You are on page 1of 23

Pendahuluan Anatomi dan Fisiologi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia.

Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa sub disiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita.

SISTEM ENDOKRINA

Pengenalan Sistem Endokrin Sistem endokrin meliputi suatu sistem dalam tubuh manusia yang terdiri dari sejumlah kelenjar yang menghasilkan zat yang dinamakan hormon. Kelenjar ini dinamakan endokrin karena tidak mempunyai saluran keluar untuk zat yang dihasilkannya. Hormon yang dihasilkannya itu dalam jumlah sedikit pada masa diperlukan dan dialirkan ke organ sasaran melalui pembuluh darah bercampur dengan darah. Kelenjar yang produknya disalurkan melalui pembuluh khusus (seperti kelenjar ludah) dinamakan kelenjar eksokrin.

Kelenjar endokrina (endocrineglarul) terdiri dari (1) kelenjar hipofise atau pituitari (hypophysisor pituitary glanrl) yang terletak di dalam rongga kepala dekat dasar otak; (2) kelenjar tiroid (thyroid glanrl) atau kelenjar gondok yang terletak di leher bahagian depan; (3) kelenjar paratiroid (parathyroidglanrl) dekat kelenjar tiroid; (4) kelenjar suprarenal (suprarenalglanrl) yang terletak di kutub atas ginjal kiri-kanan; (5) pulau Langerhans (islets of langerhans) di dalam jaringan kelenjar pankreas; (6) kelenjar kelamin (gonard)laki di testis dan indung telur pada wanita. Placenta juga dikategorikan sebagai kelenjar endokrin karena menghasilkan hormon.

Kelenjar Pituitari Kelenjar ini terletak pada dasar otak besar dan digelar sebagai kelenjar induk (master of gland) kerana menghasilkan bermacam-macam hormon yang mengawal aktiviti tubuh. Bergaris pusat hanya 1.3 cm sahaja dan berbentuk bulat. Kelenjar pituitari dibahagi menjadi dua bahagian, iaitu lobus anterior dan lobus posterior. Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari.

Kelenjar pituitari bahagian lobus anterior dan lobus posterior

Kelenjar pituitari lobus anterior Hormon yang dihasilkan kelenjar pituitari lobus anterior dapat dilihat pada gambar rajah di bawah.

Hormon yang dihasilkan kelenjar pituitari lobus anterior berserta organ yang dikawalnya.

Kelanjar pituitari pofisis lobus posterior Hormon yang dihasilkan kelenjar pituitari lobus posterior berserta organ yang dikawalnya dapat dilihat pada gambarajah di bawah.

Hormon yang dihasilkan kelanjar pituitari lobus anterior berserta organ yang dikawalnya

Dalam sektor kedoktoran, kelenjar hipofise sering disebut sebagai kelenjar utama dan sistem kawalan dalam tubuh badan manusia. Walaupun hormon yang sedikit dihasilkan, pengaruhnya adalah sangat ketara terhadap fungsi tubuh. Kelenjar mi menghasilkan hormon pertumbuhan, hormon perangsang tiroid (TSH), perangsang gonad (FSH),dan lain- lain. Hormon pertumbuhan manusia banyak dihasilkan selama masa pertumbuhan tetapi akan menurun setelah manusia mencapai usia dewasa. Jika hormon itu dihasilkan dalam jumlah berlebih selama masa pertumbuhan, anak akan menjadi sangat tinggi. Akan tetapi, hormon yang kurang pada masa anak-anak rnenyebabkan anak tumbuh menjadi orang dewasa yang kecil dengan tubuh berimbang FSH berperanan untuk merangsang produksi hormon seks, dan prolaktin yang mengatur produksi air susu ibu setelah melahirkan anak .Bagi TSH, hormon mi dapat merangsang tiroid untuk menghasilkan hormon-hormon yang lain dail tiroid Kekurangan hormon tiroid (thyroxin) boleh menyebabkan gangguan pertumbuhan pula. Dan segi fizikal, kekurangannya akan seseorang yang kecil dengan bahagian tubuh yang kurang seimbang. Terdapat juga yang tumbuh kecil dengan mental terbantut (crelin).Produksi hormon tiroid yang dirangsang oleh hormon hipofise yang memerlukan iodin. Sekiranya kekurangan pengambilan zat iodin, penyakit goiter akan dijangkiti dan boleh nampak di bahagian leher pesakit.

