You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BILANGAN 2 / SESI 2023-2024

Tarikh : 7 November 2023

Masa : 1:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jalan Selama

Kehadiran : Pn. Norhayati Binti Kamaruddin Guru Besar

En. Abdul Manaf bin Jaafar PK Pentadbiran

Pn. Nur Naiemah binti Mohd Ibrahim Ketua Panitia (Pengerusi Mesyuarat)

Pn Noor Syafiqah binti Mohd Yusof Setiausaha

Pn. Julida Binti Ramli PK KO & AJK

Pn. Zainora binti Zakaria Guru Pra

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI: ENCIK ABDUL MANAF BIN JAAFAR

1.1 PK Pentadbiran selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran 100% semua
ahli panitia Matematik dalam Mesyuarat Matematik Bilangan 3 bagi Tahun 2023.

Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat Panitia Matematik Bilangan 2 Tahun 2023 disahkan tanpa pindaan.

Disahkan oleh, Puan Zainora binti Zakaria dan disokong oleh Puan Noor Syafiqah.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Pencerapan Matematik tahun 1 telah dilaksanakan dan laporan telah dihantar kepada PPD. (Puan
Siti Fatimah)

Tindakan: Guru Matematik tahun 1

4.0 AGENDA

4.1 PENGUPAYAAN KURIKULUM

4.1.1 Pengupayaan Kurikulum. PK1 menegaskan pelbagai strategi pengajaran dan


pembelajaran untuk mencapai kesan yang optimum.

4.1.1.1 Antara pendekatan P&P yang digunakan adalah seperti berikut :

i. Hands-on learning

ii. Pembelajaran melalui permainan

iii. Inkuiri penemuan

iv. Pembelajaran berasaskan projek

v. Pembelajaran luar bilik darjah

vi. Pembelajaran secara kontekstual


vii. Pembelajaran secara konstuktivisme

viii. Pembelajaran secara masteri

Tindakan : Semua guru Matematik

4.1.2 TS25 Modul 3 – menerajui pembelajaran menekankan elemen-elemen penting yang


berkaitan kaedah pengajaran guru, yang dapat mendorong perkembangan murid. Modul ini
memberi tumpuan kepada Amalam Pengajaran Abad ke 21 (PAK 21).

Tindakan : Semua guru Matematik

4.2 Rancangan Pengajaran Harian (e-RPH)

4.2.1 Tahniah kepada guru-guru yang telah melengkapkan penulisan e-RPH sepanjang bulan
Jun hingga November.

4.2.2 Pengerusi menegaskan Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan perlu dituliskan dalam
RPH dalam sekolah yang terlibat dalam TS25. Objektif pembelajaran perlu spesifik (contoh: murid
dapat menyelesaikan 3 daripada 4 …….) manakala Kriteria kejayaan ditulis secara keseluruhan.

Tindakan : Semua guru matematik

4.3 Jadual Waktu Terkini

4.3.2 Jadual Waktu versi 3 berkuatkuasa mulai 13 Ogos 2023.

Makluman

4.4 Kurikulum

4.4.1 semua guru disarankan untuk membuat penjajaran Standard Kandungan dan Standard
Panitia disebabkan minggu persekolahan masih berbaki lebih kurang 4 minggu Sahaja lagi
sebelum UASA.

4.4.2 Kemahiran asas perlu diperkuat bagi murid yang lemah.

4.4.3 Kelas tambahan akan dijalankan mengikut masa yang dtetapkan oleh guru. Guru yang
terlibat perlu maklumkan kepada Guru Besar dan surat makluman kepada waris akan dikeluarkan.

Tindakan : Semua guru matematik

4.5 Pentaksian Berasaskan Bilik Darjah (PBD)

4.5.1 Ujian Akademik Sesi Akademik adalah pada 15.01.2024 hingga 18.01.2024.

Makluman

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

5.1 Kertas Kerja Bulan Semarak Ilmu – Panitia Matematik. Semua aktiviti dan pertandingan
akan dijalankan dalam sesi PdP

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Tiada

Makluman
7.0 PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:45 petang dan mesyuarat Panitia Matematik Bilangan
4/2023 akan diadakan selepas Ujian Akhir Semester dijalankan.

Disediakan oleh,

(Puan Noor Syafiqah Binti Mohd Yusof)

Setiausaha Panitia Matematik

SK Jalan Selama

19 November 2023

You might also like