You are on page 1of 4

TEKS EMCEE PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE

SEKOLAH KEBANGSAAN JENALIK


TAHUN 2023
Ucapan alu- Bismillah hi roh mani rohhim.
aluan
pengacara Yang dihormati,
majlis
Yang Berusaha
Tn Hj Musa B Hamid
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Manjung

Yang Berusaha
En Rosman B Yaakob
Timbalan Pegawai PPD Manjung Sektor Pembangunan

Yang Berusaha
En Safie B Samsury
Pegawai PPD Hem

Yang berusaha Tn Hj Mohamad Hisham B Zahari,


Pengetua SMK Batu Sepuluh

Yang berusaha
Komander Bersara Hashim B Adnan
YDP PIBG SMK Batu Sepuluh

Barisan Guru Penolong Kanan


Barisan Guru Kanan
Guru–guru yang dikasihi,
Barisan AKP
serta rakan-rakan pelajar sekalian

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, Salam Malaysia


Madani

Nyanyian Majlis mengucapkan Selamat Datang ke Majlis


Lagu
Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan
Vape Peringkat Sekolah Kebangsaan Jenalik Tahun
2023

Bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dan


cintakan tanah air, majlis mempersilakan para hadirin
untuk berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu
Negeri Perak dan Lagu Sekolah.

Dipersilakan

Bacaan ikrar Bagi mempamerkan kesungguhan dan kesetiaan kepada


negara
TEKS EMCEE PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE
SEKOLAH KEBANGSAAN JENALIK
TAHUN 2023

dipersilakan ……………………………………………………………………………..
untuk memimpin lafaz ikrar Rukun Negara

Jemput duduk Para hadirin dijemput duduk. Jemput duduk

Bacaan doa Hadirin sekalian

Awan putih tampak beralun


Hati tertawan bagai terpasung
Tangan ditadah doa di alun
Agar majlis lancar berlangsung

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

………………………………………………………………………………………
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Tamat doa Amin amin ya robbalalamin. Moga majlis pada hari ini
mendapat keberkatan dari Ilahi.

Aluan Hadirin sekalian


Pengacara
Untuk makluman semua, pada hari ini kita akan amatlah
bertuah, kerana dipilih oleh PPD Manjung untuk sama-sama
menjayakan pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok
dan Vape yang dilancarkan serentak pada hari ini di seluruh
negara. Objektif program ini adalah untuk menanamkan
kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan murid dalam jangka masa Panjang.
Selain itu, ia juga untuk meningkatkan pengetahuan dan
informasi kepada murid tentang bahaya menghisap rokok dan
vape.
Kempen ini bukanlah bersifat sehari tetapi ia nya merupakan
kempen yang diberi penjenamaan semula dan dilaksanakan
secara menyeluruh di semua sekolah dibawah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
TEKS EMCEE PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE
SEKOLAH KEBANGSAAN JENALIK
TAHUN 2023
Ucapan Sayup terdengar sahutan cengkerik
Pengetua Di atas ranting sarang kerengga
Tuan di sana senyum melirik
Kami jemput bermadah pujangga
Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis menjemput Tuan
Hj Mohamad Hisham B Zahari, Pengetua SMK Batu Sepuluh
untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.
**************************************
Terima kasih tuan pengetua atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi

Ucapan Datang menyerah jejaka tampan


Perasmian Memimpin kota dalam tahanan
Ucapan tuan kami nantikan
Kata azimat penuh pesanan

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Musa B


Hamid Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Manjung
untuk menyampaikan ucapan perasmian sempena Pelancaran
Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape tahun 2023

Dipersilakan
******************************
Majlis meminta Yang Berusaha Tn Hj Musa, Untuk kekal
berdiri, dan dipersilakan Yang Berusaha Tn Hj Mohamad
Hisham, untuk sama-sama menyempurnakan gimik perasmian
program pada hari ini.

Fotografi Seterusnya, dipersilakan para tetamu dan barisan Pentadbir


untuk sesi fotografi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Musa B Hamid


atas ucapan perasmian dan kesudian melancarakn gimik
perasmian kempan Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape tahun
2023 sebentar tadi.
Bacaan Ikrar Majlis diteruskan dengan menjemput
Generasi
Sihat tanpa
Rokok dan ……………………………………………………………………………………..
Vape Untuk mengetuai bacaan ikrar generasi Sihat Tanpa Rokok Dan
Vape. Dengan itu para pelajar diminta berdiri .
TEKS EMCEE PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE
SEKOLAH KEBANGSAAN JENALIK
TAHUN 2023

******************************
Para pelajar dipersilakan duduk
Jamuan Kini Barisan Tetamu dan pentadbir dijemput ke kantin sekolah
untuk menikmati jamuan ringan

Para pelajar diminta kekal berada di tapak perhimpunan ini


bagi mendengarkan slot ceramah Kempen Hidup Sihat Cegah
Rokok dan Vape yang akan disampaikan oleh Pn Nur Fitrah B
Rusli Guru Bimbingan Dan Kaunseling SMK Batu Sepuluh

Dipersilakan
Ucap terima Terima kasih diucapkan kepada Pn Nur Fitrah b Rusli di atas
kasih ceramah yang telah disampaikan.
penutup
Maka dengan ini majlis sudah tiba ke penghujungnya.
Sekalung tahniah kepada jawatankuasa serta warga SMK Batu
Sepuluh lekir atas pelancaran program pada hari ini, walaupun
maklumannya secara mengejut namun sikap dan sifat guru
yang sabar dan gigih berusaha tetap menjadikan majlis pada
hari ini berlangsung dengan jayanya. Syabas dan tahniah
semua.

Majlis saya sudahi dengan wabillahitaudikwalhidayah


wassamlam WBT
Sekian, terima kasih.

You might also like