Kelenjar Tiroid

Kelenjar tiroid terdiri dari dua lobus, satu di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri. Keduanya dihubungkan oleh suatu struktur ( yang dinamakan isthmus atau ismus. Setiap lobus berbentuk seperti buah pir. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang tipis dan pretracheal fascia. Pada keadaan tertentu kelenjar tiroid aksesoria dapat ditemui di sepanjang jalur perkembangan embriologi tiroid. Struktur ismus atau isthmus yang dalam bahasa Latin ertinya penyempitan merupakan struktur yang menghubungkan lobus kiri dan kanan. Posisinya kira-kira setinggi cincin trakea 2-3 dan berukuran sekitar 1,25 cm. Anastomosis di antara kedua arteri thyroidea superior terjadi di sisi atas ismus, sedangkan cabang-cabang vena thyroidea inferior ber-anastomosis di bawahnya. Pada sebahagian orang dapat ditemui lobus tambahan berupa lobus piramidal yang menjulur dari ismus ke bawah Darah ke kelenjar tiroid dibekalkan oleh arteri superior thyroid yang merupakan cabang pertama arteri external carotid(ECA). Arteri ini menembusi pretracheal fascia sebelum sampai ke bahagian superior pole lobe kelenjar tiroid. Saraf laryngeal terletak

berhampiran (di belakang) arteri ini, jadi jika dalam pembedahan tiroidektomi, kemungkinan besar saraf ini terpotong jika tidak berhati-hati. Kelenjar tiroid juga dibekalkan oleh arteri inferior thyroid yang merupakan cabang daripada thyrocervical trunk (cabang daripada arteri subclavian). Dalam 3% populasi manusia, terdapat satu lagi arteri ke kelenjar tiroid, iaitu arteri thyroid ima. Pembesaran kelenjar tiroid akan mengakibatkan penyakit goiter. Pembesaran mi disebabkan oleh kelebihan penghasilan hormon atau kekurangan iodin dalam pemakanan sehingga menyebabkan penghasilan hormon berkurang. Punca pembesaran yang lain adalah kerana tumor. Semasa kedatangan haid, tiroid juga membesar bagi wanfta. Di samping itu, penghasilan hormon yang berlebihan boleh menyebabkan gejala jantung berdebar dan berlarut-larutan akan melemahkan jantung. Tambahan pula, banyak kenngat terhasil, berat badan akan turun dan mata akan menonjol Di samping memenksa kadar thyroxin darah, aktMti pengeluaran hormon thyroid juga dapat dikesan dengan menggunakan radio-isotop. lodin radioaktif dibenkan kepada pesakit dan diperhatikan bagaimana kelenjar tiroid menangkap zat tersebut Pembesaran tiroid yang aktif disebut hot nodule manakala yang tidak aktif disebut cold nodule.. Bukan semua pembesaran tiroid adalah berbahaya kerana tidak secara automatik meningkatkan pengeluaran hormon seseorang. Sekiranya pembesaran terjadi ke arah rongga dada, perlulah diperhatikan. Hal ini kerana pembesaran kelenjar boleh menekan trakea dan esofagus.

