You are on page 1of 26

DJ-83-1222-08/2022 Kand.

8
10/11/2022 18:20:15

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU


RAYUAN JENAYAH NO. TAHUN 2022
(Di dalam Perkara Mahkamah Majistret di Pasir Mas, Kelantan
Kes tangkap No. DJ-83-1222-08/2022)

ANTARA

HAIRUL RIDZUAN BIN YAAKUB …PERAYU

DAN

PENDAKWARAYA …RESPONDEN

ALASAN PENGHAKIMAN

Pengenalan

[1] Ini merupakan alasan penghakiman berikutan rayuan yang difailkan


oleh pihak pembelaan pada 24.08.2022 terhadap hukuman yang
dijatuhkan ke atas tertuduh pada 21.08.2022 terhadap satu pertuduhan
yang boleh dihukum di bawah Seksyen 186 kanun Keseksaan.

[2] Tertuduh telah dipertuduhkan pada 21.08.2022 dan telah mengaku


bersalah. Tertuduh telah disabitkan atas kesalahan dan Mahkamah ini
telah memerintahkan tertuduh dipenjarakan selama 10 bulan bermula
daripada tarikh tangkapan dan dikenakan denda sebanyak RM 7000
gagal bayar tambahan 8 bulan pemenjaraan.

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[3] Pihak pembelaan tidak berpuashati terhadap hukuman yang dijatuhi
tersebut dan telah memfailkan rayuan atas Hukuman sahaja.

PERTUDUHAN

[4] Tertuduh di dalam kes ini dituduh pada pada 21.08.2022 di atas satu
pertuduhan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 186 kanun Keseksaan
seperti berikut:-

"Bahawa kamu pada 20/06/2022 jam lebih kurang 5.15 petang,


bertempat di laluan keluar Stesen Pam Minyak Caltex Che Yam &
Family (M) Sdn Bhd Lot 140 Lebuhraya Rantau Panjang, di dalam
Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan dengan sengaja
menggalang penjawat awam iaitu lnsp Liong Ming Chang dalam
menjalankan kerja-kerja jawatannya. Oleh yang demikian kamu telah
melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 186
Kanun Keseksaan.”

HUKUMAN

Penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan
denda yang boleh sampai sepuluh ribu ringgit atau dengan kedua-
duanya.

RINGKASAN FAKTA KES

[5] Pada 20/06/2022, jam lebih kurang 5.15 petang, semasa di Stesyen
Pam Minyak Caltex Lebuhraya Rantau Panjang, semasa pengadu Insp
G22301 Liong Ming Chang, yang sedang berpakaian vest seorang
pegawai kanan polis berpangkat Inspektor sedang menjalankan operasi
aktiviti penyeludupan minyak petrol bersubsidi dan cuba untuk
menghampiri kereta jenis Perodua Kancil warna silver nombor

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
pendaftaran PCY 9389 yang dinaiki tertuduh tersebut, kereta pasukan
jenis Mitsubishi Triton telah cuba untuk menghalang kereta tertuduh dari
melarikan diri namun tertuduh telah melanggar kereta pasukan.

[6] Tertuduh melarikan diri daripada sekatan pasukan polis apabila


mengundurkan kenderaan yang dinaikinya lantas melanggar bahagian
hadapan kenderaan pasukan polis

[7] Kemudian tertuduh bergerak ke hadapan dan dengan menggunakan


kenderaan yang sedang dipandunya, tertuduh meluru ke arah pengadu
yang mengetuai sekatan jalanraya tersebut iaitu Inspektor Liong Ming
Chang

[8] Pengadu bertindak memberi amaran kepada tertuduh untuk


memberhentikan kereta dengan cara melepaskan 1 das tembakan ke
udara namun tertuduh enggan dengar. Sebaliknya tertuduh masih
memandu laju meluru kearah pengadu. Justeru, pengadu bertindak
melepaskan tembakan sebanyak 1 kali ke arah kereta dan mengenai
tayar belakang kanan tertuduh namun tertuduh masih melarikan diri.

[9] Kemudian, telah berlaku kejar mengejar antara kereta tertuduh dan
kereta pasukan polis. Apabila sampai di Kampung Lubok Gong Rantau
Panjang, tertuduh telah bertindak keluar dari kereta dan terjun ke dalam
sungai dan menyeberang melepasi negara jiran iaitu Thailand.

[10] Pemeriksaan oleh pengadu keatas kenderaan yang ditinggalkan


tertuduh seusai melarikan diri mendapati kenderaan tersebut merupakan
sebuah kenderaan yang telah diubah suai saluran tangki minyaknya.
Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan yang sama menjumpai sejumlah
tong minyak dengan kuantiti besar 75 liter minyak disyaki minyak
bersubsidi yang cuba diseludup

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[11] Pengadu telah datang ke balai polis Rantau Panjang dan membuat
laporan polis sebagaimana Rantau Panjang report: 5261/22 dan pegawai
penyiasat kes menyiasat kes tersebut adalah Inspektor Julie Najwa Binti
Hassan.

