You are on page 1of 1

Menyesal dahulu pendapatan….

Pada waktu rehat di sebuah sekolah, Ai Ling berasa nafasnya sesak. Rakan-rakan Ai Ling saling
berpandangan melihatkan keadaan Ai Ling. Kamala, rakan baik Ai Ling menyoal Ai Ling sama ada Ai Ling
masih belum berhenti daripada tabiat merokok. Ai Ling hanya diam tanpa sebarang jawapan. Tamat
waktu persekolahan, Ai Ling berjalan kaki pulang ke rumah sambil merokok. Ketika Ai Ling sampai di
depan pintu rumah, dia terdengar suara tangisan ibunya. Ai Ling mendapatkan ibunya lalu bertanyakan
sebab ibunya menangis. Ibu Ai Ling menjelaskan kepada Ai Ling bahawa ayahnya telah disahkan
menghidap penyakit kanser paru-paru akibat daripada tabiat merokok. Ai Ling mula berasa risau dengan
keadaan dirinya apabila mengingatkan dirinya sesak nafas semasa di sekolah tadi. Ai Ling mula insaf dan
berazam untuk bersungguh-sungguh berhenti daripada tabiat merokok.

CONVENTARIAN_TEAM1

You might also like