You are on page 1of 14

BERTARIKH PADA , 2023

ANTARA

[NAMA / NAMA SYARIKAT]


[NO. KAD PENGENALAN / NO. PENDAFTARAN SYARIKAT]
(PIHAK PERTAMA)

AND

[NAMA / NAMA SYARIKAT]


[NO. KAD PENGENALAN / NO. PENDAFTARAN SYARIKAT]
(PIHAK KEDUA)

PERJANJIAN PERKONGSIAN
Hak Cipta © KNAZ CONSULTANCY SDN BHD 2023

Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada dokumen ini atau
templat-templat yang terkandung di dalamnya boleh direkodkan, diedarkan,
atau disiarkan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa cara sekalipun, termasuk
fotokopi, rakaman, atau apa-apa kaedah elektronik atau mekanikal lain, tanpa
kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Knaz Consultancy Sdn Bhd, kecuali
digunakan dalam petikan ringkas yang terkandung dalam ulasan ilmiah, dan
beberapa kegunaan bukan komersial yang dibenarkan oleh undang-undang
hak cipta.

Dokumen ini dan templat-templat yang terkandung di dalamnya dilindungi oleh


undang-undang hak cipta (Akta Hak Cipta 1987). Pencetakan atau penyebaran
yang tidak sah dari dokumen ini, atau sebahagian daripadanya, boleh
mengakibatkan tindakan sivil dan jenayah yang berat dan akan didakwa
semaksima yang mungkin di bawah undang-undang Malaysia.

1 / 13
PERJANJIAN PERKONGSIAN

PERJANJIAN PERKONGSIAN ini dibuat pada haribulan dan tahun yang tertera
dalam Seksyen 1 Jadual Pertama.

DIANTARA

Pihak Pertama yang butir-butirnya disebut dalam Seksyen 2 Jadual Pertama


(selepas dari ini dirujuk sebagai “Pihak Pertama”) di satu pihak

DAN

Pihak Kedua yang butir-butirnya disebut dalam Seksyen 3 Jadual Pertama


(selepas dari ini dirujuk sebagai “Pihak Kedua”) di satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA:-

I. Pihak Pertama merupakan seorang individu yang mempunyai alamat


penyampaian di [Alamat Penuh]. ATAU Pihak Pertama merupakan sebuah
syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan
mempunyai alamat berdaftar di [Alamat Penuh].

II. Pihak Kedua merupakan seorang individu yang mempunyai alamat


penyampaian di [Alamat Penuh]. ATAU Pihak Kedua merupakan sebuah
syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan
mempunyai alamat berdaftar di [Alamat Penuh].

III. Pihak Pertama dan Kedua telah bersetuju untuk membuka sebuah
Perkongsian di bawah Akta Perkongsian 1961 di atas nama [nama
perkongsian] (selepas ini disebut sebagai “Perniagaan ini”) yang
menjalankan perniagaan [nyatakan jenis perniagaan yang akan dijalankan],
dan beroperasi di pejabat beralamat [alamat penuh pejabat].

IV. Pihak Pertama dan Kedua bersetuju untuk melabur dan berusahasama
dalam menjalankan Perniagaan ini berdasarkan kepada syarat-syarat,
terma-terma dan peruntukan-peruntukan yang dinyatakan secara jelas atau
tersirat dalam Perjanjian ini.

V. Pihak Pertama dan Kedua bersetuju bahawa perkongsian ini berkuatkuasa


dari tarikh Perjanjian ini dan akan berterusan sehingga dibatalkan
sebagaimana dinyatakan dalam terma dan syarat perjanjian ini.

