You are on page 1of 11

HIA 101 2023

ASPEK
UTAMA
HUKUM
ISLAM:
IJTIHAD1
DR UMAR MUHAMMAD
NOOR
DEFINISI IJTIHAD

Secara bahasa: “menggunakan sepenuh daya


untuk melakukan sesuatu”.

Secara istilah: “menggunakan sepenuh daya dan


usaha untuk mencari hukum syarak menerusi
kaedah istinbat.” (Zaydan, h. 401).
“ Secara kasarnya, ijtihad
adalah suatu penyelidikan
atau penelitian tentang
hukum.
MAHMOOD ZUHDI

MUJTAHID

Mujtahid adalah seseorang yang


memiliki kemampuan untuk
mengeluarkan hukum syarak
menerusi dalil-dalilnya yang
terperinci.
SYARAT-SYARAT MUJTAHID

1. Menguasai bahasa Arab dengan


mendalam
2. Menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan al-Quran
3. Menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan al-Sunnah
4. Menguasai ilmu usul fiqh
5. Mengetahui hukum-hakam yang telah
disepakati secara ijmak
6. Mengetahui maqasid Syariah
7. Memiliki kesediaan mental untuk
melakukan ijtihad
IJTIHAD SEBAGAI SUMBER HUKUM
Ijtihad telah diamalkan pada zaman Nabi. Rasulullah sering
berijtihad dalam memutuskan hukum lalu wahyu turun untuk
membenarkan atau membatalkan ijtihad tersebut. contoh:
kes mensolatkan tokoh munafik ‘Abdullah bin Ubay.
Para sahabat turut berijtihad apabila mereka berjauhan
daripada Nabi. Lalu Nabi membenarkan ijtihad tersebut atau
membatalkannya. Contoh: kes tayammum ‘Ammar bin Yasir.
Nabi turut melatih para sahabat untuk melakukan ijtihad
sendiri. Contoh: kes sahabat mencium isteri ketika berpuasa.
NABI MEMUJI IJTIHAD
Apabila Rasulullah mengutus Muaz bin Jabal
ke Yaman, baginda bertanya kepadanya:
“Bagaimana kamu akan menetapkan
hukum?”
Beliau menjawab: “Aku akan berhukum
dengan Kitabullah.”
Baginda bersabda: “Sekiranya ia tidak
terdapat di dalam Kitabullah?”
Muaz menjawab: “Aku akan berhukum
dengan Sunnah Rasulullah.”
Baginda bertanya lagi: “Sekiranya tidak
terdapat di dalam Sunnah Rasulullah?”
Muaz menjawab: “Aku akan berijtihad
dengan pendapatku.”
Rasulullah S.A.W bersabda: “Segala puji bagi
Allah yang telah memberikan taufiq kepada
utusan Rasulullah.” (Abu Dawud dan al-
Tirmidhi)
Semua ini menerangkan bahawa ijtihad boleh
menjadi kaedah dan sumber hukum kepada syariat
Islam pada masanya nanti, yakni selepas Nabi telah
wafat dan wahyu telah terhenti.
TINGKATAN MUJTAHID
TINGKATAN GELARAN PENJELASAN CONTOH
1 Mujtahid Mustaqil Seorang ulama yang memiliki kemampuan Imam Al-
untuk mengeluarkan hukum daripada Syafii
sumber-sumber asal secara independent
tanpa mengikut sesiapa
2 Mujtahid Seorang ulama yang mengikut prinsip hukum Al-Muzani,
Muntasib seseorang imam walaupun sering Abu Thawr,
menyalahinya dalam hukum furuk al-Buwayti,
dll.
3 Mujtahid Mazhab Seorang ulama yang mengikut prinsip hukum Al-Nawawi,
dan furuk seorang imam, namun berijtihad al-Rafii, al-
dalam perkara-perkara yang tiada riwayat Subki, dll
daripada imamnya.
4 Mujtahid Tarjih Seorang ulama yang berijtihad dalam Ibn Hajar al-
mentarjih pandangan-pandangan yang Haytami dan
bertentangan dalam mazhabnya. al-Ramli
TAQLID

Lawanan daripada ijtihad adalah taqlid, iaitu mengikut fatwa dan


ketetapan hukum yang disebutkan oleh para ulama tanpa
mengkaji dalilnya.
Taqlid dibenarkan bagi orang awam yang tidak memiliki
kemampuan dalam mengeluarkan hukum daripada al-Quran dan
Sunnah.
Bagi orang yang memiliki kelayakan ijtihad, digalakkan untuk
berijtihad dan tidak mentaqlid.
RUJUKAN

Mahmood Zuhdi. Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala Lumpur:


Universiti Malaya, 1988.
Muhammad Abu Zahrah. Usul al-Fiqh. Mesir: Dar al-Fikr al-’Arabi.
Abd al-Karim Zaydan. Al-Wajiz fi Usul al-fiqh. Beirut: Mu’assasah al-
Risalah, 2004.
Hasan Hito. Al-Ijtihad wa Tabaqat Mujtahidi al-Shafi‘iyyah. Beirut:
Mu’assasah al-Risalah, 1988.

You might also like