You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN

INTERVENSI MINDA SIHAT

Yang Berusaha : En. Mohammaed Fauzi Bin Midun (Pengetua SMK Jerantut)

Tajuk Kertas Cadangan : SAMBUTAN HARI LAHIR (Guru & Sekolah Penyayang)

1.0 PENGENALAN

Guru Penyayang adalah satu panggilan yang melambangkan bahawa guru


merupakan insan yang penuh dengan kasih sayang dalam mendidik anak-anak
pelajar. Seorang guru ibarat seperti ibu atau bapa kepada pelajar sewaktu di
sekolah. Sepanjang anak-anak pelajar berada di sekolah, guru lah yang akan
menjaga dan mendidik anak-anak. Maka, sikap prihatin guru dan rasa sayang guru
terhadap anak-anak pelajar, satu lagi program di bawah Guru Penyayang di
laksanakan iaitu Meraikan Hari Lahir .

2.0 OBJEKTIF

Objektifnya adalah untuk


1. Mengeratkan hubungan diantara guru dan pelajar.
2. Menunjukkan rasa sayang dan prihatin terhadap pelajar.
3. Pelajar dapat merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah.

3.0 MATLAMAT
1. Guru membudayakan dan mengamalkan sikap kasih sayang di sekolah
2. Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah
3. Menimbulkan perasaan dihargai di kalangan warga sekolah

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Pelajar SMK Jerantut :


Bulan Mac – Ogos : 632 org
Bulan Sept 2022 – Feb 2023 : 633 org
Page1

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM :

5.1 TARIKH PELAKSANAAN


Fasa 1 : Hari Lahir Bulan Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos
Tarikh : 19.9. 2022 (ISNIN)
Fasa 2 : Hari Lahir Bulan Sept, Okt, Nov, Dis, Jan, Feb
Tarikh : masih dalam perancangan menentukan tarikh
5.2 TEMPAT

Tapak Perhimpunan Sekolah

5.3 KAEDAH PELAKSANAAN

-majlis dilaksanakan di Tapak Perhimpunan Sekolah pada waktu Perhimpunan


-acara memotong kek dan setiap Tingkatan perlu menghantar 1 orang wakil pelajar
yang lahir pada bulan tersebut
-pelajar akan diberikan 1 kupon aiskrim yang boleh ditebus di koperasi sekolah
sahaja.

5.4 TENTATIF PROGRAM

7.15pg : pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan


7.35pg : Aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Ucapan Tn. Pengetua
Acara memotongan kek
Nyanyian Lagu Hari Lahir
8.00pg : Majlis selesai

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Muhammed Fauzi Bin Midun


( Pengetua SMK Jerantut)
Timb. Pengerusi : En. Muhammad Naqiuddin Boey Bin Abdullah
(PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : En. Muhammad Rushdi Bin Ahmad
(PK Pentadbiran)
Tn. Hj Aminuddin Bin Yaakub
(PK Kokurikulum)
En. Kamaruddin b. Abdul Kadir
Page1

(PK Tingkatan 6)
Setiausaha : Pn. Norul Aisya Binti Nordin (Kaunselor)
Pen. Setiausaha : Pn. Wai Mei Ling
Bendahari : Pn. Nurul Syafika Binti Zahari (Bendahari PIBG)
Penyelaras : Tn Hj Mohd Fadhilah bin Zakaria (Kaunselor)
Pn. Raihan Binti Abdul Razak
: Ketua-ketua Bidang
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 SUMBER KEWANGAN


BIL SUMBER RM
1 PIBG SMK Jerantut RM 1690.00
Unit Bimbingan & Kaunseling RM 500.00
LPBT RM 500.00
JUMLAH RM 2690.00

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL ITEM RM
1 Kek Hari Lahir :
RM 80.00 X 2 RM 160.00
Aiskrim
RM 2.00 X 1265 org RM 2530.00
JUMLAH RM 2690.00

PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan agar aktiviti yang
dirancang mendapat sambutan yang baik dari semua pihak sama ada guru atau
murid dan ibu bapa.

Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua yang
terlibat samada secara langsung ataupun tidak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

............................................. ...........................................
Page1

(NORUL AISYA BINTI NORDIN) (MUHAMMAD NAQIUDDIN BOEY BIN ABDULLAH)


Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Jerantut SMK Jerantut

Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN :
SAMBUTAN HARI LAHIR
(PROGRAM GURU & SEKOLAH PENYAYANG)

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Sambutan Hari Lahir (Program Guru & Sekolah
Penyayang)

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Sambutan Hari Lahir (Program Guru &
Sekolah Penyayang)

Ulasan :

...........................................................................................................................

...........................................................................................................................

...........................................................................................................................

_________________________
(MOHAMMED FAUZI BIN MIDUN)
Pengetua,
SMK Jerantut.

Tarikh : Page1
KERTAS CADANGAN :

SAMBUTAN HARI LAHIR

(PROGRAM GURU & SEKOLAH PENYAYANG)

2022

Page1

You might also like