You are on page 1of 8

UASA BAHASA MELAYU SET 1

Bahagian A [10 markah]

Soalan 1 hingga 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. Kari ayam yang dimasak oleh Suhaila berasa amat


____________ kerana terlebih garam.

A masam B payau C tawar D masin

2. Ibu menyimpan ____________ daripada kek itu untuk adik dan


kakak.

A seluruh C sebilangan

B sepertiga D sesetengah

3. Pilih ayat yang betul.

A. Tiap petang Hanafi dan adiknya membantu bapanya


memetik cili di kebun.

B. Puan Lim amat rindu akan anak sulungnya yang sedang


menuntut di luar negara.

C. Encik Rahmat menghadiahkan anaknya sebuah basikal


sempena hari lahir anaknya.

D. Semua peserta-peserta kem motivasi dikehendaki


berkumpul di dewan sekolah.
Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya.

Penduduk Taman Seri Siantan terdiri daripada pelbagai kaum.


Mereka hidup dalam suasana yang harmoni. Bagi memupuk
semangat perpaduan, penduduk taman itu saling bekerjasama.
Mereka bersatu hati dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan
seperti bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman dan
sambutan hari keluarga. Pada musim perayaan pula, penduduk
Taman Seri Siantan saling berkunjung ke rumah rakan atau jiran.
Mereka berpeluang beramah mesra dan memanfaatkan peluang ini
untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

1. Bagaimanakah suasana kehidupan penduduk Taman Seri


Siantan?

A. menjayakan aktiviti kemasyarakatan


B. terdiri daripada pelbagai bangsa
C. hidup dalam keadaan harmoni
D. berkunjung ke rumah jiran

2. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A. Mereka bersatu hati dan beramah mesra hanya pada
musim perayaan.

B. Segelintir penduduk bergotong-royong membersihkan


kawasan kediaman.

C. Penduduk taman saling berkunjung untuk mengeratkan


hubungan silaturahim.

D. Penduduk Taman Seri Siantan terdiri daripada satu kaum


sahaja.
3. Berikut ialah aktiviti yang dapat menyuburkan semangat
perpaduan berdasarkan petikan kecuali

A. amalan bergotong-royong.

B. bersihkan kediaman masing-masing.

C. mengadakan sambutan hari keluarga.

D. saling berkunjung ke rumah jiran.

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHAN 1
BAHAN 2

Encik Kamil berhasrat mengajak isterinya untuk mengunjungi Karnival

Jualan Hasil Pertanian yang akan diadakan berhampiran tempat

tinggal mereka. Encik Kamil memberitahu isterinya bahawa karnival

itu bertujuan untuk memasarkan hasil pertanian yang diusahakan

oleh usahawan desa.

Di sana, terdapat banyak gerai jualan. Barangan jualan dijual

dengan harga yang murah. Selain itu, potongan harga diberikan

kepada pengunjung bagi setiap barangan yang dibeli. Isteri Encik

Kamil begitu teruja untuk ke sana.

1. Tujuan utama karnival ini diadakan untuk


A. melahirkan usahawan desa.
B. setiap barangan diberi potongan harga.
C. memasarkan hasil pertanian usahawan desa.
D. memberitahu isteri Encik Kamil tentang karnival.

2. Di sana, terdapat banyak gerai jualan.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di


atas ialah

A. biji B. buah C. butir D. bentuk

3. Perkataan potongan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh


digantikan dengan perkataan

A. agihan B. diskaun C. bayaran D. percuma


4. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di
atas.

A. Hasil pertanian akan dijual dengan harga yang murah.

B. Karnival Jualan Hasil Pertanian akan diadakan di ladang.

C. Potongan harga hanya diberikan kepada isteri Encik Kamil.

D. Penduduk Taman Pertanian sahaja boleh mengunjungi


karnival ini.

Bahagian B 【10 markah】


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.

Aiman mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Dia tidak


sabar untuk menikmati hidangan istimewa iaitu lemang yang
dibakar sepanjang malam bersama-sama ayah.

"Ibu, sedap sungguh lemang ini!" kata Aiman sambil


menghulurkan pinggan meminta lagi.

Ayah tersenyum melihat gelagatnya yang makan lemang


secara gelojoh. Penyediaan lemang sangat rumit, namun
Aiman berpuas hati dapat membantu.
(a) Aiman berbasikal untuk segera sampai ke ______________.
[1 markah]

(b) Mengapakah Aiman menghulurkan pinggan kepada


ibunya? [2 markah]
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang
diberikan. [1 markah]

Dia tidak sabar untuk menikmati hidangan istimewa iaitu

lemang yang dibakar sepanjang malam bersama ayah.

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan
ayat yang diberikan.

Ayah tersenyum melihat gelagatnya yang makan lemang


secara gelojoh.

Gelagatnya yang makan lemang secara gelojoh

dilihat oleh ayah sambil tersenyum.

Gelagat ayah yang makan lemang secara

gelojoh dilihat olehnya sambil tersenyum.

[1 markah]
Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat
kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu
hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Kawan-kawan,
Pihak sekolah kita menganjurkan pelbagai aktiviti untuk
mengekalkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat
membolehkan seseorang itu badan sihat maka otak pun menjadi
cerdas.

Pada pendapat kamu, apakah yang boleh dilakukan oleh murid-


murid untuk mengekalkan gaya hidup sihat?
_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

[5 markah]
Bahagian C [10 markah]
Grafik di bawah menunjukkan pemandu kenderaan yang
mematuhi had laju di jalan raya.

Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan mematuhi had laju di


jalan raya.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50


patah perkataan.

You might also like