You are on page 1of 9

11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

Utama  Tips Penanaman 

 VIDEO TIPS PENANAMAN

Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot
Semaian botol pot ini menggunakan medium sabut kelapa dan botol yang dipotong separuh.
Semaian ini untuk memastikan kelembapan medium terjaga dan mengelakkan pokok daripada
stres kekurangan air.

Oleh Fikri Mastor Pada 28 Sep 2016 Dikemaskini 4 Dec 2017


Terus pasang pemancang atau sistem sokongan pokok cili kerana pokok ini akan tumbang dan patah jika tidak disokong.Sumber

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 1/9
11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

Tanam dan Semai Dalam Botol versi Hid…


Hid…
Posted by Rakan Tani Pa'mie Petani
6,534 Views

Kaedah semaian botol pot ini ditunjukkan oleh Tuan Muhd Hazmie B Hassan atau lebih dikenali di
laman sosial Facebook Pa’mie Petani.

Semaian botol pot ini menggunakan medium sabut kelapa dan botol yang dipotong separuh.
Semaian ini untuk memastikan kelembapan medium terjaga dan mengelakkan pokok daripada stres
kekurangan air.

Satu kelebihan yang lain, botol pot ini mampu mengelakkan daripada siput memakan pucuk anak
pokok cili.

Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai sekadar hobi di rumah. Jika peringkat komersial, lebih
mudah dan e syen menggunakan tray semaian.

Kaedah penanaman ini menggunakan siraman baja AB, namun seandainya mahu menggunakan
baja NPK juga tiada masalah. Ini kerana medium yang diguna pakai adalah tanah.

BACA: Pembajaan Yang Teratur

Berikut disertakan panduan bergambar langkah demi langkah, cara memindah tanam anak pokok
cili semaian botol pot ke dalam pasu yang menggunakan medium tanah hitam 6 dalam 1 yang
sudah digaul bersama baja kompos tahi arnab.

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 2/9
11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

Sumber

Ambil bekas semaian botol pot yang mengandungi anak pokok cili. Pastikan tanah sudah siap
dibancuh dan dimasukkan ke dalam pasu.

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 3/9
11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

Sumber

Keluarkan anak pokok dari botol pot dengan berhati-hati. Ini untuk mengelakkan akar daripada
terputus dan menyebabkan kerosakan kepada pokok.

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 4/9
11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

Apabila akar pokok rosak, simptom kelayuan akan dizahirkan. Seeloknya proses pindah tanam ini di
lakukan pada waktu petang.

Sumber

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 5/9
11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

Apabila anak pokok dikeluarkan dengan berhati-hati, medium sabut kelapa tersebut tidak hancur
atau peroi disebabkan akar pokok cili kelihatan padat dan memegang kemas medium tersebut.

Sumber

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 6/9
11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

Tambah tanah dan kambus permukaan pasu. Pastikan penuh dan padat untuk memastikan pokok
tidak tumbang. Kedudukan pokok juga perlu ditengah-tengah pasu.

Sumber

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 7/9
11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

Terus pasang pemancang atau sistem sokongan pokok cili kerana pokok ini akan tumbang dan
patah jika tidak disokong.

Selamat Mencuba!

Sertai Kelas Sehari Tanam Cili Secara Fertigasi

Sumber Tuan Muhd Hazmie B Hassan

Fikri Mastor - 115 Posts - 29 Comments

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi (Genetik) dari UKM Bangi. Menulis untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam
industri pertanian.

© 2014 - 2019, Blog Cilibangi adalah sebahagian daripada Serotech Sdn Bhd (935220-W).
Website Developer: AFM

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 8/9
11/30/2019 Cara Pindah Tanam Anak Pokok Cili Guna Kaedah Semaian Botol Pot - Blog Cilibangi

https://www.cilibangi.com/blog/cara-pindah-tanam-anak-pokok-cili-guna-kaedah-semaian-botol-pot/ 9/9

You might also like