei pelajar di atas.

Sekian, terima kasih.

Tanda tangan :
Tarikh dan Cop Rasmi:

You might also like