Kelenjar Paratiroid

Kelenjar Paratiroid (kelenjar anak tiroid) terletak disetiap sisi kelenjar tiroid yang terdapat di dalam leher, kelenjar ini berjumlah 4 buah yang bersusun berpasangan yang menghasilkan hormon pada tiroksin. Masing-masing melekat pada bagian belakang kelenjar tiroid. kelenjar ini menghasilkan hormon parathormon(PTH) yang berfungsi mengatur kadar kalsium dan fosfor di dalam tubuh seperti tulang, ginjal dan usus kecil. PTH mempertahankan penyerapan semula tulang sehingga kalsium serum meningkat. Di tubulus ginjal. PTH mengaktifkan vitamin D. Dengan vitamin D yang aktif akan terjadi peningkatan penyerapan kalsium dan fosfat dari intestine. Selain itu, hormon ini akan meningkatkan pengeluaran fosfat dan natrium. Hal ini kerana sebahagian besar kalsium disimpan di tulang maka PTH lebih besar terhadap tulang. Faktor yang mengawal rembesan PTH ialah kadar kalsium serum.

Kelenjar Timus

Kelenjar timus terletak di bawah kelenjar tiroid dan paratiroid. Kelenjar tersebut ikut berperanan dalam pengaturan pertumbuhan dengan menyekresikan hormon somatotropin. Selain itu, timus juga menghasilkan timosin yang mengatur produksi sel khusus dalam darah putih iaitu sel T. Sel T sangat berpengaruh dalam mekanisme sistem pertahanan tubuh. Seorang anak dilahirkan dengan kelenjar timus yang besar dan kelenjar itu tetap menjadi semakin besar selama masa kanak-kanak. Ketika seorang anak mencapai usia 13 atau 14 tahun, kelenjar timus mulai menyusut. Kelenjar timus dan kelenjar kelamin mungkin mempunyai hubungan tertentu. Selama kelenjar timus bekerja, kelenjarkelenjar kelamin tetap kecil. Pada waktu kelenjar-kelenjar kelamin berkembang, kelenjar timus berhenti bekertja. Inilah sebabnya mengapa ketika seseorang menjadi dewasa secara seksual pada usia kira- kira 22 tahun, ia akan berhenti bertumbuh! Kadang-kadang kelenjar-kelenjar kelamin terlalu cepat berkembang dan menghambat pertumbuhan kelenjar timus lebih cepat. Hal ini sering kali membuat seseorang mempunyai tinggi badan di bawah ratarata. Karena kaki kita bertumbuh lebih lambat dan lebih dari bagian-bagian tubuh lainnya, perkembangan awal ini membuat kaki menjadi pendek. Itulah sebabnya

10

mengapa orang-orang berkembang terlalu cepat sering kali bertumbuh pendek dan gemuk. Jika kelenjar- kelenjar kelamin berkembang terlalu lambat, kelenjar timus tetap bekerja dan orang itu menjadi lebih tinggi dari ukuran tinggi rata-rata. Sebenarnya, kita tetap bertumbuh sedikit bahkan setelah mencapai usia 25 tahun, dan kita mencapai tinggi maksimum kira-kira pada usia 35 atau 40 tahun. Setelah itu tubuh kita menyusut kirakira setengah inci setiap 10 tahun sekali! Alasan untuk ini adalah mengeringnya tulangtulang rawan di dalam sendi- sendi kita dan di dalam tulang belakang pada waktu kita bertambah tua.

Kelenjar Adrenal

Kelenjar Adrenal terletak di bahagian atas setiap ginjal. Ia mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul berserat. Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin. Rembesan akan menjadi banyak apabila seseorang itu berada dalam keadaan marah atau takut, asfiksia dan kelaparan. Keadaan mi menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha melawan kejutan yang disebabkan oleh situasi ini.

