You are on page 1of 12
ate KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bahagian Kewangan Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA Tel 103-8000 8000 Faks 03-8884 7679 Laman Web : wwemoe.gow.my Ruj. Kami: KPM.100-1/4/2 JLD.4 5) Tarikh: “7 September 2023 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan, GARIS PANDUAN DAN SOALAN LAZIM MENGENAI PEMBAYARAN KEMUDAHAN BEKALAN KASUT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERDASARKAN PEKELILING PERBENDAHARAAN WP2.3 Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas 2. Adalah dimaklumkan bahawa Perenggan 5.1.2 Pekeliling Perbendaharaan (PP) Wp2,3 yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023 menyatakan bahawa Kementerian/ Jabatan/ Agensi boleh membekalkan Kasut kepada pegawai yang layak dengan melaksanakan pembayaran secara terus ke dalam akaun pegawai yang layak dengan kadar maksimum setahun dengan mewujudkan garis panduan dalaman sebagai satu bentuk kawalan bagi memastikan pegawai tersebut membeli kasut. 3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan garis panduan dan soalan-soalan lazim yang menjelaskan mengenai pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk rujukan dan panduan dalaman bagi semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di KPM dan mesti dibaca bersama dengan PP Wp2.3. Sekiranya terdapat sebarang isu pembayaran yang masih tidak jelas, YBhg Datuk/ Dato! /Dr./ Tuan/ Puan boleh mengemukakan pertanyaan rasmi kepada Bahagian HOTLINE = 03-8864 7700 FAKS . 09-8884 7707 (Caw. Pentadbiran Kewangan), 03-8884 7508 (Caw. Dasar & Kawalan) (03-8884 7575 (Caw, Bajet), 03-8884 7611 (Caw, Bantuan) KPM.100-1/4/2 JLD.4 (25) Kewangan (Cawangan Kewangan dan Kemudahan), KPM untuk penelitian dan maklum balas selanjutnya 4. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan, garis panduan dan soalan- soalan lazim ini hanya berkaitan dengan pelaksanaan pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut sahaja. Manakala, peraturan melibatkan spesifikasi pakaian seragam hendaklah dirujuk dengan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), KPM dan tatacara melibatkan prosedur perolehan pakaian seragam hendaklah dirujuk dengan Bahagian Perolehan, KPM. 5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato!/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (YAHYA BIN|AB GHANI) bp Ketua Sptiausaha Kementeriar¥Pendidikan Malaysia sk: i KSU ii, TKSU(P) iii, TKSU (PP) iv. SUB BKP v. SUB BPL vi. TSUBK (Kew) vii, TSUB (Bj) KPM.100-1/4/2 JLD.4 (as) vii. ix. x, TSUB (Bt) TSUB (KK) ‘TSUB (DK) SENARAI EDARAN BAHAGIAN 4 10 1 Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Ketua Nazir Jemaah Nazir Pengarah Institut Aminuddin Baki Pengarah Bahagian Pendidikan Latihan dan Teknikal Vokasional KPM.100-1/4/2 JLD.4 (a5) 12 13, 14, 15, 16. 17. 18. 19. 20. 21 22. 23, 24. Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling Pengarah Bahagian Matrikulasi Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Setiausaha Bahagian Bahagian PERMATA Setiausaha Bahagian Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa Ketua Akauntan Bahagian Akaun Ketua Unit Audit Dalam Unit Audit Dalam Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Sekolah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM.100-1/4/2 JLD.4 @5) 25. Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan 26. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta 27. Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Aset 28. Ketua Unit Integrti Unit Integriti 29. _ Ketua Komunikasi Korporat Unit Komunikasi Korporat 30. Penasihat Undang-Undang Unit Undang-Undang SENARAI EDARAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI 14. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perak 3. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor 4. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 5. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 6. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 7. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 8. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang KPM.100-1/4/2 JLD.4 Qs) 10. 11 12 13. 14. 15, 16. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah GARIS PANDUAN PEMBAYARAN KEMUDAHAN KASUT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. TUJUAN 1.1 Garis Panduan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pembayaran kemudahan kasut bagi pegawai perkhidmatan awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pembekalan kasut kepada Pegawai Perkhidmatan Awam KPM dilaksanakan selaras dengan peraturan yang ditetapkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan (PP) WP2.3 Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. 