You are on page 1of 2

Tema : Bahasa Melayu Citra Bangsa Berdaulat

Bismillah….

Terima kasih tuan pengerusi, barisan hakim teguh saksama, dif kehormat berkarisma, dan pencetus
perpaduan Malaysia. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah kerana kita berada pada
kelompok hadapan dalam membina perpaduan Negara.

Hadirin sekalian,

Bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa merupakan jiwa bangsa. Secara kolektifnya, bahasa
mencerminkan kehalusan dan ketinggian tata susila yang mana ia merupakan asas dan unsure utama
dalam pembentukan sesebuah Negara bangsa yang berdaulat. Segala kandungan dan elemen peradaban
dapat difahami dan dibudayakan ke dalam masyarakatnya melalui bahasa tempatannya yang dapat
difahami dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh bangsa.

Hadirin sekalian,

Isi pertama, Bahasa Melayu dihargai,perpaduan kaum diwarnai. Alexis De Tocqueville menyatakan
bahawa ‘ ikatan bahasa mungkin merupakan ikatan yang paling teguh dan paling tahan lama yang dapat
menyatukan manusia’. Lantas, Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman (1957)
menyatakan bahawa wajar bagi kita sebuah Negara yang membangun mempunyai bahasa ibunda kita
sendiri. Sepertimana yang termuat dalam perkara 152 kurungan 1, sebagai bahasa persekutuan tanah
melayu

Nida E.A (1975) menghuraikan 3 aspek yang perlu ada pada setiap bahasa kebangsaan.Pertama,
perlunya terkecuali dari segi politik. Kedua, perlu ada kaitan dengan bahsa di rantau itu. Ketiga, perlunya
bilangan ketara penutur supaya dapat menjadi penutur contoh.

Memandangkan bahasa melayu telah digunapakai sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan,
sebagai bahasa komunikasi dan persuratan, maka bahasa melayu dipersetujui dan disepakati bersama
oleh pemimpin pelbagai kaum di Negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia
yang merdeka.

Nah,jelas sekali bahasa melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat
digunakan untuk mencapai matlamat perpaduan.

Hadirin sekalian,

Isi kedua, bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa ilmu ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai
aspek formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Jadi adakah bahsa
melayu ini mampu menjadi bahasa ilmu? Ayuh kita lihat bersama, segala aspek dalam memartabatkan
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu.

Melihat dari segi sejarah, bahasa melayu di rantau ini pernah digunakan di dalam peradaban tinggi, di
dalam istana, dan di kota di mana bahasa itu tersebar. Bahasa melayu juga telah lama digunakan untuk
mengungkapkan konsep yang tinggi serta kompleks, terutama dalam bidang agama,falsafah,sastera dan
budaya.
Tamadun besar dunia seperti china dan india bukannya dibina menggunakan bahasa asing,melainkan
melalui bahasa pribumi. Dari segi ini, bahasa kebangsaan memainkan peranan besar sebagai wahana
utama dalam pembentukkan kebudayaan,peradaban dan tamadun bangsa. Bahasa bukan lagi sekadar
alat komunikasi dan hubungan social, tetapi sebagai alat yang membentuk dan membina tamadun
bangsa.

Hadirin sekalian,

Isi terakhir saya, bahasa melayu diperkasakan, jati diri bangsa diperkukuhkan. Kata-kata bahasa jiwa
bangsa bukan lagi sekadar slogan, tetapi aspek utama yang membentuk dan mengembangkan identity
kebangsaan sesautu bangsa.

Laporan Bank Dunia 1999, menarik untuk meninjau kaitan taraf kemajuan sesebuah Negara dengan
dasar bahasa kebangsaannya. Negara yang menggunakan bahasa pribumi sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan kelihatan berada pada kedudukan yang baik dari segi penarafan Keluaran Dalam
Negara Kasar. Jepun, Perancis, dan Jerman misalnya, berada pada kedudukan penarafan lima yang
teratas.

Dengan nilai dan kepentingan yang berbeza, pergolakan social akan berlaku, dan ini akhirnya akan
memudaratkan Negara. Sebaliknya, dengan adanya bahasa kebangsaan, rakyat pelbagai etnik akan
dapat disatukan, penduduk pelbagai daerah akan dapat diikatkan, dan kota serta desa akan dapat
dijambatkan.

Hadirin sekalian,

Pada ketika ini bangun dan bersumpahlah, kita akan musuhi keruntuhan akhlak dalam diri kita, kita akan
musuhi segala macam perkara yang kotor kepada jasad dan kita akan musuhi pengkhianatan nasional
dan antarabangsa. Bisikkan di telinga anak-anak kecil,tumpahkan taat setia kepada negara, sesetia hud-
hud kepada Sulaiman. Genggam eratlah tangan-tangan kita, seerat genggaman Ismail kepada Ibrahim.
Hiduplah nikmat keamanan laksana musafir yang haus dipadang pasir.Inilah masa, kita menjunjung
firman tuhan selayak tempatnya, inilah masanya kita singkirkan segala macam prejudis dan salah sangka
terhadap makna serta nilai penyatuan nasional dan antarabangsa. Saya kira wacana saya dan sedikit
perkongsian ilmu sebentar tadi, maka dapatlah menghilangkan kelaparan dengan santapan ilmu yang
amat bermakna buat kita semua untuk dijadikan pengajaran hidup seharian. Sekian.

You might also like