You are on page 1of 1

PERMOHONAN SERENTAK KEBENARAN MERANCANG DAN PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA TANAH DI BAWAH

SEKSYEN 204B KANUN TANAH NEGARA 1965 BAGI CADANGAN PANGSAPURI YANG MENGANDUNGI:-(1)1 BLOK PANGSAPURI HARGA
BEBAS 28 TINGKAT (418 UNIT) (2)1 BLOK PANGSAPURI RSKU (TRIO) 10 TINGKAT (108 UNIT) (3) 4 TINGKAT PODIUM TEMPAT LETAK
KERETA DI ARAS TANAH DAN 3 TINGKAT SEPARA BAWAH TANAH (4)KEMUDAHAN RUANG SOLAT DI ARAS BAWAH 3, TADIKA DI ARAS
TANAH, DEWAN SERBAGUNA, GIMNASIUM, KOLAM RENANG, BILIK SERBAGUNA KOMUNITI, KEDAI, DOBI DAN PEJABAT
PENGURUSAN DI ARAS 4 (5) 1 UNIT PONDOK PENGAWAL (6) 1 UNIT RUMAH SAMPAH, PEMBUANGAN SISA PUKUL DAN KITAR
SEMULA DI ATAS LOT 3510, SELUAS 4.999 EKAR, JALAN BS 5/27, SEKSYEN 2, TAMAN BUKIT SERDANG, SERI KEMBANGAN, MUKIM
PETALING, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN PREMIEREX SDN BHD

16.0 RINGKASAN PEMBINAAN

Permohonan kebenaran merancang oleh Tetuan Premierex Sdn. Bhd. Dapat


diringkaskan seperti berikut:

i) Tapak cadangan Pembangunan Perumahan terletak di atas Lot 3510, Seluas 4.999
Ekar, Jalan Bs 5/27, Seksyen 2, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Mukim
Petaling, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan dan berada di bawah bidang kuasa
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya dan terletak
di kawasan perumahan di Jalan BS 5/27. Jumlah keluasan tapak adalah 20,230.24
m² iaitu bersamaan 4.999 ekar sahaja.

ii) Berdasarkan pelan ukur topografi, lot cadangan pembangunan mempunyai profil
berbukit, bercerun serta terdapat cerun potongan dengan julat paras ketinggian dari
aras 83.50m RL sehingga 118.44m RL. Kawasan tertinggi dengan ketinggian
mencapai 118.44m RL manakala kawasan dengan aras terendah ialah pada
83.50m RL. Jumlah keseluruhan kawasan pembangunan yang telah dicadangkan
adalah 4.999 ekar.

iii) Kawasan tapak cadangan didasari oleh Formasi Kenny Hill.

iv) Sebanyak lima (5) lubang gerudi dengan Kaedah ‘Rotary Wash Boring Machine’
dijalankan, ujian SPT dijalankan pada sela 1.5m bersama kerja-kerja mengambil
disturbed sample manakala tiada Ujian Mackintosh Probe dijalankan di kawasan
tapak cadangan. Pemantauan paras air bawah tanah juga direkodkan disepanjang
kerja-kerja penyiasatan tanah dijalankan melalui Perforated P.V.C. Water
Standpipe yang dipasangkan di dalam setiap lubang gerudi di kawasan tapak
cadangan.

v) Berdasarkan analisa semula, didapati faktor keselamatan (FOS) bagi cerun yang
terlibat mencapai had faktor keselamatan minimum yang telah ditetapkan (FOS
>1.5).

vi) Pihak jurutera perunding telah mencadangkan konsep penggunaan


mencadangkan konsep struktur tembok penahan dari jenis ‘Reinforced Concrete
(R.C) Wall’ dengan tinggi melebihi 6.0m .

vii) Pihak jurutera perunding hanya mencadangkan asas dalaman (‘deep foundation’)
bagi pembangunan ini.

39 | P age

You might also like