You are on page 1of 15

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 1.

0 Pengenalan

Sejarah telah jelas membuktikan bahawa perkembangan Agama Islam ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah telah memberi sumbangan dan impak yang tidak ternilai terhadap terhadap perkembangan bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu. Salah satu daripadanya ialah pengenalan huruf-huruf Arab kepada penganut-penganut agama Islam di rantau ini dengan tujuan menjadikan abjad baru didalam penulisan berbahasa Melayu. Oleh yang demikian ,sistem tulisan yang teratur di adalam bahasa Melayu wujud selepas kedatangan Islam. Hakikat jelas menunjukkan bahawa, Kesusasteraan Melayu berkembang pesat kerana adanya kecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakan sastera sebagai alat penyebarannya. Kegiatan seumpama itu telah mendorong sasterawan Islam menghasilkan roman-roman Islam untuk menggantikan epik-epik Hindu seperti Mahabhrata dan Ramayana. Rentetan daripada peristiwa perkembangan bahasa tersebut maka wujud para karyawan mencetuskan idea-idea menghasilkan karya-karya mereka dalam Kesusateraan Melayu Tradisonal dan Kesusasteraan Melayu Moden.

2.0

Definisi Kesusasteraan Melayu

Apa Itu Kesusasteraan Melayu? Persoalan ini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Ahmad "satu perkara asas bagi ilmu kesusasteraan" tentulah apapun yang ingin dikaji, dinilai dan dianalisis dalam bidang kesusasteraan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap maksud kesusasteraan itu dahulu. Faham makna kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian kesusasteraan. Pelbagai definisi telah diberikan untuk memberi makna kepada kesusasteraan. Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan yang disampaikan melalui bahasa. Bagaimana pun, untuk mengelak kekusutan, maksud perkataan itu diberi berdasarkan etimologi. Etimologi bermaksud kajian asal usul bahasa. Kesusasteraan berasal daripada kata su dan

sastra dalam bahasa Sanskrit. Kemudian di berikan apitan ke ..an untuk membentuk kata nama yang bermakna. Seterusnya Hashim Awang menghuraikan kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Makna-makna tersebut dicantumkan membentuk perkataan berikut: Su Sastra Susastra Ke-susastera-an : : : : baik, indah, cantik, seni dan berguna karya( lisan /bertulis) atau buku semua bentuk karya bernilai seni dan berguna maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasa

Daripada kenyataan huraian huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan semua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada khalayak sebagaimana pembaca bagi karya bertulis atau penonton drama. Karya-karya Kesusasteraan Melayu ditulis dalam bahasa Melayu.Kesemua hasil kesusasteraan Melayu dihasilkan oleh pengarang adalah untuk pembaca atau masyakat. Kesusasteraan Melayu bermaksud semua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berguna kepada khalayak. Kesusasteraan Melayu dapat memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani, memberi ketenangan dan merehatkan fikiran, dan memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni. Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan. Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan. Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan. 3.0 Peranan Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu memainkan peranan penting kepada khalayak atau pembaca sebagai alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik dan menghibur.Mengajar atau didaktik adalah suatu proses menyampaikan pengetahuan. Dengan ilmu yang dipelajari dan difahami, manusia apa-apa yang mereka ketahui. Pendidikan memainkan peranan di mana mendidik bermaksud menjaga dan melatih. Begitulah pentingnya pendidikan untuk menangani pelbagai masalah sosial.Tanpa pendidikan yang sempurna manusia mudah cenderung melakukan perbuatan salah Di.samping mendidik, karya sastera juga berfungsi untuk member hiburan. Menghibur adalah salah satu cara dan alternatif untuk menenangkan atau menggirangkan orang lain.

Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa kesusasteraan Melayu memainkan peranan penting dari segi meluaskan pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian, memberiketengan , dan merehatkan fikiran setelah penat bekerja, serta member kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni. Peranan para pengarang adalah menentukan hasil karya dipelbagaikan dan karya dianggap sebagai salah satu tuntutan tertentu.Pengarang menjadikan karya sebagai alat untuk mendapatkan kepuasan serta keseronokkan, memperbaiki dan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan kehidupan. Dalam konteks tugasan yang diberikan dalam mengenai Kesusasteraan Melayu sebagai salah satu tugasan yang wajib dilaksanakan, maka saya memilih kesusasteraan Melayu Moden sebagai pilihan dalam menyiapkan tugasan. Kesusasteraan Melayu digolongkan kepada dua kategori iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Analisis yang dibuat berdasarkan pemahaman saya yang mendalam serta minat saya terhadap Kesusasteraan Melayu Moden disamping mengenali karyawan negara melalui pembacaan saya .Antara karyapenulis yang dipetik seperti berikut; karya yang berkesan adalah karya yang di dalamnya mengungkap pelbagai mesej dan pandangan kepada khalayaknya.(Dharmawijaya:2003).

