You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tel : 03 6204 6000


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Fax : 03 6204 6801
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
Portal : jpwpkl.moe.gov.my
50604 Kuala Lumpur

Ruj. Tuan : JPWPKL 600 - 3/5/5 (22)


Ruj. Kami : JPWPKL 600 - 3/5/5 Jld. 3 (25)
Tarikh : Jun 2021

Pengetua/Guru Besar
SMK/SK/SJKC/SJKT
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

YBhg. Datin/Tuan/Puan,

BENGKEL PEMERKASAAN PENDIDIKAN STREAM MELALUI MALAYSIA MAKEX


ROBOTICS COMPETITION 2021

Dengan sukacitanya perkara di atas dan surat dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
(BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) no. rujukan KPM.600-12/1/4 Jld. 17 (73)
bertarikh 26 Januari 2021 dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Telaga Biru Sdn. Bhd. selaku penganjur Malaysia MakeX Robotics
Competition 2021 akan menganjurkan bengkel tersebut untuk menanam kesedaran dan
kepentingan inovasi, kemahiran saintifik, pemikiran kreatif dan kritis kepada warga pendidik, di
samping mengetengahkan pengaplikasian ilmu pendidikan STREAM melalui kemahiran
pembangunan robotik dan pengaturcaraan

3. Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datin/Tuan/Puan dimohon untuk menggalakkan guru-


guru pembimbing robotik, Reka Bentuk Teknologi, Asas Sains Komputer dan/atau Sains
Komputer dari sekolah YBhg. Datin/Tuan/Puan untuk menyertai bengkel tersebut yang akan
diadakan mengikut ketetapan berikut.

Tarikh : 24 Jun 2021

Masa : 2.30 hingga 4.30 petang

Platform : Facebook LIVE MakeX MY

Pendaftaran : https://forms.gle/u25Cm6BJ8bcMDwjv5
- sebelum atau pada 22 Jun 2021

4. Bersama-sama ini disertakan surat berkenaan yang jelas menerangkan maksudnya


untuk makluman dan tindakan YBhg. Datin/Tuan/Puan. Kos penyertaan adalah ditanggung
oleh sekolah/murid. Maklumat lanjut berkaitan program boleh diperolehi dengan melayari
pautan www.makex.my.

…2/
__________________________________________________________________________________
“JPWPKL MERCU KEGEMILANGAN
JPWPKL 600 - 3/5/5 Jld. 3 (25)

5. Sila hubungi Encik Muhammad Norsaiful bin Abdul Rahim (Telaga Biru Sdn. Bhd.) melalui
talian 017-3654754/mnorsaiful@telagabiru.net.my, Abu Zarriq (Telaga Biru Sdn. Bhd.) melalui talian
01133434187/telagajazatiteam@gmail.com atau Cik Norleen binti Kamardin melalui talian
03-62046856 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

IHA IN AK A : DA A MEME ANGI CO ID-19

BE KHIDMA N K NEGA A

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD NAJIB BIN AB RAHMAN, KMW)


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

s.k. i. Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar & Pudu
ii. Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Keramat
iii. Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Sentul

NK/MRC2021

You might also like