2 / 13
PERJANJIAN INI DIPERSETUJUI DAN DISAKSIKAN oleh kedua-dua pihak seperti
berikut:-

1. DEFINISI DAN TAFSIRAN

Di dalam Perjanjian ini, setiap perkataan hendaklah membawa maksud seperti


yang dinyatakan di bawah:-

a) “Pihak Pertama” merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam


Seksyen 2 Jadual Pertama dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima
hak, pentadbir dan penguasaannya.

b) “Pihak Kedua” merujuk kepada pihak yang diterangkan di dalam Seksyen


3 Jadual Pertama dan termasuk waris-waris, wakil diri, penerima hak,
pentadbir dan penguasaannya.

c) “Perniagaan ini” merujuk kepada perniagaan seperti yang terdapat di


dalam Pendaftaran Perkongsian dan apa-apa dokumen lain yang
berkaitan.

d) “Balasan” merujuk kepada balasan keuntungan yang akan diperolehi


daripada Perniagaan ini dan akan dibahagikan diantara Pihak Pertama
dan Kedua.

e) “Liabiliti” merujuk kepada tanggungjawab bersama-sama yang perlu


dipikul dan dilaksanakan oleh Pihak Pertama dan Kedua.

f) “bulan” bermakna bulan kalender masihi.

g) “Undang-undang” merujuk kepada Undang-undang Malaysia yang


terkandung di dalam Akta-akta, Enakmen, Peraturan, dan “by Laws” yang
diterima pakai di Malaysia.

h) Masa dimana jua disebut di dalam Perjanjian ini adalah menjadi perkara
mustahak dan pati bagi perjanjian ini.

i) Jika terdapat dua atau lebih orang perseorangan yang boleh dikategori
sebagai Pihak Pertama dan Pihak Kedua apa-apa perjanjian–perjanjian,
waad-waad, syarat-syarat dan akujanji-akujanji mereka hendaklah
dianggap sebagai dilaksanakan oleh, dan akan mengikat setiap daripada
mereka bersama dan berasingan.

3 / 13
2. BALASAN

2.1 Keuntungan. Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju dan berwaad
bahawa keuntungan bersih yang akan diperolehi daripada Perniagaan ini
akan dibahagi sama rata diantara Pihak Pertama dan Pihak Kedua pada
peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50% :50%) masing-masing.

2.2 Kerugian. Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju akan bersama-sama
menanggung kerugian sekiranya berlaku daripada Perniagaan ini pada
peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50%:50%) masing-masing tanpa
gagal.

2.3 Akaun Pendapatan Berasingan. Satu akaun pendapatan berasingan


hendaklah dikekalkan bagi pihak pertama dan pihak kedua. Keuntungan
dan kerugian perkongsian hendaklah dicaj atau dikreditkan kepada
akaun pendapatan berasingan bagi setiap pihak. Sekiranya pihak tersebut
tidak mempunyai baki kredit dalam akaun pendapatan mereka, kerugian
hendaklah dicaj kepada akaun modal mereka.

2.4 Keingkaran Pembahagian Balasan. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa


sekiranya ada di antara pihak-pihak terlibat di dalam Perjanjian
Perkongsian ini gagal samada membahagikan keuntungannya atau
kerugiannya seperti yang dinyatakan secara jelas di klausa 2.1 dan 2.3
melainkan dengan persetujuan kedua-dua pihak, maka pihak yang satu
lagi adalah berhak membawa perkara tersebut untuk penyelesaian
mengikut Klausa 13.

3. MODAL DAN PELABURAN

3.1 Sumber Modal. Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju dan berwaad
akan bersama-sama menyumbangkan modal bagi perniaggan tersebut
secara sama rata diantara Pihak Pertama dan Pihak Kedua pada
peratusan Lima Puluh dan Lima Puluh (50% :50%) masing-masing dari segi
sumbangan tunai, harta benda, atau asset lain yang akan digunakan
dalam perniagaan ini.

3.2 Jumlah Modal. Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju dan berwaad
jumlah modal awal yang dikeluarkan adalah sebanyak Ringgit Malaysia
Lima Puluh Ribu (RM50,000) sahaja bagi setiap pihak.

4 / 13
3.3 Akaun Modal Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bagi tujuan
sumbangan modal, dan transaksi perniagaan untuk membuka sebuah
akaun bank bersama sebagai akaun modal.