4.0

Kesusasteraan Melayu Moden

Kesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre.Genre-genre yang terkandung di dalam Kesusasteraan Melayu Moden kritikan.Kesusasteraan Melayu terdiri daripada novel,cerpen,drama, sajak,biografi dan esei Moden ditulis oleh karya yang dicetak dengan

mesin.Kemunculan karya-karya sastera melayu moden bermula dengan karya-karya Abdullah Munsyi.Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden telah melahirkan karyawan-karyawan zaman sebelum perang , zaman selepas perang hinggalah zaman sekarang.dalam konteks kesusasteraan Melayu Moden saya memilih novel Julia untuk mengungkap pelbagai mesej dan pandangan untuk dicetuskan kepada khalayak.

Novel Julia ditulis oleh pengarang Abu Hassan Morad merupakan novel yang pernah memenangi hadiah kedua Pertandingan menulis novel remaja, Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1998. 4.1 Tema

Novel ini memaparkan tentang kegigihan kaum wanita menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.Julia seorang gadis berusia dua puluh satu tahun telah berusaha dengan bersungguhsungguh untuk memajukan perniagan abahnya yang sedang mengalami kemerosotan.Beliau telah membina keyakinan diri, menghapuskan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat yang berlaku dalam syarikat dan telah bekerjasama dengan agensi agensi kerajaan.Sikap Julia yang bekerjasam dengan syarikat perniagaaan keluarga Jun Cinta Sejati travel & Tours telah berjaya menarik perhatian pelancong untuk melawat Malaysia.Berkat kegigihan dan keberanian Julia menghadapi cabaran serta sokongan rakannya Jun,maka Julia telah berjaya mengadakan program homestay di daerah Kubang Pasu. Kejayaan Julia telah menandakan bahawa masalah kegawatan dalam perniagaan yang berasaskan pelancongan beakhir kerana program tersebut berjaya menarik ramai pelancung ke negara ini. 4.2 Persoalan
a. Keruntuhan akhlak di kalangan remaja akibat pergaulan bebas.Ini terpapar pada

Novel Julia telah menimbulkan beberapa persoalan yang berkait dengan tema iaitu : perwatakan Rashid, Julia, Muna, Han ,Wei dan Jef. Mereka terlibat dalam pergaulan bebas seperti melepak, meronda, dan membuang masa tanpa melakukan pekerjaan yang berfaedah. Sikap Rashid yang suka berfoya-foya dengan teman wanita tanpa pegangan agama yang kukuh akhirnya ditangkap oleh polis kerana kegiatan pengedaran dadah.
b. Pendidikan agama dapat mengubah perwatakan seorang menjadi insane yang baik dan

berhati mulia.Ini dapat digambarkan pada perwatan Julia yang dahulu seorang remaja yang liar, tetapi setelah mendapat pendidikan agam di Hidayah Islamic College, Perth Australia.Julia telah berubah menjadi wanita solehan,memakai tudung dan bergaul dengan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia.Julia akan perbuatan silamnya dan memahami erti kehidupan sebenar.Watak Julia berubah setelah mendapat pendidikan agama.

c. Keindahan bandar Perth dan warganya yang berhati mulia.Walaupun Perth sebuah bandar yang dikagumi dunia namun warga kotanya memegang prinsip menghormati manusia sejagat tanpa mengira bangsa.
d. Masalah jetrebu dan kegawatan ekonomi mengakibatkan kemerosotan dalam industry

pelancongan.Masalah jerebu yang melanda Malaysia telah mengancam sumber ekonomi negara menyebabkan kekurangan pelancong yang datang ke Malaysia. Selain pengurusan yang tidak cekap oleh perniagaan BMPRO Holding Sdn.Bhd telah mengakibatkan kemerosotan tan tamparan yang hebat. e. Pentingnya kerjasama dalam perniagaan dapat mengeratkan hubungan dan memajukan perniagaan.Kerjasama yang berkesan ialah antara Julia dan Jun dan sama-sama membangunkan dan memajukan perniagaan.
f. Percintaan yang murni antara sepasang kekasih yang berlainan agama.Jun seorang

pemuda berbangsa China telah lama memeluk islam.Percintaan anatara Julia dan Jun berakhir dengan sebuah perkahwinan yang diadakan pada hari pelancaran homestay milik usaha Julia. 4.3 Plot

