You are on page 1of 18

1 Satu aktiviti telah dijalankan untuk menguji tahap kesihatan murid kelas 5 Bestari

melalui bacaan suhu. Jadual 1 menunjukkan bacaan suhu badan bagi 4 orang
murid dari kelas tersebut yang diukur dengan menggunakan termometer
inframerah.

Murid Suhu Badan (°C)


Mei 37.8
Adam 37.0
Hawa 36.7
Prakash 36.5

Jadual 1

(a) Aktiviti tersebut merupakan satu penyiasatan yang adil.


(i) Nyatakan satu faktor yang diperhatikan

……………………………………………………………………………………….

(ii) Nyatakan satu faktor yang dimalarkan

……………………………………………………………………………………….

(2 marah)
(b) (i) Apakah pemerhatian di dalam eksperimen ini?

………………………………………………………………………………………..

(ii) Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian di (b)(i).

………………………………………………………………………………………
(2 markah)

1 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


(c)

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan sekumpulan pendaki di Gunung Everest. Suhu


persekitaran yang sangat rendah boleh meninggikan risiko pendaki
mendapat hipotermia, iaitu keadaan apabila suhu badan kurang daripada
normal. Pada pendapat anda, mengapakah pendaki harus memastikan
keadaan suhu badan pada tahap normal?

………………………………………………………………………………………......

……………………………………………………………………………………………

(1 markah)

2 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


2 Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen untuk menyiasat kesan aktiviti fizikal terhadap
kadar denyutan nadi tiga orang murid lelaki.

Bilangan denyutan nadi per minit


Jenis
aktiviti Murid A Murid B Murid C Purata

Duduk 58 60 64 61

Berjalan 75 79 82 79

Jadual 2

(a) Berdasarkan jadual 2,


(i) nyatakan faktor yang diubah

………………………………………………………………………………………..
(ii) nyatakan hubungan antara jenis aktiviti fizikal dengan bilangan denyutan nadi per
minit.

………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

(b) Murid C telah menyertai acara larian 100m pada kejohanan olahraga di sekolahnya.

(i) Ramalkan bilangan denyutan nadi per minit murid C semasa menyertai acara
tersebut.

………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(ii) Murid C mendapati degupan jantungnya lebih laju semasa berlari. Apakah yang
perlu dilakukan oleh murid C tersebut bagi mengembalikan degupan jantung
yang normal?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
(2 markah)

(c) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi kadar denyutan
nadi.

..........................................................................................................................................
......................................................................................................................……………..
(1 markah)

3 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


3 Rajah 3.1 menunjukkan program Pinggan sihat Malaysia yang diperkenalkan demi kesihatan
rakyat.

Rajah 3.1

(a) Apakah tujuan utama program tersebut diperkenalkan?

…………………………………………………………………………………………………….
[1 markah]

(b) (i) Jika ketinggian Mohan ialah 180 cm dan jisim badannya ialah 85kg.
Kirakan BMI Mohan.

BMI = Jisim badan(kg)


Ketinggian2(m2)

[2 markah]

4 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


(ii) Jadual 3.2 di bawah menunjukkan carta Indeks Jisim Badan.

BMI(kgm-2) Kategori
<18.5 Kurang jisim badan
18.5 – 24.9 Jisim badan unggul
25.0 – 29.9 Berlebihan jisim badan
30.0 atau lebih Obes

Jadual 3.2

Pada pendapat anda, apakah yang harus di lakukan oleh Mohan untuk membaiki
nilai BMI nya?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
[2 markah]

4 Jadual 4.1 di bawah menunjukkan jisim bagi 25 biji buah mangga dalam gram (g) yang di jual
Encik Kassim.

250 235 234 278 296


317 302 252 268 270
265 275 284 298 247
308 320 325 287 256
281 273 302 285 293

Jadual 4.1

(a) Berdasarkan data di atas, lengkapkan jadual 4.2 di bawah.


Julat Jisim (g) Bilangan buah
231 -250
251 -270
271 - 290
291 - 310
311 -330
Jadual 4.2
[2 markah]

5 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


(b) Berdasarkan jadual 4.2, lukis histogram untuk menunjukkan julat jisim melawan bilangan
buah.

[2 markah]

(c) Nyatakan jenis variasi berdasarkan histogram di 4(b).

...........................................................................................................................................

[1 markah]

5 Rajah 5 menunjukkan satu prosedur yang dalam resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang
dilakukan pada satu patung boneka.

Rajah 5

(a) (i) Apakah nama prosedur khas bagi CPR yang ditunjukkan dalam Rajah 5?

