You are on page 1of 43

DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

CAWANGAN PERAK

NO. KES : 10/4-1422/22

DI ANTARA

THILLAI THASAN A/L NADARAJAH …Pihak Yang Menuntut

DAN

BABA PRODUCTS (M) SDN. BHD. …Pihak Syarikat

NO. AWARD : 2178 TAHUN 2023

Di Hadapan: Y.A TUAN ZULHELMY BIN HASAN – PENGERUSI

Tempat: Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Perak

Tarikh Rujukan: 11/10/2022

Tarikh Sebutan: 17/11/2022, 12/01/2023, 07/02/2023, 11/4/2023 & 12/4/2023

Tarikh Bicara: 24/7/2023 & 25/7/2023

Perwakilan: Mewakili Pihak Yang Menuntut:


Ahmad Radzmin Bin Mohd Razi Rajindar bersama
Nur Ain Izzati Binti Abdul Rahim dan LP. Selvam
Tetuan Ellan & Co.

Mewakili Pihak Syarikat:


Muhamad Shahrulnizam Mohd Roni
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia – [MEF]

Rujukan Representasi:

Ini adalah satu rujukan representasi daripada Ketua Pengarah Perhubungan

Perusahaan Malaysia bertarikh 11/10/2022 menurut peruntukan Seksyen 20(3) Akta

Perhubungan Perusahaan 1967 yang diterima oleh Mahkamah Perusahaan

Malaysia bertarikh 13/10/2022 berhubung pertikaian penamatan perkhidmatan

THILLAI THASAN A/L NADARAJAH (Pihak Yang Menuntut – PYM) oleh BABA

PRODUCTS (M) SDN. BHD. (Pihak Syarikat) pada 24/03/2022.

1
AWARD

Ringkasan Fakta Kes:

1. Pihak Yang Menuntut (selepas ini dirujuk sebagai PYM) telah memulakan

perkhidmatan dengan pihak Syarikat pada 15/08/2005 sebagai “Trainee Salesman”

melalui kontrak perkhidmatan bertarikh 08/08/2005 (Appendix “TT-2” dalam

Penyataan Kes) sehinggalah beliau menjawat jawatan terakhir sebagai Eksekutif

Cawangan dengan gaji pokok terakhir sebanyak RM2,500.00 sebulan tidak

termasuk elaun, komisyen jualan, elaun perjalanan, elaun perumahan, elaun telefon,

elaun kerja lebih masa yang beliau layak (anggaran keseluruhan pendapatan

sebanyak RM7,434.25 sebulan).

2. Merujuk kepada surat tunjuk sebab bertarikh 22/01/2022 (muka surat

2/COB-1), pihak Syarikat telah mengarahkan PYM untuk memberikan penjelasan

tentang aduan salah laku pada 13/11/2021, semasa pemeriksaan stok di Cawangan

Taiping, telah dilaporkan kepada PYM terdapat kehilangan stok produk Syarikat

sebanyak lima (5) paket Kurma 250 gram tetapi PYM telah gagal mengisytiharkan

kehilangan tersebut pada tarikh-tarikh berikut:

(i) 14/11/2021 hingga 20/11/2021 – tiada pengisytiharan;

(ii) 21/11/2021 hingga 30/11/2021 – tiada pengisytiharan; dan

(iii) 01/12/2021 hingga 04/12/2021 – tiada pengisytiharan

2
3. Selepas PYM membalas kepada surat tunjuk sebab tersebut dengan

memberikan penjelasan melalui surat bertarikh 24/01/2022 (muka surat 3/COB-1),

PYM telah membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM24.00 bersamaan dengan

harga lima (5) paket Kurma 250 gram yang hilang setelah gagal diisytiharkan oleh

PYM sebelumnya.

4. Pada 01/03/2022, sekali lagi pihak Syarikat melalui dua (2) surat tunjuk

sebab bertarikh 28/02/2022 (muka surat 4 & 6/COB-1) masing-masing telah

mengarahkan PYM memberikan penjelasan tunjuk sebab pada atau sebelum

04/03/2022, mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap PYM merujuk

kepada aduan-aduan salah laku seperti mana yang berikut:

(a) Surat Tunjuk Sebab Pertama bertarikh 28/02/2022:

(i) Pada 19/02/2022, lebih kurang jam 5.00 petang – 6.00 petang di

Gudang Cawangan Taiping, PYM telah membuka kotak produk

Baba yang telah dibungkuskan (sealed) dan mengeluarkan satu

(1) paket Kas-Kas 1kg untuk tujuan kegunaan diri sendiri;

(ii) Pada 21/02/2022, lebih kurang jam 8.30 pagi – 9.30 pagi, di

pejabat cawangan Taiping telah dilaporkan oleh Penolong

Pengurus Cawangan dan Gudang bernama Mariyappan A/L

Suvermaniam kepada Jabatan Kawalan Cawangan (Branch

Control Department) di ibu pejabat Syarikat yang mana beliau

juga adalah pegawai bawahan PYM bahawa PYM berkelakuan

biadap dan tidak berkelakuan dengan professional terhadapnya

3
apabila PYM menumbuk mejanya dengan menjerit perkataan,

“What is your problem? Why did you call BC and inform about

kas-kas 1kg?”; dan

(iii) Pada 21/02/2022, lebih kurang jam 9.40 pagi di pejabat cawangan

Taiping, PYM telah mengarahkan pekerja bawahannya bernama

Yugeswaran A/L Munian yang berjawatan Penolong Pengurus

Cawangan dan Gudang untuk memasukkan satu (1) paket Kas-

Kas 1kg ke dalam kenderaan jualan. Tetapi enggan dilakukan

oleh Yugeswaran A/L Munian kerana arahan PYM tersebut telah

melanggari SOP Kawalan Cawangan (Clause 7.13 Stock

Request/Loading/Relod/Unloading/Tour Late Charge/Virtual

Unloading Activities via Handheld) di mana selepas itu PYM telah

menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Yugeswaran A/L

Munian dengan marah dan menjerit kepadanya dengan

perkataan, “What I say, you must do!”.

(b) Manakala Surat Tunjuk Sebab Kedua bertarikh 28/02/2022 pula

dikeluarkan oleh pihak Syarikat kepada PYM untuk memberikan

penjelasan tunjuk sebab atas aduan salah laku PYM pada 10/02/2022,

lebih kurang jam 8.00 pagi – 9.00 pagi di pejabat cawangan Taiping,

PYM telah bersikap biadap dan tidak professional terhadap Pengurus

Jualan Kawasan bernama Mugunthan A/L Vengadasalam dengan

mengeluarkan perkataan, “Today onwards you take care of Taiping

branch!” dan “I in-charge here. Don’t come and change things around

here!”.

4
5. Selanjutnya, PYM telah membalas surat tunjuk sebab dengan memberikan

penjelasan dalam suratnya bertarikh 02/03/2022 (muka surat 5/COB-1) dan

04/03/2022 (muka surat 7/COB-1) dengan menafikan setiap satu aduan salah laku

terhadapnya. Tidak berpuas hati dengan jawapan penjelasan oleh PYM, pihak

Syarikat kemudiannya telah mengeluarkan surat notis Siasatan Dalaman bertarikh

15/03/2022 yang diterima oleh PYM pada 15/03/2022. Siasatan Dalaman telah

dijalankan oleh pihak Syarikat pada 17/03/2022 secara atas talian melalui aplikasi

Microsoft Team.

6. Setelah prosiding Siasatan Dalaman dijalankan, PYM telah menerima surat

penamatan perkhidmatan bertarikh 23/03/2022 (muka surat 22-25/COB-1) oleh

pihak Syarikat dengan menyatakan tarikh terakhir perkhidmatan PYM dengan pihak

Syarikat adalah berkuatkuasa pada 24/03/2022 di mana PYM telah menandatangani

surat penamatan perkhidmatan tersebut pada 28/03/2022.

7. Terkilan dengan tindakan pembuangan kerja oleh pihak Syarikat tersebut,

PYM telah memfailkan representasi tuntutan kesnya kepada Ketua Pengarah

Perhubungan Perusahaan Malaysia bertarikh 11/10/2022 untuk dirujuk ke

Mahkamah Perusahaan Malaysia ini untuk didengar dan diputuskan Award yang

sesuai, adil dan sewajarnya.

Kes PYM:

8. PYM memplidkan bahawa pihak Syarikat tidak memberikan masa

secukupnya kepada PYM untuk menyediakan pembelaannya dengan lengkap dan

5
teratur sebelum Siasatan Dalaman dijalankan. Masa yang diberikan hanyalah

selama lebih kurang sehari sahaja adalah tidak memadai dan tidak adil kepada PYM

untuk menyediakan pembelaannya dengan lengkap dan teratur. Adalah menjadi

tanggungjawab dengan budi bicara pihak Syarikat untuk memberikan dan

melanjutkan tempoh masa yang munasabah penyediaan pembelaan PYM, dan

bukannya oleh PYM. Tindakan pihak Syarikat yang gagal memberikan masa yang

secukupnya adalah dengan niat untuk memberikan tekanan kepada PYM adalah

juga melanggari prinsip keadilan asasi.