[12] Tangkapan tertuduh telah dilakukan oleh pegawai kanan dari


Cawangan Operasi dan Risikan Ibupejabat polis Daerah Pasir Mas pada
06/08/2022, jam lebih kurang 7.30 petang dan diserahkan kepada
pegawai penyiasat kes Inspektor Julie Najwa Binti Hassan untuk siasatan
lanjut.

[13] Hasil daripada siasatan dapati tertuduh telah dengan sengaja


menggalang pejawat awam daripada melaksanakan tugasnya apabila
enggan memberikan kerjasama apabila polis mengkehendaki tertuduh
berhenti untuk pemeriksaan.

[14] Tertuduh telah dipertuduhkan dibawah Seskyen 186 Kanun


Keseksaan dan mengaku salah sebagaimana pertuduhan dan fakta kes
yang dibacakan serta dokumen yang kesemuanya dirujuk kepada
kepadanya.

RAYUAN MITIGASI TERTUDUH

[15] Rayuan mitigasi tertuduh ini telah dihujahkan oleh peguambela


sebagaimana berikut dimana Tertuduh menyatakan bahawa dia berumur
26 tahun dan bekerja selaku buruh dengan pendapatan RM700 sebulan.
Tertuduh juga memaklumkan bahawa Tertuduh ada keluarga serta
menanggung isteri serta anak. Tertuduh jugak menyatakan bahawa
pengakuan salah Tertuduh menjimatkan masa dan kos semua pihak.
Tertuduh insaf akan kesalahan dan berjanji tidak akan ulangi kesalahan
pada masa akan datang. Tertuduh juga menjelaskan bahawa dia tiada

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
rekod kesalahan lampau. Tertuduh di dalam kes ini telah memohon agar
dikenakan hukuman denda yang paling minimum.

HUJAHAN PEMBERATAN PENDAKWAAN

[16] Pendakwaan dalam kes ini menghujahkan bahawa walaupun


Tertuduh tiada rekod lampau, namun pohon hukuman setimpal dikenakan
keatas Tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam iaitu
kepentingan memberi pengajaran kepada Tertuduh agar tidak
mengulangi kesalahan ini lagi. Pendakwaan juga memohon hukuman
yang setimpal dengan gravity kesalahan ini. Pendakwaan selanjutnya
memohon hukuman berbentuk pengajaran kepada Tertuduh dan
masyarakat awam agar mematuhi undang – undang negara.

KEPUTUSAN MAHKAMAH

[17] Setelah menerima pengakuan bersalah Tertuduh dan setelah


menentusahkan bahawa Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuan
salah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya setelah penalti
pertuduhan itu dijelaskan kepada Tertuduh, serta setelah menimbangkan
serta memperhalusi eksibit-eksibit pembuktian yang dikemukan
besertakan hujahan – hujahan pembelaan dan pendakwaan, maka
Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan Tertuduh disabitkan bagi
kesalahan sepertimana pertuduhan dengan hukuman pemenjaraan
selama 10 bulan bermula daripada tarikh tangkapan dan dikenakan
denda sebanyak RM 7000 gagal bayar tambahan 8 bulan pemenjaraan.

ALASAN-ALASAN BAGI HUKUMAN YANG DIBERIKAN KEATAS


TERTUDUH

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[18] Beberapa faktor telah diberi pertimbangan oleh Mahkamah ini
sebelum menjatuhkan hukuman:-

PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI HUKUMAN

[19] Undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah hendaklah


menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang apabila tertuduh telah
didapati bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan tersebut. Mahkamah
merujuk kepada Seksyen 183 Kanun Tatacara Jenayah (selepas ini akan
dirujuk sebagai "KTJ") yang memperuntukkan seperti berikut:-

"If the accused is convicted, the Court shall pass sentence


according to law"

[20] Dalam kes PUBLIC PROSECUTOR V. JAFA BIN DAUD [1981] 1


LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, Mohamed Azmi J (pada ketika itu) telah
menyatakan:

"A 'sentence according to law' means that the sentence must not
only be within the ambit of the punishable section, but it must also
be assessed and passed in accordance with established judicial
principles.

[21] Terdapat begitu banyak nas-nas undang-undang yang memberikan


panduan mengenai prinsip undang-undang yang perlu dipatuhi dalam
menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh. Mahkamah ingin merujuk
kepada penghakiman Hilbery J di dalam kes REX V. KENNETH JOHN
BALL 35 Cr App R 164 juga lazim dipetik yang memutuskan seperti
berikut:

"In deciding the appropriate sentence a Court should always be


guided by certain considerations. The first and foremost is the

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
public interest. The criminal law is publicly enforced, not only
with the object of punishing crime, but also in the hope of
preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the
public interest in two ways. It may deter others who might be
tempted to try crime as seeming to offer easy money on the
supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the
punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the
particular criminal from committing a crime again, or induce him to
turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed
served, and best served, if the offender is induced to turn from
criminal ways to honest living. …

"It is for these reasons, and with these purposes in view, that before
passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and
character of every convicted person.

