You are on page 1of 22

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Tanaman Terung, 3.Nama Penulis Wendy Wee 4.Bil. m/s: 44


Bendi & Kantan
4. Sinopsis

Perkataan sayur dalam bahasa Inggeris,iaitu vegetable berasal dari


bahasa Latin yang membawa maksud dalam proses untuk membesarkan
tumbuh-tumbuhan. Perkataan vegetable mula digunakan di England pada
kurun ke 15 yang merujuk kepada semua jenis tumbuhan. Sejak tahun 1967,
perkataan vegetable atau sayur merujuk kepada tumbuhan yang ditanam
untuk dimakan dan pelbagai jenis herba, begitu juga dengan tumbuhan
berakar.
Dalam pemahaman tentang sayur, ia merujuk kepada tumbuhan
yang boleh dimakan atau bahagian tertentu tumbuhan yang boleh dimakan
sama ada dimasak atau dimakan secara mentah. Makanan yang berasaskan
tumbuhan juga boleh terdiri daripada buah, bijirin dan kekacang selain
daripada sayuran.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengandungi rahsia dan khasiat yang tersembunyi di dalam sayur
terung, bendi dan kantan.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh digunakan dalam subjek RBT atau Kemahiran Hidup di sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...
( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul 5 Langkah Awal 3.Nama Penulis Anjali Arora 4.Bil. m/s: 64


Mengawal Gula
Darah yang Tinggi
4. Sinopsis

Diabetis merupakan penyakit kronik, yang boleh dikawal tetapi


mustahil disembuhkan. Hampir separuh daripada masyarakat tidak menyedari
yang mereka menghidapi diabetis. Gaya hidup yang pantas dan banyak
tekanan, pemakanan yang salah dan kurang senaman mengakibatkan
pembentukan diabetis pada usia yang muda.

Sebagai pengenalan yang mudah tentang diabetis, buku ini


membincangkan masalah berkaitan dengan penyakit tersebut dan cara untuk
menghindarkan penyakit ini daripada menjejaskan gaya hidup anda.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya menjaga


kesihatan.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru dan staf sokongan boleh memberi penerangan kepada murid semasa
Pendidikan Kesihatan dan perhimpunan pagi bagi menambah ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...
( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Rahsia dan Keunikan 3.Nama Norfishah Mat 4.Bil. m/s: 192
Personaliti Kanak-kanak Penulis Rabi
Autistik di Malaysia
4. Sinopsis

Buku ini dihasilkan daripada pengalaman penulis mengajar kanak-


kanak autistik selama beberapa tahun diikuti dengan kajian lapangan terhadap
kanak-kanak autistik pelbagai tahap yang berusia 7 hingga 12 tahun di
beberapa buah sekolah. Iamenghuraikan ciri kanak-kanak yang walaupun
mempunyai kepelbagaian tingkah laku, namun semuanya menghadapi
masalah komunikasi dan interaksi.
Punca masalah ini dan panduan mendekati mereka dibincangkan
secara mendalam dengan disertai kes-kes sebenar agar lebih memberi kesan
kepada pembaca. Peluang pendidikan yang ada di negara ini untuk masa
depan mereka yang lebih cerah turut dijelaskan oleh penulis.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini dapat menjadi panduan untuk ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat
umum supaya lebih memahami personaliti kanak-kanak autistik, baik dalam
pembelajaran ataupun dalam kehidupan sosial mereka.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini sesuai dipraktikkan oleh guru Pendidikan Khas dan ibu bapa yang
mempunyai anak-anak autistik.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Mengatasi Tekanan 3.Nama Penulis Dr. Richard 4.Bil. m/s: 252
Gillett
4. Sinopsis