9. PYM telah memberikan penjelasan dengan memaklumkan kepada pihak

Syarikat terlebih awal lagi tentang paket Kas-Kas 1kg untuk kegunaan kuil, bukan

untuk kegunaan dirinya sendiri. Walaupun tidak memberikan keterangan lebih lanjut

tentang kuil dan siapa orang kuil yang menghubunginya, tetapi pemberian kepada

pihak kuil adalah benar dan dibuat dengan niat yang baik. Tambahan pula dalam

Siasatan Dalaman, perkara keterangan ini tidak disoal kepada PYM. Kegagalan

bertanyakan isu ini dalam Siasatan Dalaman jelas menunjukkan keterangan ini

telahpun secara langsung dibuktikan oleh PYM.

10. Pihak Syarikat tidak membalas kepada jawapan penjelasan tunjuk sebab

oleh PYM sebaliknya PYM berasa terkejut dengan diberikan Notis Siasatan

Dalaman selepas mengambil masa selama 49 hari untuk pihak Syarikat memberikan

maklum balas kepada jawapan tunjuk sebab. Kelewatan 49 hari menunjukkan pihak

Syarikat telah bertindak dengan niat jahat menjurus kepada pembuangan kerja yang

tidak adil terhadap PYM.

6
11. Sekalipun PYM tidak membangkitkan isu pembayaran ganti rugi sebanyak

RM24.00 untuk kehilangan lima (5) paket Kurma 250g, ianya menjadi prosedur

amalan pihak Syarikat yang diketahui oleh pihak Syarikat sepanjang masa bahawa

Pengurus Cawangan dikehendaki membayar balik kehilangan produk disebabkan

olehnya atau oleh mana-mana pekerja lain di bawah penyeliaannya. Oleh demikian,

adalah bersebab mengapa PYM tidak menyatakan perkara tentang pembayaran

balik ini dalam Siasatan Dalaman tersebut. Malah, pembayaran balik tersebut telah

dibayar oleh PYM melalui akaun Syarikat di Cawangan Taiping di mana pihak

Syarikat sendiri boleh menyemak pembayaran tersebut dan boleh mendapatkan dan

mencetak sendiri resit bayaran tersebut melalui rekod dan akaun Syarikat sekalipun

PYM tidak mengemukakan resit bayaran asal yang tidak dikemukakan olehnya pada

ketika itu. Kegagalan pihak Syarikat mengemukakan resit bayaran sebenar jelas

menunjukkan niat jahat pihak Syarikat terhadap PYM dengan menyembunyikan

fakta keterangan sebenarnya.

12. PYM menafikan beliau telah bersikap biadap dan tidak profesional kepada

mana-mana pegawai dan kakitangan Syarikat yang lain seperti mana didakwa oleh

pihak Syarikat di mana perkara sebenarnya ianya tidak pernah berlaku dan tidak

berasas. PYM menegaskan beliau menafikan dan tidak mengakui setiap satu aduan

dan pertuduhan salah laku terhadapnya oleh pihak Syarikat dan mempertikaikan

Siasatan Dalaman pada 15/03/2022 di mana penamatan perkhidmatannya dengan

pihak Syarikat telah dilakukan dengan niat jahat tanpa sebab dan alasan yang adil

serta amalan perburuhan yang tidak adil terhadapnya. PYM juga menegaskan

bahawa tindakan penamatan pekhidmatan terhadapnya oleh pihak Syarikat telah

7
melanggari prinsip keadilan asasi, satu bentuk penindasan, bermotifkan niat jahat

dan bertentangan dengan Kod Etika Keharmonian Perusahaan 1975.

13. Setelah PYM merujuk kes representasinya, beliau menuntut untuk

pemulihan pekerjaan (reinstatement), atau jika tidak bersesuaian akan dibayar

gantian pemulihan pekerjaan (in lieu of reinstatement) bayaran gaji ke belakang

(backwages), dan/atau lain-lain relief yang difikirkan oleh Mahkamah ini sebagai

bersesuaian, adil dan berpatutan.

Kes Pihak Syarikat:

14. Pihak Syarikat menyatakan bahawa dakwaan PYM terhadap pihak Syarikat

tidak menjawab kepada penjelasannya dalam surat jawapan kepada tunjuk sebab

adalah tidak benar tetapi sebenarnya pihak Syarikat tidak berpuas hati dengan

jawapan penjelasan PYM dan oleh itu Siasatan Dalaman telah dijalankan pada

17/03/2022. Dalam surat penjelasan tunjuk sebab oleh PYM juga tidak menyatakan

terdapat bayaran balik ganti rugi sebanyak RM24.00 untuk lima (5) paket Kurma 250

gram kepada pihak Syarikat yang gagal dibuktikan pembayarannya.

15. PYM telah diberikan dengan peluang dan kesempatan seadilnya dan

secukupnya membela dirinya dalam Siasatan Dalaman yang dijalankan. PYM tidak

pernah memohon masa tambahan untuk menyediakan pembelaannya sebelum

Siasatan Dalaman dijalankan. PYM juga tidak memohon sebarang lanjutan masa

atau penangguhan prosiding Siasatan Dalaman semasa ianya sedang dijalankan.

8
Malah, PYM telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dalam prosiding

Siasatan Dalaman tersebut.

16. Pihak Syarikat menyatakan dengan PYM memberikan jawapan penjelasan

tunjuk sebab melalui surat jawapan bertarikh 02/03/2022 dan 04/03/2022 dengan

jelasnya telah menunjukkan pihak Syarikat telah memberikan kesempatan masa dan

peluang dengan secukupnya kepada PYM untuk PYM menyediakan pembelaannya

dan jawapan kepada surat tunjuk sebab oleh pihak Syarikat bertarikh 28/02/2022

tersebut.

17. Keterangan PYM menyatakan beliau telah mengeluarkan paket Kas-Kas

untuk kegunaan sendiri dan diberikan kepada pihak kuil. Namun, beliau gagal

menyatakan dengan jelas dalam pembelaannya tentang kuil dan kepada siapa

diberikan walaupun masa secukupnya telah diberikan untuk beliau menjawap dan

membela dirinya. PYM gagal mengemukakan sebarang bukti tetapi hanya

menunjukkan penyataannya adalah semata-mata terfikir kemudian dan tidak

menyokong tindakan salah lakunya.

18. Pihak Syarikat juga menyatakan bahawa PYM yang telah hilang sabar dan

gagal mengawal kemarahannya apabila PYM sendiri mengandaikan yang Encik

Mariyappan telah bertindak seolah-olah PYM telah mencuri Kas-Kas. Dalam

Siasatan Dalaman dijalankan pada 17/03/2022, saksi PYM sendiri bernama

Mahandiran A/L Givindasamy telah memberikan keterangan bahawa Encik

Mugunthan A/L Vengadasalam sebenarnya sedang berbincang dengan Encik

Mahandiran berkaitan hal jualan produk. Tetapi PYM telah tiba-tiba datang

9
menyampuk dalam perbualan tersebut dengan bertindak biadap dan tidak

professional terhadap Mugunthan di mana pihak Syarikat menyatakan ianya adalah

tindakan daripada PYM sebagai ketidakpatuhan dan keingkaran olehnya.

19. Pihak Syarikat menafikan bahawa tiada keadilan dalam proses pembuangan

kerja PYM. Sebaliknya, pihak Syarikat telah memberikan segala peluang dan masa

secukupnya, sewajarnya dan seadilnya kepada PYM. Tiada sebarang elemen

penganiayaan atau diskriminasi yang menyebabkan tindakan pembuangan kerja

PYM. Pihak Syarikat telah mematuhi sepenuhnya amalan perburuhan yang adil dan

bertindak dengan alasan dan sebab yang adil dalam pembuangan kerja PYM.

Undang-Undang:

20. Rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan

Perusahaan 1967, adalah menjadi tugas Mahkamah untuk menilai sama ada

Penuntut telah diberhentikan oleh Syarikat Responden dan sekiranya Mahkamah

mendapati sedemikian, Mahkamah hendaklah menilai sama ada pemberhentian

tersebut adalah adil dan bersebab.

21. Peranan Mahkamah Perusahaan telah dijelaskan dengan mantap oleh Y.A.

Raja Azlan Shah (Hakim Besar Malaya) (sepertimana Baginda pada ketika itu) di

dalam suatu kes Mahkamah Persekutuan iaitu Goon Kwee Phoy v. J & P Coats

(M) Bhd. [1981] 1 LNS 30: [1981] 1 MLJ 129 di muka surat 136 seperti berikut:

10
"Where representations are made and are referred to the Industrial
Court for enquiry, it is the duty of the Court to determine whether the
termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the
employer chooses to give a reason or excuse for the action taken by
him, the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that
reason or excuse has or has not been made out. If it finds as a fact that
it has not been proven, then the inevitable conclusion must be that the
termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper
enquiry of the Court is the reason advanced by the employer, and that
court or the High Court cannot go into another reason not relied on by
the employer, or find one for him."