Plot novel Julia dibentuk secara tidak kronologi. Pada peringkat awal digambarkan perwatakan Julia seorang yang liar telah dhantar ke luar negara untuk belajar di Hidayah Islamic College Perth Australia. Kenangan silam semasa alam remaja di Kuala Lumpur telah dapat menenggelamkan Julia menjadi seorang yang akhlak mulia. Julia dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru.Mama Julia dapat menerima perkahwinan abah Julia dengan ummi Sarah.Ibubapa Julia meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya .konflik yang dihadapi oleh Julia semakin hebat.Tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Julia ialah menerajui Pengerusi BMPRO holding Sdn.Bhd. Walupun pada peringkat awal menghadapi masalah kemerosotan dan penyelewengan kewangan dalm BMPRO Transport & Tours namun segala kesulitan dapat diatasi oleh Julia.Kemunculan watak Jun telah dapat meredakan ketegangan jiwa yang dialami oleh Julia kerana Jun sedia menghulurkan bantuan dengan usahasama dengan syarikat perniagaan keluarganya.Begitu juga dari segi percitaan beliau terhalang oleh faktor keagamaan, namun berakhir dengan sebuah perkahwinan apabila Jun berterus terang pada Julia bahawa beliau telah lama memeluk agama Islamlebih dua tahun yang lalu. Plot penceritaan ke tahap

peleraian apabila Julia bernikah dengan Jun serta perlaksanaan program homestay dengan mengadakan majlis persandingan mereka. 4.4 Teknik

Dalam novel Julia,pengarang telah menggunakan teknik seperti dialog, monolog, monolog dalaman, imbas kembali, serta saspen atau kejutan untuk mengembangkan plot novel ini.

4.4.1

Imbas Kembali Teknik ini digunakan untuk mengembangkanplot novel ini hingga peristiwa-peristiwa itu menjadi anak plot dalam novel ini. Antara peristiwa yang disampaikan ialah ingatan Julia tentang dirinya yang hamper terjerumus ke lembah maksiat bersama Rashid yang mengamalkan pergaulan bebas.Peristiwa pesanan abah dan mama supaya menjadi ketua keluarga sekiranya berlaku kepada kepada abah dan mama. Begitu juga ingatan Julia tehadap oleh uguta Rashid supaya terus berkawan dengannya.

4.4.2

Teknik dialog Cerita dikembangkan juga melalui dialog.Contohnya melalui perbualan antara seorang watak dengan watak yang lain.

4.4.3

Teknik Monolog Telah disorotkan oleh pengarang untuk memperkembangkan plot ceritaini. Melalui teknik monolog dalaman ini pembaca dapat menyelami perasaan dan jiwa watak dengan lebih berkesan.contohnya percakapan Julia dalam hatinya tentang pemakaian tudung semasa belajar di Hidayah Islamic College, Perth.

4.4.4 Teknik Saspens

Ditonjolkan untuk menjadikan plot semakin menarik dan seronok dibaca.Antara peristiwa yang dapat dilihat pada perwatakan peristiwa Rashid menggaggu Julia. Pembaca akan tertanya-tanya samada Julia berjaya menjauhkan diri daripada gangguan Rashid atau tidak.

4.4.5

Teknik pemerian Teknik ini digambarkan agar pembaca mudah memahami cerita yang hendak disampaikan dalam sorotan peristiwa gambaran tentang sambutan orang ramai terhadap program homestay yang dilancarkan oleh Julia dan Jun.

4.4.6

Kejutan Teknik kejutan ini terdapat dalam plot novel Julia. Contohnya pembaca terkejut kerana tidak menduga bahawa Julia berani mematahkan hujah Syed Mustaffa dan Encik Baharom.

5.0 5.1

Watak Julia Watak utama dalam novel ini ialah Julia.Julia ialah anak sulung kepada pasangan Datuk Bakar dan Datin Maznah yang menetap di Kuala Lumpur.Julia merupakan gadis yang hanyut dalam arus zaman sewaktu alam remaja.Julia hampir-hampir terjerumus ke lembah maksiat akibat pergaulan bebas dengan Rahid,Muna dan Han. Setelah mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic College, Perth, Julia menjadi insaf dan bertaubat di atas kesilapan lalu. Beliau menjadi seorang yang berani ,cekal dan berpendirian tegas. Sebagai pengerusi BMPRO Transport Holding Sdn.Bhd ,Julia berjaya bertindak dengan bijaksana menyelesaikan masalah penyelewengan dan pengurusan yang berlaku dalam syarikat milik ibubapanya.Julia gigih berusaha dan tidak mudah putus asa. Dia bersedia mengikuti kursus homestay untuk memajukan syarikatnya. Julia memegang teguh pada prinsip hidupnya iaitu tidak mementingkan keuntungan semata-mata sebalikny amementingkan keadilan sosial. Julia mencintai Jun dan mereka akhirnya berkahwin semasa pelancaran program homestay di Felda Guar Napai.