Panduan yang mudah, menyedarkan dan konstruktif kepada masalah


yang amat meluas. Buku ini melihat pada semua tahap tekanan,menjelaskan
bagaimana sejarah silam seseorang itu dan juga faktor-faktor fizikal boleh
menjejaskan tahap mental.
Dengan kaedah bantu diri yang mudah kepada bentuk psikoterapi dan
rawatan fizikal. Rawatan-rawatan adalah panduan untuk menolong pembaca
mencari terapi yang betul. Bahagian akhir pula membincangkan cara-cara
untuk menghalang pengulangan.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan jenis-jenis tekanan dengan susunan istimewa


pertanyaan-pertanyaan diagnostik.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian disebabkan


bebanan kerja seharian.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Air Putih Terapi 3.Nama Adi D.Tilong 4.Bil. m/s: 172
Kesihatan yang Mujarab Penulis

4. Sinopsis

Air ialah zat atau unsur yang sangat penting untuk semua hidupan di
muka bumi ini. Ia adalah sumber kehidupan yang utama sekali bagi manusia
dan makhluk lain di bumi.Tubuh kita amat memerlukan air sebagai sumber
nutrisi yang sangat penting. Tanpa air sel-sel tubuh tidak dapat berfungsi
dengan sempurna. Malah ia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan.
Penulis membawa kita untuk berfikir tentang kurniaan Tuhan yang
sangat hebat ini.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menjelaskan mengenai keperluan air untuk tubuh manusia,


keistimewaan air putih untuk penyembuhan penyakit dan masalah yang
berpunca dari air.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Isi buku ini boleh dimanfaatkan dengan memberi penerangan kepada murid di
dalam mata pelajaran Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam dan
banyak lagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Terapi Dalam 3.Nama Yasmin 4.Bil. m/s: 207


Pendidikan Khas Penulis Hussain

4. Sinopsis

Buku ini dilengkapi dengan kaedah pelaksanaan dan pendekatan


terapi bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Penulis juga mengemukakan jenis-
jenis dan kepelbagaian aktiviti dalam Pendidikan Khas serta penyediaan bahan
yang diperlukan.
Pendekatan dan kaedah pengajaran yang efektif adalah penting bagi
memastikan kanak-kanak berjaya mengawal emosi serta meningkatkan
kemahiran motor halus dan motor kasar mereka.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi galakan serta bimbingan khusus kepada guru-guru bagi
melaksanakan terapi dalam Pendidikan Khas.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Guru-guru dan PPM dapat menggunakan buku ini bagi meningkatkan cara
pengajaran dan aktiviti kanak-kanak tersebut yang memerlukan pendekatan
yang berbeza daripada kanak-kanak normal.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Syoknya Belajar! 3.Nama Penulis Mohd Razali 4.Bil. m/s: 254
Kamarudin
4. Sinopsis

Buku ini dapat membantu pembaca dalam melakarkan kejayaan


dalam pelajaran. Hal ini kerana kejayaan dalam bidang akademik merupakan
impian dan cita-cita bagi semua pelajar. Untuk mencapai kedudukan yang
cemerlang anda tentulah berhadapan dengan peperiksaan demi peperiksaan.
Justeru untuk menghadapi peperiksaan, anda perlu tahu teknik belajar
secara berkesan. Anda tidak perlu terlalu serius memikirkan tidak cukup masa
untuk belajar sebaliknya perlu bijak mengawal masa.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memuatkan pendekatan terbaik agar pembaca berasa syok belajar
seperti belajar merancang penggunaan masa, teknik mencatat nota,kedah
membaca dan mengingat sehinggalah kepada tip-tip menjawab soalan.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Boleh dijadikan motivasi kepada murid-murid dan guru-guru yang menyambung


pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Kreativiti dan 3.Nama Hasan 4.Bil. m/s: 362


