You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK BIL 3 / 2021

SK BELADIN

Tarikh / Hari : 8 Disember 2021 (Rabu)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Tempat kediaman masing-masing

Agenda Mesyuarat :

1. Perutusan pengerusi
2. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2 / 2021
4. Perkara-perkara Berbangkit
5. Pengurusan Panitia Muzik Tahun 2021
5.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
5.2 PLC / LADAP
6. Hal-hal lain

Kehadiran :

1. Encik Mohd Ikhwan Bin Bujang (Penolong Kanan Pentadbiran)


2. Encik Ali Bin Panel (Penolong Kanan HEM)
3. Encik Ismail Bin Julai (Ketua Panitia Muzik)
4. Encik Awangku Afiq Aisar Bin Awangku Metosen
5. Puan Farah Aqilah Binti Sufian
6. Puan Norita Binti Brahim
7. Cik Iffah Binti Abdul Halim
1.0 Ucapan Alu-Aluan oleh Ketua Panitia
1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli panitia
Muzik dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik kali ke-3 bagi sesi 2021
secara Google Meet.

2.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran.


2.1 Penolong Kanan Pentadbiran, Mohd Ikhwan Bin Bujang memaklumkan bahawa
agar semua ahli panitia Muzik dapat menjalankan PDPR bagi mata pelajaran
muzik dengan baik sehingga pembelajaran secara bersemuka dijalankan.
Beliau menyatakan untuk memanfaatkan semua sumber bagi mata pelajaran
muzik yang terdapat pada internet.

Tindakan : Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2 / 2021


Pengesah : Puan Norita Binti Brahim
Penyokong : Puan Farah Aqilah Binti Sufian

4.0 Perkara Perkara Berbangkit


4.1 Pengerusi menyatakan speaker yang telah ditempah menggunakan duit PCG
telah diagihkan kepada guru muzik yang telah kerosakan speaker.
Tindakan : Makluman

5.0 Pengurusan Panitia Muzik Tahun 2021


5.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

5.1.1 Semua guru yang terlibat dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) diingatkan agar dapat melengkapkan pelaporan bagi mata
pelajaran
muzik sebelum berakhirnya sesi persekolahan bagi penggal 2 2021.
5.1.2 Pengerusi menyatakan pelaporan PBD pelajaran muzik tahun 2021 bagi
bulan Ogos menujukkan ramai murid berada pada tahap penguasaan 3
dan
4.
5.1.3 Pengerusi menegaskan kepada guru untuk mentaksir dan menilai murid
melalui aktiviti, tugasan dan sebagainya yang dijalankan secara maya
sepanjang tempoh PDPR.

Tindakan : Makluman
5.2 PLC / LADAP
5.2.1 Pengerusi menyatakan ahli panitia Muzik perlu menjalankan PLC ataupun
LAdAP yang akan dibuat perlulah memanfaatkan guru.

Tindakan : Makluman

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Pengerusi berharap agar semua ahli panitia Muzik dapat bekerjasama dan
memberikan komitmen yang padu bagi menjayakan semua aktiviti Panitia Muzik
walaupun masih menjalankan pembelajaran secara PDPR.
Tindakan : Makluman

7.0 Penangguhan Mesyuarat


7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Pencadang : Puan Farah Aqilah Binti Sufian


Penyokong : Cik Iffah Binti Abdul Halim

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………………………… …………………………………………
(AWANGKU AFIQ AISAR BIN (ISMAIL BIN JULAI)
AWANGKU METOSEN) Ketua Panitia Muzik,
Setiausaha Panitia Muzik, SK Beladin, Pusa, Betong.
SK Beladin, Pusa, Betong.

Disahkan Oleh :

…………………………………………
(HAMIZOL BIN SAPONG)
Guru Besar,
SK Beladin, Pusa, Betong.

You might also like