[22] Selanjutnya, Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes


BHANDULANANDA JAYATILAKE V. PP [1981] 1 LNS 139; [1982] 1
MLJ 83 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti
berikut:-

"...The very concept of judicial discretion involves a right to choose


between more that one possible course of action upon which there
is room for reasonable people to hold differing opinions as to which
is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what
it is, different judges applying the same principles at the same time
in the same country to similar facts may sometimes reach different
conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525 at 549). It is
for that reason that some very conscientious judges have thought it

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; whilst
others equally conscientious have thought it their duty to view the
same crimes with leniency. Therefore sentences do vary in
apparently similar circumstances with the habit of mind of the
particular judge. It is for that reason also that this court has said it
again and again that it will not normally interfere with sentences, and
the possibility or even the probability, that another court would have
imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this
court's interference.

[23] Berdasarkan prinsip-prinsip hukuman yang dirujuk oleh Mahkamah,


adalah dapat disimpulkan bahawa dalam menjatuhkan hukuman,
Mahkamah perlu membuat pertimbangan terhadap faktor-faktor seperti
keseriusan kesalahan, keadaan yang mengelilingi perilaku jenayah yang
terlibat, latar-belakang (antecedent) tertuduh, faktor pencegahan serta
sama ada terdapatnya faktor peringanan yang memihak kepada tertuduh.
Hakim Hashim Yeop Sani dalam kes PUBLIC PROSECUTOR V. LOO
CHOON FATT [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 276 telah menyatakan
seperti berikut:-

"The correct approach is to strike a balance, as far as possible,


between the interests of the public and the interests of the
accused."

[24] Mahkamah juga mendapati bahawa hukuman yang dijatuhkan


mestilah sepadan ("proportionate") dengan kesalahan yang dilakukan
oleh tertuduh. Prinsip "proportionality" ini telah dijelaskan dalam kes
Mahkamah Rayuan MOHAMAD NASUHA ABDUL RAZAK V. PP [2019]
3 CLJ 612; [2020] 3 MLJ 530; di mana Mahkamah memutuskan seperti
berikut:-

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
"[14] Be that as it may, one of the important factors that we must
bear in mind is that the sentence must always satisfy the principle
of proportionality - that the severity of the penalty should be
proportionate to the gravity of the offence committed and the degree
of responsibility of the offender. The principle was articulated by the
High Court of Australia in Hoare v. R [1989] 167 CLR 458 at 354 as
follows:

a sentence of imprisonment imposed by a court should never


exceed that which can be justified as appropriate or
proportionate to the gravity of the crime considered in the light
of its objective circumstances.

ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH

[25] Dalam kes ini, setelah mendengar hujahan pendakwaan dan rayuan
mitigasi Tertuduh, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan
disabitkan dengan hukuman pemenjaraan selama 10 bulan bermula
daripada tarikh tangkapan dan dikenakan denda sebanyak RM 7000
gagal bayar tambahan 8 bulan pemenjaraan atas dasar:

A) PENGAKUAN BERSALAH TERTUDUH

[26] Mahkamah berpendapat bahawa pengakuan salah Tertuduh wajar


diambil kira oleh Mahkamah kerana ianya telah menjimatkan masa dan
kos semua pihak. Malah, pengakuan salah Tertuduh juga telah
menjimatkan masa saksi-saksi dan kebimbangan saksi-saksi untuk hadir
memberi keterangan di Mahkamah. Perkara ini telah diputuskan dalam
kes SAU SOO KIM V. PP [1975] 1 LNS 158, seperti berikut:-

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
"Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea
of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only
saves the country a great expense of a lengthy trial but also
saves time and inconvenience of many, particularly the
witnesses".

[27] Selanjutnya, Mahkamah merujuk kepada kes PUBLIC


PROSECUTOR V. RAVINDRAN & ORS [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ
45, di mana Mahkamah Tinggi telah merumuskan secara menyeluruh
bahawa faktor-faktor yang perlu diambil kira berkenaan prinsip
pengakuan bersalah tertuduh seperti berikut:-

"(i) It is an accepted rule of practice that an accused person


should be given credit or discount for pleading guilty. The
rationale for this rule is that much public time and money will be
spared if an accused admits his guilt, thus avoiding a prolonged and
unnecessary trial. This rule however, is not a strict rule as the courts
may, in exercise of their discretion, in exceptional cases, refuse to
grant any discount.

(ii) a plea of guilty will entitle the accused person to a discount of


between one-quarter to one-third of the sentence.

(iii) failure on the part of a judge in not granting credit or discounts


may result in the judge not exercising his discretion in sentencing
judicially.