3.4 Perubahan Modal. Sekiranya pada bila-bila masa selagimana perjanjian ini
berkuatkuasa, terdapat salah satu antara Pihak Pertama atau Pihak Kedua
yang ingin membuat perubahan dari segi pengurangan atau
penambahan modal, Pihak Pertama dan Pihak Kedua perlu berbincang
dan mencapai kata sepakat sebelum sebarang keputusan dibuat.

3.5 Pengeluaran dan Pelupusan Modal. Modal hendaklah dikekalkan dalam


akaun bersama sepanjang masa perkongsian ini berkuatkuasa.
Walaubagaimanapun, Pihak Pertama dan Pihak Kedua perlu memberi
notis bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari untuk
mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan modal mereka dalam
perniagaan ini. Pengeluaran sebahagian modal akan menyebabkan
peratusan keuntungan dan kerugian perlu diputuskan semula.
Pengeluaran keseluruhan modal akan membubarkan perkongsian ini.

4. BUKU DAN REKOD PERAKAUNAN

Buku dan rekod perakaunan Perniagaan ini hendaklah dikekalkan di pejabat


utama Perniagaan ini dan setiap pihak pertama dan kedua hendaklah
mempunyai akses kepada buku dan rekod perakaunan pada setiap masa yang
munasabah. Buku perakaunan hendaklah disimpan berdasarkan setiap tahun
kewangan, dan hendaklah ditutup dan diseimbangkan pada akhir setiap tahun
kewangan. Pemeriksaan audit hendaklah dijalankan pada tarikh penutupan
tersebut.

5. LIABILITI

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa liabiliti terhadap Perniagaan ini adalah


ditanggung bersama-sama Pihak Pertama dan Pihak Kedua dan sekiranya satu
pihak di saman bagi tuntutan gantirugi, perbelanjaan gantirosak, tanggung
kerugian dan perbicaran maka pihak yang satu lagi akan menanggung rugi
pihak yang disaman tersebut tanpa gagal. Sekiranya pihak yang satu lagi enggan
dan/atau gagal dan/atau cuai untuk menanggung rugi pihak yang disaman
tersebut maka secara perjanjian pihak yang disaman tersebut berhak untuk

5 / 13
menarik pihak yang satu lagi di dalam prosiding tuntutan tersebut sebagai Pihak
Ketiga.

6. PENGURUSAN

6.1 Kewangan. Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa kedua-dua
pihak adalah bertanggungjawab bersama-sama untuk mengendalikan
pengurusan kewangan Perniagaan ini dan akan melantik juruaudit luar
bagi setiap hujung tahun kewangan untuk memastikan bahawa
perjalanan akaun Perniagaan ini adalah teratur dan tersusun tanpa ada
sebarang penyelewengan.

6.2 Pekerja. Pihak Pertama dan Pihak Kedua berjanji akan bertanggungjawab
bersama-sama untuk mengambil insuran pekerja-pekerja Perniagaan ini
dengan insuran pampasan pekerja dan akan membayar sebarang
caruman yang perlu di bayar mengikut Undang-undang buruh yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

7. KEDUDUKAN PERKONGSIAN

a) Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa pada masa


menandatangani Perjanjian Perkongsian ini, Perniagaan ini akan
beroperasi sebagai sebuah perniagaan induk sendiri dan akan hanya
diuruskan oleh Pihak Pertama dan Pihak Kedua.

b) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pada masa material tersebut Pihak


Pertama dan Pihak Kedua adalah diwajibkan untuk menandatangani
segala dokumen-dokumen yang perlu bagi Perniagaan ini.

