You are on page 1of 45

PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

1.0 PROFIL SYARIKAT

1.1 Latar belakang syarikat dan Sejarah

Kumpulan Yeo Hiap Seng Malaysia pada dasarnya terlibat dalam penghasilan,

pemasaran dan penjualan makanan dan minuman di bawah nama jenama “Yeo’s”,

“Fizzi”, “Goodtase”, “Cintan” dan “Soyrich”. Produk ini dikeluarkan oleh kilang-kilang

Yeo Hiap Seng Malaysia yang keseluruhannya terletak di Malaysia. Semua makanan dan

minuman yang di keluarkan menggunakan bahan-bahan yang segar untuk mengekalkan

rasa dan citarasa yang asli.

Pada tahun 1955, sejarah ditempuh bukan saja untuk syarikat ini tetapi untuk

keseluruhan dunia apabila Yeo Hiap Seng telah berubah daripada kebiasaan dari segi

pemikiran daripada hasil kejayaan membotolkan susu soya bean. Sejarah kebanggaan

Yeo Hiap Seng Malaysia bermula di China apabila kilang soya telah dibina pada tahun

1906. Inisiatif pengasasnya Yeo Kheng Lian telah membawa ke Asia pada tahun 1973

apabila keluarganya berpindah ke Singapura. Pada tahun di mana Malaya telah menjadi

negara bangsa juga merupakan tanda aras penting kepada Yeo Hiap Seng. Tahun 1957

menyaksikan penubuhan pertama pejabat Yeo Hiap Seng di Malaysia. Yeo Hiap Seng

memperbadankan jualan syarikat yang pertama di Malaysia di bawah nama Yeo Hiap

Seng (Sarawak) Sdn.Bhd dan diikuti dengan penubuhan kilang pegetinan Yeo Hiap Seng

(Malaysia) Sdn.Bhd di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1959.

1
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

1967 merupakan pencapaian terbesar syarikat. Berikutan kejayaan pembotolan

susu soya, Yeo Hiap Seng sekali lagi memperkenalkan minuman penciptaan baru apabila

menjadi yang pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak. Pada tahun itu

juga Yeo Hiap Seng memperkenalkan kari ayam yang ditinkan. Berkembang daripada

kekuatan demi kekuatan, syarikat memulakan operasi mengetinkan makanan yang dibina

di Johor Bharu pada 1971. Pada 1975 syarikat di senaraikan dalam Kuala Lumpur Stock

Exchange. Pada 1983, Yeo Hiap Seng menjadi pengeluar minum di Jepun. Bagi syarikat

yang mempunyai pengalaman yang luas, kepelbagaian dalam bidang yang berkaitan

merupakan perkara yang biasa. Yeo Hiap Seng Malaysia memperkenalkan pelbagai

minuman dalam tin pada tahun 1985 sementara 1984, menjadi yang pertama di Malaysia

membangunkan dan pembungkusan minuman berkabonat perisa buah-buahan tropika di

bawah nama jenama “Fizzi”.

Pada tahun tersebut juga Yeo Hiap Seng Malaysia menjadi yang pertama dalam

negara memperkenalkan jus campuran buah-buahan 100%. Tahun 1994 Yeo’s menjadi

nama barangan rumah di Malaysia dan Singapura. Ini merupakan masa untuk syarikat

mengambil tindakan mengembangkan perniagaan. Yeo Hiap Seng mengadakan pakatan

bersama dengan Worldgrain Co. Ltd untuk menghasilkan minuman dalam tin dan pada

1995 Yeo Hipa Seng mendapatkan subsidiari Rengo International Investment Ltd Hong

Kong di mana beroperasi dengan Xiaman Rengo Food Co.Ltd untuk meneluarkan dan

mengedarkan mee segera ke China.

2
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

1.2 Objektif atau matlamat korporat

Syarikat ini amat mementingkan inovasi dan penyelidikan serta pembangunan

dalam menghasilkan produk mee segera. Dengan pembaharuan ini diharap dapat

memajukan lagi perniagaan mereka. Selain itu logo Yeo’s telah direka semula untuk

menghasilkan kesegaran dan lebih dinamik untuk diperkenalkan kepada komuniti. Untuk

pembaharuan di masa depan, Yeo Hiap seng Malaysia telah memajukan teknologi

maklumat. Latihan komputer dan pembangunan merupakan agenda pada sumber

manusia.

Didalam syarikat ini juga, amat menitikberatkan tentang tahap kebersihan yang

ketat untuk mengekalkan setiap masa produk yang bagus dan kawalan kualiti untuk

memastikan kualiti yang tinggi bagi semua produk. Penyelidikan dan pembangunan yang

berterusan merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk peningkatan yang

berterusan bagi memastikan seiring dengan corak pasaran. Salah satu sebab kenapa

pelbagai produk Yeo’s menjadi kegemaran adalah dengan memastikan keperluan

pengguna dikeluarkan dan kepuasan pelanggan. Contohnya, Yeo Hiap Seng Malaysia

merupakan yang pertama mengeluarkan minuman tradisi orang Asia dan menjualnya

seperti susu kacang soya, tebu dan teh bunga.

Operasi pengeluaran kumpulan ini dilebarkan melalui rangkaian pengedaran luas

yang berterusan. Dibantu dengan pejabat-pejabat, gudang dan depot di seluruh Malaysia,

Yeo Hiap Seng beroperasi dengan kumpulan jualan yang tersendiri. Rangkaian

pengedaran yang luas merupakan satu sebab kenapa pihak pengeluar yang ber reputasi

3
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

mempercayai kekuatan pengedaran syarikat ini. Kesemua aspek operasi syarikat

merupakan sebahagian daripada budaya syarikat yang menuju ke arah kejayaan syarikat.

1.3 Visi

Didalam syarikat ini, visi yang menjadi tunggak pencapaian kejayaan adalah ingin

menjadi “syarikat nombor satu makanan dan minuman di Asia.”

1.4 Logo Korporat

Logo baru ini mewakili satu lagi tahap pengembangan syarikat dalam abad ke-21 ini.

Pada masa yang sama syarikat masih mengekalkan nilai-nilai inovasi yang sedia ada.

Kerajinan dan semangat berpasukan telah meletakkan syarikat dibahagian paling hadapan

dalam industri makanan dan minuman.

1.5 Pencapaian terkini

1) Nombor satu dalam kategori susu soya

2) Nombor satu dalam kategori minuman the

3) Nombor satu dalam pelbagai daging yang di tinkan

1.5.1 Sasaran

a) Nombor satu dalam kategori mee segera

b) Nombor satu dalam kategori makanan dalam tin

4
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

1.6 Falsafah dan Budaya Korporat

1.6.1 Nilai teras masyarakat

a) Jujur

Didalam syarikat ini, nilai teras masyarakat adalah dengan disiplin, jujur,

beretika dan menyokong peraturan, polisi dan piawai yang telah ditetapkan oleh

organisasi tersebut. Selain itu, nilai-nilai lain adalah dengan mematuhi peraturan-

peraturan syarikat, polisi dan piawai berkanun dalam industri tersebut. Syarikat I

ni amat menitikberatkan tentang kejujuran apabila mengurus dan mengawal

perniagaan dan barang-barang syarikat. Selain itu, menyalahgunakan kuasa dan

kedudukan dalam syarikat adalah amat dilarang kerana ianya akan mejejaskan

prestasi dan imej syarikat serta akan menimbulkan ketidakpuasan dalam struktur

pentadbiran.

b) Piawaian Tinggi

YHS ini akan lebih berusaha dan mencapai amalan perniagaan yang bagus

dalam memastikan kualiti produk menepati undang-undang seperti yang

dikehendaki dan akan lebih berusaha dalam meningkatkan perniagaan serta

bertanggungjawab terhadap semua tindakan yang dilakukan dan diambil bagi

memastikan setiap produk yang dikeluarkan akan menepati piawaian yang telah

ditetapkan didalam organisasi tersebut.

