You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PEK


18500 MACHANG , KELANTAN
TEL : 09-9770143 / DBA 2168

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL . 1 / 2022/2023

Tarikh : 29 Mac 2022


Hari : Selasa
Masa : 1.30 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : 1) Che Husin Bin Haron
2) Puan Rubiana Binti Muhammad
3) Tengku Izudeen B Tengku Yacob
4) Mohd Harmizee Bin Abdul Hafi
5) Nik Haridah Bt Nik Husin (tidak hadir bersebab)

AGENDA MESYUARAT

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Tengku Izudeen B Tengku Yacob selaku Ketua
Panitia Sejarah bertindak sebagai pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat Panitia
Sejarah kali pertama sesi 2022.
1.2 Mesyuarat ini dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh semua guru yang hadir.
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih pada semua guru yang sudi hadir.
1.4 Pengerusi berharap mesyuarat dapat berjalan lancar dan dapat tingkatkan lagi prestasi
Sejarah pada tahun ini.
(Tindakan : Makluman)

Agenda 2 : Ucapan Penasihat (Gpk Hem )

2.1 Pn Rubiana Binti Muhammad mengucapkan tahniah kepada Ketua Panitia Sejarah
berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama .
2.2 Beliau berharap Panatia Sejarah dapat menerapkan nilai – nilai sejarah dalam setiap diri
murid .
2.3 Beliau juga berharap agar cikgu – cikgu yang mengajar sejarah mengggunkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif.
2.4 Beliau juga meminta guru – guru yang mengajar sejarah menggunakan maklumat yang
terdapat dalam internet seperti YOUTUBE, GOOGLE dan sebagainya.
2.5 Beliau memaklumkan mesyuarat panitia hendaklah diadakan 3 kali setahun dan laporan
PBD sebanyak 2 kali dengan kesahihan yang disahkan oleh AJK Jaminan Kualiti bagi
setiap panitia .
(Tindakan : Semua guru Sejarah)
Agenda 3 : Aktiviti Panitia 2021 dan Agihan Tugas Ahli Panitia 2022/2023

3.1 Pengerusi mencadangkan Pertandingan nyanyian mengikut kelas dan hadiah akan
disediakan dengan menggunakan wang panitia . Mesyuarat dengan sebulat suara menerima
usul pengerusi.
3.2 Merancang aktiviti bersama dengan PSS iaitu membuat buku Skrap dan bacaan pada bulan
kemerdekaaan.
3.3 Puan Rubiana mencadangkan sepanjang bulan kemerdekaan lagu Patriotik akan dimainkan
pada waktu rehat.

( Makluman : Semua guru Sejarah)

Agenda 4 : Pengurusan Kewangan Panitia Sejarah

4.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan kewangan seperti yang diberitahu oleh
Guru besar , oleh itu perunntukan boleh digunakan untuk pembelian peralatan
dengan mengisi borang minta yang boleh didapati di pejabat serta dengan 3 sebut
harga .
(Makluman : Semua guru Sejarah)

Agenda 5 : TOV dan ETR

5.1 Keputusan mesyuarat TOV dan ETR Sejarah ditentukan mengikut keputusan semasa guru
subjek bukan berdasarkan keputusan PBD 3 akhir tahun 2021.
5.2 Analisa Tahap Penguasaan diedarkan kepada Ahli panitia sebagai rujukan ahli Panitia.

(Tindakan : semua guru Sejarah)


Agenda 6 : Penyelarasan RPT , RPH dan DSKP

4.1 Pengerusi memaklumkam RPT dan DSKP telah pun selesai di bincangkan .
4.2 Pelarasan RPH Mengikut format dalam buku RPH dan perlu ditambah dengan Kriteria
Kejayaan .
4.3 Semua guru sejarah perlu selaraskan RPH mengunakan format terkini.

(Makluman : Semua guru Sejarah)

Agenda 7 : Penetapan penggunaan buku latihan murid

7.1 Mesyuarat memutuskan murid menggunakan buku panjang untuk membuat nota dan latihan
(Makluman dan tindakan : semua guru

Agenda 7 : Jadual pencerapan guru

7.1 Mesyuarat memutuskan seorang guru akan dicerap sebanyak 2 kali dalam setahun sekali
pada penggal 1 dan sekali lagi di penggal 2 .
7.2 Pelaksanaan jadual pencerapan akan disediakan oleh Ketua Panitia Sejarah .

(Tindakan : En. Tengku Izudeen B Tengku Yacob)

Agenda 9 : Semakan buku Latihan

9.1 Pengerusi berkata, semakan buku latihan sebanyak 2 kali setahun , guru B. Melayu sediakan
5 buah buku setiap kelas akan disemak oleh Ketua panitia sebelum dihantar kepada PK1.

9.2 Sehubungan dengan itu, pengerusi memaklumkan bahawa buku latihan hendaklah disemak
setiap kali selesai pemgajaran atau latihan yang diberikan.

(Tindakan : Semua guru Sejarah)


Agenda 10 : Pentaksiran Berasakan PBD dan PBS

10.1 Pengerusi berkata pentaksiran untuk matapelajaran Sejarah murid perlu mencapai TP 3 ke
atas dalam PBD
10.2 Guru perlu membuat penjaminan qualiti berdasarkan keputusan PBD murid.

( Makluman dan Tindakan : semua guru Sejarah)

Agenda 11 :Profesional Learning Community (PLC)

13.1 Pengerusi memberitahu setiap perbincangan berkaitan Panitia perlu di tulis sebagai bukti
PLC telah berlaku.
(Makluman : Semua guru Sejarah)

Agenda 12 : Minit Curai

14.1 En Tengku Izudeen memberitahu guru yang menghadiri kursus perlu menyediakan minit
curai dan diserahkan kepada Ketua Panitia Sejarah untuk disebarkan kepada ahli Panitia. .

(Tindakan : Semua guru)


Agenda 13 : Hal-hal Lain .
- Tiada-

Agenda 14 : Penutup

14.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.25 petang dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................... .................................................
(MOHD HARMIZEE BIN ABDUL HAFI ) ( TENGKU IZUDEEN B TENGKU YACOB)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
SK Kampong Pek SK Kampong Pek
18500 Machang, 18500 Machang,
Kelantan Kelantan

Disahkan oleh :

...........................................................
(TN.HJ.CHE HUSIN BIN HARON)
Guru Besar
SK Kampong Pek
18500 Machang,
Kelantan

You might also like