You are on page 1of 11

TAJUK : PECAHAN 7

MASA : 15 minit

ALAT : Sampul surat, bahagian-bahagian yang telah dipotong.

OBJEKTIF : Untuk melihat kerjasama ahli kelompok dan kepimpinan

LANGKAH2 :

i. Anda diberi satu sampul surat yang mengandungi 7 keratan yang


boleh dicantumkan menjadi satu rajah.

“ANDA DIMINTA MEMBUAT RAJAH ANAK PANAH”

ii. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan . Anda perlu menyiapkan


tugasan ini dalam masa 10 minit. ]

iii. Syarat menyiapkan tugasan ini ialah anda tidak dibenarkan


bercakap.

PERBINCANGAN

i. Adakah tugasan ini disiapkan dalam tempoh masa yang


ditetapkan ?

a) Jika siap – bagaimana ?


b) Jika tidak - mengapa ?

ii. Adakah semua ahli dalam kelompok cuba membantu ?

iii. Siapakan pemimpin dalam kumpulan ?

1
TAJUK : ARNAKI

MASA : 15 minit.

ALAT : Sebiji bola sepak, wisel

OBJEKTIF : Mematuhi peraturan / undang-undang.

LANGKAH2 :

i. Pemudah cara memberi bola bagi setiap kumpulan.

ii. Pemudah cara kemudiannya meniup wisel. Masa diberi 10 minit.

iii. Selepas 10 minit pemudah cara meniup wisel menandakan tamat.

PERBINCANGAN

a) Apakah yang berlaku apabila wisel ditiup ?

b) Mengapakah peraturan diperlukan ?

c) Apa terjadi peraturan tidak dipatuhi ?

PENGAJARAN

Mematuhi peraturan adalah penting untuk mewujudkan suasana yang


selesa dan tenteram.

2
TAJUK : MARI MELUKIS 1
MASA : 1 jam
ALAT : Kertas mahjung, magic pen, kertas bergambar untuk
pemudahcara.
OBJEKTIF : a) Supaya [eserta memahami konsep komunikasi

b) Supaya peserta sedar pentingnya komunikasi


melalui pengunaan perkataan yang betul.

c) Supaya peserta sedar pentingnya kemahiran


mendengar.

d) Supaya peserta sedar bahawa komunikasi secara


terus ( direct ) lebih baik daripada
secara tidak langsung ( indirect )
LANGKAH :

i. Pemudahcara tunjukkan kertas bergambar kepada peserta


pertama dan diberi masa 2 minit untuk memerhati dan meneliti
lukisan itu. Kemudian gambar itu disimpan oleh pemudahcara.
ii. Peserta pertama tadi diminta memberi arahan mengenai gambar
lukisan tadi kepada peserta kedua ( cara berbisik ). Peserta
kedua lukis gambar itu. Buat aktiviti tersebut hingga peserta
terakhir . ( Peserta – peserta yang belum melukis dikeluarkan
daripada bilik )
iii. Setelah semua siap, pamerkan semua gambar-gambar yang telah
dilukis dan lukisan asal di papan hitam.

3
PERBINCANGAN

i. Kenapa lukisan tiap-tiap peserta berbeza ?


ii. Apa perasaan peserta semasa menerima arahan dan semasa
melukis?
iii. Kenapa lukisan akhir berbeza dengan lukisan awal ?
iv. Selain daripada cara lisan, apakah cara-cara lain untuk
membantu penyampai memberitahu lukisan itu kepada kawannya.

PENGAJARAN

i. Aspek penting dalam komunikasi aialah memberi arahan yang


tepat dan mendengar dengan teliti.
ii. Komunikasi secara langsung adalah lebih berkesan dan sangat
penting untuk mengesahkan sesuatu berita.
iii. Khabar angi biasanya tidak tepat, perlu mendengar dari
penghantar asal untuk mengesahkannya.
iv. Komunikasi secara tidak langsung atau melalui orang
perantaraan tidak digalakkan.
v. Non-verbal cues juga penting untuk komunikasi yangberkesan.

4
TAJUK : BERPASANGAN ( Dyad )
MASA : 45 minit
ALAT : Tiada
OBJEKTIF : Untuk mengenal diri dengan lebih mendalam mengenai diri
pelajar-pelajar di dalam kelas.