5
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

c) Komunikasi yang jelas

Dalam pemberian dan penerimaan sesuatu maklumat, penjelasan alasan

disebalik tindakan yang telah diambil harus dititikberatkan supaya dapat

menggalakkan maklumbalas serta membuat jadual mesyuarat secara berkala

untuk memastikan maklumat penting syarikat dikenalpasti dan diketahui.

Didalam syarikat YHS ini, terdapat penggunaan panduan prinsip 5c YHS

terhadap pengamalan budaya korporat yang amat dititikberatkan dalam

persekitaran organisasi supaya ianya menjadi panduan dalam melaksanakan

tugasan atau dalam ingin mencapai metlamat yang ingin dicapai. Panduan prinsip

ini iaitu:

1) Pemfokusan pengguna

YHSM telah lama menjadi syarikat berasakan makanan dan

minuman pengguna. Pemfokusan ini lebih dikenali melalui pepatah

“Pelanggan adalah raja”. Di samping untuk melayan pengguna dengan

lebih baik, YHSM telah mengadakan penyelidikan pasaran dan pengguna

untuk kenal pasti keperluan, kehendak dan jangkaan pelanggan.

Keputusan penyelidikan membantu YHSM mendapat idea produk

baru dan membuat perubahan berinovatif terhadap produk sedia ada.

Pengiklanan dan strategi pemasaran yang kreatif dapat menarik minat

pengguna. Jelas dan bermaklumat, pengiklanan dan kempen pemasaran

6
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

syarikat direka untuk memberitahu orang awam tentang produk terbaru

Yeo’s di pasaran.

2) Kategori kepimpinan

YHS telah menjadi perintis dalam industri makanan dan minuman di Asia

selatan. Kedudukan kategori kepimpinan ini telah dicapai melalui penyelidikan

berinovatif dan strategi pemasaran. YHS merupakan pemimpin kategori dalam

beberapa segmen dalam minuman bukan berkarbonat seperti soya, minuman sejuk

dan teh.

3) Saluran pengurusan

Didalam saluran pengurusan yang terdapat di YHS, kualiti produk

memerlukan pengedaran efisien dan strategik untuk sampai kepada pengguna,

pengguna boleh mendapatkan produk melalui saluran pengedaran YHS iaitu

supermarket, mini market dan kedai-kedai harian.

Yeo’s mengamalkan latihan jualan dan pemasaran kepada setiap rangkaian

mereka. Campuran pemasaran diaplikasi terhadap setiap produk yang dihasilkan.

Selain itu, mereka percaya komunikasi merupakan asas pemasaran yang efektif,

YHSM memperuntukkan kos operasi supaya setiap kos atau perbelanjaan yang

dikeluarkan dapat dikenalpasti hala tuju sebenar kewangan tersebut dibelanjakan.

7
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

4) Kawalan kos

Kawalan kos bukanlah bermakna pengurangan kos, ia merupakan kaedah

YHSM memperuntukkan kos operasi. YHSM berusaha untuk capai operasi yang

efisien pada optimum. Kawalan kos dalam pembelian bahan mentah, operasi

kilang, gudang, pemasaran, pengedaran dan pentadbiran diaplikasikan. Kawalan

kos di implementasikan tanpa berkompromi terhadap kualiti dan

penambahbaikan. Justeru, melalui Sistem Pengurusam Maklumat, bahagian

kewangan di YHSM disediakan mengikut masa untuk pastikan sesetengah Tahap

kawalan di kekalkan.

5) Keyakinan

Strategi dan perancangan yang dibuat memerlukan latihan dalam

menetapkan matlamat pekerja untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Implementasikan tindakan adalah sebahagian rancangan yang akan

diformulasikan untuk memindahkan matlamat kepada plan tindakan.

6) Kemahiran

Didalam YHS ini, kemahiran antara kakitangan adalah disediakan dengan

pelbagai latihan yang secukupnya untuk memastikan dan melaksanakan

rancangan yang telah dipersetujui.

8
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

7) Komunikasi

Kakitangan disetiap jabatan disediakan dengan kemahiran komunikasi

untuk komunikasi yang efektif diseluruh organisasi. Ini untuk memastikan para

pekerja cemerlang dengan tugas masing-masing dan semangat berpasukan dapat

dilahirkan.

1.7) Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Jemaah Pengurusan

PENGERUSI

PHILIP NG CHEE
TAT

PENGURUS
KETUA TIMBALAN
PENGURUS PENGERUSI
DATO’
MOHAMMAD
OW TIN NYAP TJONG YIK MIN
NIZAM

1.8) Sepuluh Pemegang Saham Terbesar

9
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Dalam 40 tahun kami di Malaysia, kami telah berkembang dengan sokongan

daripada komuniti di Malaysia. Di dalam proses perkembangan YEO HIAP SENG

Malaysia telah melahirkan banyak anak syarikat dan membangunkan kerjasama dengan

syarikat yang berkongsi matlamat dan misi kami.

Keseluruhan subsidiary syarikat YHMS termasuklah

BESTCAN FOOD BESTCAN FOOD TECHNOLOGY INDUSTRY SDN

TECHNOLOGAL BHD mengeluarkan mee segera, seperti mee ‘Cintan’,

INDUSTRY SDN. BHD ‘Chicken Mushroom’ atau perisa laksa termasuklah ‘Mee

Goodtaste’.

ESIN CANNING ESIN CANNING INDUSTRY SDN BHD, terlibat dalam

INDUSTRY SDN.BHD. pengeluaran makanan dalam tin

LEONG SIN HAM LEONG SIN HAM FARMS BHD terlibat di dalam

FARMS BHD pengeluaran dan pengedaran daging yang diproses serta

perladangan.

YEO HIAP SENG YEO HIAP SENG TRADING berperanan untuk operasi

TRADING pengedaran YEO HIAP SENG yang meluas, kumpulan

YHS juga berperanan untuk mengedar makanan, minuman

dan barangan bukan makanan. Oleh kerana rangkaian

pengedaran yang kuat HIAP SENG TRADING juga

mengedarkan barangan dari pengeluar barangan yang lain.

RENGO RENGO INTERNATIONAL INVESTMENT LTD

10
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

INTERNATIONAL merupakan sebuah syarikat HongKong dimana YEOS

INVESTMENT LTD menikmati pemilikan sebanyak 54.83%. syarikat tersebut

berperanan sebagai pemegang pelaburan mewakili minat

HIAP SENG didalam pasaran yang berasaskan pengguna

yang besar. Susidiari Rengo International Investment Ltd,

Xiamen Rengo Food Co.Ltd mengeluarkan dam mengedar

mee segera kepada Negara Fuji di China dengan nama ‘Wei

Wei’ dan YEOS’.