22. Prinsip yang disebutkan di atas telah di guna pakai di dalam kes Milan Auto

Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449 di muka surat 454 dan 455 dimana

Y.A. Mohamed Azmi Kamarudin (Hakim Mahkamah Persekutuan) telah

memutuskan:

"As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance Sdn.
Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995] 3 CLJ 344; [1995] 2 MLJ 753, the
function in the Industrial Court in dismissal cases on a reference under
section 20 is two- fold: first to determine whether the misconduct
complained of by the employer has been established and secondly to
determine whether the proven misconduct constitutes just cause or
excuse for the dismissal of the employee."

23. Maksud "dismissal" dibawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan

1967 tidak dinyatakan secara jelas dan hanya menjurus kepada pemberhentian

kerja oleh majikan ke atas pekerja. Mahkamah merujuk kepada kes Colgate

Palmolive (M) Sdn. Bhd. v. Yap Kok Foong [1998] 2 ILR 965 (Award No. 368 of

1998) menyatakan seperti berikut:

11
“In a s. 20 reference, a workman's complaint consists of two elements:
firstly, that he has been dismissed, and secondly that such dismissal
was without just cause or excuse. It is upon these two elements being
established that the workman can claim his relief, to wit, an order for
reinstatement, which may be granted or not at the discretion of the
Industrial Court. As to the first element, industrial jurisprudence as
developed in the course of industrial adjudication readily recognizes
that any act which has the effect of bringing the employment contract to
an end is a "dismissal' within the meaning of s. 20. The terminology
used and the means resorted to by an employer are of little
significance; thus, contractual terminations, constructive dismissal, non
renewal of contract, forced resignations, retrenchments and retirements
are all species of the same genus, which is dismissal.”

24. Apabila Syarikat mengambil keputusan untuk memberhentikan pekerjanya,

maka Syarikat perlu membuktikan bahawa pemecatan yang dibuat adalah dengan

sebab atau alasan yang wajar. Dalam memberi justifikasi terhadap pemecatan

tersebut, Syarikat perlu mengemukakan bukti-bukti yang kukuh sama ada berbentuk

lisan atau dokumentari bagi menunjukkan bahawa penamatan kerja yang dibuat

adalah wajar.

Beban Pembuktian:

25. Beban pembuktian bahawa pekerja adalah bersalah atas dakwaan salah

laku atau kesalahaturan seperti mana kesnya dan menetapkan alasan untuk

penamatan terletak sepenuhnya ke atas majikan. Bukanlah tugas atau beban

pekerja untuk membuktikan dia tidak bersalah atau tuduhan yang didakwa oleh

majikan terhadapnya. Ini telah diungkap dengan tepat oleh Pengerusi yang

12
bijaksana di dalam kes Mahkamah Perusahaan iaitu Stamford Executive Centre v.

Puan Dharsini Ganesan [1986] 1 ILR 101 seperti berikut:

"16. It may further be emphasised here that in a dismissal case the


employer must produce convincing evidence that the workman
committed the offence or offences the workman is alleged to have
committed for which he has been dismissed. The burden of proof lies
on the employer. He must prove the workman guilty, and it is not the
workman who must prove himself not guilty. This is so basic a principle
of industrial jurisprudence that no employer is expected to come to this
Court in ignorance of it."

Tahap Pembuktian:

26. Tahap pembuktian yang terpakai di dalam kes-kes pemecatan adalah

piawaian pembuktian di dalam kes-kes sivil di atas imbangan kebarangkalian seperti

mana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan di dalam kes Telekom

Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor. [2002] 3 CLJ

314 seperti berikut:

"Thus, we can see that the preponderant view is that the Industrial
Court, when hearing a claim of unjust dismissal, even where the ground
is one of dishonest act, including "theft", is not required to be satisfied
beyond reasonable doubt that the employee has "committed the
offence", as in a criminal prosecution... In our view the passage quoted
from Administrative Law by H. W. R. Wade & C.F. Forsyth offers the
clearest statement on the standard of proof required, that is the civil
standard based on balance of probabilities, which No. Kes 21/4-325/20
19 is flexible, so that the degree of probability required is proportionate
to the nature and gravity of the issue."

13
Siasatan Dalaman:

27. Mahkamah berpendapat bahawa kegagalan, ketidakaturan atau

ketidakpatuhan dalam prosiding siasatan dalaman ke atas Penuntut tidak

memprejudiskan hak Penuntut untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong

Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor [1995] 3 CLJ 344 dan Mahkamah Agong

dalam kes Dreamland Corporation (M) Sdn. Bhd. v. Choong Chin Sooi &

Industrial Court of Malaysia [1988] 1 CLJ 1; [1988] 1 CLJ (Rep) 39, adalah jelas

menyatakan bahawa ".. a defective enquiry or failure to hold a Domestic Inquiry is

not a fatality but only an irregularity curable by de novo proceedings before the

Industrial Court".

28. Mahkamah merujuk pada kes Dreamland Corporation (M) Sdn. Bhd. v.

Choong Chin Sooi & Anor [1988] 1 CLJ (Rep) 39 yang telah memutuskan seperti

berikut:

“.. there was no absolute rule that defects in natural justice at an original
hearing could or could not be cured by appeal proceedings which had
been correctly and fairly conducted. However, where a person had
joined an organisation or body and was deemed, on the rules of that
organisation and the contractual context in which he joined, to have
agreed to accept what in the end was a fair decision, notwithstanding
some initial defect, the task of the courts was to decide, in the light of
the agreements made and having regard to the course of the
proceedings, whether at the end of those proceedings, there had been
a fair result reached by fair methods... The same could be said of the
inquiry held by the Industrial Court in this instance.”

14
29. Prinsip yang sama juga terpakai dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat

Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor [1995] 3 CLJ 344 dimana Mahkamah

Persekutuan memutuskan seperti berikut:

“The paramount function of the Industrial Court in reference under


section 20 (3) of the Act, is to deal with the substantial merits of the
case with urgency and without regard to technicalities. Thus, the
Industrial Court was not competent to declare the dismissal void on the
ground that Hong Leong had failed to hold a domestic inquiry, which
was a matter outside the terms of reference by the Minister.
The Industrial Court is an independent statutory body capable of
reaching a fair result by fair means on all matters referred to it.
Therefore, if there had been a breach of natural justice by the employer
at the initial stage, it could be cured at the rehearing by the Industrial
Court. The Industrial Court had committed jurisdictional error when it
held that Wong was dismissed without just cause or excuse purely on
the basis of fairly to hold a domestic inquiry. The omission to consider
whether Wong's dismissal was with or without just cause or excuse,
regardless of the initial breach to hold a domestic inquiry, was fatal.
The principle that an initial breach of natural justice by the employer
could be cured by the Industrial Court inquiry, applies to all cases,
regardless of whether the Claimant is an employee within the meaning
of the Employment Act 1955. The statutory requirement of 'due
inquiry' before dismissing an employee under sec. 14 (1) (a) of the
Employment Act 1955 does not excuse the Industrial Court from
discharging its duty to enquire into the question of just cause or excuse
as requires by sec. 20 of the Act.”

30. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa Mahkamah Perusahaan

tidak terikat dengan keputusan Siasatan Dalaman yang dijalankan terhadap PYM

kerana perbicaraan dalam Mahkamah Perusahaan adalah secara de-novo dengan

15
perbicaraan semula. Mahkamah sendiri telah meneliti dan mendengar keterangan

Penuntut semasa perbicaraan berkenaan dakwaan yang dikemukakan oleh syarikat

terhadapnya. Oleh yang demikian, sama ada suatu siasatan dalaman dijalankan

atau sebaliknya atau wujudnya ketidakaturan atau ketidakpatuhan prosedur tidak

memprejudiskan hak Penuntut memandangkan isu berkaitan pemecatan kerja atas

Penuntut didengar dan dinilai oleh Mahkamah semasa perbicaraan.

Isu-Isu Untuk Diputuskan:

31. Di dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn.

Bhd. & Another Appeal [1995] 3 CLJ 344 Mahkamah Persekutuan telah

menyatakan di ms. 352 seperti berikut berhubung fungsi Mahkamah Perusahaan:

"On the authorities, we were of the view that the main and only function
of the Industrial Court in dealing with a reference under Section 20 of
the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of the
reference), is to determine whether the misconduct or irregularities
complained of by the 4 Management as the grounds of dismissal were
in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds
constitute just cause or excuse for the dismissal."

32. Isu-isu untuk diputuskan bolehlah diringkaskan untuk Mahkamah ini

memutuskan:

a) Sama ada ketidakaturan atau salah laku sebagai alasan pemecatan

adalah secara faktanya telah dibuktikan dilakukan oleh PYM; dan

16
b) Jika kesalahan salah laku telah dibuktikan, sama ada alasan tersebut

membentuk suatu sebab dan alasan yang adil untuk pemecatan atau

penamatan perkhidmatan pekerjaan oleh pihak Syarikat terhadap pihak

Yang Menuntut.

