Surat Lawatan Bank Negara Malaysia

You might also like

You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

JALAN PERSIARAN CENDANA


TAMAN CENDANA No. Telefon/No. Fax : 07-2521016
81700 PASIR GUDANG JOHOR. Email : jba1107@moe.edu.my
_________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SKTC.600-3/5/(2)


Tarikh : 20 Oktober 2023
Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia,
Sasana Kijang,
2 Jalan Dato’ Onn,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sains dan Teknologi (STEM) Sekolah


Kebangsaan Taman Cendana akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium dan
Galeri Seni Bank Negara Kuala Lumpur. Berikut adalah cadangan untuk lawatan tersebut;

Nama Kumpulan: Stem SK Taman Cendana


Tarikh : 30 November 2023
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Peserta : 80 Murid & 8 Guru

3. Tujuan mengadakan lawatan ini adalah untuk pelajar-pelajar kami menjalankan aktiviti
menarik sambil menambah ilmu pengetahuan dan mengaplikasi ilmu yang diperoleh dalam
lawatan tersebut.

4. Sehubungan itu, kami berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan
diluluskan oleh pihak tuan. Untuk maklumat lanjut Tuan boleh menghubungi Penyelaras
program lawatan Cikgu Hanis Syairah binti Mohamad Sharif (0133988096) atau Cikgu
Muslihah binti Mokti (0137700535).

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD HASZAM BIN MOHD HUSIN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Cendana
81700 Pasir Gudang
Johor

You might also like