Langkah-langkah :

i. Murid-murid mencari pasangan masing-masing yang dirasakan


selesa, memilih tempat yang sesuai di dalam kelas/ luar. Kedua-
dua peserta berbual-bual mesra berdasarkan kepada perkara-
perkara berikut :

a) latar belakang keluarga


b) Hobi
c) Harapan memasuki sekolah ini

ii. Selepas 10 minit murid dipanggil dan berkumpul di dalam


kelompok masing-masing.

iii. Murid-murid diminta menceritakan semula apa yang telah


diketahui mengenai pasangan tadi kepada kelompok secara
bergilir-gilir.

iv. Fasilitator berbincang dengan peserta :

a) Apakah perasaan apabila menceritakan kepada rakan ?


b) Apakah perasaan apabil;a kisah mereka diceritakan
kepada rakannya.

v. Pengajaran :

a) kita rasa lebih mesra apabila kita mengetahui tentang diri


orang lain.
b) Betapa pentingnya membina hubungan mesra dengan
mengetahui lebih dekat lagi kawan di dalam kelas
seterusnya kewujudkan kerjasama.

5
TAJUK : SIAPA SAYA ? ( RANTAI NAMA )
MASA : 15 minit
ALAT : TIADA
OBJEKTIF : - Untuk mengetahui dan mengingati nama rakan dalam
kelompok.

- Untuk berkenalan dan menyesuaikan diri.

LANGKAH-LANGKAH

i. Murid-murid dan fasilitator duduk di dalam kumpulan.

ii. Fasilitator memulakan sesi perkenalan diri.

iii. Murid pertama di sebelah kanan fasilitator memperkenalkan


nama dirinya.

iv. Begitu juga dengan murid ke dua memperkenalkan dirinya dulu,


kemnudian menyebut nama rakan yang pertama tadi, kemudian
sekali lagi menyebut namanya kali kedua.

v. Aktiviti ini diteruskan secara bergilir-gilir dengan murid-murid


yang seterusnya di dalam kumpulan.

vi. Fasilitator berbincang mengenai aktiviti tadi :

a) Perkara yang disebut secara berulang-ulang senang


diingati (kaitkan dengan apabila membaca berulang-
ulang akan menambah ingatan)

b) Merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil


kita dengan sebutan nama.

6
TAJUK : SI BUTA SAYANG ( KEYAKINAN DIRI )
MASA : 40 minit
ALAT : Kain penutup mata
OBJEKTIF : - Untuk menyedarkan tentang factor-faktor yang
menyebabkan seseorang itu mempunyai keyakinan dan
kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain.
LANGKAH :

i. Peserta diminta memilih pasangan masing-masing dan menamakan


diri A dan B.
ii. Peserta diberi sehelai kain penutup mata dan A menjadi si buta
dengan mengikat kain itu menutup matanya.
iii. Peserta B tidak menutup mata dan menjadi pemandu
iv. Pemandu dikehendaki memberi panduan dan arahan yang
tertentu kepada si buta sambil berjalan ( seelok-eloknya di
kawasan perkarangan sekolah ). Si Buta dikehendaki mematuhi
arahan rakannya.
v. Peserta diminta bertukar peranan.
vi. Fasilitator membimbing :

a. Peserta diminta mengingat semula pengalaman dalam


aktiviti yang telah dijalankan.
b. Apakah perasaan mereka pada masa menjadi Si Buta dan
pemandu.
c. Mengapakan mereka memberi reaksi-reaksi tertentu
dalam aktiviti ini ?
d. Pengajaran :
- Kita perlu yakin kepada diri sendiri dan orang lain
untuk mencapai sesuatu cita-cita / matlamat.
- Keyakinan diri akan membawa kejayaan.
- Bila seseorang itu telah mempercayai kita, ia akan
berasa selesa. Begitu juga jika rakan-rakan percaya
kepada PRS mereka akan lebih rela berkongsi
perasaan. PRS harus menghormati kepercayaan yang
diberikan oleh rakan-rakan mereka.

7
TAJUK : MENGHANTAR MESEJ
MASA : 45 minit
ALAT : Kad mesej, kad kosong, pen.

LANGKAH :

i. Arahkan peserta berada dalam satu bulatan.

ii. fasilitator memberikan kad mesej kepada peserta pertama.