(iv) the credit or discount to be given in favour of the accused person


is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a
sentence which would have been imposed on the accused if he had
claimed trial and had been found guilty."

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[28] Walaupun diskaun atau credit bukan diberikan secara automatik
kepada tertuduh setelah mengaku salah sepertimana yang diputuskan
dalam kes PP V. RAVINDRAN (Supra), Mahkamah berpendapat bahawa
pengakuan bersalah Tertuduh ini tidak boleh diabaikan sewenang-
wenangnya tanpa alasan yang munasabah lebih-lebih lagi kesalahan
yang dilakukan oleh Tertuduh dalam kes ini bukan merupakan kesalahan
yang bersifat serius ataupun bersifat zalim (heinous). Prinsip ini telah
diputuskan dalam kes TAN LAY CHEN V. PP [2000] 4 CLJ 492; [2001]
1 MLJ 135 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut:-

"It must not be overlooked that the general rule is that an


accused should be given a lesser punishment for pleading
guilty. There can, as I have said, be a departure from this general
rule. However, there must be good reasons for doing so. In that
event the reasons for such departure must be kept in mind. If,
therefore, a sentence is imposed without taking into consideration a
guilty plea then the reasons for doing so must be explained by the
sentencer. This is because an accused person expects the general
rule to operate in his favour when he pleads guilty. The grounds of
judgment must therefore show why the guilty plea cannot, on the
facts of the case, be considered as a mitigating factor"

[29] Mahkamah juga mempertimbangkan bahawa bagi membolehkan


pengakuan bersalah menjadi faktor mitigasi yang kuat, ia hendaklah
dibuat pada peluang terawal sepertimana yang telah diputuskan di dalam
kes PUBLIC PROSECUTOR V. KAMMOON WANNGA & ANOR [2009]
8 MLJ 430:

“[19] It is, therefore, desirous that the plea of guilty be entered at an


earliest reasonable opportunity before the witnesses give evidence

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
in the trial. Only then such a plea may be considered as a
meaningful mitigating factor.”

[30] Walaubagimanapun Mahkamah ini turut mengambil maklum


bahawa seperti mana dijelaskan dalam kes PP v. Low Kok Wai [1988] 2
CLJ 105; [1988] 2 CLJ (Rep) 268; [1988] 3 MLJ 123 yang diputuskan
oleh Hakim Mohamed Dzaiddin HMT (kemudian Ketua Hakim Negara)
undang - undang turut menjelaskan bahawa pengakuan salah tidaklah
begitu efektif apabila tidak terdapat apa-apa pembelaan yang berpihak
kepada OKT.

[31] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah


mendapati faktor pengakuan bersalah sebagai suatu faktor peringanan
yang melayakkan peringanan hukuman terhadap Tertuduh.

[32] Tertuduh telah mengaku salah pada peluang terawal dan sebelum
perbicaraan bermula atau saksi-saksi dipanggil. Justeru itu, pengakuan
salah Tertuduh sudah semestinya menjadi suatu faktor mitigasi yang
penting. Apatah lagi tiada keterangan untuk menunjukkan bahawa
Tertuduh merupakan seorang pesalah tegar atau “hardened criminal”.

B) LATAR BELAKANG DAN PERLAKUAN TERTUDUH SELEPAS


DITUDUH

[33] Mahkamah turut mengambil kira faktor latar belakang Tertuduh. Di


dalam mitigasinya peguambela yang bijaksana telah mengemukakan
perkara-perkara berikut:

a) Tertuduh menyatakan bahawa dia berumur 26 tahun.

b) Tertuduh bekerja selaku buruh dengan pendapatan RM700


sebulan.

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
c) Tertuduh ada keluarga serta menanggung isteri serta anak.

d) Tertuduh juga menjelaskan bahawa dia tiada rekod kesalahan


lampau.

[34] Mahkamah mengambil maklum bahawa faktor-faktor yang


dihujahkan sepertimana diatas merupakan faktor mitigasi yang boleh
dipertimbangkan sepertimana dijelaskan dalam Seksyen 176 (r) Kanun
Tatacara Jenayah.

[35] Faktor bahawa Tertuduh menyatakan bahawa beliau telah insaf dan
berjanji untuk tidak mengulangi kesalahn ini lagi pada masa yang akan
dating selepas beliau dipertuduhkan atas pertuduhan ini juga telah diambil
kira oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh.

C) KEPENTINGAN AWAM

[36] Sekalipun wujud faktor-faktor mitigasi seperti mana yang


dihujahkan oleh Tertuduh namun menjadi tanggungjawab Mahkamah ini
juga memperhalusi faktor- faktor pemberatan yang berkaitan dalam kes
ini dalam mempertimbangkan kuantum hukuman yang berseusaian
dengan kesalahan Tertuduh seperti mana dipertuduhkan.

