You are on page 1of 3

KERTAS KERJA DAN LAPORAN TAMAN HERBA

SM SAINS HULU TERENGGANU

KERTAS KERJA TAMAN HERBA

1.0 Tajuk

Taman Herba

2.0 Pengenalan

Taman Herba diilhamkan bagi membuka ruang dan peluang kepada murid-murid untuk menghargai
persekitaran sekolah, merasa bangga dengan persekitaran sekolah dan merangsang mereka untuk turut
mendapatkan pengetahuan mengenali spesies tanaman herba yang terdapat dipersekitaran sekolah.
Membuka mata murid-murid untuk mengambil peluang dan ruang yang diberi untuk mengenali dengan
lebih mendalam tanaman yang terdapat di Taman Herba dan seterusnya memberi impak yang positif
dalam pembelajaran murid di luar bilik darjah.

3.0 Matlamat

Menjadikan Taman Herba salah satu lokasi pilihan untuk dikunjungi oleh murid, guru, komuniti dan
pelawat sekolah. Warga sekolah termasuk murid-murid dapat menjadikan Taman Herba sebagai lokasi
untuk meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai jenis tanaman herba dan kegunaannya yang semakin
dilupakan oleh generasi masa kini

4.0 Objektif

4.1 Mewujudkan pelbagai jenis tanaman herba.


4.2 Meningkatkan pengetahuan murid mengenai pelbagai jenis tanaman herba dan kegunaannya.
4.3 Dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi melalui
pengalaman bermakna di luar bilik darjah.

5.0 Tarikh / Tempoh

01 Januari hingga 31 Disember 2022

6.0 Tempat

Tanah lapang dihadapan Bengkel Reka Bentuk Makanan SM Sains Hulu Terengganu

7.0 Sasaran

Guru, murid dan kakitangan swasta

8.0 Sumber Kewangan

8.1 Sumbangan PIBG


8.2 Sumbangan persendirian

9.0 Anggaran Kos Mengikut Cadangan dan Sumber Kewangan

Bil Perkara Jumlah Kos (RM) Sumber


1 Pasu pelbagai saiz 250.00 SEKOLAH
2 Tanah Organik & Coco Peat 350.00 SEKOLAH
3 Baja 100.00 SEKOLAH
4 Rumput Karpet (saiz 700.00 SEKOLAH
5 Peralatan penanaman 100.00 SEKOLAH
JUMLAH 1,500.00 SEKOLAH
10.0 Anjuran

10.1 Panitia Reka Bentuk dan Teknologi


10.2 Kelab Reka Bentuk dan Teknologi

11.0 Ahli Jawatankuasa Projek

PENGERUSI : EN. MOHD KHAIRI BIN MUDA

TIMB. PENGERUSI : EN. MUHAMMAD JOHA BIN A. WAHAB @ MOHD

NAIB PENGERUSI 1 : PN NORLIZA BINTI SALLEH

NAIB PENGERUSI 2 : PN WAN NORZIAH BINTI WAN MANAN

PENYELARAS : EN. WAN JOHARI BIN WAN GATI

PENGURUS PROJEK : EN. AHMAD HASANI BIN ABU BAKAR

SETIAUSAHA : CIK ZURINA BINTI ZAKARIA

BENDAHARI : PN. TUAN KHATYIDA BINTI TUAN NGAH

AJK : EN MD SAIFUL HAFIZ BIN MUHAMAD

12.0 Penutup

Projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil Kerjasama warga sekolah, ibu bapa dan
kakitangan swasta. Projek ini juga menjadi tempat mengenali pelbagai jenis tanaman herba dan
kegunaannya.

Disediakan oleh,

…………………………………… …………….………………………..…
(ZURINA BINTI ZAKARIA)
Setiausaha, Guru Penolong Reka Bentuk dan Teknologi,
Taman Herba.
SM Sains Hulu Terengganu

Disemak oleh

…………………………………… …………….………………………..…
(AHMAD HASANI BIN ABU BAKAR)
Pengurus Projek, Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi,
Taman Herba.
SM Sains Hulu Terengganu

Disahkan oleh,
……………………………………….
(MOHD KHAIRI BIN MUDA)
Pengetua Cemerlang
SM Sains Hulu Terengganu

You might also like