You are on page 1of 2

KRT Chaah Utara

Majlis Daerah Chaah


85400 Chaah, Johor

Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin Malaysia


Cawangan Chaah 12 DISEMBER 2023

Tuan,

GREEN KITCHEN

Pertandingan Green Kitchen adalah satu acara tahunan bagi aktiviti KRT Chaah Utara. Masalah yang
dihadapi oleh penduduk ialah bahan keperluan dapur melambung naik terutamanya selepas banjir
pada Mac 2023, tidak terkecuali harga sayur-sayuran yang sangat mustahak dalam makanan harian.
Surirumah boleh membantu menambah pendapatan keluarga dengan menanam sayur-sayuran di
tepi dan halaman rumah seperti cili, terung, kacang, sawi, kailan, kangkong, daun sup, tomato,
bayam, dan lain-lain.

2. KRT ingin mengajak Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin Malaysia bersama-sama


menjalankan projek ini dengan menyumbangkan perbelanjaan, sementara KRT menyumbang tenaga
kerja.

3. Green Kitchen ini akan bermula pada 15.12.2023 dan akan dinilai pada 1.2.2024. Projek ini
adalah sebagai galakan untuk mereka bersemangat dan berusaha menjayakannya. Kawasan
pertandingan ini hanya terhad kepada penduduk Kawasan Chaah Utara Sahaja. Perbelanjaan yang
diperlukan untuk pertandingan ini adalah seperti di bawah:

Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)


(orang)
Hadiah tempat pertama 200 1 200
Hadiah tempat kedua 150 1 150
Hadiah tempat ketiga 100 1 100
Hadiah saguhati 50 7 350
Pengadil (Pejabat Pertanian Labis) 100 2 200
Runcit 100 100
JUMLAH BESAR 1100

4. Mohon mendapat kerjasama dari pihak tuan untuk menjayakan projek ini bersama KRT
Chaah Utara.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(WONG LENG CHIN)
Pengerusi
KRT Chaah Utara

You might also like