Penilaian Keterangan & Dapatan Mahkamah:

33. Dalam menentukan sama ada tindakan memberhentikan PYM adalah

dengan alasan yang wajar, pihak Syarikat perlu mengemukakan bukti yang

meyakinkan dan mencukupi atas tuduhan perbuatan salah laku PYM, (employer

must produce convincing evindence) merujuk kes Ireka Construction Berhad

v.Chantiravathan Subramaniam James [1995] 2 ILR 11. Mahkamah mengambil

maklum bahawa tahap pembuktian ini adalah di atas imbangan kebarangkalian

sepertimana yang diputuskan dalam kes Afzal Amran v. Etiqa Insurance Berhad

[2017] 2 ILR 512 yang mengatakan:

"The company needs only to prove misconduct justifying on the balance


of probabilities (see Telekom Malaysa Kawasan Utara v. Krishnan
Kutty Sanguni Nair & Anor [2001] 3 CLJ 314)"

34. Walaupun pihak Syarikat telah menjalankan Siasatan Dalaman, namun

Mahkamah masih lagi boleh menilai semula kes berdasarkan keterangan bukti yang

dikemukakan di Mahkamah untuk membuat satu dapatan fakta berdasarkan

keterangan saksi-saksi. (rujuk kes Hong Leong Equipment Sdn. Bhd. v. Liew

Fook Chuan & Other Appeals [1997] 1 CLJ 665). Dalam kes ini, pihak Syarikat

telah menjalankan Siasatan Dalaman pada 17/03/2022 di mana nota keterangan

17
Siasatan Dalaman telah diserahkan salinan, diperakui dan ditandatangani oleh

kesemua pihak termasuklah PYM (rujuk muka surat 10-21/COB-1).

35. Dengan demikian, walaupun satu prosiding Siasatan Dalaman telah

dijalankan oleh pihak Syarikat, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk

mendengar semula kes ini, dan selanjutnya membuat satu dapatan fakta

berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah dan membuat

satu keputusan sama ada pihak Syarikat telah berjaya membuktikan pertuduhan

salah laku yang dikenakan ke atas PYM di atas imbangan kebarangkalian.

36. Dengan merujuk keterangan dalam Siasatan Dalaman, adalah jelas dan

nyata PYM telah mengaku bersalah terhadap Pertuduhan 1 berhubung kecuaian

tidak mengisytiharkan kehilangan lima (5) paket Kurma 250 gram semasa pengiraan

stok produk jualan Syarikat, manakala PYM tidak mengaku bersalah terhadap

Pertuduhan 2 hingga Pertuduhan 5. Setelah Siasatan Dalaman diteruskan, panel

Siasatan Dalaman mendapati PYM bersalah terhadap kesemua 5 pertuduhan salah

laku terhadapnya (muka surat 1-4/COB-2). Dengan demikian, pihak Syarikat

mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan PYM dengan pihak Syarikat

berkuatkuasa pada 24/03/2022 (muka surat 22-25/COB-1).

Sama Ada Kesalahan Dalam Pertuduhan Salah Laku Telah Dibuktikan:

37. Dalam keterangan PYM telah bersetuju bahawa melalui pengalaman

pekerjaan selama 17 tahun dengan pihak Syarikat, PYM memahami sepenuhnya

tugas dan tanggungjawabnya sebagai Eksekutif Cawangan merujuk kepada senarai

18
tugas (muka surat 1-4/COB-3) antara lainnya, sentiasa mematuhi peraturan, polisi,

prosedur, syarat dan terma pekerjaan dalam Syarikat. Selain itu, sebagai pegawai

kanan dalam Syarikat, beliau hendaklah sentiasa menunjukkan sikap kepimpinan,

disiplin yang tinggi, menjadi teladan dan contoh yang baik kepada semua pekerja

terutamanya yang bekerja di bawah penyeliaannya di cawangan Taiping.

Keterangan Mugunthan A/L Vengadasalam (COW-1):

38. COW-1 berkhidmat dengan pihak Syarikat sebagai Area Sales Manager

pada tahun 2022 di mana beliau mengenali PYM yang bertugas sebagai Branch

Executive di cawangan Taiping dan sentiasa berurusan berkaitan kerja dengan PYM

pada masa material. Merujuk kepada emel bertarikh 10/02/2022 (muka surat

37/COB-1) COW-1 mengesahkan ianya adalah emel daripadanya yang dihantar

kepada Mr. Venthan, Mr. Prakash dan Mr. Siva untuk melaporkan insiden yang

berlaku di antara COW-1 dan PYM pada 10/02/2022.

39. Menurut keterangan COW-1 selanjutnya, pada ketika itu COW-1 sedang

berbincang dengan Mr. Raja sebagai sales representative bersama Mr. Mahen di

mana pada awalnya COW-1 bertanyakan kepada mereka mengapa perlukan stok cili

250kg yang lebih sebanyak 20 karton. Setelah berbincang, COW-1 memutuskan

stok cili 250kg telah dikurangkan kepada 10 karton sahaja. Secara tiba-tiba, PYM

telah menghampiri mereka bertiga dengan sikap tidak berpuas hati dan mula

meninggikan suara menyebabkan pertengkaran mula berlaku di mana PYM

bertegas mahu COW-1 menambah stok cili 250kg pada permintaan yang asal 20

karton. Sebaliknya, COW-1 menerangkan kepada semua yang hadir bahawa

19
permintaan stok cili 250gram berlebihan sebanyak 20 karton adalah tidak

munasabah berbanding dengan jumlah stok yang biasa diperuntukkan untuk

cawangan Taiping.

40. PYM yang tidak berpuas hati dengan penjelasan oleh COW-1 telah mula

menyalahkan COW-1 jika ibu pejabat bertanyakan kekurangan stok produk di

cawangan Taiping dan COW-1 membalas PYM boleh meletakkan tanggungjawab

stok produk Syarikat kepada COW-1. Kemudian PYM mula meninggikan suaranya

secara tidak professional terhadap COW-1 dengan berkata, “From today onwards

you take care of Taiping branch” dan “I in-charge here. Don’t come and change

things around here.”

41. Reaksi COW-1 terkejut dengan sergahan PYM secara tiba-tiba yang

disifatkan sebagai tidak patut, biadap dan sangat tidak professional di samping tidak

menghormati jawatan COW-1 sebagai Area Sales Manager. COW-1 berasa beliau

tidak sepatutnya dimarahi dengan teruk sekali oleh PYM sehingga menjatuhkan

maruah dan integritinya di hadapan rakan sekerja yang lain dalam insiden tersebut.

Keterangan Mariyappan A/L Suvermaniam (COW-2):

42. COW-2 berkhidmat dengan pihak Syarikat sejak tahun 2016 dan pada tahun

2022 beliau bertugas sebagai Branch Admin & Warehouse Assistant di cawangan

Taiping di mana beliau juga adalah pegawai bawahan PYM. COW-2 juga adalah

saksi Syarikat dalam Siasatan Dalaman pada 17/03/2022 (muka surat 12-15/COB-

1). Merujuk kepada emel bertarikh 21/02/2022 (muka surat 1/COB-1) COW-2 telah

20
memaklumkan kepada Mr. Sathian a/l Apparoo; Branch Control Manager untuk

melaporkan kejadian PYM telah mengambil satu (1) paket Kas-Kas 1kg pada

19/02/2022 (hari Sabtu) tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada Syarikat.

43. COW-2 menyedari dan mengetahui kejadian tersebut apabila COW-2 datang

bekerja pada hari Isnin; 21/02/2022 (kerana pada 19/02/2022 adalah hari Sabtu –

cuti) mendapati semasa pemeriksaan stok dan proses loading produk ke dalam lori,

seorang pekerja bernama Noor Hizir telah memaklumkan kepada COW-2 bahawa

satu kotak Kas-Kas telah dibuka. Kemudiannya, COW-2 bertanyakan kepada PYM

perkara ini di mana PYM memberitahu kepada COW-2 bahawa PYM telah membuka

kotak tersebut dan telah mengambil satu (1) paket Kas-Kas 1kg untuk kegunaan diri

sendiri tanpa memaklumkan dan mendapatkan kebenaran daripada Syarikat.

Selepas itu, COW-2 telah menelefon Branch Control Department untuk melaporkan

insiden tersebut.

44. Keterangan COW-2 juga mengesahkan akibat tidak berpuas hati apabila

mengetahui COW-2 telah melaporkan kepada Branch Control Department, PYM

telah masuk ke dalam pejabat untuk berjumpa dengan COW-2, lalu dengan marah

telah menumbuk meja di hadapan COW-2 sambil menengking kepada COW-2

dengan mengeluarkan kata-kata kasar dan meninggikan suara terhadap COW-2

dengan mengatakan, “You stabbed my back” dan “What is your problem? Why did

you call BC and inform about Kas-Kas 1kg?”. COW-3 mengesahkan tengkingan

dengan suara yang kuat oleh PYM boleh didengar oleh semua pekerja dalam

gudang pada ketika itu.

