You are on page 1of 2
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL. OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! SEKOLAH ‘SCHOOL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS & LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEXE PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel +603-8884 9302, FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Faks ++603.2888 6680 62604 PUTRAJAYA, Laman Web: hitpilwwmnmoe.govmy! MALAYSIA, Ruj. Kami: KPM,600-17/1/21 Jid 5 (40) Tarikh Oktober 2020 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg.Datuk/Tuan, PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KELAB: PENCEGAHAN JENAYAH SEBAGAI KELAB DAN PERSATUAN DALAM SISTEM PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN DAN KOKURIKULUM Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) telah ditubuhkan di sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 1999 dalam kawasan yang dikenalpasti berisiko oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai satu usaha berterusan KPM untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah dan langkah-langkah untuk mencegahnya. Selain itu, penubuhan KPJ juga telah dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara sekalah dan PDRM dalam usaha untuk membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah. Pada tahun 2008, KPM telah memutuskan supaya penubuhan KPJ diperiuaskan ke semua sekolah menengah dan rendah seluruh Malaysia. 3. Untuk pengetahuan pihak YBhg.Datuk/tuan, jawatankuasa KPJ di sekolah adalah terdiri daripada Pengetua/Guru Besar sebagai penaung, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru disipiin sebagai penasihat, dan jawatankuasa kelab dalam kelangan murid-murid yang ditantik untuk memegang jawatan-jawatan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 4. Pelibatan murid dalam KPJ sebelum ini adalah diiktiraf sebagai pelibatan aktiviti HEM sara ada di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahu pun KPM. Perkara ini telah memberikan kesan ferutama bagi murid yang memerlukan nilai/kredit dalam sister Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) kerana kelab tidak didaftarkan sebagai kelab dan persatuan kokurikulum. ; 2 2l ‘Sila catatkan rujukan Pejabat ini apabila berhubung KPM.600-17/1/21 Jid.5 (40 ) 5. Bagi mengatasi isu tersebut, KPM dengan sukacitanya memaklumkan bahawa mulai tahun 2020, KPJ telah didaftar masuk sebagai Kelab dan Persatuan dalam sistem PAJSK dan pelaksanaan sepenuhnya bermula tahun 2021. Sehubungan itu, permarkahan kokurikulum yang diberikan adalah berdasarkan pemberian markah dalam PAJSK. Pelaksanaan aktiviti KPU perlu dilaksanakan pada waktu aktiviti kokurikulum di sekolah. 6. __Kerjasama pihak YBhg.Datuk/tuan adalah dimohon untuk memastikan pihak sekolah menerima dan memahami kandungan surat ini. Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg.Datuk/tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjatankan amanah, HAJI NBIN TALIB Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like