You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUGUD

PETI SURAT 273


Tel : 088-716441
89507 PENAMPANG
Faks : 088-716441
SABAH Portal Rasmi : http//sksugud4120.blogsport.my
E-mel : xba4120@moe.edu.my

Rujukan Kami : SKS.700-1/1/1( )


Kim Teck Cheong Consolidated Berhad Tarikh : Julai 2023
Sedco Sabah, Lot 73, Mile 5.5,
Jalan Kilang & Jalan Tuaran
Light Industrial Estate,
88450 KOTA KINABALU.

Attn : Datuk Dexter Lau

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN ROTI BUN SEMPENA MAJLIS JALINAN MESRA SK SUGUD 2023

Dengan hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Sugud akan mengadakan Majlis Jalinan Mesra peringkat
sekolah sempena perayaan Hari Guru, Hari Raya dan Pesta Kaamatan 2023. Ia bertujuan untuk
memupuk rasa muhibah dan mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan ibubapa murid.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya syarikat tuan dapat
memberikan sumbangan berupa roti bun kepada semua muird, warga sekolah dan ibubapa sempena
sambutan tersebut.

3. Butir-butir majlis adalah seperti berikut:-

Program : Majlis Jalinan Mesra SK Sugud Penampang


Tarikh : 26 Julai 2023 ( Rabu)
Masa : 7.30 am – 11.30 am
Jumlah : Murid : 278
Ibu bapa : 150
Warga sekolah : 40

4. Sumbangan daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

..................................................

( HAMZAH ISMAIL )
Guru Besar
SK Sugud, Penampang.

You might also like