You are on page 1of 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan bacaan ummul kitab
Al-fatihah

. Yang Berusaha Pn Shamsiah bin Mohammad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kulai Satu
----------------------------------------------------------------------------------

Yang Dihormati En Ahmad bin Awang Guru Penolong Kanan Satu


----------------------------------------------------------------------------------

Pn Norhayati bte Mohammed Yusoff Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
----------------------------------------------------------------------------------

Puan Noorsiati Bt Kassim Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Guru-guru

serta seluruh pelajar Sekolah Kebangsaan Kulai 1

yang disayangi sekalian.

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.Tpada hari yang berbahagia ini kita sama-sama dapat
berkumpul

sempena Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Kulai 1

bagi tahun 2014.

DOA Lebat kemiri pohonnya rendah Dahan terikat tali perkasa Sepuluh jari kami menadah Mohon
berkat Yang Maha Esa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,

majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Abdul Halim bin Esa untuk memimpin bacaan
doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. PEMBACAAN PERUTUSAN MINGGU ANTI DADAH


KEBANGSAAN

Terima diucapkan kepada Ustaz Abdul Halim bin Esa atas bacaan doa itu tadi. Guru-guru & murid-
murid sekalian,

Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita telah berjaya melaksanakan Minggu Anti Dadah peringkat
sekolah yang telah dilaksanakan bermula dari 21 Februari 2013 sehingga 27 Februari 2013.

Banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini dilaksanakan.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti: 1. Pertandingan menulis esei 2. Jalanan
sihat 3. Pertandingan menulis poster dan mewarna 4. Program 5 minit 5. Deklamasi sajak
6. Pameran mengenai dadah 7. Dan ceramah anti dadah Baiklah, tanpa melengahkan masa
lagi majlis mempersilakan En Ziman Bin Mohammad untuk menyampaikan ucapan seterusnya
menutup rasmi Minggu Anti Dadah perikat sekolahKebnagsaaan Kukai 1 bagi tahun 2013.. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan. UCAPAN PENUTUPAN MAJLIS OLEH GURU BESAR
Terima kasih diucapkan kepada En Ziman Bin Mohammad kerana SUDI MENYAMPAIKAN
UCAPAN C menutup rasmi Minggu Anti Dadah perikat sekolahKebnagsaaan Kukai 1 bagi tahun
2013.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. BACAAN IKRAR ANTI DADAH OLEH
KETUA MURID Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan En Ziman bin Mohammad atas
ucapan dan kesudian beliau untuk merasmikan Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan
Kulai 1 bagi tahun 2013. Semoga segala yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar itu tadi
dapat dijadikan sebagai panduan oleh murid-murid semua. Seterusnya, majlis akan dteruskan lagi
dengan pembacaan IKRAR ANTI DADAH. Majlis mempersilakan
adik_______________________________ dari kelas Tahun __________ untuk mengetuai Bacaan
Ikrar Anti Dadah. Oleh itu semua murid dan guru diminta untuk berdiri dan bersedia.
MEMPERDENGARKAN LAGU : DADAH DURJANA Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian,
Majlis pada hari ini akan diteruskan lagi dengan upacara memndengar lagu DADAH DUJANA
sempena Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi tahun 2013. (lagu
dimainkan) LAUNGAN BENCI DADAH Guru-guru dan murid-murid sekalian, majlis pada pagi ini
akan diakhiri dengan Laungan Benci Dadah. Oleh itu majlis dengan ini mempersilakan En Wan
Razali bin Wan Sulaiman untuk memimpin LAUNGAN BENCI DADAH. Guru-guru dan murid-murid
diminta bersedia. Begitulah tadi berakhirnya Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah
Kebangsaan Kulai 1 bagi tahun 2013. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Semoga
Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Kulai 1 bagi tahun 2013 dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Insyallah. 1 MALAYSIA MEMBENTRAS DADAH! Sekian, Wabillahhi taufik
walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh Pantun-pantun dadah.. Malaysia
terkenal lagi disegani, Islam hadhari sumber inspirasi, Hidup sihat diri dihormati, Jauhi rokok dadah
dihindari. Perwira berani pergi membela, Menjaga negara korbankan jiwa, Wahai insani bukalah
mata, Dadah berbahaya pembunuh manusia. Senjata tajam sungguh bahaya, Buaya berenang
dihempap galah, Biarlah mati dikenang bangsa, Janganlah mati kerana dadah.

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

You might also like