You are on page 1of 2

TOKOH MURID UNGGUL

Tanggal 25 Mac 2005, melakar sebuah sejarah, dengan kelahiran putera bongsu
pasangan bahagia Ustaz Junaidi Mohamad dan Ustazah Zarina Mahyuddin.
Sebagai putera tunggal dari 3 orang adik beradik, dia dibesarkan dengan penuh
kasih dan sayang. Kata pujangga,”Asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi
pulau, jatuh ke tanah menjadi pohon nan rendang”. Pelajar yang memiliki watak
peramah dan ceria serta bercita-cita menjadi seorang professor ini, telah
melakar kejayaan demi kejayaan baik dalam bidang akademik mahupun ko
kurikulum . Adik Muhammad Faiq Nazhan, telah berjaya mencapai keputusan
cemerlang 8A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) dan
memperoleh keputusan 5A 1B dalam peperiksaan percubaan UPSR yang lalu.
Kecemerlangannya dalam mata pelajaran B.Inggeris pula terserlah apabila
terpilih sebagai 100 peserta terbaik negeri Pahang dalam Pertandingan Spell It
Right anjuran RHB – News Strait Times untuk 2 tahun berturut-turut 2016-
2017. Pelajar yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Harapan 2016 ini,
mengungguli beberapa anugerah ketika mewakili sekolah, daerah, negeri mahu
pun kebangsaan dalam pertandingan yang disertainya. Antaranya; 1. Mewakili
daerah Bentong dalam Pertandingan Syarahan B.Melayu, Majlis Ihtifal Kelas Al
Quran dan Fardhu Ain ( KAFA ) untuk 2 tahun berturut-turut dan pencapaiannya
yang tertinggi, naib johan peringkat negeri Pahang bagi tahun 2014. 2. Bakatnya
semakin terserlah apabila terpilih pula sebagai Johan Pertandingan Bercerita
Kisah-kisah Al Quran, Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Negeri Pahang
sekaligus melayakkannya mara ke peringkat kebangsaan pada tahun 2015. Didikan
agama yang tersemai sejak kecil, membentuk minat dan kecenderungannya dalam
bidang kerohanian. Terpilih sebagai salah seorang Bilal Junior di sekolah, juga
salah seorang muazzin di kawasan perumahan tempat tinggalnya, maka tidak
hairanlah jika pelajar ini telah memenangi tempat ke 2 Pertandingan Azan ,
pelajar-pelajar Pusat Permata Pintar Negara, anjuran UKM dengan kerjasama
Johns Hopkins University, Center for Talented Youth, dalam Program
Perkhemahan Cuti Sekolah 2015. Pelajar yang telah mengikuti Kursus Penaakulan
Mantik di Pusat Permata Pintar Negara ini, mempunyai minat membaca yang
tinggi. Benarlah kata pepatah: “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa
tahu”. Minat membaca yang asalnya sebagai hobi telah melonjak namanya sebagai
pemenang tempat kedua Tokoh Nilam Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2016.
Penjaga gol bagi Pasukan Bola Sepak sekolah ini juga mempunyai tokoh
kepimpinan sebagai Ketua Pengawas Lelaki Sekolah, Pengerusi Kelab Bahasa Arab
dan Pengerusi Jawatankuasa Sahabat Musolla AtTaqwa,

You might also like