You are on page 1of 1

Ruj Kami : SKWM2 100-1/9/1 ( )

Tarikh : 3 Januari 2023

Kepada :
Ibu bapa/ Penjaga Murid ,
SK Wangsa Maju Seksyen 2,
53300 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHUN 2023/2024

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2023/2024 bagi murid Tahun
4 hingga 6 akan diadakan pada 8 hingga 12 Januari 2023. Ujian ini bertujuan untuk mengukur
kemahiran kognitif murid (apa yang telah dipelajari) di akhir sesi akademik.

3. Kerjasama tuan / puan memastikan anak-anak membuat persedian untuk ujian ini amatlah
diharapkan.

4. Ujian ulangan bagi murid yang tidak hadir hanya akan diadakan selama 2 hari sahaja iaitu pada
15-16 Januari 2023 untuk murid-murid yang mengemukakan surat sijil sakit sahaja.

5. Kerjasama tuan / puan dalam memastikan kehadiran anak tuan/puan lengkap bersama alat
tulis semasa perlaksanaan peperiksaan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

-------------------------------------
(MD DESA BIN IBRAHIM)
Guru Besar,
SK Wangsa Maju Seksyen 2

You might also like