21
45. COW-2 tidak membalas semasa PYM memarahinya dan hanya berdiam diri

sahaja. Selepas itu, COW-2 menelefon sekali lagi kepada Branch Control

Department dan menghantar emel bertarikh 21/02/2022 untuk melaporkan kejadian

PYM memarahi beliau dan menumbuk meja di hadapan COW-2 akibat PYM yang

tidak berpuas hati dengan tindakan COW-2 melaporkan kejadian melibatkan satu (1)

paket Kas-Kas 1kg yang telah diambil oleh PYM tanpa pengetahuan dan kebenaran

daripada Syarikat terlebih dahulu.

46. COW-2 menjelaskan lagi bahawa prosedur yang betul apabila membuka

sealed box produk Syarikat hanyalah untuk tujuan loading dari Gudang ke dalam lori

sahaja dengan kebenaran daripada Branch Executive atau Branch Admin, tetapi

hanya untuk tujuan loading sahaja. Sekiranya mahu membuka sealed box selian

daripada tujuan loading, perlu dapatkan loading order terlebih dahulu. Dalam kes ini,

tiada loading order dikemukakan oleh PYM untuk tujuan tersebut apabila

mengeluarkan satu (1) paket Kas-Kas 1kg untuk tujuan kegunaan peribadi.

47. COW-2 juga mengesahkan dalam keterangannya bahawa mana-mana

pekerja tidak dibenarkan untuk membuka sealed box atau mengambil produk untuk

tujuan kegunaan peribadi kerana semua pengiraan stok (stock count) telahpun

direkodkan selain itu ianya adalah menjadi satu kesalahan kerana tindakan tersebut

telah menyebabkan kekurangan stok produk untuk dihantar kepada pelanggan,

seperti mana kesalahan yang telah dilakukan oleh PYM dalam kes ini.

22
Keterangan Yugeswaran A/L Munian (COW-3):

48. COW-3 mula berkhidmat dengan pihak Syarikat sejak 22/04/2019 dan pada

tahun 2022 memegang jawatan sebagai Branch Admin & Warehouse Assistant di

cawangan Taiping di mana COW-3 mengenali PYM sebagai pegawai atasannya.

COW-3 memberikan keterangan sebagai saksi dalam prosiding Siasatan Dalaman

yang dijalankan terhadap PYM pada 17/03/2022 (muka surat 15-17/COB-1).

49. Keterangan COW-3 menjelaskan dan mengesahkan kejadian berlaku pada

21/02/2022 ketika COW-3 melihat PYM bersama Mariyappan a/l Suvermaniam

(COW-2) sedang bercakap-cakap dan kemudiannya PYM telah menengking dengan

suara yang kuat terhadap COW-2 sehinggakan boleh didengari oleh semua pekerja

dalam gudang pada ketika itu. COW-3 juga telah melihat PYM menumbuk meja di

hadapan COW-2 dengan kuat.

50. Selepas insiden tersebut, PYM telah mengarahkan COW-3 untuk

memasukkan (reload) satu (1) paket Kas-Kas 1kg ke dalam sales vehicle tetapi

COW-3 enggan mengikuti arahan daripada PYM kerana produk tersebut tidak ada

dan arahan PYM tersebut melanggari SOP Syarikat. Setelah COW-3 enggan

mengikuti arahan daripada PYM, kemudiannya PYM telah memarahi COW-3 dengan

berkata, “What I say you must do!” dan “Buat sahaja apa yang saya suruh!”.

Seterusnya COW-3 mengesahkan kejadian ini telah dilaporkan kepada Branch

Control Department.

23
51. Apabila dirujuk dengan “Branch Control SOP dalam Clause 7.13 Stock

Request/Loading/Reload/Unloading/Tour Late Change/Virtual Unloading Activities

via Handheld” (muka surat 26/COB-1) COW-3 telah menjelaskan tugas beliau

adalah untuk memeriksa dan menyemak barang produk dalam proses unloading

sama ada terkurang atau terlebih dan kemudiannya mengeluarkan variance report.

Manakala jika ada jurujual meminta tambahan barang produk di cawangan kerana

tidak cukup barang, proses reload akan dilakukan. Tetapi arahan daripada PYM

adalah satu kesalahan kerana tidak mematuhi dan bertentangan dengan Branch

Control SOP apabila barang produk tidak ada secara fizikal, maka tidak boleh

manipulasi sistem stok produk sedia ada pada masa material. Apabila COW-3

membalas kepada arahan PYM tersebut dan enggan menuruti arahan PYM, COW-3

telah dimarahi pula oleh PYM kerana COW-3 enggan menuruti arahan daripada

PYM tersebut.

Keterangan Norshalina Binti Mohd Razali (COW-4):

52. COW-4 mula berkhidmat dengan pihak Syarikat mulai tahun 2003 dan pada

tahun 2022 COW-4 memegang jawatan Halal Affairs Manager di mana COW-4

mengenali PYM pada masa material. COW-4 juga merupakan Pengerusi dalam

Panel Siasatan Dalaman yang dijalankan terhadap PYM pada 17/03/2022 atas

pertuduhan salah laku oleh PYM yang dilaporkan kepada pihak Syarikat seperti

mana dalam Nota Siasatan Dalaman (muka surat 10-21/COB-1) yang telah

dijalankan secara atas talian melalui platform Microsoft Teams kerana pada ketika itu

masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Selain COW-4

yang telah dilantik sebagai Pengerusi, Panel Siasatan Dalaman juga telah dianggotai

24
oleh Nateene A/P S. Balakrishnan (Quality Control Manager) selaku Panel 1 dan

Sathyakumaran A/L Balasantharan (Production Planning Manager) selaku Panel

2.

53. Dalam prosiding Siasatan Dalaman pada 17/03/2022 yang telah dihadiri oleh

PYM secara atas talian PYM tidak membangkitkan sebarang bantahan terhadap

perlantikan ahli Panel Siasatan Dalaman (muka surat 10-11/COB-1) di mana

terdapat lima (5) pertuduhan salah laku telah dibacakan, diterangkan dan

difahamkan kepada PYM dalam Siasatan Dalaman tersebut yang juga telah

diterjemahkan dalam Bahasa Melayu kepada PYM walaupun ianya terkandung

dalam Bahasa Inggeris (muka surat 8-9/COB-1).

54. Dalam muka surat 11/COB-1 Nota Keterangan Siasatan Dalaman,

keterangan COW-4 telah mengesahkan PYM telah mengaku bersalah terhadap

Pertuduhan 1 manakala tidak mengaku bersalah terhadap Pertuduhan 2 hingga

Pertuduhan 5. COW-4 juga mengesahkan dua (2) orang saksi Syarikat iaitu

Mariyappan A/L Suvermaniam (COW-2) dan Yugeswaran A/L Munian (COW-3)

telah dipanggil dan hadir sebagai saksi Syarikat, manakala PYM memanggil seorang

saksi bernama Mahandiran A/L Govindasamy.

55. Dalam prosiding Siasatan Dalaman tersebut, PYM telah diberikan peluang

untuk menyoal balas saksi-saksi Syarikat dan PYM juga telah diberikan peluang

untuk mengemukakan dokumen dan saksi-saksinya untuk menyokong kes

pembelaannya dalam Siasatan Dalaman tersebut.

25
56. COW-4 mengesahkan juga dalam keterangannya bahawa selepas Siasatan

Dalaman dijalankan, Laporan Panel Siasatan Dalaman bertarikh 18/03/2022 (muka

surat 1-4/COB-2) telah ditandatangani oleh ketiga-tiga ahli Panel Siasatan Dalaman

dan telah disediakan dengan keputusan bahawa PYM telah didapati bersalah

terhadap kesemua lima (5) pertuduhan salah laku terhadapnya. Laporan Siasatan

Dalaman tersebut bersama kesemua dokumen dalam Siasatan Dalaman telah juga

diserahkan kepada pihak pengurusan Syarikat bagi pertimbangan keputusan

terhadap PYM.

57. Merujuk kepada polisi Syarikat “Policy-Product Pilferage, Theft and

Misappropriation of Sales Collection” (muka surat 5-10/COB-3) telah mengariskan

dan menjadi panduan polisi Syarikat yang jelas di mana kecuaian, manipulasi,

penyalahgunaan, ketidakjujuran adalah menjadi sebahagian salah laku yang boleh

menjadi justifikasi pembuangan kerja oleh pihak Syarikat terhadap pekerja yang

tidak bertanggungjawab. Andaian mengatakan kecuaian adalah bukan terjumlah

dalam kecuaian adalah bertentangan dengan kehendak dan keperluan dalam

peraturan dan polisi Syarikat.

58. Keterangan yang jelas dan nyata bahawa PYM bersetuju dalam

keterangannya semasa pemeriksaan balas bahawa beliau sebenarnya telah

mengaku bersalah terhadap Pertuduhan 1 merujuk dalam nota prosiding Siasatan

Dalam di muka surat 2/COB-2 dan juga seperti mana keterangan pemeriksaan balas

PYM dalam perbicaraan:

26
“Soalan: Page 11 dan 19, COB-1, kamu mengaku bersalah, setuju? Sebab

itu Pertuduhan 1 tak proceed?

