You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS 2, MELAKA

MINIT MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA


PIBG SESI 2023/2024

TARIKH : 26 JULAI 2023 (RABU)


MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SK CONVENT INFANT JESUS 2

KEHADIRAN
1. PN KHOO AH NYOOT (EX-OFFICIO)
2. EN JEREMY YEONG WEN HANN (YDP PIBG)
3. EN MOHAMAD SHAZANY AZFAR BIN MOHD SHUKRY (NYDP PIBG)
4. PN MAS SYAZANAWATI BINTI MASHKOR (SETIAUSAHA)
5. PN NG YIN THIEN (NAIB BENDAHARI)
6. PN SITI HASZRAH BINTI TUREMEN
7. PN YEOW JIAN AI
8. PN. SHARMILA RANI MOGANADAS
9. PN. THAM LEE YAN
10. PN. TRACY POH
11. PN. HAMIMAH HAMID
12. EN MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAM
13. PN FOO HUEY KOON

TIDAK HADIR
1. PN NADIA IZWANEE BINTI ZAINUDDIN (BENDAHARI)-(MSSM BOLA SEPAK)
2. PN TEE MAN CHEE
3. EN MUHAMMAD MUSTAFA BIN KASDAN (LATIHAN BOLA TAMPAR)
4. PN NANCY AUGUSTINE
5. DR ZARINA BEGAM ABDUL KADIR (MAJLIS PENUTUP MSSD)
6. PN HARTINI BIN HAMZAH
7. EN BUDIMAN BIN SALLEH (LATIHAN BOLA BALING)
8. PN MASLIHA BINTI MOHD NOH (NAIB SETIAUSAHA) – (TAKLIMAT)
9. PN MASTEMPAWAN KAMARRUDIN (BENGKEL NILAM)
10. PN SRIJAYAWAYNE A/P N JEYARAMAN

PERKARA
1.0 Ucapan Yang Di Pertua PIBG
1.1 En Jeremy Yeong, selaku YDP PIBG mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG yang
baru bagi sesi 2023/2024 dan berterima kasih kepada AJK yang sudi menghadiri
mesyuarat pada petang ini.
2.0 Ucapan Ex- Officio (Guru Besar)

2.1 Guru Besar, Pn Khoo Ah Nyoot mengucapkan terima kasih atas kesudian kesemua AJK
PIBG untuk hadir pada mesyuarat hari ini.

(Tindakan : Makluman)
3.0 Laporan Kewangan dan Pembentangan Bajet

3.2 Naib Bendahari Pn Ng Yin Thien membentangkan laporan kewangan PIBG sehingga 26
Julai 2023 (Sila rujuk lampiran)
3.3 Laporan Kewangan Julai 2023
- Sehingga 26 Julai 2022, baki akhir kewangan PIBG adalah sebanyak RM7419.07
- Pn Nadia memaklumkan jumlah baki ini setelah dikemaskini untuk bayaran
pengurusan Mesyuarat Agung PIBG yang lepas.
(Tindakan : Makluman)

4.0 Perbincangan/Isu Berbangkit

4.1 Gotong- Royong Sekolah

4.1.2 Guru Besar memaklumkan gotong royong sekolah akan diadakan pada 12 Ogos 2023
pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
4.1.3 Guru Besar mencadangkan beberapa tempat untuk dikemaskini dan dibersihkan
4.1.3.1 Kawasan semak di bahagian pokok pisang belakang sekolah. Guru Besar
memohon pihak PIBG untuk menanggung kos simen kawasan tersebut. En
Shazany memberitahu bahawa dua tahun lepas kawasan itu telah dibersihkan.
Oleh yang demikian, jika selepas ini telah dibersihkan perlu tindakan segera
untuk simen kawasan tersebut bagi mengelakkan menjadi semak semula.
(Tindakan: AJK PIBG)
4.1.3.2 Tembok belakang ( Cat )
4.1.3.3 Grill pintu bilik komputer
4.1.3.4 Pemegang tangga
4.1.3.5 Besi-besi di pondok ibubapa
4.1.3.6 Cat dinding bilik RBT dan pintu bilik RBT
4.1.3.7 Bahagian luar kelas 1 Hijau dan 1 Jingga
4.1.3.8 Pintu bilik tayang.
4.1.3.9 Cermin pintu bilik Guru Penolong Kanan.
4.1.3.10 Nacol yang rosak di kelas 2 Kuning.
4.1.3.11 Pintu kelas 5 Hijau.