11

Pada mamalia, kelenjar anak ginjal, kelenjar adrenal (atau kelenjar suprarenal) adalah kelenjar endokrin berbentuk segi tiga yang terletak di atas ginjal. Kelenjar adrenal (juga dikenal sebagai kelenjar suprarenal) adalah kelenjar endokrin yang terletak di atas ginjal. Pada manusia, kelenjar adrenal sebelah kanan berbentuk segi tiga sedangkan kelenjar suprarenal kiri menyerupai bentuk bulan sabit. Kelenjar adrenal memiliki lebar sekitar 3,5 cm dan panjang sekitar 7,5 cm. Bagian dalam kelenjar adrenalin dikenali sebagai medula dan bagian luar disebut korteks. Konteks adrenal terbahagi kepada tiga zon. Zon pertama adalah glomerulosa menghasilkan rembesan mineralo-kortikoid. Zon tengah pula dikenali sebagai zon fasikulata dan merembeskan hormon glukokortikoid. Zon dalam dipanggil zon retikularis dan merembeskan hormon androgen .Korteks adrenal menghasilkan hormon yang diperlukan untuk keseimbangan cairan dan elektrolit (garam) dalam tubuh seperti kortison dan aldosteron. Korteks adrenal juga memproduksi hormon seks tetapi hanya berpengaruh ketika produksinya berlebih Medula Adrenal mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon. Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik. 80% daripada rembesan medula adalah adrenalin dan ianya bersifat lebih kuat daripada noradrenalin.

Pada masa yang sama, adrenalin membantu metabolisma karbohidrat dengan jalan menambah pengeluaran glukosa dan haiL Beberapa hormon terpenhlng yang dirembes deli oleh korteks adrenal adalah hkirokortison, akiosteron, dan kortikosteron. Semuanya bertalian erat dengan metabolisma, pertumbuhan lngsi ginjal, dan ftingsi otot Bagi kekurangan hormon adrenal yang disebabkan oleh penyakit lAddison, pesakit menjadi kurus dan nampak Iemah. Sedangkan ginjal gagal menyimpan natrium, ratio natilum-pottasium berbeza besar. Hal mi mengakibatkan elektrolit dalam darah tidak seimbang. Hipo fungsi akan menyebabkan penyakit Addison. Sebaliknya, hiper fungsi adalah kelainan yang timbul akibat hiper fungsi mirip dengan tumor suprarenal di

12

bahagian korteks. Gejalanya adalah gangguan pertumbuhan seks sekunder kepada wanita. Fungsi kelenjar suprarenalis di bahagian korteks: 1. Mengatur keimbangan air, elektrolit, dan garam-garam. 2. Mengatur dan mempengaruhi metabolisme lemak, hidrat arang, dan protein. 3. Mempengaruhi aktiviti jaringan limfoid. Fungsi kelenjar suprarenalis di bahagian medulla: 1. Vasokontrikso pembuluh darah perilr 2. Relaksasi bronkus. 3. Kontraksi selaput lender dan arteriole pada kuift sehingga berguna untuk mengurangi peredaran darah pada operasi kecil. Fisiologi kelenjar Suprarenal di Glukokortkoid berfungsi seperti berikut: 1. Meningkatkan kegiatan metabolism berbagai zat dalam tubuh. *Meningkatkan glikogenesis dan glukogenesis dalam hati. *meningkatkan metabolism protein terutama di otot dan tulang. *Meningkatkan sintesis DNA dan RNA dalam sel hati. *Menahan ion Na dan ion Cl, meningkatkan ion K di ginjal. *Meningkatkan lipolisis jaringan perifer, deposit lemak 2. Menurunkan rangsangan saraf pusat. 3. Pengaktifan rembesan asam lambung. 4. Menguatkan efek noradrenalin terhadap pembuluh darah dan

13

merendahkan permeabilitas dinding pembuluh darah. 5. Menurunkan daya tahan terhadap infeksi dan pembentukan antobodi. 6. Pelepasan histamine dalam reaksi darah

Kelenjar Pineal

Kelenjar Pineal dan Melatonin. Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil dan berwarnaa merah.Dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater. Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin. Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan cara merencatkan hormon gonadotropik. Sementara adrenoglomerulotropin pula meransang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid. Kelenjar pineal itu organ berbentuk kerucut yang rata, sebesar kacang polong terletak