8. PEMBATALAN

a) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian perkongsian ini tidak boleh


dibatalkan samasekali melainkan berlakunya perkara-perkara yang
dinyatakan dibawah ini:-

i. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju secara sukarela membatalkan


Perjanjian Perkongsian ini, dimana dalam keadaan ini, kedua-dua

6 / 13
pihak akan menjalankan proses pencairan perniagaan perkongsian
dengan kadar segera. Aset dan nama Perniagaan ini akan dijual dan
dibahagikan untuk membayar atau menyediakan pembayaran bagi
semua liabiliti perkongsian dan perbelanjaan proses pencairan;

ii. Sekiranya salah satu pihak yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian
ini melanggar syarat-syarat, terma-terma dan peruntukan-peruntukan
di dalam Perjajian Perkongsian ini;

iii. Sekiranya pihak berkuasa membatalkan lesen Perniagaan ini dan/atau


enggan memperbaharui lessen Perniagaan ini;

iv. Sekiranya Perniagaan ini mengalami kerugian yang teruk dan Pihak
Pertama dan Pihak Kedua terpaksa menutup Perniagaan ini samada
secara sukarela ataupun dengan perintah mahkamah.

c) Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembatalan Perjanjian Perkongsian


tidak akan menyebabkan hilangnya hak pihak-pihak yang terlibat didalam
Perjanjian Perkongsian ini yang telah dinyatakan didalam peruntukan –
peruntukan Perjanjian Perkongsian ini.

9. KEMATIAN ATAU KETIDAKUPAYAAN RAKAN KONGSI

Kematian atau ketidakupayaan mana-mana pihak atau mana-mana waris


kepada mana-mana pihak tidak membubarkan Perkongsian ini. Perkongsian ini
akan berterusan, dengan syarat bahawa jika mana-mana pihak meninggal dunia
atau diisytiharkan tidak upaya oleh mahkamah, waris kepada pihak tersebut
akan mewarisi kepentingan dalam perniagaan ini dan akan memiliki hak, tugas,
hak istimewa, liabiliti, dan kewajipan yang berkaitan dengan perniagaan ini.

10. PERSARAAN

10.1 Persaraan mana-mana pihak. Sekiranya mana-mana pihak berhasrat


untuk bersara daripada perkongsian ini, pihak tersebut hendaklah memberi
notis bertulis selama enam (6) bulan kepada pihak yang lagi satu, dan
pihak yang meneruskan perniagaan ini hendaklah membayar kepada
pihak yang ingin bersara pada pengakhiran notis enam (6) bulan itu nilai
pulangan keuntungan dalam perniagaan ini. Penutupan buku dan
penyediaan penyata untung rugi perlulah dibuat untuk menentukan nilai

7 / 13
tersebut. Semua pertikaian yang timbul daripadanya akan ditentukan
sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 13.

10.2 Hak Rakan Kongsi yang Meneruskan. Apabila mana-mana pihak bersara,
pihak yang meneruskan perniagaan ini akan mempunyai kebebasan, jika
mereka berhasrat, untuk mengekalkan nama perniagaan ini dan setiap
pihak - pihak hendaklah menandatangani dan melaksanakan
pemindahan, instrument, atau dokumen yang diperlukan sewajarnya.

11. KEINGKARAN

11.1 Keingkaran Pihak Pertama

a) Sekiranya Pihak Pertama melanggar syarat-syarat, terma-terma dan


peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian Perkongsian
ini maka Pihak Kedua berhak membatalkan Perjanjian Perkongsian ini
dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak Pertama dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukan dan Pihak
Kedua berhak menuntut gantirugi terhadap segala kerugian yang dialami
kesan daripada perlanggaran tersebut

b) Sekiranya perlanggaran terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan-


peruntukan dalam Perjanjian Perkongsian ini oleh Pihak Pertama
menyebabkan Pihak Kedua di saman terhadap tuntutan gantirugi,
perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak
Pertama mestilah menanggung rugi Pihak Kedua terhadap tuntutan-
tuntutan tersebut tanpa gagal.

