You are on page 1of 3

PROGRAM BACALAH ANAKKU | PEMULIHAN KHAS | SK HAJI WAN JAAFAR

KERTAS KERJA
PROGRAM
BACALAH ANAKKU

ANJURAN

PEMULIHAN KHAS

BERSAMA

PANITIA BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN
PROGRAM BACALAH ANAKKU | PEMULIHAN KHAS | SK HAJI WAN JAAFAR

Program Bacalah Anakku ini dijalankan bagi membantu murid-murid bermasalah


dalam pembelajaran mereka. Bukan sahaja di kelas, malahan di luar kelas juga murid-murid ini
perlu lebih agresif untuk melancarkan bacaan mereka. Hal ini dapat memberi peluang kepada
murid-murid agar lebih gembira dalam pembelajaran mereka

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program
Bacalah Anakku dapat menguasai asas membaca dengan baik.

3.0 OBJEKTIF

Melahirkan murid celik huruf merupakan objektif utama Program Bacalah Anakku ini.
Melalui program ini juga diharapkan dapat mewujudkan budaya membaca dalam kalangan
murid. Menjadikan amalan membaca sebagai satu rutin harian sesuai dengan kepentingan
membaca sebagai jambatan ilmu.

4.0 ANJURAN

 Unit Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Haji Wan Jaafar


 Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Haji Wan Jaafar

5.0 BUTIRAN PROGRAM

i. Tarikh : 12 Jun 2023 (Sepanjang Tahun)


ii. Masa : Setiap Masa Pembelajaran

6.0 SASARAN

 Murid pemulihan khas

7.0 PENUTUP

Diharapkan agar Program Bacalah Anakku ini dapat membantu murid yang lemah
dalam bacaan. Selain itu, semoga murid yang mengikuti program mampu menguasai
pembacaan serta lebih yakin. Kerjasama daripada pihak guru dan waris amat menyumbang
dalam menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.


PROGRAM BACALAH ANAKKU | PEMULIHAN KHAS | SK HAJI WAN JAAFAR

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………………
………………………………………………..
(MOHAMAD SYAFIQ BIN ABD RAHIM) (OMAR BIN MAT
SALLEH)
Guru Pemulihan Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Haji Wan Jaafar SK Haji Wan Jaafar

Disahkan oleh,

………………………………………………..
(MOHAMAD BIN HASAN BAKRI)
Guru Besar,
SK Haji Wan Jaafar

You might also like