“CLW-3: Setuju.”

59. Merujuk keputusan panel Siasatan Dalaman seperti mana terkandung dalam

Nota Keterangan Siasatan Dalaman (muka surat 2/COB-2) telah dengan jelasnya

menyatakan:

“Accused admitted negligence for not declaring the shortage of five (5)

packets of Kurma 250kg during the stock closing period from 01st to 03rd

November 2021 and further continued to deliberately undeclare the

shortages in the following closing dates as stated in the table of charge

(a) where accused had plenty of time to declare the shortages before

Show Cause Letter was given to him.”

60. Merujuk Pertuduhan 3 berkaitan salah laku PYM membuka produk 1 paket

Kas-Kas 1kg yang telah dibungkuskan (sealed) pada 19/02/2022 untuk tujuan

kegunaan sendiri. Dalam keterangan pemeriksaan balas PYM telah bersetuju salah

laku tersebut adalah tidak mengikut SOP dan tidak mendapat kebenaran daripada

pihak Syarikat terlebih dahulu:

“Soalan: Tindakan kamu buka sealed box, keluarkan 1 paket produk tanpa

kebenaran Syarikat adalah tak ikut SOP seperti di muka surat 5-

34, COB-2?

CLW-3: Setuju.

27
Soalan: Tak ikut SOP merupakan satu salah laku di Syarikat?

CLW-3: Ya.

Soalan: Sila rujuk muka surat 5-10, COB-3, setuju Syarikat ambil serius

isu penipuan, kejujuran, integriti pekerja?

CLW-3: Setuju.

Soalan: Setuju suruh pekerja bawahan anda untuk reload satu paket Kas-

Kas 1kg yang anda dah ambil ke dalam sistem adalah untuk

menaipulasi sistem?

CLW-3: Setuju.”

61. Demikian juga dalam pemeriksaan balas, PYM telah mengakui tindakan

salah laku dalam Pertuduhan 3 telah membelakangkan kepentingan pihak Syarikat:

“Soalan: Setuju tindakan kamu dalam Pertuduhan 3, telah

membelakangkan Syarikat?

CLW-3: Ya.”

62. Dalam pemeriksaan balas juga, PYM (CLW-3) telah bersetuju bahawa

tindakannya membuka dan mengeluarkan satu paket Kas-Kas 1kg tanpa

mendapatkan kebenaran dan memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Syarikat

merupakan satu perlanggaran SOP dan satu kesalahan salah laku dalam Syarikat:

28
“Soalan: Tindakan kamu buka sealed box, keluarkan 1 paket produk tanpa

kebenaran Syarikat adalah tak ikut SOP seperti di mukasurat 5-

34/COB?

CLW-3: Setuju.

Soalan: Tak ikut SOP merupakan satu kesalahan di Syarikat?

CLW-3: Ya.”

63. Keterangan saksi PYM bernama Mahandiran A/L Ramasamy (CLW-1)

dalam perbicaraan ini sebenarnya tidak membantu dan bercanggah dengan

keterangan PYM sendiri. Sungguhpun CLW-1 mengakui beliau yang sebenarnya

menghubungi sendiri PYM untuk mendapatkan Kas-Kas bagi kegunaan kuilnya,

namun tidak menafikan malah mengakui bahawa PYM sendiri yang membuka dan

mengambil satu (1) paket Kas-Kas 1kg untuk kegunaan kuil dengan sendiri adalah

keterangan yang jelas dan nyata tindakannya telah membelakangkan prosedur dan

polisi pihak Syarikat sedia ada pada masa material. Walau apa jua pun tujuan dan

niat, PYM yang sudahpun sedia maklum dan mengetahui bahawa tiada seorang

pekerja Syarikat termasuk PYM sendiri dibenarkan untuk membuka dan mengambil

apa-apa produk Syarikat tanpa dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada

pihak Syarikat terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, “Niat tidak menghalalkan cara”.

64. Dalam perbicaraan ini, adalah keterangan jelas dan nyata bahawa tiada

sebarang kebenaran dan keizinan daripada pihak Syarikat untuk PYM berbuat

sedemikian dan tindakan PYM tersebut adalah perlanggaran disiplin prosedur dan

polisi Syarikat yang berat dan serius melibatkan harta benda milik Syarikat.

29
65. Begitu juga dengan keterangan seorang lagi saksi PYM bernama

Mahandiran A/L Govindasamy (CLW-2) yang mengakui dan bersetuju bahawa

bukti pembayaran balik lima (5) paket Kurma 250kg tiada dalam keterangannya

dalam perbicaraan ini. Malah CLW-2 sendiri tidak pasti sama ada PYM benar-benar

telah membuat pengisytiharan kekurangan (shortage) lima (5) paket Kurma 250kg

seperti mana Pertuduhan 1. Atas kecuaian insiden ini maka CLW-2 memberikan

keterangan bahawa PYM telah menghubunginya untuk mencari produk gantian bagi

menggantikan produk yang hilang tersebut dengan dapatan keterangan yang jelas

dan nyata bahawa insiden kehilangan atau kekurangan lima (5) paket Kurma 250kg

sebenar-benarnya telah berlaku semasa di bawah penyeliaan PYM pada masa

material.

66. Keterangan CLW-2 dalam pemeriksaan balas menyatakan CLW-2 tidak

mempunyai kuasa untuk memberikan kebenaran kepada PYM untuk membuka dan

mengeluarkan produk Syarikat yang telah dibungkuskan (sealed) tetapi perlu

mendapatkan kebenaran daripada Branch Control Department terlebih dahulu dan

CLW-2 mengakui beliau sebenarnya tidak mengetahui sama ada PYM sudah pun

mendapatkan kebenaran daripada Branch Control terlebih dahulu:

“CLW-2: Saya tidak boleh beri kebenaran. Saya tidak ada kuasa. En.

Thillai Thasan terpaksa refer kepada kelulusan Branch Control

untuk dapatkan kebenaran pada 19/02/2022. Saya tidak tahu En.

Thillai Thasan ada dapat kebenaran daripada Branch Control.”

30
“Soalan: Saya katakan, tindakan Thillai Thasan pada 19/02/2022 dengan

membuka sealed box dan mengambil produk Syarikat adalah

tidak mengikut prosedur?

CLW-2; Ya.

Soalan: Adakah dia sudah dapat authorization untuk buka sealed box dan

ambil produk?

CLW-2: Saya tak tahu dia ada authorization atau tidak, tapi dia ada

beritahu saya, dia ada buka dan ambil. Dalam terdesak, dia

terpaksa ambil. Kegunaan PYM untuk kuil adalah terdesak. Kalau

tak ada Kas-Kas di kuil, saya tidak tahu itu keadaan terdesak atau

tidak.

Soalan: Saya katakan, tindakan dia mengambil dalam kotak sealed dari

cawangan Taiping adalah salah laku?

CLW-2: Dibuat tanpa kebenaran.”

67. Selain itu, CLW-2 juga gagal mengemukakan apa-apa bukti keterangan

kononnya PYM sedang membuat siasatan terhadap kehilangan produk Syarikat

tersebut dan kononnya PYM sedang mencari produk gantian di pasaraya atau

melalui jurujual yang lain. Malah CLW-2 sendiri bersetuju dan mengakui Pertuduhan

1 adalah berkaitan kegagalan untuk mengisytiharkan kekurangan (shortage) produk

berkaitan, bukan berkaitan dengan bayaran ganti rugi di mana CLW-2 juga bersetuju

PYM adalah bertanggungjawab atas kecuaiannya atas kekurangan (shortage)

tersebut dan kecuaiannya gagal untuk mengistiharkannya dalam sistem Syarikat

31
pada masa material. Oleh demikian, CLW-2 juga bersetuju dalam keterangan

pemeriksaan balas bahawa kecuaian sedemikian adalah salah satu salah laku

dalam Syarikat:

“Soalan: Cadangan saya, adakah kamu setuju saya katakan itu adalah

kegagalan PYM dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya

sebagai Branch Executive di Taiping?

CLW-2: Setuju.”

68. Keterangan pemeriksaan balas CLW-2 juga mengesahkan dan mengakui

bahawa PYM yang secara tiba-tiba datang mencelah ketika dalam perbualan antara

CLW-2 bersama COW-1 dan telah menegur COW-1 dengan nada suara yang tinggi

dan kuat:

“Soalan: Cara dia meninggikan suara dia tidak betul?

CLW-2: Ya.

Soalan: Merujuk keterangan kamu dalam DI, PYM menegur En.

Mugunthan dengan nada yang tinggi?

CLW-2: Ya dengan nada tinggi. Itu jawapan saya dalam DI.

Soalan: Menurut keterangan kamu, En. Thillai Thasan tidak patut

tinggikan suara dia kepada En. Mugunthan?

CLW-2: Ya, En. Thillai Thasan tidak patut tinggikan suara dia.

Soalan: Saya katakan, kata-kata bernada tinggi En. Thillai Thasan dan

ketidakpuasan hati dia sebab stok tidak cukup adalah tindakan

32
tidak wajar oleh En. Thillai Thasan terhadap pegawai lebih atas

seperti En. Mugunthan pada hari itu, dan ianya adalah kelakuan

yang tidak wajar?