Susidiari tidak langsung syarikat YHMS terdiri daripada:

XIAMEN RENGO XIAMEN RENGO FOOD CO.LTD di hak milikan oleh

FOOD CO.LTD rakyat Negara China dimana ia melakukan pemasaran dan

pengedaran mee segera di Negara Fuji. Syarikat tersebut

adalah hakmilik keseluruhan RENGO

INTRENATIONALINVESTMENT LTD yang berasaskan di

Hong Kong, dimana YEO HIAP SENG menikmati milikan

syer sebanyak 54.83%. XIAMEN RENGO FOOD CO.LTD

memulakan operasi pada bulan jun 1994. Selepas YHSM

mengambil alih operasi pada 1995, Nama barangan yang

berada dibawah nama XIAMEN RENGO FOOD CO.LTD

adalah ‘Wei & yeos’.

Manakala YHSM juga memiliki 4 syarikat bersekutu.

11
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

SENAWANG EDIBLE Pada masa sekarang YEO HIAP SENG memiliki 23.85%

OIL SDN BHD daripada syer SENAWANG EDIBLE OIL SDN BHD.

Syarikat tersebut terlibat dalam pemasaran dan pengedaran

barangan yabg diperbuat daripada minyak kelapa sawit.

SARAWAK COCONUT SARAWAK COCONUT ENTERPRISE SDN

ENTERPRISE SDN BHD.memasarkan dan mengedarkan barangan berasaskan

BHD. kelapa. Syarikat tersebut mempunyai peluang untuk

meluaskan pasaran termasuk dengan memasarkan serbuk

santan kelapa di luar Negara. Salah satu daripada barangan

yang laris dipasarkan adalah ‘Goodtaste Santan’. Serbuk

santan segera yang amat sesuai disertakan dengan makanan.

SARAWAK COCONUT Syarikat sekutu bumiputera YEO HIAP SENG, YAKIN

ENTERPRISE SDN ANEKA SDN BHD adalah merupakan sebahagian daripada

BHD. pelan perkembangan pekerja syarikat untuk meningkatkan

penyertaan bumiputera dalam perniagaan makanan dan

minuman. YAKIN ANEKA SDN BHD terlibat didalam

pengeluaran mee segera, cordial dan minuman kotak yang

dikhaskan untuk pasaran bumiputera.

WY CO. LTD WY CO LTD mewakili YHSM’s di pasaran pengguna Thai.

Syarikat sekutu antara YEO HIAP SENG dan WORLD

GRADE CO LTD telah ditubuhkan pada bulan oktober 1993

dan didaftarkan di Thailand. Ia membuat dan mengedarkan

12
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

minuman berkarbonat dalam tin dibawah jenama ‘Eliza;.

Perisa minuman tersebut termasuklah soya, the bunga, the

herba, the oren dan the lemon.

1.9) Kedudukan Dalam Industri

Kedudukan syarikat Yeo Hiap Seng Berhad dalam industri barangan pengguna

seperti yang disenaraikan dalam bursa saham ialah berada pada tangga ke-34.

2.0 ISU-ISU DAN MASALAH

13
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

2.1 Isu-isu yang dihadapi oleh syarikat Yeo Hiap Seng

Antara isu yang dihadapi oleh syarikat Yeos adalah isu kesahihan status halal.

Perkara ini mula wujud pada awal tahun 2007 dimana produk makanan dan minuman

dalam tin yang dikeluarkan oleh syarikat Yeos diragui status halalnya. Ini disebabkan

oleh khabar angin yang disebarkan oleh pesaing yang tidak dapat dikenalpasti, dimana

dakwaan mereka menyatakan bahawa bahan yang digunakan dalam proses makanan oleh

syarikat Yeos adalah dari unsur-unsur yang tidak halal.

Kesan daripada isu ini telah menyebabkan syarikat Yeos menghadapi masalah

dalam tahap pengeluaran mereka iaitu kejatuhan pengeluaran kepada 25 peratus. Bagi

mengatasi masalah ini, syarikat telah mengumumkan isu ini kepada pihak media dengan

menyiarkan dalam suratkhabar dan mengadakan satu konferen yang menyatakan bahan

yang digunakan adalah halal. Malah ada dakwaan dari pihak luar mengatakan bahawa,

syarikat Yeos ini tidak pernah mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Agama

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah tidak benar kerana syarikat Yeos begitu

mengambil berat mengenai tahap kebersihan, khasiat, mutu dan halal dalam setiap

produk keluaran mereka.

14
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Selain daripada itu, syarikat Yeos juga menghadapi isu yang berkaitan dengan

produk tiruan yang dikeluarkan di negara Thailand. Perkara ini berlaku disebabkan

daripada pengeluar secara kecil-kecilan di negara tersebut yang telah menggunakan

trademark syarikat Yeos dengan mengeluarkan produk minuman soya di beberapa

kawasan tertentu di negara tersebut. Kesan daripada keadaan ini syarikat Yeos telah

menghadapi masalah dalam pengedaran produk Yeos di negara tersebut. Di mana produk

asli syarikat Yeos kurang mendapat sambutan berikutan produk tiruan yang mula

meguasai pasaran. Syarikat Yeos telah mengenalpasti keadaan ini dan telah mengambil

tindakan terhadap pengeluar dan pengedar secara kecil-kecilan tersebut.

Syarikat Yeos juga berhadapan dengan isu-isu lain seperti kenaikan harga

minyak pada masa sekarang yang membawa kesan kepada kekurangan bahan mentah.

Kenaikan harga minyak yang mendadak di pasaran dunia telah menyebabkan syarikat

Yeos menerima tamparan yang hebat di mana mereka menghadapi masalah kekurangan

bahan mentah kerana harga bahan mentah juga turut naik dan sukar untuk

mendapatkannya. Oleh itu, syarikat Yeos itu sendiri terpaksa menaikkan harga keluaran

produk Yeos bagi menampung kos pengeluaran syarikat. Untuk mencari penyelesaian,

Syarikat Yeos telah membuat rundingan dengan pengurus jualan di seluruh cawangan

bagi mengatasi masalah ini.

15
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

2.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat Yeo Hiap Seng

Setiap pengeluar syarikat makanan dan minuman akan menghadapi beberapa

masalah yang tidak boleh dihalang. Syarikat Yeos juga berhadapan dengan masalah–

masalah tertentu seperti masalah dalam pesekitaran persaingan dimana terdapat banyak

persainagn dalam pasaran. Antara pesaing-pesaing dalam produk minuman yang terdapat

di pasaran adalah seperti minuman Drinho, Marigold, Soytalk, dan lain-lain manakala

bagi produk makanan pula seperti Maggie, Indomee, Mamee, dan sebagainya. Oleh itu

untuk menjamin kedudukan yang kukuh dalam pasaran makanan dan minuman ini,

syarikat Yeos telah mempelbagaikan perisa makanan dan minuman produk Yeos seperti

perisa daging, soto ayam, udang, sayur-sayuran, sambal pedas, dan sebagainya dalam

produk makanan. Bagi produk minuman pula seperti jus perisa peach, lemon tea,

cranberi, buah orange mandarin, dan lain-lain.

