You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM REKREASI LUAR


SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA

TEMPAT:
PADANG INDERA MAHKOTA
KIDDIE LAND
PERPUSTAKAAN DESA
BOMBA

TARIKH :
28 NOVEMBER 2023 HINGGA 01 DISEMBER 2023

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA

1
1.0 PENDAHULUAN.
Rekreasi Luar ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Rendah Islam Indera
Mahkota, Kuantan, Pahang (SRIIM). Program ini disertai oleh semua murid tahun 1
dan 2 sejumlah 100 orang. Lokasi aktiviti yang akan dilawati ialah Taman Pertanian
Jubli Perak, Mini Zoo Teruntum, Kiddie Land Kuantan dan Padang Indera Mahkota
pada 28 November sehingga 01 Disember iaitu empat hari. Program ini dapat
membantu murid dalam membina keyakinan di samping memupuk nilai-nilai
kerjasama antara murid. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila meningkat dewasa.

2.0 RASIONAL.
Program ini diadakan untuk memupuk sifat kerjasama dan disiplin dalam diri murid.
Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal,
mental dan rohani hendaklah tersemat dalam diri murid. Ini merupakan matlamat
perdana program tersebut dilaksanakan. Pelbagai bentuk aktiviti seperti memasang
khemah, mengenal haiwan, bertani, sains dan lain-lain disusun supaya murid dapat
menonjolkan sifat kepimpinan dan bakat masing-masing dalam menempuh cabaran
yang lebih mencabar pada masa yang akan datang.

3.0 OBJEKTIF.
Program ini dilaksanakan untuk:
1. Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti kokurikulum
2. Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisplin serta peranan murid semasa
melakukan aktiviti.
3. Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi
4. Memimpin dan membimbing murid supaya jelas hala tuju masa hadapan.
5. Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.

4.0 TEMPOH PROGRAM.


4.1 Program ini dijalankan selama 4 hari.
4.2 Masa pelaksanaan program ini melibatkan setengah hari sahaja.

5.0 TARIKH.
5.1 Tarikh yang dirancang ialah 28 November 2023 hingga 01 Disember 2023.

6.0 TEMPAT.
6.1 Tempat yang dirancang ialah Perpustakaan Desa, Padang Indera Mahkota,
BOMBA dan Kiddie Land.

6.2 Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana :


6.2.1 Kawasan rekreasi dengan bentuk muka bumi yang pelbagai dan jarak
tidak jauh dari sekolah.
6.2.2 Sesuai untuk sukan rekreasi dan perkhemahan kerana kawasan yang
luas untuk pelbagai aktiviti.
6.2.3 Kawasan yang mesra pengunjung kerana mempunyai pelbagai
kemudahan seperti tandas, kafeteria dan sebagainya serta kawasan yang
selamat dan tiada sebarang gangguan yang boleh menjejaskan program.

2
7.0 KUMPULAN SASARAN.

7.1 Jumlah peserta : 60 orang (murid tahun 1)


51 orang (murid tahun 2)
(senarai nama peserta adalah seperti lampiran 1)
7.2 Jumlah guru : 12 orang.

8.0 AKTIVITI REKREASI.

Terdapat 4 jenis aktiviti utama yang akan dilakukan sepanjang program ini, iaitu :

8.1 Perkhemahan Mini Pengakap Lebah


8.2 Mengenal pengangkutan Bomba
8.3 Memupuk minat membaca
8.4 Sains

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Pengangkutan (Bas) 123 orang X 4 buah 2400.00
2 Tiket 123 orang X RM30.00 3690.00
3 Aktiviti Orientering 123 orang X RM10.00 1230.00
4 Rencam (belanja tak terduga) 123 orang X RM3.00 369.00
Jumlah 7689.00

3
10.0 SENARAI JAWATANKUASA.
10.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat : Puan Shalmisyam Binti Shahuddin (Guru Besar)
Pengerusi : Puan Nor Haslinda Binti Mohamed Nor
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi: Cik Izzatul Husna Binti Rahaman
(Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum)
Naib Pengerusi : Encik Muhammad Huzaifah Bin Mohd Noor Fitri
( Penolong Kanan HEM)
Setiausaha : Encik Muhammad Fakhrur Radzee Bin Abdullah

10.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Encik Muhammad Suhaimi Bin Abdul Razak
Naib pengerusi : Puan Siti Fairuz Binti Radzali
Setiausaha : Cik Siti Hanisah Binti Zakaria
Bendahari : Cik Nurul Atirah Binti Hamzah
Ketua Komandan 1 : Cik Nurul Fatin Wardah Binti Khadzil
Ketua Komandan 2 : Encik Muhammad Farriz Bin Radzi

10.3 AHLI JAWATANKUASA


AJK Makanan : Muhammad Nazrul Izwan Bin Abdul Khalid
AJK Kebajikan : Cik Siti Hanisah Binti Zakaria
AJK Hadiah dan Sijil : Cik Nurul Atirah Binti Hamzah
AJK Disiplin : Encik Amr Bin Ismail
AJK Multimedia : Intan Nurain Binti Zefferin

4
11.0 JADUAL PROGRAM.