11.2 Keingkaran Pihak Kedua

a) Sekiranya Pihak Kedua melanggar syarat-syarat, terma-terma dan


peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian Perkongsian
ini maka Pihak Pertama berhak membatalkan Perjanjian Perkongsian ini
dengan memberi notis pembatalan kepada Pihak Kedua dalam tempoh
empat belas (14) hari dari tarikh perlanggaran tersebut dilakukan dan
Pihak Pertama berhak menuntut gantirugi terhadap segala kerugian yang
dialami kesan daripada perlanggaran tersebut

b) Sekiranya perlanggaran terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan-


peruntukan dalam Perjanjian Perkongsian ini oleh Pihak Kedua

8 / 13
menyebabkan Pihak Pertama di saman terhadap tuntutan gantirugi,
perbelanjaan gantirosak, tanggung kerugian dan perbicaraan maka Pihak
Kedua mestilah menanggung rugi Pihak Pertama terhadap tuntutan-
tuntutan tersebut tanpa gagal.

12. EKUITI

12.1 Ekuiti. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa dengan menandatangani


Perjanjian Perkongsian ini, maka Pihak Pertama mempunyai Lima Puluh
Peratus(50%) pegangan ekuiti di dalam Perniagaan ini dan Pihak Kedua
mempunyai Lima Puluh Peratus (50%) pegangan ekuiti di dalam
Perniagaan ini.

12.2 Penjualan Ekuiti

a) Pihak Pertama bersetuju dan berjanji bahawa sekiranya Pihak Pertama


mempunyai niat untuk menjual pegangan ekuiti Pihak Pertama kepada
pihak lain maka persetujuan bertulis daripada Pihak Kedua mestilah
diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan terlebih
dahulu kepada Pihak Kedua dan Pihak Kedua dalam tempoh Satu (1)
bulan mestilah memberi jawapan bertulis kepada tawaran tersebut dalam
tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya Pihak Kedua gagal memberi
jawapan bertulis dalam masa yang telah ditetapkan maka Pihak Pertama
berhak menawarkan penjualan pegangan ekuiti tersebut kepada pihak
lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Kedua.

b) Pihak Kedua bersetuju dan berjanji bahawa sekiranya Pihak Kedua


mempunyai niat untuk menjual pegangan ekuiti Pihak Kedua kepada
pihak lain maka persetujuan bertulis daripada Pihak Pertama mestilah
diperolehi dan penjualan ekuiti tersebut mestilah ditawarkan terlebih
dahulu kepada Pihak Pertama dan Pihak Pertama dalam tempoh Satu (1)
bulan mestilah memberi jawapan bertulis kepada tawaran tersebut dalam
tempoh masa yang ditetapkan dan sekiranya Pihak Pertama gagal
memberi jawapan bertulis dalam masa yang telah ditetapkan maka Pihak
Kedua berhak menawarkan penjualan pegangan ekuiti tersebut kepada
pihak lain tanpa perlu memberi notis selanjutnya kepada Pihak Pertama.

c) Sekiranya penjualan pegangan ekuiti tersebut tidak mengikut peruntukan-


peruntukan yang telah ditetapkan di Klausa 12.2 (a) dan (b) maka
penjualan ekuiti tersebut adalah tidak sah.

9 / 13
13. TIMBANG TARA

Sekiranya terdapat sebarang pertikaian yang timbul di antara pihak-pihak


berkenaan hak atau liabiliti mereka di bawah perjanjian ini, atau di bawah mana-
mana instrumen yang dibuat dalam rangka perniagaan ini, pertikaian tersebut
perlu ditentukan atau diselesaikan dengan merujuk pertikaian tersebut kepada
penimbangtara yang dilantik.

14. FORCE MAJEURE

Sekiranya berlaku “Force Majeure” yang menyebabkan mana-mana pihak di


dalam Perjanjian Perkongsian ini tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya
seperti yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Perkongsian ini, maka kegagalan
dan/atau keingkaran tersebut adalah tidak boleh diambilkira sebagai
perlanggaran kepada terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan –peruntukan di
dalam Perjanjian ini.