Selain itu syarikat Yeos juga menghadapi masalah dalam saluran pengedaran

mereka yang rendah. keadaan ini bermaksud, produk Yeos tidak boleh diperolehi di

kawasan-kawasan pedalaman serta kampung. Bagi meningkatkan jualan produk keluaran

syarikat Yeos, saluran pengedaran Yeos perlu diperbanyakkan lagi dengan mewujudkan

segmentasi pasaran di seluruh cawangan di dalam negara supaya setiap keluaran produk

dapat sampai dan diedarkan di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman. Malah

syarikat Yeos juga perlu mewujudkan satu kumpulan jualan yang efektif di setiap

cawangan supaya tahap pengeluran produk Yeos dapat ditingkatkan.

16
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Disamping itu syarikat Yeos juga menghadapi masalah dalam memasuki pasaran

luar dimana produk Yeos tidak dapat dikomersilkan di luar negara, seperti di Australia

dan Britain. Hal ini disebabkan oleh penggunaan bahan di dalam makanan dan minuman

Yeos yang boleh bertahan bertahan lama. Penggunaan bahan tersebut telah ditolak oleh

Jabatan Kesihatan negara tersebut kerana kuantiti bahan pengawet yang digunakan

berlebihan dan ini boleh membahayakan kesihatan pengguna. Oleh itu syarikat Yeos

telah berunding dengan Jabatan Kesihatan negara tersebut untuk mengurangkan bahan

tersebut supaya keluaran produk syarikat dapat dipasarkan di negara terbabit.

17
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

3.0 ANALISIS KEWANGAN

Ratio/ 2005 2006 2007


year
Liquidity Ratios

Current Ratio 2.67 times 2.19 times 1.97 times


Quick Ratio 2.06 times 1.59 times 1.38 times
Leverage Ratios
Debt-to-Total-Assets 0.03 times 0.33 times 0.31 times
Ratio
Debt-to-Equity Ratio 0.34 times 1.45 times 0.46 times
Long-Term-Debt – 0.01 times 0.01 times 0.000024 times
to-Equity Ratio
Times-Interest- 6.32 times 15.17 times 17.66 times
Earned Ratio
Activity Ratios

Inventory Turnover 29.49 times 22.29 times 50.59 times


Fixed Assets 2.47 times 3.16 times 2.68 times
Turnover
Total Assets 0.49 times 1.07 times 1.12 times
Turnover
Accounts Receivable 4.58% 3.88% 4.44%
Turnover
Average Collection 80days 95 Days 83Days
Period
Profitability Ratios

Gross Profit Margin 0.38 % 0.28% 0.33%


Operating Profit 0.04% 0.06% 0.042%
Margin
Net profit Margin 0.21% 0.09% 0.29%
Return on Total 0.0064% 0.0046% 0.009%
Assets
(ROA)
Return on 0.008% 0.0068% 0.0136%
Stockholders’
Equity (ROE)
Earning Per Share RM9.8 RM15.9 RM8.9
(EPS)
Price-earning ratio 1.43times 0.74Times 1.57Times

18
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Growth Ratios

Sales (12.26)% 15.75% 18.35%


Income 17% 1.8 % 7.9%
Earnings Per Share 0.098% 0.159% 0.089%
Dividends Per Share RM 14 RM14 RM14

Daripada analisis kewangan ini, dapat disimpulkan bahawa berlaku peningkatan

dan penurunan yang tidak menentu sepanjang tiga tahun terakhir analisis. Nisbah

kecairan akan menentukan sama ada syarikat mampu untuk membayar hutang dalam

jangka masa pendek sehingga sampai tempoh matang. Dalam laporan ini, nisbah kecairan

menunjukkan penurunan yang agak ketara. Walaupun syarikat masih mampu untuk untuk

membayar hutang dalam jangka masa pendek, tetapi penurunan ini boleh menggugat

keupayaan syarikat untuk membayar hutang pada tahun yang akan datang kerana

keupayaan untuk menyimpan aset.

Nisbah hutang pula menunjukkan penurunan dan peningkatan dari tahun 2005

hingga tahun 2007. Nisbah hutang berupaya mengukur tahap syarikat dibiayai hutang dan

keupayaannya untuk memenuhi tuntutan kewangan seperti tuntutan faedah. Selain itu ia

juga dirujuk oleh pemiutang untuk mengukur peratusan aset dalam syarikat. Semakin

rendah nisbah hutang, semakin tinggi perlindugan kerugian pemiutang pada masa

pembubaran. Tetapi bagi syarikat, semakin rendah adalah semakin baik kerana ia

menunjukkan jumlah ekuiti syarikat melebihi jumlah hutang jangka masa panjang.

19
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Merujuk kepada nisbah aktiviti pula, berlaku penurunan dan peningkatan yang

tidak sekata sepanjang tahun 2005 hingga 2007. Ini menunjukkan kecekapan syarikat

dalam menggunakan aset-asetnya. Ini bermaksud, semakin tinggi nisbah adalah lebih

baik kerana ia menunjukkan keupayaan syarikat dalam menggunakan aset-asetnya

dengan cekap untuk menghasilkan jualan.

Nisbah keberuntungan juga menunjukkan berlaku penurunan dan peningkatan

yang tidak seimbang sepanjang tahun 2005, 2006, dan 2007. Keadaan ini menunjukkan

keupayaan syarikat dalam mengendalikan operasi dengan lebih cekap. Nisbah

keberuntungan yang tinggi dapat memperlihatkan keadaan syarikat yang baik.

Penurunan dan peningkatan dalam analisis kewangan menunjukkan

keadaan kewangan syarikat yang tidak sekata atau seimbang. Keadaan ini mungkin

berlaku berikutan pelbagai isu-isu yang negatif mula timbul berkaitan dengan syarikat

Yeo’s dan memnyebabkan pengguna bimbang untuk membeli produk dari syarikat Yoe’s

seterusnya menyebabkan jualan bagi syarikat ini merosot. Isu yang menarik perhatian

pengguna dari tidak menggunakan produk syarikat Yeo’s adalah seperti isu pertikaian

halal haram dalam pembungkusan makanan tin syarikat Yeo’s.

20
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

4.0 PROFIL INDUSTRI

Untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2007, Pihak Kumpulan

telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM476.6 juta berbanding RM517.7 juta pada

tahun kewangan 2006. Pihak Kumpulan berjaya mengekalkan kekukuhan kewangan

dengan baki tunai dan pelaburan berjumlah RM72.7 juta serta pinjaman sifar. Sebahagian

besar perangkaan pendapatan yang rendah ini berpunca daripada prestasi yang sederhana

dari produk-produk baru dan persaingan yang semakin hebat bukan sahaja dari jenama

makanan dan minuman tempatan tetapi juga dari syarikat multinasional yang lain. Pada

masa yang sama, keseluruhan industri menyaksikan peningkatan mendadak harga bahan

mentah. Keadaan ini dijangka akan menjadi cabaran lazim dan berterusan dalam tahun

yang akan datang untuk pasaran domestik.

4.1 ANALISIS PORTER 5 GERAK KUASA

4.1.1 PESAING

Pesaing yang kuat mampu mempengaruhi prestasi sesebuah syarikat. Oleh

hal demikian, syarikat harus menitikberatkan dan menyusun strategi-strategi bagi

menyaingi pesaing-pesaing yang sedia ada kini. Terutamanya, syarikat mampu

menilai kemampuan pesaing-pesaing utama yang boleh memberi kefahaman yang

baik kepada perancang strategi dan tentang bentuk-bentuk strategi yang ada.