CLW-2: Ya setuju, nada suara tinggi.

Soalan: Tindakan En. Thillai Thasan adalah tindakan kurang sopan?

CLW-2: Ya.

Soalan: Tindakan En. Thillai Thasan kepada En. Mugunthan selaku Area

Sales Manager adalah suatu tindakan yang tidak professional?

CLW-2: Ya.

Soalan: Oleh itu, jawapan anda dalam Soalan & Jawapan No. 8 dalam

penyata saksi anda adalah tidak benar dengan jawapan anda

dalam Mahkamah sekarang? Kamu setuju?

CLW-2: Setuju.”

69. Sekalipun keterangan CLW-2 menyatakan memang selalunya PYM

bercakap dengan nada yang tinggi dengan suara yang kuat kerana PYM adalah

ketua di cawangan Taiping apabila memberikan arahan kepada pekerja bawahan,

namun perkataan dan ayat yang diucapkan terhadap COW-1 pada ketika kejadian

adalah tidak wajar dan tidak bersikap professional malah mencemarkan integriti

dirinya dan COW-1 akibat perasaan PYM yang tidak berpuas hati dan marah

dengan arahan yang telah diberikan oleh COW-1.

70. Manakala PYM (CLW-3) dalam keterangan pemeriksaan balas juga

mengakui dan bersetuju bahawa dengan mengarahkan pekerja bawahan (COW-3)

33
untuk memasukkan (reload) satu paket Kas-Kas 1kg ke dalam sistem adalah satu

kesalahan untuk memanipulasikan sistem:

“Soalan: Setuju menyuruh pekerja bawahan anda untuk reload 1 paket

Kas-Kas 1kg yang anda dah ambil ke dalam sistem adalah

manipulasi sistem?

CLW-3: Setuju.”

71. Walau bagaimanapun, dalam keterangan dalam perbicaraan, ibarat sudah

terang lagi bersuluh, PYM tidak menafikan bahawa beliau sebenarnya memang

telah memberikan arahan tersebut kepada COW-3 untuk memasukkan (reload) satu

paket Kas-Kas 1kg ke dalam sistem dan ke dalam sales vehicle seperti mana

keterangan COW-3 yang sama. PYM juga mengesahkan dan tidak menafikan

beliau sendiri juga telah membuka kotak (sealed box) dan mengeluarkan satu paket

Kas-Kas 1kg pada tarikh kejadian 19/02/2022 seperti mana juga keterangan oleh

COW-2 bahawa PYM sendiri mengakui dan memberitahu kepada COW-2 pada

21/02/2022 akan perkara yang sama apabila PYM telah membuka dan mengambil

produk Syarikat tersebut.

72. Tidak kira apa alasan pun sama ada dengan membuka dan mengambil

keluar produk Syarikat tanpa memaklumkan dan tanpa kebenaran terlebih dahulu

daripada pihak Syarikat sama ada untuk kegunaan peribadi atau diberikan kepada

pihak kuil, ianya terjumlah kepada perlakuan melanggari dan menyalahi SOP

Syarikat dan juga terang-terangan dan dengan dapatan secara jelasnya merupakan

satu kesalahan salah laku oleh PYM pada masa material. Keterangan PYM dengan

34
alasan memberikan produk Syarikat kepada pihak kuil adalah semata-mata terfikir

kemudian (afterthought) untuk menyesuaikan sahaja keterangan pembelaannya

yang dengan jelasnya adalah bertentangan dengan fakta keterangan kejadian

sebenarnya.

73. Seorang pekerja adalah diharapkan oleh majikannya untuk menjalankan

tugas dengan jujur dan amanah. Majikan juga sudah pasti tidak boleh menerima

bahawa pekerjanya telah terlibat dengan tindakan mengambil barang produk

Syarikat tanpa memaklumkan dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada

pihak Syarikat sekaligus telah melanggari prosedur dan polisi sedia ada pihak

Syarikat. Tingkah laku sedemikian boleh mengundang kepada tindakan

pembuangan kerja pekerja berkenaan oleh majikan tersebut. Sesungguhnya,

majikan mengharapkan pekerjanya menjaga harta benda dan produk Syarikat dan

tidak mengambil kesempatan untuk mengambil produk Syarikat sesuka hati dengan

apa jua tujuan sekalipun apatahlagi untuk kegunaan peribadi. Sepertimana

Mahkamah nyatakan sebelumnya, “Niat tidak menghalalkan cara”.

74. Sebagai seorang Branch Executive iaitu jawatan yang tertinggi dalam

cawangan Taiping, PYM tidak sepatutnya berasa tidak berpuas hati dengan

kemudiannya memarahi dan menengking kepada COW-1, COW-2 dan COW-3 atas

kesalahan salah laku dan ketidakpatuhan SOP Syarikat yang dilakukannya sendiri.

PYM sewajarnya menghormati dan bersikap profesional serta menunjukkan amalan

kepimpinan yang baik terhadap rakan sekerjanya yang lain tetapi sebaliknya telah

dengan sengaja melepaskan kemarahannya dan gagal mengawal perasaan tidak

berpuas hati dan amarahnya terhadap rakan sekerjanya pada tarikh kejadian.

35
75. Mahkamah juga berpuas hati dengan dapatan keterangan yang jelas dan

nyata bahawa prosiding Siasatan Dalaman terhadap PYM telahpun sempurna dan

teratur dijalankan oleh pihak Syarikat berdasarkan setiap satu lima (5) pertuduhan

salah laku terhadap PYM. Dalam Siasatan Dalaman tersebut termasuklah dalam

perbicaraan kes ini, PYM telah diterangkan dan difahamkan dengan kelima-lima

pertuduhan terhadapnya dan telah diberikan peluang dan masa secukupnya untuk

menjawab terhadap kelima-lima pertuduhan tersebut dengan kebebasan diberikan

kepadanya untuk membawa saksi-saksi dan mengemukakan keterangan bagi pihak

kesnya.

76. Penelitian dan analisa Mahkamah juga mendapati pembelaan yang

dikemukakan oleh PYM adalah bersifatkan penafiannya (denial) dan keterangan

terfikir kemudian (afterthought) semata-mata yang tidak disokong oleh keterangan

yang sahih dan jitu, malah ianya hanya sekadar alasan remeh untuk menyesuaikan

sahaja keterangan pembelaannya.

77. Justeru, atas imbangan kebarangkalian dengan mengambil kira keterangan

dalam perbicaraan secara keseluruhan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak

Syarikat telah berjaya membuktikan salah laku PYM seperti mana dipertuduhkan

dalam setiap satu daripada lima (5) pertuduhan salah laku terhadapnya.

Sama Ada Penamataan Perkhidmatan PYM Telah Dijalankan Dengan Alasan

dan Sebab Yang Adil dan Munasabah:

36
78. Dalam kes Akira Sales & Services (M) Sdn. Bhd. v. Nadiah Zee Abdullah

& Another [2018] 1 ILR 433, Mahkamah Persekutuan telah tidak bersetuju dengan

dapatan Mahkamah Rayuan yang mengatakan jika tiada pertuduhan jenayah dibuat

atau dibuktikan maka ia bukanlah satu justifikasi salah laku. Diputuskan di muka

surat 464 seperti berikut:

"But with respect, the Court of Appeal could not be more wrong. We
would not hazard to define misconduct in employment as 'the acts
which can constitute misconduct inside employment are too numerous
to categorise...Suffice it to say,...that misconduct in an employment
need not amount to a crime to justify dismissal"

79. Dalam kes yang sama juga, Mahkamah Persekutuan juga telah merujuk

kepada Selwyn Law of Employment dan berpendapat pihak Syarikat tidak perlu

membuktikan apa-apa kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh PYM tetapi

memadai dengan memberikan keterangan bukti yang mencukupi bahawa tindakan

pemberhentian tersebut adalah satu tindakan yang bersandarkan satu alasan yang

munasabah (whether the employer had reasonable grounds for dismissing him).

80. Mahkamah telah meneliti keterangan PYM dan pliding yang telah difailkan

dan adalah menjadi kefahaman Mahkamah bahawa secara keseluruhannya, kes

PYM juga bersandarkan sama ada PYM telah teraniaya apabila pihak Syarikat

mengambil tindakan penamatan terhadap beliau. Tiada di mana-mana di dalam

keterangan PYM sebarang penegasan dibuat berhubung dakwaan penganiayaan

terhadap beliau oleh pihak Syarikat. Beban pembuktian bagi dakwaan

penganiayaan adalah terletak di atas pekerja dan di dalam kes ini, beban

pembuktian ini tidak dipenuhi. Di dalam kes Konsortium Perkapalan Bhd. & Anor

37
v. Aziah Anis [2005] 1 ILR 273, Mahkamah Perusahaan telah memutuskan seperti

berikut:

"10. Procedure in case of victimization or mala fide.