14

di pusat otak tengah. Mencapai ukuran terbesar selama masa kanak-kanak, tetapi mengeras dan menyusut dengan bertambahnya usia seseorang. Produksi melatonin oleh kelenjar pineal ditentukan oleh jumlah cahaya yang diterima, karena kelenjar memainkan peranan jam tubuh, disebabkan oleh kepekaannya terhadap cahaya dan pengaturan siklus tidur-bangun. Selama tidur malam, tingkat melatonin dalam tubuh naik, mencapai puncak antara jam 11 malam dan jam 2 pagi, dan kemudian turun secara dramatis ketika hari menjelang fajar. Pengeluaran melatonin berhubungan dengan umur, meningkat pada tiga bulan setelah lahir, memuncak pada usia enam tahun, dan mulai merosot setelah masa puber. Melatonin memiliki susunan kimia yang sederhana, tetapi memainkan peranan yang penting dalam fungsi-fungsi tubuh, mengawasi kerja berbagai-bagai-bagai kelenjar dan organ, dan mengatur pengeluaran hormon. Juga mengendalikan kelebihan rangsangan saraf simpatik pada tekanan darah bawah dan memperlambat kecepatan jantung, sehingga mengurangi kesan pada jantung. Juga mengurangi ketegangan jiwa, memperbaiki tidur, mengatur jam biologi tubuh, menghilangkan pengaruh dari perbezaan jam tidur, memperkuat kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh terhadap kuman dan virus, dan mencegah kanser dan pikun.

Pulau Langerhans Atau Kelenjar Pankreas

15

Pankreas adalah organ pada sistem pencernaan yang memiliki fungsi utama untuk menghasilkan enzim pencernaan serta beberapa hormon penting seperti insulin. Kelenjar pankreas terletak pada bagian belakang lambung dan berhubungan erat dengan duodenum (usus dua belas jari). Di dalamnya terdapat kumpulan sel yang berbentuk seperti pulau pada peta, karena itu disebut pulau-pulau Langerhans. Dinamakan Langerhans atas penemunya, Paul Langerhans pada tahun 1869. Setiap pulau berisikan sel beta yang berfungsi mengeluarkan hormon insulin dan glucagon. Di mana kedua-dua hormon ini berperanan penting dalam mengatur kadar glukosa darah. Gangguan pengeluaran hormon insulin mengakibatkan terjadinya penyakit diabetes mellitus. Akan tetapi, terdapat juga seseorang sangat sensitif terhadap karbohidrat atau gula. Pengambilan karbohidrat menyebabkan peningkatan rembesan insulin dan pancreas sehinggalah mengakibatkan kekurangan gula darah. Akibatnya, dia akan makan lebih banyak dan berulang-ulang. Lama-kelamaan, orang itu akan menjadi gemuk Kadar gula darah naik kerana memang mengambil gula yang terlalu banyak kerana insulin yang dikeluarkan tidak dapat mengimbanginya. la dikenali sebagai penyakit diabetis mellitus jenis dua. Bagi yang jenis satu, beta sel di pulau-pulau pancreas dirosakkan oleh antibodi yang dihasilkan dan sistem imunisasi Oleh yang demikian, insulin tik dapat dihasilkan secara normal menyebabkan gula dalam darah meningkat.

16

Kelenjar Kelamin

Testis (Buah Zakar)

Ovarium/ovary (indung telur) Gonad yang terdiri dan testis pada lelaki dan indung telur (ovary) pada wanita menghasilkan hormon seks. Tidak mengira lelaki dan wanita, terdapat hormon seks wanita dan lelaki bersama-sama, dihasilkan oleh gonad dan kelenjar suprarenal. Bagi wanita, keseimbangan hormon bergantung kepada hormon wanita yang Iebih banyak dan sebaliknya kepada lelaki. Selain itu, bagi Iaki-laki yang dikembiri kejantanan, pengaruh hormon seks lelaki akan hilang dan pengaruh hormon seks wanita akan menonjol. Akibat pengaruh hormon seks Iaki-laki dan wanita adalah dalam pertumbuhan lapisan lemak tubuh. Hormon