Bagi syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (YHS), pesaing utama

didalam industri ini adalah Marigold, Drinho, dan sebagainya. Ini kerana syarikat-

21
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

syarikat lain dalam industri ini didalam pengeluaran makanan dan minuman

sering mengeluarkan produk-produk yang diinovasikan seiring citarasa pengguna.

Justeru, syarikat Yeo Hiap Seng (YHS) ini juga telah mengeluarkan beberapa

produk dan pengubahsuaian produk dan inovasi terhadap citarasa pengguna yang

terkini. Tumpuan diberikan kepada inovasi dan pengubahsuaian produk

memandangkan keperluan untuk langkah yang tepat dan berani dalam arena baru

untuk menghadapi persaingan yang lebih sengit di masa depan.

Selain itu, dalam mempersembahkan kualiti didalam setiap produk yang

ingin dipasarkan, Yeo’s telah memperkenalkan gaya pembungkusan yang baru

yang lebih menekankan usaha-usaha Pihak Kumpulan Yeo’s dalam menyegarkan

ciri-ciri produk mereka untuk menarik jumlah pelanggan yang lebih besar dan

pada masa yang sama, mengekalkan ciri-ciri asas jenamanya. Dengan strategi ini,

syarikat dapat menjamin syarikat daripada di ancam oleh ancaman-ancaman oleh

syarikat lain kerana strategi yang digunakan lebih mencerminkan ciri-ciri jenama

seiring produk yang diperkenalkan.

22
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

4.1.2 PRODUK GANTI

Produk ganti ini adalah salah satu faktor yang boleh menjadi punca kepada

kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Ini bermaksud, syarikat

menjalankan perniagaan yang berbeza dalam latar belakang industri yang di

masuki. Penilaian syarikat terhadap persekitaran makro amat penting supaya

ianya tidak menjadi ancaman dalam pengeluaran produk syarikat kini. Contohnya,

selain syarikat mengeluarkan produk yang berasaskan makanan dan minuman,

syarikat juga mengeluarkan produk mee segera yang menjadi pilihan pengguna

masa kini. Ekoran kesibukan dan kekangan masa yang dihadapi, pengguna lebih

menggemari produk makanan segera kerana ia mudah dan menjimatkan masa

kerana kebanyakkan penduduk masa kini sentiasa mengejar masa.

4.1.3 PENGGUNA

Pengguna merupakan sebagai individu atau kumpulan dalam faktor yang

penting dalam peningkatan jualan didalam sesebuah syarikat. Mereka juga

merupakan kumpulan yang paling berkuasa dalam dunia perniagaan kerana tanpa

mereka tidak akan wujud sesebuah perniagaan tersebut. Kebanyakkan pada masa

kini pengguna mempunyai kuasa pembelian yang tinggi ekoran pelbagai produk

yang ditawarkan oleh pihak pesaing produk tersebut. Oleh itu, para pembeli

mempunyai banyak pilihan untuk memilih diatas setiap produk yang ditawarkan.

Tanpa pembeli, pihak pengeluar tidak akan dapat meneruskan operasi

23
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

pengeluaran syarikat mereka. Pihak pengeluar harus bijak memilih produk yang

dapat memberikan keuntungan semaksima mungkin.

4.1.4 PEMBEKAL

Pembekal adalah sama pentingnya dengan kewujudan pengguna dalam

sesuatu perkembangan industri. Ini kerana pembekal akan membekalkan sumber

bahan mentah yang diperlukan oleh syarikat. Peranan pembekal merupakan

penting kerana pembekal akan memberikan pembekalan bahan mentah yang

diperlukan oleh syarikat sahaja. Ini kerana kekurangan dan pembaziran akan

merugikan pembekal dan syarikat.

Contohnya, dalam peningkatan harga bahan mentah, menyebabkan roduk

Yeo’s diletakkan pada posisi pasaran yang lebih premium dan ini membawa

sedikit impak negatif terhadap kedudukan syarikat di pasaran. Maka, syarikat

akan menggunakan sumber-sumber bahan mentah dengan kadar optimum.

24
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

4.1.5 PENDATANG BARU

Sepanjang penubuhan Yeo’s sehingga tahun 2008, syarikat ini tidak

membuat sebarang industri baru selain industri yang diceburi kini. Ini kerana,

syarikat Yeo’s hanya memfokus kepada pengeluaran makanan dan minuman.

Syarikat ini ingin mengeluarkan produk yang berkualiti dan berjenama kepada

pengguna supaya tahap kesetiaan pengguna terhadap produk senantiasa kekal dan

konsisten. Setiap tahun pihak syarikat akan sentiasa memperbaharui setiap strategi

bagi mamastikan syarikat dapat bertahan dan bersaing dengan pihak pengeluar

yang lain. Setakat ini Yeo’s tidak pernah merancang untuk beralih ke industri lain

kerana mereka merasakan mampu untuk menjadi pengeluar berjaya di rantau Asia

ini.

25
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

5.0 ANALISIS PEST

Analisis ini berkaitan dengan faktor-faktor peringkat makro iaitu politik, ekonomi,

sosio-budaya dan teknologi. Kesemua faktor ini berada diluar kawalan syarikat dan ia

memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah syarikat.

Pengaplikasian analisis ini boleh dijalankan keatas setiap syarikat samada besar ataupun

kecil bagi membolehkan syarikat dapat bersaing dan bertahan lama.

5.1 Faktor Politik

Faktor ini merujuk kepada keadaan politik sesebuah negara. Ini

merupakan perkara terpenting kepada syarikat terutama syarikat yang ingin atau

sedang beroperasi di negara luar. Negara yang sedang menghadapi masalah

politik tidak akan dapat menarik minat pelabur asing ataupun pelabur dalam

negara sendiri.

Bagi syarikat Yeo’s sebelum memasuki sesuatu pasaran antarabangsa

mereka akan menilai dan menyiasat terlebih dahulu latar belakang sesebuah

negara itu. Samada negara tersebut sesuai ataupun tidak untuk dipasarkan produk

mereka itu. Kebanyakan produk Yeo’s hanya terdapat di kawasan Asia kerana

keadaan politik di negara Asia agak selamat berbanding negara asing yang lain.

26
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Ini kerana matlamat Yeo’s adalah ingin menjadi pengeluar minuman utama di

Asia.

5.2 Faktor Ekonomi

Faktor ini penting kepada syarikat tempatan dan luar negara untuk

melabur di sesebuah negara itu. Tidak dinafikan bahawa negara yang mempunyai

kedudukan ekonomi yang kukuh iaitu dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang

tetap mampu menarik syarikat-syarikat besar untuk datang melabur kerana

pelabur sering melihat kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara sebagai

petunjuk dalam membuat sebarang pelaburan.

Bagi syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn. Bhd. keuntungan syarikat

merupakan motif paling utama. Ini dapat dilihat pada tahun kewangan 2007 telah

berlaku peningkatan sebanyak 7.9% berbanding tahun 2006. Selain itu syarikat

Yeo’s juga mempunyai pelabur yang terdiri daripada syarikat yang mempunyai

latar belakang ekonomi yang kukuh. Ini bagi menjamin syarikat tidak akan

mengalami masalah dikemudian hari jika dibandingkan syarikat yang mempunyai

beban kewangan.