Pendidikan:Suatu Kajian Penulis Langgulung
Psikologi dan Falsafah
4. Sinopsis

Buku ini menghuraikan beberapa aspek kreativiti dari segi pandangan


Islam. Kreativiti umat Islam dalam bidang falsafah, Hubungan Seni dan
Kehidupan, Kaedah Eksperimental dalam Psikologi, Kaedah Penyelidikan
Eksperimental oleh pemikir-pemikir Islam, Teori-teori Psikologi dan Kreativiti,
dan Perkembangan Pemikiran Kreatif.
5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Perbincangan dibuat secara ilmiah.Idea dan huraiannya dibuat mengikut


paradigm dan wacaan ilmu pendidikan.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini amat bermanfaat kepada penuntut, pensyarah serta pembaca yang
ingin mendalamiilmu pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Mengurus Tingkah 3.Nama Abdul Ghani 4.Bil. m/s: 208


Laku Pelajar Penulis Abdullah, Abd
Rahman Abd Aziz
4. Sinopsis

Mengurus manusia adalah suatu proses yang panjang dan kompleks.


Prroses ini menjadi semakin kompleks kerana yang dididik itu ialah manusia
dan bukannya robot.
Buku ini meyediakan cara mengurus pelajar secara seimbang antara
peraturan yang sedia ada dengan penerapan unsur-unsur kemanusiaan dalam
membentuk tingkah laku yang terpuji.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara unsur kemnusia yang ditekankan di dalam buku ini adalah guru sebagai
model tingkah laku, EQ,humor pelengkap keakraban, kesantunan bahasa
guru,aktiviti bercerita,komunikasi dan kualiti profesional guru.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Semua unsur-unsur di atas diaplikasikan oleh guru bagi mengurus dan


mengawal tingkah laku pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P
2. Judul Cara Mudah 3.Nama Amin Hazyq 4.Bil. m/s: 160
Mengendalikan Majlis Penulis
Rasmi & Aktiviti Riadah
Syarikat
4. Sinopsis

Sebenarnya mengendalikan sesuatu majlis bukanlah satu tugasan


yang sangat sukar. Namun tugas ini memerlukan perancangan awal yang teliti.
Setiap majlis yang sempurna dan berjalan dengan baik memerlukan
perancangan pada tahap awal, pada tahap pertengahan dan pada tahap akhir.
Perancangan yang sebegini,memberi peluang kepada kita untuk
mengenal pasti semua kelemahan yang ada dan mencari jalan penyelesaian
yang terbaik.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini membincangkan cara-cara mudah untuk mengendalikan majlis rasmi,


majlis tidak rasmi, majlis anjuran sekolah seperti makan malam dan juga team
building, hari keluarga dan acara yang paling digemariiaitu mencari harta
karun.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku sesuai digunakan oleh semua warga sekolah kerana terdapat majlis-
majlis yang akan dilakukan di peringkat sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:
1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Proses dan Strategi 3.Nama Penulis Yahya Othman 4.Bil. m/s: 160
Membaca Berkesan
4. Sinopsis

Membaca adalah bidang yang sangat penting dan menarik untuk


diterokai dengan lebih mendalam terutama yang berkaitan dengan proses dan
strategi yang digunakan. Membaca sebagai satu proses yang kompleks
memerlukan penelitian yang lebih komprehensif khususnya ketika membaca
teks akademik.
Hal ini disebabkan pembaca tidak hanya melihat hurufcetakan yang
tertera di dalam teks,tetapi menggunakan kemampuan kognitifnya untuk
membuat analisa serta interpretasi yang sesuai dengan tujuan membaca.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Membantu meningkatkan lagi pemahaman berkaitan proses dan strategi


membaca dengan tumpuan kepad aspek teori dan amalan membaca yang
berkesan.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan akademik kepada guru, staf dan murid
yang ingin menjadikan pembacaan mereka lebih berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Hak Cipta dan Hak 3.Nama Penulis Rozahar Wati 4.Bil. m/s: 163
Berkaitan Zuallcobley
4. Sinopsis

