You are on page 1of 3

KENEGARAAN DAN PERPADUAN

R Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Madani Malaysiaku tercinta.


Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dan warga pendidik warga
cemerlang. Kami generasi terdidik lagi terhebat akan mempersembahkan bicara
berirama yang bertajuk Kenegaraan dan Perpaduan.

R Negara Malaysia negara berdaulat. Dinaungi payung mahkota. Bermula dari Tanah
Melayu, Malaya, Persekutuan Tanah Melayu, akhirnya terbentuklah Malaysia.

S Demi negara yang tercinta, kucurahkan bakti penuh setia. Demi raja yang disanjung
tinggi,
R Kesetiaan tak berbelah bagi. Kepada pemimpin, kepada rakyat.

R Negara berdaulat negara merdeka. Uniknya Malaysia negara berbilang bangsa. Melayu,
Cina, India, Iban, Bidayuh, Bajau dan Dayak.

R Berbeza budaya berbeza Bahasa. Namun tetap satu Bahasa iaitu Bahasa Melayu. Satu
Bahasa melambangkan perpaduan yang erat dan jitu. Satu Bahasa, satu jiwa, satu rasa.

R Di Malaysia perpaduan dapat dihasilkan melalui proses penyeragaman penduduk yang


pelbagai suku kaum kepada satu persamaan nilai yang boleh diterima bersama.

S Misalnya nilai-nilai baik dan buruk, sistem kepercayaan dan keagamaan, kekeluargaan,
peraturan dan undang-undang, sistem pentadbiran dan pemerintahan serta pelbagai lagi
yang bersifat universal.

S Turut ditegaskan tentang kepentingan Falsafah Negara iaitu Rukunegara yang menjadi
pegangan asas kepada perpaduan kaum.

R Terdapat empat elemen yang boleh dijadikan asas kepada perpaduan iaitu:
R Saling Mengenal
R Sentiasa Berbaik sangka
R Tiada paksaan dalam Islam
R Sikap bersama menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

S Gagasan perpaduan dan integrasi bertambah luas dengan penubuhan Malaysia pada 16
September 1963. Di sinilah kesepaduan sosial dan perpaduan nasional menjadi tema
pembinaan negara bangsa.

R Ini selaras dengan Dasar Perpaduan Nasional demi memastikan keharmonian,


kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

S Kawan-kawan, setiap negeri di Malysia ditadbir oleh raja, sultan, Yang Dipertua Negeri
dan Yam Tuan Besar. Namanya berbeza tetapi fungsinya sama

S Pemerintah paling tinggi ialah Yang dipertuan Agong.


R Raja adil raja disembah,
R Raja zalim raja disanggah.

S Cuba kawan-kawan sebutkan negeri-negeri yang diperintah oleh Sultan. Saya tahu,
saya tahu, Perak…Sayapun tahu Perlis, Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan.

R Ewa ewa, Ewa bule


R Ewa bule, Teraju tigo.
R Ewa ewa, Ewa bule
R Ewabule, Teraju tigo.

S Oh, kalau begitu Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak ditadbir oleh siapa ?
R Yang Dipertua Negeri.

R Eh, Negeri Sembilan ?


R Tentulah Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

R Apo kono eh jang, Kau monong ajo,


Orang ke bulan, Ekau di mana.
R Sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama mesti patuhi lima prinsip
Rukun Negara.
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan

R Konklusinya, negara yang permai ini haruslah dipelihara daripada anasir-anasir yang
boleh menghancurkan negara. Keharmonian dan perpaduan wajar dipelihara sebaik
mungkin.

R 66 tahun Merdeka tanpa ada kuasa penjajah., Sayangi agama, sayangi bangsa, sayangi
negara. Pupuklah nilai-nilai ini sejak awal. Makmurnya Malaysia seantero dunia.
Perpaduan Teras Malaysia Madani.

Daun sirih di dalam dulang,


R Menjadi hantaran majlis beradat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia merdeka kekal berdaulat.

R Sekian sahaja daripada kami, (2x)


Harap anda terhibur (2x)
Salah silap dimaafi (2X)
Tahun depan jumpa lagi (2X)

R Sekian, Terima kasih

You might also like