Pasaran eksport syarikat juga terus memperlihatkan pertumbuhan yang

menggalakkan terutamanya di Indonesia. Pada masa ini syarikat berjaya menarik

dan meyakinkan banyak syarikat untuk melabur. Peningkatan ekonomi yang besar

27
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

telah membantu Yeo’s menjadi sebuah syarikat minuman yang terunggul di Asia

dengan kadar keuntungan yang meningkat setiap tahun.

5.3 Faktor Sosiobudaya

Faktor ini adalah berkaitan dengan demografi masyarakat di sesebuah

negara itu.iMaklumat ini amat penting kepada syarikat kerana syarikat perlu

faham bahawa kehendak masyarakat antara satu negara dengan negara yang lain

berbeza. Ini dapat dilihat melalui cara hidup dan juga sumber ekonomi di

sesebuah negara itu. Yeo’s telah melihat bahawa masyarakat Asia amat

mementingkan kesihatan dan oleh sebab itu syarikat telah memperkenalkan

minuman Tropikal Yeo’s yang dirumus daripada jus buahan tropika asli.

Selain itu produk baru telah diperkenalkan iaitu Justea Mangga Teh Hijau

dengan cebisan aloe vera. Minuman ini bukan sahaja untuk golongan dewasa

malah kanak-kanak juga sesuai. Masyarakat Asia juga amat pentingkan masa oleh

sebab itu Yeo’s telah memperkenalkan mee segera Cintan yang dapat

memudahkan para pengguna tanpa menggunakan masa yang banyak.

28
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

5.4 Faktor Teknologi

Faktor ini juga penting untuk memastikan syarikat dapat bertahan lama

dan dapat mengekalkan keuntungan yang sedia ada. Teknologi yana ada pada

masa sekarang telah dapat membantu syarikat untuk berhubung dan

berkomunikasi antara satu sama lain. Kecanggihan sistem yang sedia ada telah

menyebabkan lahirnya era perdagangan berasaskan internet. Banyak syarikat

telah membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk memastikan mereka

mampu bersaing dengan syarikat lain dari segi kemampuan memiliki teknologi

yang paling canggih.

Yeo’s juga tidak ketinggalan dalam pembangunan teknologi yang sedia

ada ini. Ini penting bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan syarikat

sekaligus dapat mencapai keuntungan yang paling maksimum. Syarikat lebih

banyak memberi penumpuan terhadap inovasi dan pengubahsuaian produk

memandangkan keperluan untuk langkah yang tepat dan berani dalam arena baru

untuk menghadapi persaingan yang lebih sengit di masa depan.

29
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

6.0 STRATEGI-STRATEGI SYARIKAT

6.1 Strategi Korporat

Strategi ini adalah peringkat yang terpenting dalam semua syarikat. Dasar

motivasi syarikat dalam memgekalkan dominasi pasaran ialah visi Syarikat untuk

menjadikan Yeo’s lebih daripada ‘Trademark’ (tanda perniagaan) semata-

matanya. Pihak kumpulan berhasrat untuk memperkukuhkan ekuiti jenamanya

yang telah menjadi ‘Trustmark’ (tanda keyakinan) iaitu sebagai satu jenama yang

berjaya mengekalkan kepercayaan pelanggan berdasarkan sejarahnya dalam

membekalkan makanan dan minuman yang berkualiti. Mereka percaya dan akan

membawa Yeo’s mara selangkah ke depan dan menjadikannya suatu ‘Lovemark’

(tanda kasih) kepada seluruh rakyat Malaysia.

30
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

7.0 ANALISIS STRATEGI

7.1 Analisis SWOT

Dalaman : Kekuatan Dalaman : Kelemahan

1. Kualiti minuman yang terbaik dan 1. memerlukan pengurusan yang cekap


mempunyai citarasa yang berlainan dan 2. Produk yang mudah dibuat oleh syarikat
dapat menarik ramai pengguna lain
2. Keupayaan mengeluarkan pelbagai 3. tidak dapat meluaskan teknologi yang
perisa tingi
3. Pengurusan pentadbiran yang baik. 4. terpaksa membawa masuk pekerja asing
4. pengetahuan luas dalam keluaran produk 5. produk yang tidak dapat tahan lama.
minuman Barangan mudah rosak
5. Produk yang dapat bersaing dengan 6. kos pengurusan yang tinggi kerana
minuman berjenama tinggi seperti coca- terpaksa berbelanja banyak untuk menjaga
cola dan pepsi produk
6. kesetiaan pengguna terhadap produk
yeos.

Luaran : Peluang Luaran : Ancaman

1. permintaan yang tinggi 1. Ancaman dari pesaing seperti


2. bantuan kerajaan yang memudahkan Drinho,Nestle,Dutch lady
pekerja asing mudah dibawa masuk jika 2. Perbezaan kualiti antara produk sendiri
mempunyai kelayakkan dan produk pesaing.
3. Peluang mengembangkan perniagaan 3. teknologi yang semakin meningkat
dan meluaskan pasaran. menyebabkan keluaran syarikat
4. kerajaan yang inginkan bahan minuman

31
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

4. Permintaan tehadap minuman segera. yang tidak menjejaskan kesihatan.


5. Eksport ke Negara lain semakin 5. produk yang dikelurkan diawasi oleh
meningkat kerana permintaan daripada badan tertentu kerana ia adalah bahan
masyarakat Negara tersebut minuman dan perlu mempunyai spesifikasi
6. Harga yang berpatutan serta kualiti kesihatan yang tertentu
produk yang baik menggalakkan ramai 6. ekonomi yang tidak stabil
pelanggan membeli minuman yeos

7.2 Internal Factors Analysis Summary (IFAS) : Syarikat YEO HIAP SENG

MALAYSIA BERHAD

32
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Faktor Pemberat kadar Skor ulasan


Dalaman pemberat
1 2 3 4 5

Kekuatan (Kn)

1. Kualiti minuman 0.05 3 0.14 Kualiti produk


yang terbaik dan
mempunyai citarasa
yang berlainan dan
dapat menarik ramai
pengguna

2. Pengurusan
pentadbiran yang 0.10 2 0.30 Kerjasama
baik. Pentadbiran

3. pengetahuan luas
dalam keluaran 0.05 2 0.18 Strategi semasa
produk minuman berkesan

4. Produk yang dapat


bersaing dengan
minuman berjenama 0.14 3 0.65 Tingkat
tinggi seperti coca- produktiviti
cola dan pepsi

5. kesetiaan
pengguna terhadap 0.10 4 0.50 Citarasa
produk yeos. pelanggan

Faktor Pemberat kadar Skor ulasan


Dalaman pemberat
1 2 3 4 5

33
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Kelemahan (Kh)

1. Tahap pemasaran 0.05 2 0.15 Pengurusan yang


yang tidak cekap. tidak efisien.

2. Produk yang
mudah dibuat oleh 0.12 3 0.30 Kurang
syarikat lain pengenalan
jenama produk
3. Tidak dapat
memperolehi 0.5 3 0.20 Tahap piawaian
teknologi yang teknologi yang
tinggi digunakan adalah
rendah.