Buku ini menerangkan hak yang diberikan di bawah undang-undang


hak cipta kepada seseorang pencipta karya. Penulis menjelaskan yang yang
dilindungi sehingga kepada penguatkuasaan hak tersebut, sama ada melalui
tindakan sivil atau dengan meminta bantuan penguatkuasaan daripada pihak
kerajaan.
Remedi yang diberikan oleh mahkamah , beserta penalti yang telah
ditetapkan oleh undang-undang turut dibincangkan. Penerangan juga diberikan
tentang hak moral pencipta karya dan remedi yang diberikan apabila hak ini
dilanggar.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Ditulis dalam Bahasa Melayu sebagai menyahut langkah kerajaan untuk


memperbanyakkan karya rujukan.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Boleh diaplikasikan oleh guru-guru yang mencipta inovasi supaya karya


mereka tidak diciplak oleh orang atau pihak yang tidak bertanggungjawab.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul 101 Senarai Penting 3.Nama Penulis Tabatha 4.Bil. m/s: 148
tentang Pentaksiran Rayment
4. Sinopsis

Buku ini meliputi sebarai yang amat praktikal, inovatif dan


berguna,tentang pentaksiran dan bahan rujukan yang baik untuk guru. Ia
merangkumi beberapa topik seperti penjelasan tentang pentaksiran,
penggunaan pentaksiran dalam pembelajaran pelajar dan panduan praktikal
untuk merancang pembelajaran.
Selain itu, penandaan,pemantauan dan perekodan turut diselitkan bagi
membantu guru menjalani pentaksiran di sekolah.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini padat dengan info dan bahan yang sangat membantu guru untuk
menjalankan pentaksiran di sekolah masing-masing.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Info yang terdapat dalam buku ini boleh diaplikasikan oleh guru ketika
menjalani PBD di dalam pdpc mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Tidak Cukup Masa? 3.Nama Ahmad Marzuki 4.Bil. m/s: 127
Bagaimana Menghargainya Penulis Ismail

4. Sinopsis

Buku ini menjelaskan bagaimana seseorang pelajar tersebut harus


membahagikan masa dengan betul dan seterusnya menggunakan masa
dengan perkara yang berfaedah. Ini kerana sebahagian pelajar tidak tahu
kepentingan masa dan sering membuang masa dengan melepak atau
mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan sesuatu kerja.
Antara kandungannya ialah kepentingan masa dalam kehidupan
seharian, membahagikan masa belajar, mengulang kaji dan membuat rujukan,
bilakah masa yang sesuai untuk berbual-bual sama ada di sekolah atau di luar
sekolah dan masa beristirehat yang perlu diambil.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengurusan masa yang bijak dalam kehidupan seharian.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Boleh dijadikan bahan motivasi kepada team building supaya menjadikan


masa yang ada digunakan sebaiknya untuk faedah semua

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Tip Belajar Saat Akhir 3.Nama Penulis Osman Affan 4.Bil. m/s: 179

4. Sinopsis

Belajar pada saat akhir atau selalu disebut dengan istilah study last
minute bukan suatu perkara yang pelik di kalangan pelajar. Situasi ini berlaku
sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat
pengajian tinggi. Ia menjadi gaya belajar yang popular pada masa kini
memandangkan banyak faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku.
Buku ini mampu menjadikan andatahu di mana hendak bermula,
kuasai beberapa teknik belajar dengan mudah, ringkas dan pantas, rasa lebih
tenang semasa pdpc,ingat lebih banyak fakta yang dipelajari dan mendapat
keputusan yang diidamkan dengan izin tuhan.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Belajar pada saat akhir tidak digalakkan tetapi jika ia membelenggu


anda,temui tip dan tekniknya lantas prakktikkan bagi memperoleh kejayaan.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan


tidak lama lagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )
Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Kurang Berdisiplin? Anda 3.Nama Ahmad Marzuki 4.Bil. m/s: 156
Boleh Mengubahnya Penulis Ismail

