You are on page 1of 1

SMK AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL ( SEMADAH )

71400 Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus


Tel : 06-6857162 Fax : 06-6858160 Email : smkap@ymail.com
Kod Sekolah : NRA 3001

Ruj Kami : SEMADAH.500-5/2/4( )


Tarikh : Mei 2022

Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin


Ketua Pegawai Eksekutif
Kompleks Islam Putrajaya, Aras 8, Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER BAGI KEGUNAAN MAKMAL KOMPUTER SMK


AGAMA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL (SEMADAH)

Adalah dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH) sedang berusaha melengkapkan
prasarana dan kelengkapan bagi membantu guru-guru dan anak-anak tahfiz SEMADAH bagi proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih berkesan dan sesuai dengan zaman Revolusi
IndustrI 4.0

3. Oleh yang demikian, pihak kami ingin memohon sumbangan komputer bagi kegunaan di
Makmal Komputer SEMADAH dengan kos sebanyak sebanyak RM 140,000.00 (RINGGIT
MALAYSIA SERATUS EMPAT PULUH RIBU SAHAJA).

4. Semua urusan sumbangan dan pembayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama
“PIBG SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (CIMB : 8601-0329-72)”. Segala pertanyaan dan
maklum balas daripada pihak tuan boleh hubungi Encik Zool Hilmi Bin Mohd Fazil di talian 013-646
9647.

5. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

”PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

NOR ISKANDAR BIN MUHAMMAD


Pengetua Cemerlang
SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
Pedas, Negeri Sembilan

You might also like