4. Terpaksa 0.13 4 0.75 Kurang


membawa masuk penglibatan
pekerja asing pekerja tempatan.

5. Kos pengurusan
yang tinggi kerana 0.12 3 0.45 Tiada
terpaksa berbelanja pengkhususan
banyak untuk
menjaga produk

Jumlah skor
pemberat 1.00 3.62

7.3 External Factors Analysis Summary (EFAS) : Syarikat YEO HIAP SENG

MALAYSIA BERHAD

34
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Faktor Pemberat kadar Skor ulasan


Dalaman pemberat
1 2 3 4 5

Peluang (P)

1. permintaan yang 0.10 4 0.40 Kualiti produk


tinggi. semakin baik

2. bantuan kerajaan
yang memudahkan 0.15 3 0.35 Usahasama
pekerja asing mudah dengan kerajaan
dibawa masuk jika
mempunyai
kelayakkan.

3. Permintaan
tehadap minuman 0.10 2 0.20 Promosi yang
segera. berkesan

4. Eksport ke negara
lain semakin
meningkat kerana 0.05 4 0.40 Perdagangan
permintaan daripada serantau
masyarakat negara
tersebut.

5. Harga yang
berpatutan serta
kualiti produk yang 0.10 3 0.35 Kesetiaan
baik pelanggan
menggalakkan ramai
pelanggan membeli
minuman yeos

35
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Ancaman (A)

1. Ancaman dari 0.04 4 0.40 Kesan daripada


pesaing seperti kepelbagaian
Drinho,Nestle,Dutch produk Yeos.
lady

2. Tiada Perbezaan
kualiti antara produk
sendiri 0.17 3 0.35 Penggunaan
dan produk bahan mentah
pesaing. yang sama.

3. teknologi yang
semakin meningkat
menyebabkan 0.09 2 0.20 Penggunaan
keluaran syarikat teknologi lama
menurun

4. kerajaan yang
inginkan bahan 0.10 4 0.40 Tahap kesihatan
minuman yang tidak penduduk
menjejaskan menurun
kesihatan.

5. produk yang
dikelurkan diawasi
oleh badan tertentu 0.10 3 0.35 Undang-undang
kerana ia adalah perniagaan yang
bahan minuman dan ketat.
perlu mempunyai
spesifikasi kesihatan
yang tertentu

6. ekonomi yang 0.10


tidak stabil

Jumlah skor
pemberat 1.00 3.4

36
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

7.4 Matrik TOWS Untuk Sebuah Syarikat YEO HIAP SENG

MALAYSIA BERHAD

STRENGTH (S) WEAKNESS (W)

1. tahap pemasaran yang


1. Kualiti minuman yang
tidak cekap.
terbaik dan mempunyai
2. Produk yang mudah dibuat
citarasa yang berlainan dan
oleh syarikat lain
dapat menarik ramai
3. tidak dapat memperolehi
pengguna
teknologi yang tingi
2. Pengurusan pentadbiran
4. terpaksa membawa masuk
yang baik.
pekerja asing
3. pengetahuan luas dalam
5. kos pengurusan yang tinggi
keluaran produk minuman
kerana terpaksa berbelanja
4. Produk yang dapat
banyak untuk menjaga produk
bersaing dengan minuman
berjenama tinggi seperti
coca-cola dan pepsi
5. kesetiaan pengguna
terhadap produk yeos.

OPPORTUNITY (O) STRATEGIES (SO) STRATEGIES (WO)


1. Menyebarkan pasaran 1. mewujudkan sistem
1. permintaan yang tinggi. minuman Yeos dan pengurusan cekap
2. bantuan kerajaan yang kualiti produknya dengan hubungan
memudahkan pekerja asing dalam pasaran baru. kerjasama operasi.
mudah dibawa masuk jika [Strategi [Strategi operasi]
mempunyai kelayakkan. pengembangan {W1, O1)
3. Permintaan tehadap pasaran] 2. Menjalankan
minuman segera. (S1,S3,O1,O3) kerjasama dengan
4. Eksport ke negara lain kerajaan dimana
semakin meningkat kerana 2. Tubuhkan syarikat penggunaan tanda
permintaan daripada kerjasama dengan hologram Yeos pada
masyarakat negara tersebut. kerajaan dalam produk Yeos.
5. Harga yang berpatutan urusan pengambilan [Strategi usahasama]
serta kualiti produk yang pekerja asing. {W2,W3, O2,O4}
baik menggalakkan [ strategi usahasama]
ramai pelanggan membeli (S2, 02)
minuman yeos
.

37
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

3. Membangunkan
pembungkusan
produk dengan
reka bentuk baru.
[strategi
Pembangunan
Produk] (S4,O4)
.
4. Mewujudkan
hubungan baik
dengan pelanggan.
[strategi bahagian]
(S5,O5)
THEARTS (T) STRATEGIES (ST) STRATEGIES (WT)
1. Ancaman dari pesaing 1. Beli syarikat pesaing 1. Meningkatkan net
seperti Drinho,Nestle,Dutch [ Strategi integrasi income dengan
lady mendatang] membuat jualan pada 4
2. Perbezaan kualiti antara {S1, T1,T2} musim @ menambah
produk sendiri 2. Hasilan produk yang pada musim jualan
dan produk pesaing. pelbagai dan tidak { W1, T1}
3. teknologi yang semakin hanya bergantung 2. Ceburi industri baru
meningkat menyebabkan kepada jualan produk [ Strategi kepelbagaian
keluaran syarikat menurun.. bermusim konglomerat]
4. kerajaan yang inginkan [Strategi {W2, T6}
bahan minuman yang tidak kepelbagaian
menjejaskan kesihatan. konglomerat]
5. produk yang dikelurkan {S3, T6}
diawasi oleh badan tertentu
kerana ia adalah bahan
minuman dan perlu
mempunyai spesifikasi
kesihatan yang tertentu
6. ekonomi yang tidak stabil

8.0 KOMEN DAN CADANGAN STRATEGI

38
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Hasil daripada kajian yang terdahulu, syarikat Yeos ini sedang melaksanakan

pelbagai jenis strategi dalam menjalankan pelan tindakan komprehensif syarikat. Antara

strategi yang sedang dilaksanakan oleh syarikat adalah mempunyai anak syarikat dan

strategi pembangunan produk. Pada pendapat kami, strategi mempunyai anak syarikat

yang telah pun dilaksanakan ini merupakan satu strategi yang amat baik dalam

memperkembangkan syarikat. Strategi pembangunan yang digunakan dalam

menghasilkan minuman pula membolehkan syarikat membangunkan pelbagai produk

yang baru seperti soya cincau, soya selasih dan minuman perasa lain. Produk yeos juga

terkenal kerana dikeluarkan dalam pek baru yang menarik ramai pelanggan kerana

mempunyai kelainan dan rasa yang unik serta sedap.

Hasil daripada kajian yang dilakukan ke atas ‘Internal Factor Analysis Summary’,

‘External Factor Analysis Summary’ dan ‘Strategic Factor Analysis Summary’ dan

beberapa strategi baru telah dikenalpasti melalui TOWS matrix. Strategi yang pertama

yang boleh dilaksanakan oleh syarikat Yeos ini adalah strategi penembusan pasaran.