4. Sinopsis

Buku ini bertujuan membantu para pelajar memperkukuhkan dan


memperkasakan diri sendiri. Setiap pelajar harus sedar tentang pentingnya
belajar mendisiplinkan diri agar segala manfaat itu dapat diterokai,
dikembangkan dan diamalkan dengan teratur.
Disiplin diri yang baik dan sempurna telah diberi penekanan oleh pihak
kerajaan, ibu bapa dan guru. Setiap pelajar perlu berusaha menilai setiap
contoh yang diberikan. Disarankan

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Setiap pelajar perlu belajar untuk menghasilkan pergerakan terbaik selaras


dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pembentukan Modal Insan.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu yang diperolehi di dalam buku ini boleh dikongsikan kepada rakan sekerja
bagi mengurangkan gejala masalah disiplin di sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...
( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Bimbingan & Kaunseling 3.Nama Akhiar bin Pardi, 4.Bil. m/s: 192
Kanak-kanak Penulis Shamsina
Shamsuddin
4. Sinopsis

Buku Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak ini ditulis berdasarkan


proforma untuk siswa-siswi guru yang sedang mengikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh
negara. Buku ini juga sesuai untuk para guru dalam perkhidmatan, siswa-siswi
Fakulti Pendidikan di IPTA/IPTS dan mereka yang terlibat serta berminat untuk
meningkatkan ilmu dalam bidang kepimpinan dan perkembangan profesional
masing-masing.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan peranan guru biasa sebagai guru pembimbing dan
intervensi kaunseling kanak-kanak.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh diaplikasikan di sekolah bagi membantu murid-murid dan


mengawal masalah disiplin.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul 100 Panduan Asas 3.Nama Neal Watkin, 4.Bil. m/s: 196
Kemahiran Mengajar Penulis Johannes Ahrenfelt

4. Sinopsis

Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk guru pelatih, guru baharu
bertauliah dan guru berpengalaman.
Mengandungi 100 panduan untuk membangunkan asas kemahiran
mengaja,memberikan kepelbagaian panduan menarik untuk memudahkan sesi
pembelajaran, panduan meliputi aspek reka bentuk pembelajaran yang
mencabar untuk mengekalkan minat murid dan untuk menguruskan pengajaran
anda bagi mengawal tingkah laku mencabar.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Asas yang baik bagi pengajaran inovatif.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh menguruskan kehidupan sebagai pendidik yang betul.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Pengurusan Aktiviti 3.Nama Penulis James Ang Jit 4.Bil. m/s: 317
Luar Sekolah Eng
4. Sinopsis

Buku panduan lengkap dan komprehensif yang mampu memberi


pemahaman,pengetahuan dan keyakinan kepada para pembaca dan
pelaksana aktiviti luar sekolah yang melibatkan murid.
Pembaca disajikan dengan pelbagai maklumat,prosedur dan tindakan
yang membolehkan mereka merancang, melaksana atau mengikuti aktiviti luar
dengan lebih bersedia dan berkesan.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Setiap aktiviti yang dibincangkan turut disertakan dengan pekeliling, dokumen


dan keratan akhbar yang boleh dijadikan panduan.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Boleh diaplikasikan di sekolah kerana terdapat aktiviti kokurikulum,


perkhemahan, mendaki, lawatan sambil belajar secara komprehensif.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU


Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama 2. NO K/P

2. Judul Mudahnya 3.Nama Penulis Fathuri 4.Bil. m/s: 184


Menjemput Rezeki Salehuddin
4. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang mudahnya menjemput rezeki


berbanding mencari rezeki. Malah sumber yang datang tidak disangka-sangka.
Buku ini merungkaikan rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsikan
oleh penulis yang telah mengalami ;peristiwa mendapat rezeki’ daripada Maha
Pemberi Rezeki dengan mekanisme tertentu.

5. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai Muslimin kita perlu berusaha untuk mendapat rezeki yang lebih baik.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan guru dan staf sokongan
bagi mendapat rezeki yang diredhai.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………….. ……………………………………...

( ) ( )

Tarikh Pengesahan :

You might also like