You are on page 1of 2

TEMA : JIRANKU PERIHATIN

TAJUK CERPEN : “SAYANG SALMAH”

“Kisah ini mengenai Irsya dan pengorbanan jirannya, Salmah ketika


melalui saat genting apabila ibunya, Puan Azraine disahkan COVID-19.”

Empat hari Puan Azraine batuk tidak berhenti-henti. Irsya yang risau keadaan ibunya
yang semakin lemah memujuknya membuat pemeriksaan di hospital, namun ditolak ibunya
dengan pelbagai alasan. “Tak boleh! Ica tak kira, kita pergi juga petang ni” tegas Irsya kali
ini. Akhirnya si ibu terpaksa mengalah. Mungkin dia merasakan sendiri dirinya sudah terlalu
lemah.

Sesampainya di hospital kelihatan ramai orang berbaris dengan penjarakan yang agak
jauh. Banyak kerusi kosong disilang pita keselamatan. Petugas berpakaian khas umpama
angkasawan sibuk ke sana ke sini. Irsya dan ibunya diminta mengimbas kod mySejahtera dan
mengambil suhu. “Ya Allah! 38.3oC!” Tersentak seorang petugas ketika Puan Azraine
mengimbas suhu. “Cepat ikut saya!” arahnya kepada dua beranak itu menuju ke satu lokasi
khas.

“Hello Sally, mak Ica kena tahan di wad. Mak disahkan positif Covid-19” beritahu
Irsya kepada Salmah, kawan baik merangkap jirannya dengan tersedu-sedu. Salmah memang
selalu menjadi tempat untuk Irsya mengadu dalam apa jua hal. “Ya Allah! Makcik” raung
Salmah tanpa diminta. “Ica pun diswap tapi alhamdulillah negatif. Ica on the way balik tapi
doktor suruh kuarantin di rumah selama 14 hari” jelas Irsya tanpa ditanya.

Dua minggu berlalu. Irsya menghabiskan masanya sendirian di rumahnya. Pihak


hospital juga telah membuat semburan nyahkuman di seluruh pelusuk penjuru rumahnya.
Biasanya setiap hari dia ke rumah Salmah. Mereka sebaya dan begitu akrab sejak kecik.
Keakraban mereka tidak ubah seperti adik beradik. Selama dua minggu itu jugalah Salmah
menyediakan makan dan minum untuk Irsya. Hanya telefon dan perbualan whatsapp
menghubungkan mereka dan bertanya khabar. Alhamdulillah mujur Irsya tidak menunjukkan
sebarang gejala. Begitupun selama dua minggu itu juga tiada khabar berita dari ibunya.
Kriiiiing… Telefon Irsya tiba-tiba berdering. “Hello Cik Irsya. Awak apa khabar?
Ada gejala apa-apa?” satu suara bertanya. “Alhamdulillah sihat walafiat” jawab Irsya
spontan. “Kalau semua OK awak boleh datang ke hospital untuk potong gelang pink ya.”
sambung suara itu selepas memperkenalkan diri. “Mak saya macamana?” “Mak
awak….hmmm..” Irsya menunggu penuh debar. “Mak awak…. Ikut la balik sekali. Syukur dia
dah pulih”. Menitis air mata Irsya deras. Dia bersyukur kerana ibunya telah pulih dan juga
kerana dikurniakan jiran yang sangat prihatin. Irsya menyelak jendela rumah dan ketika itu
juga terpampang Salmah berdiri tegak di sebalik pagar hijau rumahnya. “Sayang Salmah.
Hanya Allah yang dapat membalas jasamu” bisik hatinya sendirian.

TAMAT

You might also like