Syarikat perlu bersaing dengan minuman jenama lain yang lebih terkenal iaitu minuman

berkarbonat seperti pepsi sdan coca-cola. Yeos juga memasarkan produk dalam internet

dan mempunyai peluang yang tinggi untuk pelanggan mengetahui akan produk yeos.

Oleh itu, strategi penembusan pasaran ini boleh diaplikasikan dalam pemasaran barangan

melalui internet ini.

39
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

Seterusnya, permintaan dunia terhadap minuman segera yang dijangka meningkat

menyebabkan syarikat Yeos lebih cenderung untuk mengeluarkan produk yang lebih

baik Maka dalam keadaan ini, syarikat boleh menggunakan strategi pertumbuhan. Hasil

daripada strategi ini, syarikat boleh menubuhkan lebih banyak anak syarikat yang dapat

beroperasi di dalam dan di luar negara. Ia juga boleh mempunyai francais diseluruh

dunia. Pemasaran produk yang meluas keseluruh dunia boleh dicapai menerusi strategi

ini.

Selain daripada itu, peranan kerajaan dalam memudahkan kemasukkan pekerja

asing yang berkemahiran tinggi ke dalam negara dimana tempoh meluluskan permit yang

dipendekkan membolehkan syarikat menggunakan strategi pembangunan produk iaitu

membangunkan lebih banyak produk minuman yang berkualiti tinggi. Cadangan-

cadangan strategi ini boleh diaplikasikan oleh syarikat Yeos bagi meluaskan pemasaran

minuman sejajar dengan misi syarikat yang ingin memperkenalkan produk minuman

yang pelbagai rasa serta mempunyai keunikkan tersendiri kepada seluruh dunia.

40
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

9.0 CADANGAN STRATEGI

9.1 Strategi Pertumbuhan

Strategi ini penting bagi memastikan pertumbuhan jualan dan jumlah pengguna

akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Bagi Yeo Hiap Seng Malaysia Berhad

strategi yang boleh dilakukan ialah dengan mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti

produk supaya pengguna terus setia terhadap jenama ini. Selain itu, pengubahsuain dan

penambahbaikan terhadap pelbagai produk makanan dan minuman yang dikeluarkan. Ini

akan memberikan pelbagai pilihan terhadap pengguna dan seiring citarasa pengguna kini.

9.2 Kerjasama Strategik

Kerjasama strategik ini penting bagi memastikan Yeo Hiap Seng Malaysia

Baerhad dapat bersaing dalam pengeluaran produk makanan dan minuman seiring jenama

lain. Contohnya kerjasama yang dilakukan oleh syarikat ini dengan mengaitkan produk

yang penting dalam pengeluaran susu soya.

Pada masa yang sama, syarikat ini telah membuat satu usaha-sama dan kerjasam

didalam program lain iaitu, penggabungan di antara Allswell Trading Pte Ltd dan Yeo’s

untuk mengedarkan minuman jenama Red Bull yeng telah menunjukkan hasil yang

menggalakkan daripada pengguna.

41
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

9.3 Pelaksanaan Strategi

Yeo Hiap Seng Malaysia Berhad telah meningkatkan mutu pengeluaran

produknya dalam penambahbaikan mutu produk dan sistam pengeluarannya. Ini dapat

membasuh minda pengguna dalam pemilihan produk makanan dan minuman yang utama

dalam pilihan hati mereka.

42
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

10.0 ANALISIS HALATUJU SYARIKAT

Untuk tahun yang akan datang, strategi syarikat ini adalah untuk meneruskan

penekanan terhadap jenama utama syarikat. Syarikat akan lebih komited dalam

mengekalkan momentum Yeo’s yang progresif, pada masa yang sama mempraktikan

sikap berhati-hati memilih dalam aspek inovasi dan pengubahsuain produk

Pada masa yang sama, syarikat akan terus memberi sokongan dan perkhidmatan

kepada semua unit operasi Yeo’s. Pada tahun akan datang juga, Pihak Kumpulan yakin

terhadap keupayaan syarikat untuk menambah nilai ekuiti kepada pemegang-pemegang

saham. Yeo’s juga akan memastikan menyampaikan keuntungan untuk kejayaan jenama

syarikat ini. Dengan jenama yang kukuh, produk berkualiti dan rangkaian pengedaran

yang luas, syarikat telah berada pada kedudukan yang kukuh dan akan terus berusaha

untuk mengembangkan syarikat agar lebih berjaya.

Matlamat utama syarikat adalah untuk menjadikan syarikat agar lebik produktif

dan mempunyai perubahan pendirian supaya menuju kepada pertumbuhan dan

keuntungan yang berlipat ganda. Syarikat akan terus memberikan tumpuan kepada

perkembangan dan pertumbuhan untuk mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam

kategori Minuman Asia kategori-kategori terpilih dengan melaksanakan penyelidikan

yang lebih meluas agar lebih memahami kehendak pelanggan. Matlamatnya adalah untuk

mendekati dan menjalinkan hubungan yang lebih erat antara Yeo’s dan pengguna.

Inovasi produk dan perubahan pembungkusan merupakan langkah utama dan bersepadu

43
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

bagi melindungi dan mengembangkan kedudukan sebagai peneraju pasaran. Inovasi

produk dan perubahan pembungkusan akan menjadi satu lagi bidang tumpuan utama

dalam masa terdekat ini babi mengembangkan organisasi di atas landasan yang lebih

strategik. Syarikat akan menjadi perantis dalam pembangunan kawasan geografi baru

khususnya di Indonesia, Thailand dan Timur Tengah yang akan menawarkan peluang

baru untuk pertumbuhan. Langkah ini juga akan membawa kepada peningkatan kapasiti

penggunaan dan kecekapan di samping mengembangkan perniagaan.

44
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

11.0 KESIMPULAN

Syarikat Yeo Hiap Seng Malysia Berhad ini, akan terus memperlihatkan

pertumbuhan yang menggalakkan terutamanya di Indonesia dan Mereka yakin pada tahun

2008 ini akan menjadi tahun yang menguntungkan bagi syarikat ini. Selain itu, syarikat

akan banyak menampilkan wajah baru dalam penghasilan produk untuk pembungkusan

produk yang terlarisnya iaitu minuman Botanical dan jenama mee segera Cintan. Gaya

pembungkusan tersebut memberikan ciri-ciri yang menarik untuk menarik pelanggan

yang lebih besar dan pada masa yang sama, dapat mengekalkan ciri-ciri asas jenamanya.

Selain itu, syarikat ini akan memperluaskan lagi rangkaian mee segera Cintan

melalui usaha-sama yang telah mendapat publisiti meluas bersama Chef terkemuka

malaysia, Chef Wan. Dengan itu, jenama Cintan menambah satu lagi pilihan kepada

rangkaian mee segeranya. Kesimpulannya ialah syarikat perlu mengatasi kelemahan yang

ada sekarang untuk meningkatkan lagi kecekapan dan keuntungan syarikat. Segala

kekurangan yang ada dalam pengurusan perlu dikenalpasti dan hendaklah dibaiki.

Terdapat pelbagai ancaman dalam pasaran masa kini, oleh itu Yeos juga perlu mencari

jalan untuk mengatasi ancaman. Ancaman ini melambatkan perkembangan syarikat dan

untuk mengatasinya satu sistem pentadbiran yang cekap perlu diaplikasikan.

45

You might also like