TARIKH/ MASA TAHUN TEMPAT GURU


HARI
NURUL FATIN
WARDAH BINTI
KHADZIL
1 PADANG IM INTAN NURAIN BINTI
ZEFFERIN
SITI HANISAH BINTI
8.00 PAGI ZAKARIA
28.11.2023 HINGGA NURUL ATIRAH BINTI
SELASA 1.00 HAMZAH
PETANG
2 PADANG IM SITI FAIRUZ BINTI
RADZALI
MUHAMMAD SUHAIMI
BIN ABDUL RAZAK
MUHAMMAD NAZRUL
IZWAN BIN ABDUL
KHALID
MOHD FARRIZ BIN
RAZDI
MUHAMMAD FAKHRUR
RADZEE BIN
ABDULLAH
NURUL FATIN
WARDAH BINTI
1 KIDDIE LAND KHADZIL
INTAN NURAIN BINTI
ZEFFERIN
SITI HANISAH BINTI
ZAKARIA
NURUL ATIRAH BINTI
HAMZAH
29.11.2023 8.00 PAGI
RABU HINGGA SITI FAIRUZ BINTI
1.00 RADZALI
PETANG 2 PERPUSTAKAAN MUHAMMAD SUHAIMI
DESA BIN ABDUL RAZAK
MUHAMMAD NAZRUL
IZWAN BIN ABDUL
KHALID
MOHD FARRIZ BIN RAZDI
MUHAMMAD FAKHRUR
RADZEE BIN
ABDULLAH

5
1 PERPUSTAKAAN NURUL FATIN
DESA WARDAH BINTI
KHADZIL
INTAN NURAIN BINTI
ZEFFERIN
SITI HANISAH BINTI
ZAKARIA
NURUL ATIRAH BINTI
30.11.2023 8.00 PAGI HAMZAH
KHAMIS HINGGA
1.00 2 KIDDIE LAND SITI FAIRUZ BINTI
PETANG RADZALI
MUHAMMAD SUHAIMI
BIN ABDUL RAZAK
MUHAMMAD NAZRUL
IZWAN BIN ABDUL
KHALID
MOHD FARRIZ BIN
RAZDI
AMR BIN ISMAIL
MUHAMMAD FAKHRUR
RADZEE BIN
ABDULLAH
1 NURUL FATIN
WARDAH BINTI
KHADZIL
INTAN NURAIN BINTI
ZEFFERIN
SITI HANISAH BINTI
ZAKARIA
NURUL ATIRAH BINTI
01.12.2023 8.00 PAGI HAMZAH
JUMAAT HINGGA PADANG
12.00 2 INDERA SITI FAIRUZ BINTI
TENGAHARI MAHKOTA RADZALI
MUHAMMAD SUHAIMI
BIN ABDUL RAZAK
MUHAMMAD NAZRUL
IZWAN BIN ABDUL
KHALID
MOHD FARRIZ BIN
RAZDI
MUHAMMAD FAKHRUR
RADZEE BIN
ABDULLAH

6
12.0 PLAN TINDAKAN.
12.1 Latihan dalam kumpulan.
12.2 Penekanan moral dan sahsiah diri serta disiplin.
12.3 Pertandingan
12.4 Perkhemahan

13.0 PENUTUP.
Segala apa yang dirancang untuk program rekreasi ini diharap dapat dijalankan
dengan jayanya. Semoga semua murid dapat mengambil bahagian dalam semua
aktiviti yang dirancangkan dan semoga mendapat manfaat untuk diri dan digunakan
segala ilmu yang diperoleh dimasa akan datang. Oleh itu, kerjasama daripada
semua pihak amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Di sediakan oleh, Disemak oleh,

En. Muhammad Fakhrur Radzee Bin Abdullah, Pn. Nor Haslinda binti Mohamed Nor
Setiausaha Kokurikulum. GPK Kokurikulum.
Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota.

Disahkan oleh,

Pn. Shalmisyam binti Shahuddin,


Guru Besar,
Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota.

You might also like