5.2

Jun

Jun ialah seorang pemuda keturunan Cina telah memeluk Islam dua tahun yang lalu.Jun merupakan pemuda yang tampan dan periang. Sikapnya yang suka berterus terang telah berjaya mengambil hati Julia dan sentiasa muncul pada saat-saat Julia menghadapi masalah. Dia seorrang bersopan santun dan menghormati orang lain.Jun juga seorang yang baik hati,mengambil berat terhadap Julia dan adik-adiknya.Jun sentiasa menawarkan pertolongan dan membantu memulihkan syarikat dengan mengadakan kerjasama antara BMPRO Travel & Tour, syarikat miliknya.Jun mencintai Julia tetapi tidak pernah menyatakan perasaan cintanya itu. Akhirnya Jun telah berkahwinan dengan Julia setelah Julia mengetahui Jun sudah memeluk agama Islam. 5.3 Rashid Rashid ialah rakan jalanan Julia merupakan pemuda yang tidak bermoral. Dia

mengamalkan pergaulan bebas dan tidak mahu perhubungan antara lelaki dengan wanita dibatasi oleh agama.Rashid sentiasa melakukan maksiat dan bergaul bebas. Rashid tidak memahami perasaan orang lain dan mengajak Julia berfoya-foya sedangkan Julia baru saja kematian ibubapa.Dia tidak menghormati orang tua.Rashid seorang bersikap tamak dan berhasrat untuk berkongsi harta kekayaan Julia selepas kematian ibubapa Julia.akhirnya Rashid ditangkap oleh polis atas tuduhan mengedar dadah. 6.0 6.1 ialah:
-

Latar Latar tempat Novel Julia telah memaparkan beberapa latar tempat. Di antara latar tempat tersebut Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz iaitu ketika Julia dan Mama hendak berangkat ke Australia. Pesawat Boeng 777 ketika Julia bertemu Jun buat kali pertama. Ketika Julia belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia

6.2

Latar Masa Secara keseluruhannya, latar masa dalam novel ini mencakup tempoh antara 1997 hingga1998. Penceritaan novel ini mengambil masa kegawatan ekonomi dan masalah jerebu yang melanda negara.

6.3

Latar Masyarakat

Novel ini mengisahkan latar masyarakat korporat yang sibuk dengan perniagaan. Datuk Bakar dan Datin Maznah pemilik BNPRO Holdingan Sdn.Bhd dan beberapa buah anak syarikat yang sentiasa sibuk dengan perniagaan.

Keruntuhan akhlak remaja dan pergaulan bebas berpunca daripada masalah keluarga. Pendidikan agama telah dapat membatasi pergaulan anatara lelaki dan perempuan Julia telah berusaha dengan gigih untuk memajukan program perniagaan homestay telah dapat menarikl ramai pelancong luar negara.

7.0

Gaya Bahasa Novel Julia, karya Abu Hassan Morad telah mengutamakan pelbagai unsur gaya bahasa untuk menyampaikan cerita dengan cara yang lebih menarik.

8.0

Gaya

Gaya bahasa dialog.Contohnya, dialog antara Julia dengan Jun.Julia dengan Syed Mustaffa, Julia dengan Encik Hashim, Julia dengan Rashid dan lain-lain. Gaya bahasa bercerita , Contohnya: Antara acara sukaneka yang diperkenalkan itu ialah pertandingan menorah getah, mengait kelapa, mengetam padi dan menumbuk padi. Pelancong dan masyarakat setempat dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Gaya bahasa monolog, contohnya


-

Apa pun keputusannya, semuanya kerana dirimu.Abah dan mama sudah beri peluang, tetapi engkau yang salah gunakan peluang itu.

Abah dan mama tu tahu apa yang baik untuk anaknya. Tentu mereka ada alasan berbuat begitu.