Definisi bagi “Force Majeure” adalah seperti berikut:-

a) Berlakunya peperangan, penaklukan, perbuatan, kerosakan yang teruk


oleh pihak-pihak pelampau, rusuhan, darurat, serangan pengganas,
kiamat dan sebagainya;

b) Berlakunya pencemaran radioaktif samada daripada sumber nuklear atau


sumber-sumber lain yang menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak;

c) Berlakunya gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, letupan gunung


berapi dan sebagainya yang dikategorikan sebagai “Act of God”

15. KEPELBAGAIAN

15.1 Penyerahan tugas. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tugas-tugas


pengurusan akan hanya dibuat oleh Pihak Pertama dan Pihak Kedua
sahaja melainkan jika kedua-dua pihak bersetuju untuk melantik orang
ketiga bagi tugas-tugas pengurusan.

15.2 Cukai. Kedua-dua pihak bersetuju akan bersama membayar cukai yang
mungkin dikenakan oleh Pihak Berkuasa diartas Perniagaan ini.

10 / 13
15.3 Sulit dan Persendirian. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa segala
maklumat-maklumat berkaitan dengan Perniagaan ini adalah sulit dan
persendirian dan kedua-dua pihak berjanji tidak akan memaklumkan
kepada sesiapapun samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung berkenaan dengan maklumat-maklumat Perniagaan ini.

15.4 Undang-Undang. Pihak Pertama dan Pihak Kedua bersetuju bahawa


dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Perjanjian
Perkongsian tersebut mestilah mematuhi setiap undang-undang di
Malaysia dan sekiranya ada pihak-pihak yang secara sengaja ataupun
tidak sengaja melanggar undang-undang sehingga menyebabkan pihak
yang satu lagi disaman maka pihak yang melanggar undang-undang
tersebut mestilah menanggung rugi pihak yang satu lagi terhadap saman
tersebut.

15.5 Pemberian Milik. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian


Perkongsian ini tidak boleh dipindahmilik oleh mana-mana pihak yang
terlibat di dalam Perjanjian Perkongsian ini kepada Pihak Ketiga.

15.6 Masa. Masa merupakan asas penting di dalam Perjanjian Perkongsian ini
berhubung dengan segala terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan-
peruntukan di dalam Perjanjian ini.

15.7 Jadual dianggap Bahagian Penting Perjanjian ini. Jadual - jadual yang
dilampirkan di dalam Perjanjian Perkongsian ini hendaklah dianggap,
dibaca dan ditafsirkan sebagai penting Perjanjian Perkongsian ini.

15.8 Tajuk. Tajuk dan sub tajuk di dalam klausa-klausa perjanjian ini adalah
dimasukkan untuk tujuan memudahkan sahaja dan tidak diambilkira di
dalam penafsiran klausa-klausa berkenaan.

15.9 Notis. Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki,


disampaikan leh mana-mana pihak kepada Perjanjian Perkongsian ini
hendaklah secara bertulis dan hendaklah disifatkan sebagai
penyampaian yang mencukupi dan sempurna sekiranya dihantar oleh
pihak itu atau peguamcaranya melalui surat pos berdaftar ke alamat
pihak-pihak yang satu lagi itu seperti yang tersebut terdahulu di atas ini dan
didalam hal demikian ianya hendaklah disifatkan telah menerimanya
apabila menerima bukti serahan berdaftar tersebut atau dengan serahan
tangan ke diri pihak-pihak dalam Perjanjian Perkongsian ini.

11 / 13
SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak berkenaan
menurunkan tandatangan masing-masing di sini pada haribulan dan
tahun yang tertera dimuka surat pertama perjanjian ini.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama )

Dengan Kehadiran )

Ditandatangani oleh Pihak Kedua )

Dengan Kehadiran )

12 / 13
JADUAL PERTAMA
(Jadual ini hendaklah dianggap dibaca, dan ditafsirkan sebagai sebahagian
yang penting dan tidak terpisahkan daripada Perjanjian ini.)

SEKSYEN ITEM KETERANGAN

1. TARIKH

NAMA DAN KETERANGAN


2.
PIHAK PERTAMA

NAMA DAN KETERANGAN


3.
PIHAK KEDUA

13 / 13

You might also like