………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

6 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


(ii) Berikan satu keadaan individu yang memerlukan kaedah CPR.

………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

(b) Terangkan dua kesan yang akan berlaku kepada mangsa sekiranya prosedur CPR
tidak dilakukan dengan betul.

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
[2 markah]

(c) Rakan anda terkena renjatan elektrikketika cuba untuk menyalakan lampu di
dalam kelas. Anda tidak pernah mempelajari kaedah CPR yang betul.

Terangkan perkara yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan rakan anda.

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
[2 markah]

6 Rajah 6 menunjukkan alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah.

Rajah 6

(a) Namakan alat untuk mengukur tekanan darah.

………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

(b) Apakah kategori tekanan darah daripada bacaan Rajah 6?

……………………………………………………………………………………………….
[1 markah]

(c)

Bazilah berasa tidak selesa dan kerap sakit kepala. Beliau telah ke klinik
untuk membuat rawatan dan doktor telah mengambil tekanan darahnya
untuk 3 hari berturut-turut.
7 Bacaan tekanan darahnya lebih kurang 140 / 90SAINS
© PANITIA setiap hari. HULU SELANGOR 2023
DAERAH
(i) Berdasarkan bacaan tekanan darah Bazilah pada situasi di atas, nyatakan penyakit
yang dihidapinya.

………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(ii) Nyatakan satu masalah kesihatan lain yang mungkin dihidapi oleh Bazilah jika tidak
dirawat dengan segera.

………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(d) Bilangan individu yang menghidap penyakit seperti soalan 6 c (i) di Malaysia semakin
bertambah dari tahun ke tahun. Peningkatan ini amat membimbangkan kerana ianya
menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain.

Cadangkan dua langkah untuk mengatasi masalah ini.

..........................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
............................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

[2 markah]

8 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


7 Rajah 7 menunjukkan suatu proses pembahagian sel.

Rajah 7

(a) Namakan jenis pembahagian sel yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) Nyatakan tempat di mana jenis pembahagian sel dalam 7(a) berlaku pada :

(i) Manusia : ………………………………….

(ii) Tumbuhan : …………………………………..


[2 markah]

(c) (i) Pada rajah, lukis kromosom pada peringkat N.


[1 markah]

(ii) Apakah yang berlaku pada kromosom pada peringkat N ?

....................................................................................................................................

[1 markah]

(d) Bandingkan bilangan kromosom dalam sel anak dan sel induk bagi pembahagian dalam
Rajah 7.

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

[1 markah]

9 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


8 Rajah 8.1 menunjukkan kariotip bagi seorang individu.

Rajah 8.1
Berdasarkan rajah 8.1,
(a) (i) Namakan mutasi kromosom yang dihidapi oleh individu tersebut?

………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

(ii) Mengapakah individu itu menghidapi mutasi tersebut?

………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

(b) Rajah 8.2 menunjukkan sel darah merah K dan sel darah merah L.

Rajah 8.2

Berdasarkan Rajah 8.2, banding dan bezakan kedua-dua sei darah merah tersebut.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………..
[2 markah]

10 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


(c) Rajah 8.3 menunjukkan suatu skema pewarisan sejenis penyakit gangguan gen.

Rajah 8.3

(i) Lengkapkan Rajah 8.3.

………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

(ii) Ramalkan kebarangkalian anak yang menghidap penyakit anemia sel sabit.

………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

11 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


9 Rajah 9 menunjukkan kebakaran yang berlaku di dapur sebuah rumah.

Rajah 9

(a) Apakah kelas kebakaran yang ditunjukkan pada Rajah 9?

………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]
(b) Bagaimanakah anda mengatasi masalah di atas jika tidak mempunyai alat pemadam
api di rumah?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
(c) Wajarkah setiap rumah mempunyai alat pemadam api?
Nyatakan alasan untuk menyokong pendapat anda.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

12 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


(d) Anda bercadang untuk menyediakan alat pemadam kebakaran ringkas bagi kegunaan
di rumah.
Anda dibekalkan bahan-bahan dan peralatan seperti berikut:

Botol plastik
Benang
Tisu
Air sabun
Serbuk soda bikarbonat

Cadangkan langkah-langkah bagi menghasilkan alat pemadam kebakaran ringkas


menggunakan bahan-bahan dan peralatan tersebut.

1. Lubangkan penutup botol plastik menggunakan paku dan penukul.

2. ........................................................................................................................................
.………………………………………………………………………………………………….
3. ........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
4. ........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
5. Benang dikeluarkan melalui penutup botol dan penutup botol ditutup dengan ketat.

