You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

BENGKEL ASAS PANDU PUTERI REMAJA

SMK GEORGETOWN

TAHUN 2023
1.0 PENGENALAN

Bengkel Asas Pandu Puteri ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh

Persatuan Pandu Puteri Remaja SMK Georgetown buat julung-julung kalinya.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas pandu puteri seperti

pengenalan kepada persatuan pandu puteri, teori pandu puteri dan kemahiran-

kemahiran asas pandu puteri kepada semua ahli pandu puteri SMK Georgetown.

2.0 OBJEKTIF

 Menguasai kemahiran asas ilmu pandu puteri

 Memupuk semangat pasukan yang setia

 Menjalani amali teori –teori asas kepanduan

 memupuk insan yang seimbang dan holistik seperti yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 Melatih ahli-ahli berkomunikasi di antara satu sama lain dan memupuk

semangat kawan.

3.0 MAKLUMAT BENGKEL

Tarikh : 23 Jun 2023

Hari : Jumaat

Tempat : Dewan SMK Georgetown

Masa : 1.00 ptg – 5.00 ptg

4.0 SASARAN

Semua ahli Pandu Puteri Remaja SMK Georgetown


5.0 JAWATANKUASA

Pengerusi Cik Pauline Chin Yoon Lin

Penolong Pengerusi En. Rames a/l Kali

Penyelaras Badan En. Mat Faizul Bin Hubakri


Beruniform
Setiausaha Pn. Nur Jumanah Bt Md Yassim

AJK Makanan Pn. Nor Syuhada Bt Abd Rahim

Cik Noorsiah Bt Muhamad

AJK Program Pn. Chew Woan Shyan

Cik Anne Ooi Lee Shiia

6.0 TENTATIF

1.00 ptg – 2.00 ptg Pendaftaran / Makan Tengahari / Solat

2.00 ptg – 3.00 ptg Istiadat Pandu Puteri

3.00 ptg – 4.00 ptg Kemahiran Ikatan

4.00 ptg - 5.00 ptg Teori / Nyanyian Lagu

5.00 ptg Minum petang / Bersurai

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Butir Kuantiti Jumlah Sumber


(RM)
1. Makanan Tengahari RM 5 x 39 RM 195 BKK

2. Minum Petang RM 2 x 39 RM 78 BKK

3. Peralatan

i. Tali parcel 3 gulung x RM4 RM 12 BKK

ii. Modul Fotostat 39 set x RM 3 RM 117 BKK

iii. Bendera pandu puteri 1 x RM 40 RM 40 BKK


iv. Wisel 39 unit x RM5 RM 195 BKK

v. Kayu Mop 15 batang x RM 2 RM 30 BKK

JUMLAH BESAR RM 667

8.0 PENUTUP

Diharapkan Bengkel Asas Pandu Puteri ini dapat membantu melahirkan ahli
pandu puteri yang berkemahiran dan sentiasa bersedia dan bekerjasama dengan
semua ahli dalam pasukan demi meningkatkan prestasi pencapaian pandu puteri.

Disediakan oleh Disemak oleh

(NUR JUMANAH BINTI MD YASSIM) (RAMES A/L KALI)


Ketua Guru Penasihat Pandu Puteri Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Georgetown SMK Georgetown

Diluluskan oleh

(PAULINE CHIN YOON LIN)


Pengetua
SMK Georgetown

You might also like