[37] Mahkamah juga sedia maklum mengenai prinsip kepentingan awam


sebagai suatu faktor pemberatan yang sering kali ditekankan oleh pihak
pendakwaan supaya hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi
pengajaran kepada tertuduh ("deterrent") dan orang awam supaya tidak
mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

[38] Dalam pada itu, Mahkamah bersetuju bahawa dalam menjalankan


proses perimbangan antara pelbagai kepentingan yang seharusnya
diambil pertimbangan oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan suatu

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
hukuman, prinsip pertama dan utama yang perlu dipertimbangkan oleh
Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman dalam kes jenayah ialah faktor
kepentingan awam.

[39] Ini adalah sepertimana yang dijelaskan dalam kes ABU BAKAR
BIN ALIF V. R [1953] 1 MLJ 19 oleh Spenser Wilkinson J yang memetik
penghakiman dalam kes REX V. BALL (supra):

"In deciding the appropriate sentence a Court should always be


guided by certain considerations. The first and foremost is the
public interest. The criminal law is publicly enforced, not only
with the object of punishing crime, but also in the hope of
preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the
public interest in two ways. It may deter others who might be
tempted to try crime as seeming to offer easy money on the
supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the
punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the
particular criminal from committing a crime again, or induce him to
turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed
served, and best served, if the offender is induced to turn from
criminal ways to honest living. …

"It is for these reasons, and with these purposes in view, that before
passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and
character of every convicted person.

[40] Selain itu juga, dalam mempertimbangkan apa hukuman yang


bersesuaian untuk dikenakan keatas Tertuduh, Mahkamah perlu
mengambil kira tunjang penggubalan sesuatu peruntukan undang-

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
undang seperti dasar-dasar awam yang diamalkan sebagai contoh
kepentingan menjaga kedaulatan negara serta kepentingan
menambahbaik tahap pematuhan rakyat terhadap undang - undang
melalui pengiktirafan terhadap kuasa serta harkat kehormatan para
penguatkuasa yang menjalankan tugas awamnya dalam
menguatkuasakan undang-undang.

[41] Pertimbangan dasar awam dalam menjatuhkan hukuman keatas


Tertuduh ada dinyatakan dalam kes PP v LOO CHOON FATT (supra)
oleh Hashim Yeop Sani J:

It is common sense to say that behind these legislative exercises


was the government's realisation albeit gradual, of the problemof
drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of
dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society
itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the
public policy. It must be presumed that behind the public policy
is the consideration of public interest.

[42] Selain daripada itu juga, dalam mempertimbangkan apa hukuman


yang bersesuaian untuk dikenakan keatas Tertuduh, Mahkamah perlu
juga tidak boleh terlalu bersimpati dengan mitigasi seperti kesusahan
keluarga, kerjaya tamat dan lain-lain:

[43] Ini adalah sepertimana yang dijelaskan dalam kes PP v LOO


CHOON FATT (supra) oleh Hashim Yeop Sani J:

Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be


over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing
an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by
a convicted person will also normally bring up problems of
family hardship and the other usual problems of living. In such
a situation the courts might perhaps find it difficult to decide
as to what sentence should be imposed so that the convicted
person may not be further burdened with additional hardship.
This in my view is a wrong approach.
The correct approach is to strike a balance, as far as possible,
between the interests of the public and the interests of the
accused. Lord Goddard L.C.J. in Rex v Grondkowski [1946] 1 All
ER 560 561 offered some good advice when he said:–
"The judge must consider the interests of justice as well as the
interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or
seems to be thought, that the interests of justice means only
the interests of the prisoners."

[44] Mahkamah berpendapat bahawa hukuman pemenjaraan bersekali


dengan denda yang dikenakan terhadap Tertuduh dalam kes ini
merupakan satu bentuk hukuman yang mampu menjaga kepentingan
awam. Hal ini kerana, Tertuduh dalam kes ini tidak terlepas begitu sahaja
dengan suatu hukuman yang terlampau rendah yang tidak mencerminkan
gravity kesalahan yang dilakukan / “a mere slap at the wrist”.

[45] Bahkan Tertuduh Mahkamah berpandangan hukuman yang


diberikan keatas Tertuduh ini atas sabitan bagi kesalahan yang
dilakukannya adalah suatu hukuman yang berpatutan dengan gravity
kesalahan itu disisi undang -undang iaitu dengan sengaja menggalang
pejawat awam (dalam kes ini pegawai polis) daripada menjalankan tugas

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
awamnya sewaktu usaha menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan
yang dipandu oleh Tertuduh.

[46] Tempoh pemenjaraan dan kuantum denda yang dikenakan keatas


Tertuduh dinilai oleh Mahkamah ini sebagai suatu tempoh dan kuantum
yang berpadanan bagi memberikan Tertuduh ruang dan peluang yang
mencukupi untuk melakukan muhasabah diri agar Tertuduh sedar
bahawa setiap tindakan yang dilakukannya mempunyai sebab dan akibat
yang perlu ditanggung. Ini dilihat mampu untuk memberikan pengajaran
yang berguna keatas Tertuduh secara khusus dan masyarakat awam
secara umumnya agar berfikir panjang sebelum terdetik dalam fikiran
untuk melakukan apa jua perbuatan jenayah.