Peserta pertama membacanya. Kemudian menyampaikan isi
kandungan pada kad mesej kepada peserta kedua secara lisan.

iii. Peserta kedua pula menyampaikan mesej itu juga secara lisan
kepada peserta ketiga tanpa diddengar oleh peserta lain.

iv. Begitulah seterusnya hingga kepada peserta terakhir.

v. Peserta terakhir dikehendaki menulis mesej yang diterima


dalam kad kosong yang disediakan.

vi. Fasilitator mengarahkan peserta terakhir membaca mesej pada


kadnya dan kemudiannya bandingkan dengan kad mesej asal yang
ada pada peserta pertama.

vii. Wujudkan perbincangan mengenai aktiviti ini dan hubungannya


dengan komunikasi sehala.

PERBINCANGAN

- Mengapa kandungan maesej berubah ?

8
BIDANG : KEMAHIRAN KOMUNIKASI
TAJUK : LAKONAN BINATANG
BAHAN : Senarai nama binatang / gambar binatang

Langkah-langkah

i. Bahagikan peserta kepada kumpulan kecil antara 10 – 15 orang


satu kumpulan.

ii. Para peserta berada dalam satu barisan mengikut pecahan


kumpulan.

iii. Peserta dibahagian belakang diminta melakunkan watak binatang


kepada kawan dihadapannya.

iv. Setelah selesai peserta dihadapan diminta menyatakan nama


binatang yang dilakunkan itu.

v. Minta peserta ditengah menyatakan nama binatang itu.


Bandingkan jawapan setiap peserta yang ditanya.

Falsafah

i. Komunikasi tanpa lisan – mimic muka, gaya dan gerakan badan


dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada orang lain.

ii. Perubahan tingkahlaku asal menyebabkan mesej asal tersasar.

iii. Kemahiran memerhati dan mentafsir akan mempercepatkan


pengesanan mesej yang hendak disampaikan dan sebaliknya.

iv. Kejayaan mentafsir dan membuat tekaan yang tepat akan


menambah keyakinan diri kepada pihak – pihak yang terlibat.

v. Semakin ramai ahli dalam satu-satu kumpulan, kebiasaannya


mesej yang disampaikan menjadi lebih tidak tepat.

9
BIDANG : MEMBUAT KEPUTUSAN
TAJUK : SILANG DAN MENANG
Alatan : 9 kerusi dan wisel
Langkah-langkah

i. 9 buah kerusi disusun seperti rajah

x o o
o x o
x o x

ii. Peserta diabhagikan kepada 2 kumpulan.

iii. Setiap kumpulan dikehendaki melantik ketua kumpulan.

iv. Apabila wisel ditiup, ketua kumpulan hendaklah menyuruh


seorang ahlinya duduk di atas kerusi ( bergilir-gilir ).

v. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya duduk pada kerusi


dalam satu garis lurus untuk menang.

vi. Fasilitator menyoal kepada peserta sama ada mereka telah


faham dan bersedia.

vii. Fasilitator memulakan aktiviti dengan meniup wisel mula


perlahan dan semakin cepat.

viii. Semasa peserta melaksanakan aktiviti, fasilitator memerhati


tingkahlaku peserta dan mencatat sebagai data yang dipaparkan.

Falsafah
i. Kapatuhan kepada ketua ( arahan ) boleh menghasilkan kejayaan.
ii. Muafakat membawa berkat.
iii. Peserta membuat keputusan sendiri dengan cepat dan tepat.
iv. Seseorang mempunyai hak untuk membuat keputusan umntuk
tidak menggunakan dadah.

10
BIDANG : HARGA DIRI
TAJUK : MENOLAK BALAK
ALATAN : Tiada

Langkah-langkah

i. Bentik kumpulan yang terdiri daripada 3 orang peserta.

ii. 2 orang peserta berdiri bertentangan muka manakala seorang


lagi berdiri di tengah-tengah.

iii. Peserta yang berdiri secara berhadapan menolak ke dada


peserta yang di tengah dan disambut oleh peserta ke 3.

iv. Peserta yang ditolak tidak dibenarkan menoleh ke belakang dan


hendaklah membiarkan dirinya disambut / ditahan oleh 2 orang
rakannya.

v. Peserta diberi peluang memainkan peranan sebagai balak secara


bergilir-gilir.

Falsafah

i. Dapat membentuk keyakinan diri.

ii. Membina sikap tanggungjawab

iii. Menimbulkan sikap bekerjasama antara satu sama lain.

iv. Mempercayai rakan secara positif.

11

You might also like