17

testosterone membantu terbentuknya jaringan otot yang balk, sedangkan hormon estrogen pada wanita membantu tumbuhnya jaringan lemak. Contoh hormon-hormon yang dihasilkan di dalam sistem endokrin Hormon Aldosteron Kelenjar-kelenjar Kelenjar adrenal Fungsi Membantu mengatur keseimbangan garamdan air dengan cara menahan garam dan air serta membuang kalium Hormonantidiuretik(vasopresin) Kelenjar hipofisa Menyebabkan ginjal menahan air Bersama dengan aldosteron, membantu mengendalikan tekanan darah

Kortikosteroid

Kelenjar adrenal

Memiliki efek yang luas di seluruh tubuh terutama sebagai: Anti peradangan Mempertahankan kadar gula darah, tekanan darah dan kekuatan otot Membantu mengendalikan keseimbangan garam dan air Mengendalikan pembentukan dan pelepasan hormon oleh korteks adrenal

Kortikotropin

Kelenjar hipofisa

Eritropoietin

Indung telur

Mengendalikan perkembangan ciri seksual dan sistem reproduksi wanita

Glukagon

Pankrras

Meningkatkan kadar gula darah

Hormon pertumbuhan

Kelenjar hiposa

Mengendalikan pertumbuhan dan perkembangan Meningkatkan pembentukan protein

18

Insulin

Pankreas

Menurunkan kadar gula darah Mempengaruhi metabolisme glukosa,protein dan lemak di seluruh tubuh Mengembalikan fungsi reproduksi (pembentukan sperma, pematangan sel telur dan kitar haid)

LH (luteinizing hormon) FSH (follicle stimulating hormon)

Kelenjar hipofisa

Oksitosin

Kelenjar hipofisa

Menyebabkan kontraksi otot rahim dan saluran susu di payudara

Hormon paratiroid

Kelenjar para tiroid

Mengendalikan pembentukan tulang Mengendalikan pelepasan kalsium dan fosfat

Progesteron

Indung telur

Mempersiapkan lapisan rahim untukpenanaman sel telur yang telah disenyawakan

Mempersiapkan kelenjar susu untukmenghasilkan susu

Polaktin

Kelenjar hipofisa

Memulai dan mempertahankan pembentukan susu di kelenjar susu

Renin dan angiotensin Hormon tiroid

Ginjal Kelenjar tiroid

Mengendalikan tekanan darah Mengatur pertumbuhan, pematangan dan kecepatan metabolism

TSH (tyroid stimulating hormon)

Kelenjar hipofisa

Meransang pembentukan dan pelepasan hormon oleh kelenjar tiroid

19

Penutup Sistem endokrin memainkan peranan yang begitu mustahak mengkoordinasikan kegiatan dalam tubuh badan manusia. Hormon-hormon yang dirembeskan daripada kelenjar-kelenjar ke dalam aliran darah dan seterunya dihantarkan ke sasarannya. Apabila sesuatu hormon perangsang dirembeskan, satu hormon yang lain turut dirangsang dan dirembes dengan banyak. Kesan mi akan berturut-turut bagi hormonhormon yang seterusnya. Sekiranya sesuatu penghasilan hormon diganggu, kesihatan akan terjejas. Jadilah kita seharusnya mengambil gizi pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat supaya koordinasi sistem endokrin adalah optimum.

20

Refleksi Kendiri

ZULKIFLI BIN MAT SIRON No. K.P : 660525-10-5109 Refleksi Kendiri Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan taufik dan hidayahNya sehingga dapat saya menyiapkan kerja kursus ml dengan sempurna dan teratur. Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada pensyarah kami Encik Hamzah b. Sarimun dan Encik Mohd Zainuri b. Embi yang telah banyak memberi bimbingan dan galakan kepada saya dalam usaha menyempurnakan kerja kursus pendek mi. Sebelum membuat tugasan mi, saya hanya mempunyai ilmu pengetahuan yang cetek tentang topik yang saya buat mi, iaitu sistem endokrin. Semasa tugasan ml diedarkan, saya berasa keliru kerana terdapat beberapa kerja perlu saya buat secara kumpulan dan individu. Selepas menerimanya, kami membahagi kumpulan dan seterusnya ahli kumpulan saya mencari maklumat yang terperinci. Semasa membuat laporan sistem endokrin, saya mendapat banyak ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sistem tersebut Sistem mi berperanan penting dalam koordinasi badan manusia. Pertumbuhan manusia juga terpengaruh of eh hormon-hormon rembesan. Melalui tugasan mi, saya mengetahui secara mendalam tentang sistem endokrin manusia. Tambahan pula, saya juga boleh mendapat ilmu yang berkaitan dengan sistem manusia lain dan pada laporan kumpulan-kumpulan yang lain.