[47] Mahkamah berpendapat bahawa dimensi kepentingan awam dalam


kes ini akan terjaga melalui hukuman pemenjaraan dan denda yang
dikenakan keatas Tertuduh memandangkan hukuman tersebut dilihat
bersesuaian dengan kepentingan agar episod jenayah yang dilakukan
oleh Tertuduh ini dijadikan iktibar kepada Tertuduh secara khusus dan
masyarakat awam secara umumnya agar menginsafi kepentingan
mematuhi undang – undang dengan menghormati dan memberi
kerjasama yang baik terhadap para petugas kerajaan yang menjalankan
khidmat demi rakyat dalam kesusahan penugasan jentera
penguatkuasaan undang-undang.

D) TAHAP KESENGAJAAN (DEGREE OF DELIBERATENESS)

[47] Selain itu, dalam menghakimi kes ini, Mahkamah turut mengambil
pendekatan untuk mempertimbangkan tahap kesengajaan Tertuduh
sewaktu melakukan jenayah sebagai panduan dalam memutuskan
hukuman yang bersesuaian ke atasnya, dimana pendekatan ini dapat

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
dilihat aplikasinya dalam penghakiman Willan CJ dalam kes MOHAMED
JUSOH ABDULLAH & ANOTHER V. PP [1947] 1 LNS 73; [1947] 1 MLJ
130 yang ada menyatakan:

The court, in fixing the punishment for any particular crime, will take
into consideration the nature of the offence, the circumstances in
which it was committed, the degree of deliberation shown by
the offender, the provocation which he has received, if the crime is
one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of
sentence, his age and character.

[48] Dalam menjalankan perimbangan berkaitan tahap kesengajaan


yang wujud dalam kes Tertuduh, Mahkamah ini telahpun mengambil
maklum keperluan untuk mempertimbangkan kewujudan faktor-faktor
yang memihak kepada Tertuduh, seperti ditegaskan oleh Hakim VT
Singham di dalam kes PP V. AHMAD KHAIRUL FA’AIS MAT DAHLAN
& ORS [2006] 6 CLJ 555:

... The offence committed by the accused is serious and the degree
of seriousness must be reflected on the sentence imposed but at
the same time, the court must also have regard to the proportion
between the offence, the punishment provided by law, the mitigating
plea, and any extenuating circumstances which might exist and to
be in favour of the accused.

[49] Setelah meneliti fakta kes dan melakukan proses perimbangan


yang jitu, saya mendapati bahawa tahap kesengajaan yang dilakukan
oleh Tertuduh dalam perlakuan jenayahnya jauh mengatasi faktor-faktor
yang memihak kepada Tertuduh, lantas menatijahkan hukuman

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
sepertimana yang diputuskan Mahkamah ini keatas Tertuduh tempoh
hari.

[50] Sekalipun Tertuduh menyatakan keinsafannya atas perlakuan


jenayah yang telah dilakukan dan pada masa yang sama Tertuduh
meberikan akujanjinya untuk tidak lagi mengulangi perbuatan yang sama,
namun Mahkamah ini mendapati Tertuduh ini dengan sengaja dan dalam
tempoh yang agak panjang, daripada awal sehinggga akhir insiden
telahpun menggalang tugas pejawat awam iaitu pasukan polis yang
sedang menjalankan tugasan penguatkuasaan.

[51] Perkara ini jelas terlihat daripada tindakan Tertuduh yang dengan
sengaja melarikan diri apabila menyedari kehadiran pengadu yang
menghampiri kenderaan yang dipandunya. Polis bahkan terpaksa
menggunakan kenderaan pasukan untuk menghalang Tertuduh daripada
melarikan diri.

[52] Sebaliknya, Tertuduh mengambil tindakan drastik dalam


ketidakpatuhannya kepada penguatkuasa yang menjalankan undang –
undang dengan melanggar kereta pasukan tersebut ketika melarikan diri
daripada sekatan pasukan polis dengan cara mengundurkan kenderaan
yang dinaikinya. Perbuatan ini lantas mengakibatkan kerugian keapada
harta kerajaan disebabkan perlanggaran antara kenderaan dipandunya
dengan bahagian hadapan kenderaan pasukan polis

[53] Tertuduh bukan sahaja merugikan harta benda kerajaan akibat


perlanggaran tersebut, sebaliknya dengan sengaja Tertuduh telah
meyebabkan risiko nyawa dan keselamatan keatas polis yang
menjalankan tugas penguatkuasaan sewaktu Tertuduh cuba meloloskan
diri, apabila Tertuduh bergerak ke hadapan dan dengan menggunakan