9.0

Keseragaman Bahasa 9.1 Ayat Pengarang banyak menggunakan ayat-ayat pendek seperti , erat, aku sibuk, saya selamat. 9.2 Diksi Pengarang telah menggunakan bahasa Inggeris seperti homestay, enjoy, iron lady, off-record, Bussines is a game dan lain-lain. 9.3 Persenofikasi Pengarang telah mencetuskan karyanya iaitu memberikan sifat manusia pada benda atau perkara.contohnya 9.4 9.5 Kebimbangan sekali lagi bermain dalam fikiranku Tahi lalat di pipi kanan tersenyumpenuh kasih dam benakku Hidup inikan seperti roda Perniagaan seperti permainan bola jarring.

Simile. Contohnya.

Metafora, contohnya segumpal rindu, jarring perasaan, gelombang kasih

10.0

Nilai 10.1 Kasih sayang : nilai ini terpancar pada wtak Datuk Bakar dan Datin Maznah.Mereka sangat sayang mereka,Julia.Mereka menghantar Julia untuk menuntut ilmu di bidang keagamaan. Julia telah berubah perangai menjadi gadis yang bersopan santun dan berfiran matang. 10.2 Bijaksana Julia bertindak menyelesaikan masalah pasti kemerosotan BPMRO Transport dengan bijaksana.

10.3

Insaf Julia insaf bahawa perbuatanya yang bberfoya-foya semasa zaman remaja adalah sia-sia dan dia telah bertaubat.Julia seorang gadis bersopan santun dan mementingkan agama dalam kehidupan.

10.4

Gigih berusaha Julia berusaha untuk memulihkan perniagaan BPMRO Holding Sdn.Bhd. Julia mempelbagaikan kegiatan perniagaan dan mengadakan kerjasama dengan Cinta Sejati Travel & Tours. Dia juga sanggup mengikuti kursus homestay dengan tujuan memperluaskan bidang perniagaan pelancongan.

11.0 11.1

Pengajaran Janganlah melakukan perbuatan maksiat kerana perbuatan itu dikutuk oleh agama. Kita hendaklah insaf dan kembali ke pangkal jalan.Ini telah dipaparkan dalan perwatakan Julia.

11.2

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatau kejayaan.Ini dapat dilihat pada watak Julia di mana dia telah berusaha membangunkan dan memajukan BMPRO Holding Sdn.Bhd.

11.3 11.4 11.5

Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dan menempuh liku-liku kehidupan. Kita hendaklah bekerjaasama dalam penyelesaian sesuatu masalah seperti mana Julia telah bekerjasama untuk melaksanakam program homestay. Kita hendaklah memaafkan orang lain. Contohnya Julia memaafkan encik baharom yang berniat mahu menjual BMPRO Transport atas kepentingan peribadinya.

12.0 12.1

Kritikan oleh Sarjana Tentang Novel Julia K

Hubungan kekeluargaan yang renggang dari aspek kekeluargaan merupakan faktor gejala sosial berlaku di kalangan remaja, faktor ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan dan mementingkan kerjaya sehingga interaksi di antara ibubapa dan anak-anak terabai menimbulkan perasaan kekecewaan dan tertekan dalam jiwa mereka. (Sazali Din, 1997: 75). Ini membuktikan tanpa kasih sayang yang sempurna remaja akan mencari cari jalan keluar untuk melepaskan emosi mereka melalui kegiatan tidak bermoral dan berfaedah seperti melepak, aktiviti jenayah, penagihan dan pengedaran dadah. Situasi ini menunjukkan persamaan senario yang berlaku dalam novel Julia, yang membawa kepada keruntuhan akhlak Julia. Disebabkan kesibukkan ibu bapa mengejar kemewahan hidup. Kasih sayang adalah penting dalam membentuk keperibadian anak-anak dan benteng menghalang daripada terjebak dalam gejala sosial. 12.2 Akhlak

Menurut pendapat Ahmad Mohamad Salleh (1998: 86) akhlak dari istilah membawa maksud segala perbuatan yang telah menjadi adab kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang, tingkah laku yang diamalkan sekian lama dan diterima oleh semua masyarakat sebagai sebahagian cara hidup. Akhlak itu perlu dipelajari mana sifat yang baik dan buruk, mana yang boleh dikerjakan dan mana yang tidak boleh dikerjakan.

RUJUKAN Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain, Suhaimi Hj Muhammad (penyelenggara), 1988. Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Ahmad, 1997. Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang, 1988. Kritikan Kesusasteraan - Teori Dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman (penyelenggara), 1985. Mendekati KesusasteraanMelayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Noriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan Amalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd

You might also like