[3 markah]

13 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


10. Rajah 10.1 dan Rajah 10.2 menunjukkan aktiviti-aktiviti manusia dalam kehidupan
seharian.

Rajah 10.1 Rajah 10.2

(a) Berdasarkan rajah , apakah isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga yang timbul berkaitan
dengan aktiviti-aktiviti tersebut ?

………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) Cadangkan sumber tenaga boleh baharu bagi mengatasi isu ini dengan menggunakan
Teknologi Hijau.

………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(c)
Kenderaan elektrik dicipta sebagai alternatif untuk menggantikan kenderaan yang
menggunakan bahan api fosil.

Wajarkan penggunaan kenderaan elektrik di jalan raya.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

[2 markah]

14 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


(d) Tenaga elektrik boleh dihasilkan menggunakan sumber tenaga boleh baharu. Anda diberi
satu motor elektrik, satu bilah kipas, kaki retort, wayar, mentol dan pita selofan.

Reka bentuk satu litar ringkas menggunakan radas yang diberi untuk menghasilkan
elektrik dari sumber angin untuk menyalakan mentol dalam ruang yang disediakan di
bawah.

Labelkan rajah anda.

[3 markah]

15 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


11 Kaji pernyataan yang berikut.

Kanak-kanak mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding dewasa.

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas [1 markah]

(b) Cadangkan satu hipotesis untuk mengkaji pernyataan di atas. [1 markah]

(c) Reka bentuk satu eksperimen untuk menguji hipotesis menggunakan seorang dewasa
dan seorang kanak-kanak menggunakan jam randik. Huraian anda harus mengandungi
aspek berikut:

i. Tujuan eksperimen [1 markah]

ii. Mengenal pasti pemboleh ubah [2 markah]

iii Prosedur atau kaedah [4 markah]

iv Penjadualan data [1 markah]

16 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


12. Setiap individu bertanggungjawab dalam mengaplikasikan Teknologi Hijau bagi
mengurangkan jejak kaki karbon dan memelihara alam sekitar daripada fenomena
pemanasan global.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan jejak kaki karbon?


Nyatakan 2 aktiviti yang menyumbang kepada peningkatan dalam jejak kaki karbon.
[4 markah]

(b) Huraikan bagaimana masyarakat khususnya pada peringkat keluarga dapat membantu
mengurangkan jejak kaki karbon yang menyumbang kepada penghasilan gas rumah
hijau dalam kehidupan seharian mereka?
[4 markah]

( c) Rajah 12 menunjukkan kenderaan yang menggunakan tenaga solar dan bahan api
fosil.

Kereta Solar Kereta Berenjin Petrol


Rajah 12

Berdasarkan 2 jenis kenderaan yang ditunjukkan di atas, kereta yang manakah akan
membantu untuk mengurangkan jejak karbon?

Wajarkan jawapan anda.


[4 markah]

17 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023


13. Kejuruteraan genetik merupakan satu cabang sains yang mengubah gen dan banyak
digunakan dalam bidang perubatan dan pertanian.

(a) (i) Terangkan maksud kejuruteraan genetik beserta satu contoh.


[2 markah]

(ii) Nyatakan dua nilai etika dalam teknologi kejuruteraan genetik.

[2 markah]

(b) Seorang petani ingin meningkatkan kuantiti dan kualiti tanaman jagung yang
diusahakannya untuk tujuan pengeksportan.

Cadangkan satu teknik kejuruteraan genetik yang sesuai untuk membantu petani
tersebut dan wajarkan jawapan anda.
[4 markah]

(c)
Maklumat di bawah merujuk kepada salah satu kaedah dalam teknologi kejuruteraan
genetik.

Teknik ini digunakan untuk membaiki gen-gen mutan (abnormal/cacat) yang


menyebabkan penyakit seperti sistik fibrosis dan anemia sel sabit. Teknik ini
dijalankan dengan menyisipkan gen normal ke dalam sel atau tisu badan
pesakit menggantikan gen yang rosak.

Bincangkan kebaikan dan keburukan teknologi kejuruteraan genetik terhadap


kehidupan.
[4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

___________________________ _______________________________
PANITIA SAINS DAERAH
Puan Nor Asyikin bt Ahmad Khan Puan Ruzlina Akma bt Haji Janah
HULU SELANGOR
Ketua Panitia Sains, Guru Kanan MP Sains dan Matematik,
SMK Taman Bunga Raya 1 SMK Taman Bunga Raya 1

18 © PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR 2023

You might also like