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
kenderaan yang sedang dipandunya, Tertuduh meluru ke arah Pengadu
yang mengetuai sekatan jalanraya tersebut

[54] Tertuduh lantas diberikan amaran agar mematuhi arahan polis untuk
memberhentikan kenderaan apabila Pengadu bertindak melepaskan 1
das tembakan ke udara, namun Tertuuh masih dengan sengaja tidak
menghiraukan arahan polis tersebut. Sebaliknya tertuduh masih
memandu laju meluru kearah pengadu. Sekalipun, pengadu bertindak
melepaskan tembakan sebanyak 1 kali lagi ke arah kereta dipandu
Tertuduh dan mengenai tayar belakang kanan dalam usaha memastikan
Tertuduh menghentikan kenderaan itu namun tertuduh masih tegar
melarikan diri.

[55] Sehingga tahap ini sekalipun, Tertuduh masih lagi gagal untuk
mengambil serius arahan penguatkuasa untuk berhenti bagi tujuan
pemeriksaan apabila Tertuduh dengan sengaja lari sewaktu kejar
mengejar antara kereta tertuduh dan kereta pasukan polis.

[56] Apatah lagi seusai episod kejar-mengejar itu, apabila sampai di


Kampung Lubok Gong Rantau Panjang, Tertuduh telahpun dengan
sengaja lari meloloskan diri daripada dijekar polis dengan bertindak keluar
dari kereta dan terjun ke dalam sungai dan menyeberang melepasi
negara jiran iaitu Thailand.

[57] Tertuduh sekali lagi menunjukkan betapa sengajanya beliau


enggan patuh kepada undang-undang apabila meloloskan diri selama
lebih 2 bulan daripada tarikh kejadian jenayah yang dilakukannya apabila
tertuduh hanya berjaya ditangkap pada 06/08/2022.

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[58] Fakta ini diakui sendiri oleh Tertuduh seasa pengakuan salah serta
disokong oleh dokumen – dokumen pembuktian yang dikemukakan oleh
Pendakwaan sewaktu prosiding berjalan.

[59] Sememangnya diakui Tertuduh mengaku salah sewaktu


pertuduhan dibacakan kepadanya namun sekiranya disoroti fakta kes
tersebut, amatlah jelas bahawa tindakan jenayah yang dilakukannya
adalah disengajakan dimana tindak tanduk Tertuduh semasa kejadian
jenayah berlaku menunjukkan keenggannya untuk patuh kepada undang
undang dalam keadaan sedar buat suatu tempoh yang lama dan
seharusnya hukuman yang diberikan perlulah mencerminkan graviti
perbuatan tersebut dan keperluan untuk memberi iktibar kepada Tertuduh
dan masyarakat bahawa undang-undang mengambil serius tindakan
jenayah sebegitu rupa.

[60] Kesemua itu seperti yang diperi Hakim Ajaib Singh HMT, dalam
kecualian yang disebut dalam kes Chan Sit Hoong v. PP (supra),
sepertimana berikut:

A first offender, be he on a drug charge or some other criminal


charge, should be dealt with by the imposition of a fine or by placing
him under bond or probation, but he should be kept away from
prison unless there are, in the public interest, strong reasons
for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the
offence itself and the manner in which it is committed, or as a
deterrent when the prevalence of a particular type of offence
has truly reached a stage that a sentence of imprisonment
alone may deter others from committing that type of offence.

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[61] Atas pertimbangan tersebut Mahkamah berpendapat sekalipun
Tertuduh memohon supaya dia hanya dikenakan hukuman denda, namun
hukuman yang dipohon, pada hemat Mahkamah, adalah tidak berpatutan
dengan graviti kesalahan yang Tertuduh lakukan. Saya asaskan
pandangan ini kepada prinsip yang dinyatakan oleh Lord Goddard di
dalam kes R V. MARKWICK [1953] 37 Cr App R 125 (yang diterima
pakai dalam kes HOSSAIN V. PP [2008] 7 CLJ 560 dan DANIAL
ABDULLAH TAN lwn. PP [2020] 1 LNS 148), bahawa orang berduit
jangan berfikir mereka kebal dari dipenjara - "persons of means should
not be given the opportunity of buying their way out of prison".

[62] Mitigasi Tertuduh bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai isteri
serta anak, telah saya ambil maklum dan pertimbangkan sebaik-baiknya
bersama-sama faktor-faktor yang telah saya huraikan sebelum ini.
Walaubagaimanapun Tertuduh seharusnya menghayati kebijaksanaan
dalam pepatah melayu lama; “sudah terhantuk barulah tengadah”.
Tertuduh seharusnya sedar daripada awal SEBELUM dan bukanlah
hanya SELEPAS kesalahan itu dilakukan bahawa kesusahan peribadi
dan beban bakal menimpa Tertuduh sekiranya Tertuduh masih dengan
sengaja melanggar undang-undang.

