You are on page 1of 4

S SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI GUNUNG,

16390 BACHOK , KELANTAN


DEA 0038

MINIT MESYUARAT KHAS PANITIA GEOGRAFI BIL 3


TAHUN 2020

TARIKH : 22/6/2020 (ISNIN)


MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
PENGERUSI : PN. AIDA YULIANTI BT ZAKARIA
KEHADIRAN
Guru yang hadir:
1. KAMARULSHAM BIN ALI (GKSS)
2. PN. AIDA YULIANTI BT ZAKARIA
3. PN NOOR SAZALIZA BT MOHD HASSAN
4. EN. CHE MOHD ZAIN BIN MAT YUNUS.
5. PN. NIK ALBUSRA BT ISMAIL

3.1 UCAPAN PENGERUSI

3. 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan


berbanyak terima kasih dengan kehadiran ahli panitia untuk mesyuarat khas Panitia
Geografi untuk membuat persediuaan memulakan persekolahan setelah lama bercuti
kerana terpaksa menghadapi pandemic virus Convid 19.

3.1.2 En.Kamarulsham selaku GKSS mengucapkan selamat kembali bertugas kepada ahli
panitia. Beliau memohon agar semua guru perlu berkerjasama dengan pihak sekolah
untuk mengamalkan norma baru bagi membendung penularan wabak Convid 19 yang
melanda Negara kita. Beliau juga berharap agar guru tidak mengabaikan tugas
mendidik pelajar walaupun negara masih belum bebas menghadapi wabak tersebut.
Selain itu, beliau meletakkan sepenuh keyakinan bahawa setiap guru dapat
meningkatkan pencapaian walaupun menghadapi wabak Pandemik Convid 19. Para
guru juga perlu membuat program kecemerlangan mengikut kemampuan pelajar.
3. 2 PERKARA YANG DIBINCANG

3.2.1 Pembentangan Pencapaian Ujian 1 2020 Ting 5


Pengerusi membentangkan pencapaian Ujian 1 tahun 2020 Geografi SPM. Peratus
lulus pelajar SPM adalah 81.2 % dan GP adalah sebanyak 6.00 . Beza peratus dengan
pencapaian SPM 2019 adalah sebanyak -18.18 % Ini menunjukkan peratus
penurunan sebanyak 18.18 berbanding dengan tahun 2019..Justeru itu guru yang
mengajar SPM perlu mempertingkatkan usaha untuk meningkatkan markah lulus
pelajar.(Rujuk Lampiran)
3.2.2 Perancangan PdPC panitia (semakan RPT) pasca PKP
Pengerusi memaklumkan kepada ahli agar membuat semula perancangan PdPC
mengikut takwim yang baru. Pengerusi juga mengingatkan kepada ahli panitia agar
silibus perlu dihabiskan bulan Oktober.
3.2.3 Penyediaan bahan PdPC yang lebih efektif bagi kelas peperiksaan dan kelas-kelas lain
serta kaedah penyampaian.
Pengerusi meminta ahli panitia agar menyediakan bahan yang mudah difahami oleh
pelajar dan supaya tajuk-tajuk yang dipelajari dapat dihabiskan dengan cepat.
3.2.4 Perbincangan berkaitan PdPC berkesan kepada pelajar bersemuka dan pembelajaran
maya.
Pengerusi mengingatkan ahli panitia supaya menyediakan bahan untuk pelajar yang
bersemuka dengan mencukupi agar pelajar dapat mengingati semula apa yang
dipelajari setelah beberapa bulan tidak menghadiri kelas bersemuka.Selain itu bagi
kelas maya iaitu Ting 1,2,3 dan 4 ahli panitia perlu menyediakan bahan latihan untuk
diedarkan kepada pelajar bermula 1 Julai 2020. Setiap ahli panitia perlu memilih
tingkatan yang dikehendaki untuk menyediakan bahan edaran.

Tingkatan Guru yang menyediakan bahan


edaran
1 Puan Nik AlBusra Bt Ismail
2 En.Che Mohd Zain Bin Mat Yunus
3 Pn. Aida Yulianti bt Zakaria
4 Pn. Aida Yulianti bt Zakaria
3.3 Hal-hal lain
3.3.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar terus komited dengan tugas walaupun
terpaksa mengharungi cabaran Pandemik Convid 19. Kita perlu menganggap
bahawa ini merupakan ujian dari Allah S.W.T kepada umatnya.
3.2.2 Pengerusi juga menekankan agar ahli perlu bekerjasama untuk menghadapi tugas
mendidik walaupun terpaksa melalui cabaran yang melanda Negara dan seluruh
dunia pada masa kini. Kita perlu sentiasa berdoa agar wabak ini terus hilang di bumi
Malaysia yang tercinta.
3.2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa program intervensi pelajar SPM akan dimulakan
setelah pelajar di bahagikan kepada beberapa kategori iaitu Cemerlang, Sederhana
dan lemah.

3,4 Rumusan dan Penutup


3.4.1 Pengerusi sekali lagi memohon kepada ahli panitia supaya melipatgandakan usaha
untuk menaikkan prestasi pelajar demi menjaga nama baik panitia Geografi dan
warga SMKSG yang tersohor. Setiap ahli panitia perlu yakin bahawa walaupun
matapelajaran Geografi adalah elektif tetapi ia akan turut bersaing dengan
matapelajaran Teras untuk menaikkan nama sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................... ....................................................
(EN. CHE MOHD ZAIN BIN MAT YUNUS) (PN.AIDA YULIANTI BT ZAKARIA
Setiausaha Panitia Geografi Ketua Panitia Geografi SMK SRI GUNUNG
SMK SRI GUNUNG

You might also like