You are on page 1of 3

Latihan 6 b

Soalan 1

Sebuah syarikat insurans mempunyai min bayaran sebanyak RM1,800. Pengurus syarikat itu percaya
bahawa min bayaran telah bertambah. Untuk menguji penyataan ini, pengurus mengambil sampel
40 kes dan mendapati min bagi kes-kes tersebut ialah RM 1,950. Uji dengan menggunakan aras
keertiaan 0.05 dan sisihan piawai populasi RM500, sama ada penyataan di atas boleh diterima.

H 0 : μ ≤1800
H 1 : μ >1800

x−μ 1950−1800
z= = =1.9 0
σ 500
√n √ 40

z kritikal untuk aras keertiaan 0.05 (ujian hipotesis satu hujung)=1.65

Test z jatuh dalam kawasan berlorek/biru.

H0 ditolak.

Soalan 2

Universiti cuba mengurangkan penggunaan kereta di kampus dan menyatakan bahawa purata masa
untuk mencari tempat letak kereta di kampus adalah 30 minit. Masa untuk mencari tempat letak
kereta bertabur secara normal dengan sisihan piawai 6 minit. Anda menguji penyataan ini dengan
mencari tempat letak kereta sebanyak 5 kali dan mendapati min masa mencari tempat letak kereta
adalah 20 minit. Gunakan aras keertian 0.01 untuk menguji sama ada purata masa meletak kereta
telah berkurang.

H 0 : μ ≥30
H 1 : μ <30
x−μ 20−30
z= = =−3.73
σ 6
√n √5

Untuk aras keertiaan 0.01, z kritikal untuk ujian hipotesis satu hujung = -2.33

Test z jatuh dalam kawasan kritikal.

Tolak H0

Soalan 3

a)Bilangan anagram yang dilengkapkan oleh pemain bertabur secara normal dengan
μ=26 dan σ=4.Seorang penyelidik ingin menguji kesan kegelisahan (anxiety) terhadap bilangan
anagram yang dilengkapkan. Satu sampel 14 pemain yang mempunyai masalah anxiety diminta
melengkapkan anagram. Min sampel adalah 23.36. Gunakan aras keertian 0.01 untuk menguji kesan
anxiety ke atas kebolehan melengkapkan anagram.

H 0 : μ ≥26
H 1 : μ <26

Untuk aras keertiaan 0.01, z kritikal untuk ujian hipotesis satu hujung = -2.33

x−μ 23.36−26
z= = =−2.47
σ 4
√n √14
Test z jatuh dalam kawasan berlorek/biru.

Ho ditolak. Anxiety mengurangkan kebolehan melengkapkan anagram.

b) Apakah keputusan anda jika anda membuat hujuan hipotesis dua hujung dengan aras keertian
0.01 untuk soalan a.

H 0 : μ=26
H 1 : μ ≠ 26

Untuk aras keertiaan 0.01, z kritikal untuk ujian hipotesis dua hujung = ± 2.58

x−μ 23.36−26
z= = =−2.47
σ 4
√n √14

Test z tidak jatuh dalam kawasan berlorek.

Gagal menolak H0

You might also like