[63] Dalam perkara ini saya merujuk keputusan Hakim Eusoffe


Abdoolcader HMT di dalam kes PP V. TEH AH CHENG [1976] 1 LNS
116; [1976] 2 MLJ 186 yang menjelaskan:

The respondent also puts forward in his plea in mitigation the fact
that he is employed and supports an aged mother and step-
brothers. He should of course have thought of this before
committing the offences and not after; he is in fact pleading
hardship arising from the consequences of his own acts and I

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
would reiterate what I had occasion previously to observe in another
case that an offender should not expect to excite or harness any
sympathy on an ipse dixit by taking the stance of the impetuous
youth who killed his parents with an axe and then pleaded in
mitigation that he was an orphan.

[64] Selain itu Mahkamah juga turut mempertimbangkan betapa


berleluasanya jenayah melibatkan kacau ganggu terhadap pejawat awam
yang acap kali menjadi bahan bualan mutakhir ini. Perkara ini ada
dibincangkan dalam makalah akademik "Assault or Using Force to Deter
a Public Servant from Discharging of Official Duty" yang diterbitkan
Malayan Law Journal - [2017] 3 MLJ xix.

[65] Mengambil maklum perkembangan tersebut dan perkaitannya


dengan kes yang dipertuduhkan keatas Tertuduh kali ini, Mahkamah
mengambil pendekatan untuk mengangkat kepentingan awam melalui
hukuman yang bersesuaian sepertimana yang dijatuhkan keatas
Tertuduh. Mahkamah menilai bahawa hukuman tersebut dapat
menghantar mesej yang jelas bahawa jentera undang-undang seperti
Mahkamah tidak mengambil enteng isu kesengajaan untuk tidak patuh
arahan sah dari penguatkuasa serta sikap mempertikaikan dan
meremehkan tindakan penguatkuasa.

[66] Mahkamah mendasarkan pendapat ini kepada penghakiman Hakim


Abdul Malik Ishak HMR di dalam kes SINNATHURAI SUBRAMANIAM V.
PP [2011] 5 CLJ 56:

The public interest element is a bare shell. It is shaped and coloured


by the facts of the case, by the surrounding circumstances that

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
compelled the Court to take into account before sentencing
and, more importantly, by the mores of a particular society.

[67] Mahkamah juga berpendapat bahawa dalam isu berkepentingan


awam seperti soal menyemai kepatuhan kepada undang-undang,
Mahkamah mempunyai peranan untuk mengetuai pandangan umum
seperti dinukil dalam kes R V. SARGEANT [1974] 60 Cr App R yang
saya jadikan sebagai dasar dalam menjatuhkan hukuman yang
bersesuaian dalam kes Tertuduh kali ini. Penghakiman itu ada menyebut:

... it is that society, through the courts, must show its


abhorrence of particular types of crime, and the only way in
which the courts can show this is by the sentences they pass.
The courts do not have to reflect public opinion. On the other
hand, courts must not disregard it. Perhaps the main duty of
the court is to lead public opinion.

E) TREND HUKUMAN

[68] Trend penghukuman turut memainkan peranan kira dalam proses


penentuan hukuman oleh Mahkamah. Prinsip ini ada dinyatakan dalam
kes NARAYANAN THIRUVENGADA RAMANUJAM V. PP [2018] 1 LNS
1924; [2018] MLJU 1836 di mana Mahkamah memutuskan seperti
berikut;

"[19] Kami turut bersetuju dengan Puan TPR bahawa trend


hukuman dalam kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah sebelum
ini turut dipertimbangkan oleh Mahkamah ini."

[69] Dalam sebuah kes yang hampir serupa fakta kes kejadiannya yang
dipertuduhkan di Mahkamah Majistret Seri Manjung, Perak bagi suatu

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
kejadian melanggar kereta polis serta menghalang tugas pejawat awam
dimana bagi kesalahan Seskyen 186 Kanun Keseksaan ini, Tertuduh
dalam kes itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan daripada tarikh
tangkapan dan berjalan berasingan dengan pertuduhan kes Seksyen 427
Kanun Keseksaan melibatkan transaksi yang sama, yang turut
menjebakkan Tertuduh dalam kes tersebut dengan tambahan hukuman
pemenjaraan selama 18 bulan.

KESIMPULAN
[70] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini
berpendapat bahawa keputusan Mahkamah ini adalah adil, wajar
dan munasabah bagi sabitan dan hukuman sepertimana yang telah
diberikan kepada Tertuduh.

Disediakan oleh,

…………………………………

(RAIS IMRAN BIN HAMID)

Majistret

Mahkamah Majistret Pasir Mas.

Kelantan

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Bagi Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya Ahmad Syafiq Aizat Bin
Nazri (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Kelantan)

Bagi Pembelaan: Rifzan (Yayasan Bantuan Guamana Malaysia,


Kelantan)

S/N 09ZOBgtZ0uSoROPCiBhw
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal

You might also like