You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA LIMBANG

NO PENDAFTARAN 00/2023/SMKALIM

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN


Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998,Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41,Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Bimbingan dan Kerjaya yang selepas
ini disebut sebagai ‘kelab’sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a) Nama Persatuan: Kelab Memanah


b) Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Limbang, Jalan Pandaruan, 98700
Limbang, Sarawak.

PERATURAN 2 MATLAMAT

Meningkatkan kualiti dan kuantiti atlet sukan dan pemanah-pemanah di kalangan pelajar
pada peringkat sekolah. Selain itu, memberi peluang kepada semua pelajar yang
menceburkan diri dalam aktiviti sukan serta menerapkan nilai disiplin dalam etika kesukanan
sehingga dapat melahirkan pemanah yang dapat mewakili sekolah di peringkat
antarabangsa.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan serta memilih atlet bagi
mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan memanah untuk bergabung
dengan badan perwakilan di peringkat daerah.

3.2 Melahirkan pemanah-pemanah dalam kalangan pelajar sekolah yang seimbang dari
segi kemahiran yang tinggi, berdisiplin dalam sukan memanah sehingga layak
mewakili negara.

3.3 Mengukuhkan jalinan perpaduan antara semua kaum di Malaysia melalui


pertandingan sukan memanah yang diceburi di sekolah.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Kelab ini terbahagi kepada kategori berikut:


4.1.1 Ahli Individu
Terdiri daripada Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas.

4.1.2 Ahli Remaja


Terdiri daipada Individu-individu yang berumur di bawah lapan belas(18) tahun
yang mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaga

4.1.3 Ahli Kehormat


Terdiri daripada Individu-individu yang pernah berjasa kepada Kelab atau individu-
individu yang boleh memberi sumbangan kepada Kelab.
PERATURAN 5 AHLI JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa Induk hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan
memegang jawatan untuk tempoh selama dua( 2 ) tahun.

5.2 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa-


Jawatankuasa yang lain hendaklah:

5.2.1 Warganegara Malaysia

5.2.2 Berumur lapan belas (18) tahun ke atas;

5.2.3 Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan
dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;

5.2.4 Tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil dengan denda tidak kurang
daripada RM2,000 dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu

5.3 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
5.4 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:

5.4.1 Guru Penasihat

5.4.2 Presiden

5.4.3 Naib Presiden

5.4.4 Setiausaha

5.4.5 Bendahari

5.4.6 Tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa

PERATURAN 6 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

6.1 Guru Penasihat


6.1.1 Mematuhi dasar perlaksanaan Kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-
pekeliling yang berkaitan dengan Kokurikulum.
6.1.2 Menubuh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil; Melantik Pengerusi
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
6.1.3 Mengurus dan mentadbir kelab secara teratur serta merancang, melaksana
dan menilai program kelab;
6.1.4 Menyelesaikan apa-apa masalah pelanggaran peraturan, peraturan kecil, dan
disiplin di kalangan pegawai, pemegang jawatan dan ahli melalui prosedur-
prosedur yang ditetapkan.

6.2 Presiden
6.2.1 Presiden dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam
semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
6.3 Naib Presiden
6.3.1 Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan
tanggungjawab menguruskan pentadbiran kelab. Dia hendaklah memangku
dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden.

6.4 Setiausaha
6.4.1 Bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran kelab mengikut
Perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau
Jawatankuasa Induk.
6.4.2 Bertanggungjawab mengenai surat-menyurat, menyimpan apa-apa dokumen
seperti buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan.
6.4.3 Menghadirkan diri dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan
mesyuarat.

6.5 Bendahari
6.5.1 Membuat kutipan yuran keahlian dan menyimpan buku kira-kira berkenaan
semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

6.6 Ahli Jawatankuasa


6.6.1 Melaksanakan tugas diberi oleh Pengerusi dan Jawatankuasa lain dalam
menguruskan kelab dan program yang dilakukan.

PERATURAN 7 KEWANGAN
7.1 Sumber utama kewangan persatuan boleh diperoleh daripada yuran tahunan dan
penalty kemasukan semua ahli melalui derma, tajaan, bantuan Kerajaan, hasil
perniagaan kelab dan sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang.
7.2 Semua cek atau baucer pembayaran kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari
dan Presiden atau Setiausaha.
7.3 Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap
tahun.
PERATURAN 8 PEMBATALAN DAN PEMBUBARAN PERTUBUHAN
8.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung dengan keputusan oleh dua
pertiga(2/3) daripada ahli kelab yang layak mengundi.
8.2 Sekiranya kelab ini dibubarkan secara yang disebut di atas, maka semua baki wang
atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah
Jabatan Insolvensi Malaysia.

PERATURAN 9 PINDAAN PERLEMBAGAAN


9.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
9.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
9.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu.
9.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengetua.
PERATURAN 10 MESYUARAT
10.1 Semua jawatankuasa wajib untuk menghadiri semua mesyuarat yang diadakan.
10.2 Jika ada jawatankuasa tidak dapat hadir mesyuarat, perlu menyatakan surat tunjuk
sebab ketidakhadiran kepada presiden.

……………………………………….. ……………………………………… ……………………………………….


( ) ( ) ( )
Setiausaha, Pengerusi, Guru Penasihat,
Kelab Memanah, Kelab Memanah, Kelab Memanah,
SMK Agama Limbang. SMK Agama Limbang. SMK Agama Limbang.

You might also like