You are on page 1of 1

Kepada

Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang,
Jalan Kamunting, 25100
Kuantan, Pahang

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT PERPUSTAKAAN BERGERAK SEMPENA MINGGU BAHASA SK


CHERATING 2023
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Cherating akan mengadakan Minggu Bahasa. Oleh itu, pihak
sekolah ingin memohon perkhidmatan Perpustakaan Bergerak seperti ketetapan berikut:

2.1 Tempat : Perkarangan Sekolah Kebangsaan Cherating


2.2 Tarikh : 19 Oktober 2023
2.3 Hari : Khamis
2.4 Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang

3. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Amirah bin Che Azuha, guru perpustakaan Media SK
Cherating di talian 019-5009366

Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(EN MAZLAN BIN MOHAMAD)


Guru Besar
SK Cherating

You might also like