(a) The burden of showing mala fides and victimization is on the


employee. The onus of proving victimization is on employees on the
accepted rule that a person has to prove the affirmative and it is not for
the other person to prove the negative. The allegations of mala fide
conduct is easy to make but not always easy to prove. When
allegations are made on one side and denied by the other the mala
fides are not proved. Victimization is a serious charge and must be
properly and adequately pleaded giving all particulars upon which the
charge is based to enable the employer to fully meet the same. Onus
of establishing the charge is upon the person pleading it and he has to
establish the same by safe and sure evidence. It is now well-
established that a finding of mala fide should be reached by Industrial
Adjudication only if there is sufficient and proper evidence in support of
the finding. Such finding should not be made either in a casual manner
or light heartedly."

81. Seperti mana dalam keterangan COW-5; Kumarasamy A/l Rasiah yang

berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Sumber Manusia dalam Syarikat telah

menyatakan dengan jelas dalam jawapan no. 13 dan no.14 dalam penyataan

saksinya (COWS-5) seperti mana yang berikut:

“The management has lost faith on him and found that the acts of

misconducts committed by the Claimant as a blatant act of serious

misconduct and an abuse of his position as a Branch Executive. Hence, he

was dismissed from service with effect from 24/3/2022.”

38
“Overall, the Management found that Claimant’s act of misconduct were

totally serious that warrant punishment of dismissal. As the Branch

Executive at Taiping Branch Warehouse, he should show a good example to

his subordinates by acting professionally and in good manners. Due to the

acts of misconducts committed by the Claimant, the Company has lost its

trust and confidence in him.”

82. Berdasarkan pertuduhan dan dapatan keterangan bukti yang dikemukakan

dalam perbicaraan, pihak Syarikat sememangnya mempunyai alasan atau sebab

yang adil dan munasabah untuk menamatkan perkhidmatan PYM. Ketidakjujuran

dan kecuaian PYM atas dirinya sendiri semasa menjalankan tugas dan

kegagalannya menjaga produk jualan milik Syarikat merupakan kesalahan salah

laku yang serius dan berat sebagai suatu justifikasi yang adil dan munasabah untuk

pihak Syarikat untuk menamatkan perkhidmatan PYM.

83. Sekiranya pihak Syarikat tidak mengambil tindakan yang tegas dalam salah

laku yang serius dan berat ini, ianya akan menjadi ikutan yang tidak baik kepada

pekerja lain dalam melaksanakan tugas harian mereka sekaligus menjejaskan

operasi pihak Syarikat. Selain itu, pihak Syarikat telah hilang keyakinan dan

kepercayaan terhadap PYM atas kesalahan salah laku yang terbit daripada kecuaian

dan ketidakjujuran yang dilakukannya sendiri dalam kes ini.

84. Tindakan pemberhentian atas alasan perlanggaran peraturan yang sedia

diguna pakai tidak bertentangan dengan prinsip keadilan selagi ianya dilaksanakan

dengan niat yang baik (good faith), beretika serta tanpa sebarang unsur diskriminasi

39
dan penganiayaan. Dalam kes Shell Malaysia Trading Co. Sdn. Bhd. v. National

Union of Petroleum & Chemical Industry Workers [1986] 1 ILR 677, telah

diputuskan:

"It is for the management to determine whether the act of the workman
constitutes misconduct and whether it merits an order of dismissal.
However, in determining such misconduct it must have facts upon
which to base its conclusions and it must act in good faith without
caprice or discrimination and without any motive of victimisation or
intimidation or resorting to unfair labour practice, and there must be no
infraction of the accepted rules of natural justice. When the
management does have facts from which it can conclude misconduct,
its judgment cannot be questioned, provided the above mentioned
principles are not violated."

85. Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa tindakan yang diambil oleh pihak

Syarikat dengan mengendalikan Siasatan Dalaman terhadap PYM telah

menghasilkan suatu siasatan dan perbicaraan yang telus dan adil terhadap PYM.

Dengan adanya Standard Operational Procedure (SOP) yang berperanan sebagai

kayu pengukur di dalam pelaksanaan tugas, ianya memberikan panduan dan budi

bicara kepada pihak Syarikat untuk membuat penilaian terhadap prestasi kerja yang

menjurus kepada perlanggaran peraturan dan salah laku yang membawa kepada

tindakan pemberhentian kerja.

86. Justeru, pihak Syarikat mempunyai hak dan budi bicara untuk menentukan

pencapaian perkhidmatan melalui penguatkuasaan polisi dan peraturan yang

bersesuaian dan peranan para pekerja adalah untuk mematuhinya. Mahkamah

Persekutuan dalam kes Norizan Bakar v. Panzana Enterprise Sdn. Bhd. [2013] 4

40
ILR 477, dalam keputusannya telah menerima pakai prinsip yang dinyatakan dalam

kes British Leyland UK Ltd. v. Swift [1981] IRLR 91 untuk menentukan sama ada

hukuman yang dijatuhkan adalah adil dan seimbang, iaitu:

"It must be remembered that in all these cases there is a band of


reasonableness, within which one employer might reasonably take one
view: another quite reasonably take a different view. One would quite
reasonably dismiss the man. The other would quite reasonably keep
him on. Both views may be quite reasonable. If it was quite reasonable
to dismiss him, then the dismissal must be upheld as fair; even though
some other employers may not dismiss him."

87. Perhubungan antara seorang pekerja dengan majikan adalah berbentuk

fidusiari dan jika seseorang pekerja itu bertindak tidak konsisten dengan hubungan

ini, maka majikan berhak untuk menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut. Prinsip

ini telah dinyatakan dengan jelas dalam kes Pearce v. Foster [1886] 17 QBD 536,

iaitu:

"The rule of law is that where a person has entered into the position of
servant, if he does anything incompatible with the due or faithful
discharge of his duty to his master, the latter has a right to dismiss. The
relation of master and servant implies necessarily that the servant shall
be in a position to perform his duty duly and faithfully, and if by his own
act he prevents himself from doing so, the master may dismiss him."

88. Sementara itu dalam kes Mohamed Nordin Hj Abdul Mutalib v. Palmco

Oil Mill Sdn. Bhd. [2008] 2 LNS 2034 (Award No. 2034 of 2008), telah diputuskan

seperti berikut:

41
"Although the court notes that this is a single act of negligence by the
claimant but it is justified since it is so gross or the consequences of
further error are so serious and predictably forthcoming that it would be
unreasonable to expect the company to give the claimant a second
chance."

89. Berdasarkan kepada perkara-perkara yang dinyatakan di atas, Mahkamah

mendapati pihak Syarikat mempunyai sebab dan alasan yang adil dan munasabah

untuk menamatkan perkhidmatan PYM dan Mahkamah berpendapat tidak ada

majikan yang munasabah yang sanggup mengekalkan PYM dalam pekerjaannya

setelah PYM didapati melakukan salah laku yang serius. Tindakan PYM adalah

jelas satu perlanggaran kepada polisi dan prosedur pihak Syarikat yang terjumlah

kepada salah laku yang serius dan berat.

90. Mahkamah berpendapat pihak Syarikat telah meletakkan kepercayaan

terhadap PYM di mana sebagai pekerja, PYM sepatutnya melindungi kepentingan

Syarikat. Malangnya dalam kes ini keterangan dengan jelas menunjukkan PYM

telah melakukan salah laku yang serius dan dalam keadaan demikian, adalah

sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa pihak Syarikat tidak lagi mempunyai

kepercayaan dan keyakinan terhadap PYM untuk meneruskan perkhidmatannya

dengan pihak Syarikat. Maka dengan itu, pihak Syarikat tidak mempunyai pilihan

lain selain dari mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan PYM.

91. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah

mendapati pihak Syarikat telah berjaya atas imbangan kebarangkalian

mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh untuk membuktikan salah laku

terhadap PYM. Memandangkan salah laku yang dilakukan itu adalah salah laku

42
yang serius, maka keputusan untuk menamatkan perkhidmatan PYM adalah satu

keputusan yang wajar, yang dibuat dengan sebab atau alasan yang adil.

92. Mahkamah juga berpuas hati mendapati tiada keterangan yang

menunjukkan tindakan oleh pihak Syarikat telah dilakukan dengan berniat jahat

(mala fide) atau bersifat penganiayaan (victimization) terhadap PYM dalam kes ini.

Kesimpulan:

93. Sebagai kesimpulan, setelah mengambil kira semua keterangan secara

keseluruhan dan hujahan bertulis kedua-dua pihak serta menurut seperti mana

dalam peruntukan di bawah Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967

untuk bertindak mengikut ekuiti, hati nurani (equity and good conscience) dan merit

tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang,

Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Syarikat telah berjaya membuktikan di

atas imbangan kebarangkalian bahawa penamatan kerja PYM telah dibuat dengan

sebab atau alasan yang adil.

94. Berdasarkan alasan-alasan seperti yang telah dinyatakan, Mahkamah ini

menolak tuntutan PYM dalam kes ini.

AWARD DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 01 NOVEMBER 2023

t.t

(ZULHELMY BIN HASAN)


PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
CAWANGAN PERAK

43

You might also like