21

Di samping itu saya dapat ilmu aqidah yang sangat tinggi apabila pengetahuan tentang sistem endokrin telah menyelongkar ciptaan Allah swt dalam din kita sendiri. Maha Bijaksana Allah yang mencipta setiap organ, kelenjar serta hormon dengan fungsinyafungsinya yang teratur dalam satu sistem yang sangat kompleks. Allah swt sahaja yang dapat mentadbir segala kegiatan kelenjar dan hormon yang sangat rumit dan halus sehingga manusia dapat hidup dengan sihat. Allah swt sahaja yang dapat mencita segala hormon yang dirembeskan dari kelenjarnya dengan sukatan yang tepat seperti yang diperlukan oleh tubuh manusia. Walaupun hormon hormon dalam kelenjar tidak dapat dilihat oleh mata tetapi tiada seorang manusia pun dapat menciptanya walaupun dikumpulkan semua bijak pandai di seluruh dunia. Selepas menghabiskan tugasan i, memanglah saya berasa banyak dapatan yang berfaedah. Bukan sahaja ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi, aspek fizikal juga diperkembangkan. Saya memahami struktur dan ciri-ciri sistem, Jadilah saya akan memberi perhatian kepada gaya hidup dan pemakanan agar menjadi lebih sihat. Di sinilah saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana edaran tugasan mi dan ahli-ahli kumpulan saya atas kerjasama antara satu sama lain.

RUJUKAN

Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Pengenalan sistem tubuh dan penyakitnya. Kuala Tumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Clausen JP. Effects of physical training on cardiovascular adjustments to exercise in man. Physiological re views. 1977 57:779-816. Collins MA, Cureton KJ, Hill DW, Ray CA. Relation of plasma volume change to intensity of weight lifting.Med Sci Sports Exerc. 1989 Apr;21 (2): 178-85. Coyle EF, Hemmert MK, Coggan AR. Effects of detraining on cardiovascular responses to exercise: role of blood volume. J Appl Physiol. 1986 Jan;60(1):95-9.

22

Crawford MH, Petru MA, Rabinowitz C. Effect of isotonic exercise training on left ventricular volume during upright exercise. Circulation. 1985Dec;72(6): 1237-43. Fagard RH and Tipton CM (1994). Physical activity, fitness and hypertension. In Bouchard C, Shephard RJ and Stephens T (Eds.), Physical Activity, Fitness And Health (pp.633-655). Champaign, IL:Human Kinetics. Gapor Ahmad (2007). Kejurulatihan dan Sains Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Green, J.H. penterjemah, Ahmad Pauzi Mohd Yusof dan Mariam Ahmad (1994). Fisiologi Klinikal Asas (3rd ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.scribd.com/doc/17063143/pengenalan-anatomi-dan-fisiologi http://www.scribd.com/doc/20268001/SISTEM-ENDOKRIN http://humanhormone.blogspot.com/p/kelenjar-hipofisis.html http://www.scribd.com/doc/14356203/Tekan-Tubi http://www.youtube.com/watch?v=Eh00_rniF8E&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=1OOnqZdw7PI&feature=related http://www.youtube.com/watch?v=BbDcMfu-i4w&feature=related http://www.scribd.com/doc/43523943/ASG-Gimnastik-Teori-Laban

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2011/03/sistem-endokrin.html http://www.youtube.com/watch?v=CETqlHYCCN0&feature=player_embedded

23

You might also like