4.1.4 Pn Hamimah memaklumkan jika pihak sekolah ingin menukar warna cat yang sedia ada
perlu memohon kepada pihak Lembaga Pengurus Sekolah. Pihak sekolah tidak boleh
menukar warna cat sesuka hati.
4.1.5 En Shazany bertanya tentang keperluan penambahan kipas dan lampu di dalam bilik
darjah. Jika ada boleh maklumkan kepadanya untuk disumbangkan.
4.1.6 Guru Besar akan memaklumkan jika perlu. Pn Wusah memaklumkan kelas tahun 6 boleh
ditambah kipas kerana kelas mereka panas. Begitu juga kelas-kelas yang berada di atas
kantin.
4.2 Status “Vendor Machine”

4.2.1 Guru Besar memaklumkan Jabatan Pendidkan Melaka tidak meluluskan


penggunaan Vendor Machine di sekolah. Jika ingin meneruskan juga perlu
diletak di bawah pengurusan kantin. Walaubagaimanapun, gred kantin tidak
akan mendapat Gred A jika menyediakan makanan dan minuman yang tidak
berkhasiat. Guru Besar memohon cadangan dari pihak PIBG.
4.2.2 En Jeremy bersetuju untuk memulangkan semula vendor Machine tersebut jika
tiada kontrak. Semua ahli jawatankuasa juga turut bersetuju.
(Tindakan: AJK PIBG)

4.3 Sumbangan PIBG 2023/2024

4.3.1 Pn Khoo Ah Nyoot memaklumkan pihak Jabatan Pendidikan Melaka telah


meluluskan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM200 bagi setiap keluarga.
4.3.2 Pn Ng Yin Thien mencadangkan supaya kutipan sumbangan PIBG dikutip secara
tunai bagi memudahkan urusan perekodan. Ini kerana pada sesi lepas terdapat
ibubapa yang bayar secara dalam talian dan tunai.
4.3.3 Pn Siti Haszrah mencadangkan sumbangan PIBG dikutip semasa hari penyerahan
Penilaian Berasaskan Bilik Darjah (PBD) yang akan diadakan pada 18 Ogos 2023.
4.3.4 Pn Siti Haszrah meminta setiausaha untuk menyediakan surat makluman
kutipan sumbangan PIBG dan menyatakan kaedah bayaran secara tunai.
4.3.5 Pn Mas Syazanawati bertanya tentang jumlah sumbangan PIBG bagi anak guru.
YDP telah bersetuju untuk mengekalkan jumlah sumbangan anak guru sebanyak
RM100 seperti dalam perlembagaan sebelum ini.
(Tindakan : Setiausaha)

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pn Khoo mencadangkan pihak PIBG menyediakan CCTV di kawasan tertentu di


sekolah kerana kes kecurian dalam kelas semakin kerap berlaku .
5.2 En Shazany memaklumkan jika pasang di dalam kelas akan memalukan murid.
En Shazany mencadangkan CCTV di pasang di laluan penting sahaja. Beliau juga
mencadangkan supaya meletakkan notis-notis amaran di kawasan tumpuan
untuk menakutkan mereka.
5.3 Pn Hamimah memaklumkan bahawa guru disiplin juga telah membuat
peraturan untuk menutup pintu kelas semasa rehat atau semasa ke bilik khas.
Pengawas juga akan menjaga di bahagian laluan ke kelas bagi mengelakkan
murid masuk ke kelas sesuka hati semasa waktu rehat.
5.4 En Jeremy mencadangkan untuk memasang CCTV tanpa wayar (wireless)
memandangkan kos pemasangan lebih murah. Puan Tracy bersetuju untuk
menyediakan sebut hargta bagi CCTV tersebut.
5.5 Pn Tham membuat aduan tentang makanan yang disediakan di kantin kurang
memuasan dan harga makanan mahal. En Shazany mencadangkan supaya Ahli
Jawatankuasa PIBG membuat tinjauan di kantin.

5.6 Pn Yeow mencadangkan supaya pihak kantin menyediakan makanan yang lebih
pelbagai dan sihat. Contohnya roti.
5.7 Pn Sharmila mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan aktiviti berkaitan
kemerdekaan yang lebih ilmiah selain pertandingan Ratu Merdeka yang sering
diadakan pada setiap tahun. Contohnya Icon Sejarah. Pn Hamimah
memaklumkan bahawa panitia Sejarah telah bekerjasama dengan panitia
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Pendidikan Muzik
dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan.

(Tindakan: Semua AJK)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.20 petang.

Yang Menjalankan Amanah,

Mas Syazanawati Mashkor

Setiausaha Kehormat
PIBG SKCIJ(2)
2023/2024

You might also like