3. PELAKSANAAN 3.1 Perenggan 5.1.2 PP WP2.3 yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023 menyatakan bahawa Kementerian/ Jabatan/ Agensi melaksanakan pembayaran secara terus ke dalam akaun pegawai yang layak dengan kadar maksimum setahun mengikut kelayakan seperti berikut: 3.1.1 kasut kulit - maksimum RM150 sepasang; atau 3.1.2 kasut/boot keselamatan kulit — maksimum RM250 sepasang. 3.2 Bagi pembekalan jenis kasut selain dari perenggan 3.1, Kementerian/ Jabatan/ Agensi hendaklah mengikut tatacara prosedur perolehan yang sedang berkuat kuasa. 4. KAEDAH BAYARAN 41 4.2 43 Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut dilaksanakan secara terus ke dalam akaun pegawai yang layak secara sekali gus tertakluk kepada kelayakan kadar maksimum setahun dan kelulusan peruntukan tahunan KPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pembayaran di caj menggunakan Kod Akaun — Carta Akuan Asas Akruan seperti berikut: ( Perkara Kod Akaun | Perihal Kod Akaun | fee B0227699 Pakaian Yang Lain (Seperti Kemudahan Kasut, Jam Tangan, Tali Bekalan Kasut Leher Dan Tali P’ jani Arahan pembayaran hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti di Lampiran A iaitu senarai nama pegawai yang menerima Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut dan disahkan oleh Ketua Jabatan. 5. PEMAKAIAN 5.1 5.2 Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama WP2.3 Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam, Frequent Ask Questions (FAQ) dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia September 2023 yaqip yejay nsey UeWnquiod leBeqes jemeBad ueyessBuad ening yun uejeqer enjoy yajo Ueduisip enpuad ueujes “(emeBad ueyesabuad edue}) uueeheg seoneq ueniny yun pig epeday ueyexnWaxip jese UEUIIES. uejeger / uejemer jwsey dog UaueL ewen, ueysniny Nvivavr Vay NVHVS3ONad upp injoq ueyyesiq Te5"ON paip ueg uepemer ‘uejeueBued/y ‘ON ‘BWeN Te ON pop ueg ueyemer upjeuaBued “ON PUIeN Teo ON ueg uejemer poi ueg ueemer uejeuabued)y “ON eUIeN eo "ON pep ueg uejemer UejeueBued) “ON ewen, eee eee cere Ivmvo3d (uereaer ery yoio isu) NVHYS3ONad =| (ww) NYvAVe HYMN (uereger emey Yaio Ista) Ivawoad Nvaiing 11a ANS NVTW>138 NVHVGNWNSY NVEVAVE VWIIaNaW 4VAVT ONVA IVMVOad IVEVNS. vNValdivT SOALAN LAZIM MENGENAI PEMBAYARAN KEMUDAHAN BEKALAN KASUT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) (Berdasarkan Perenggan 5.1.2 Pekeliling Perbendaharaan WP2.3 kuat kuasa 1 Julai 2023 Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan Dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam) 1. Berapa pasang kasut yang layak dibekalkan kepada pegawai setiap tahun? Perenggan 6, Ceraian SR.1.1.1, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia memperuntukkan dua (2) pasang kasut bagi pegawai yang layak pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, jumlah pasang kasut yang boleh dibekalkan kepada pegawai adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan tahunan KPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. 2, Apakah peraturan pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut di KPM mulai 1 Julai 2023? Mulai 1 Julai 2023, Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut dilaksanakan terus ke dalam akaun pegawai yang layak secara sekaligus tertakluk kepada kelayakan kadar maksimum setahun dan kelulusan peruntukan tahunan KPM yang diluluskan Kementerian Kewangan Malaysia. 3. Apakah langkah yang sepatutnya diambil oleh PTJ dalam memastikan tiada keciciran pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut berlaku di PTJ? Ketua Jabatan di PTJ hendaklah menentukan pegawai yang bertanggungjawab dan proses kerja/ carta aliran kerja yang jelas di PTJ masing-masing dalam urusan pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut bagi memastikan tiada keciciran berlaku. Dalam hubungan ini, Ketua Jabatan di PTJ hendaklah menyenaraikan pegawai yang layak untuk dibayar Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut dan mengesahkan senarai tersebut menggunakan format seperti di Lampiran A. Adakah pegawai perlu mengemukakan resit pembelian kasut sebelum pembayaran terus ke akaun dibuat oleh PTJ? Resit pembelian kasut tidak perlu dikemukakan selaras dengan ketetapan di Perenggan 5.1.2, Pekeliling Perbendaharaan WP 2.3. Apakah mekanisme untuk memastikan bahawa pegawai yang telah dibayar Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut telah membelanjakannya untuk pembelian kasut mengikut spesifikasi yang ditetapkan? Pegawai yang bertanggungjawab di PTJ masing-masing perlu mendapatkan tandatangan pegawai yang dibayar Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut sebagai pengesahan bahawa pembelian kasut telah dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan salinan pendua Lampiran A. Lampiran A tersebut kemudiannya disimpan di PTJ sebagai rekod. Adakah PTJ perlu mendapatkan maklumat mengenai jumlah yang telah dibelanjakan oleh pegawai untuk pembelian kasut? PTJ tidak perlu mendapatkan maklumat mengenai jumlah yang telah dibelanjakan oleh pegawai untuk pembelian kasut kerana resit pembelian tidak lagi diperlukan selaras dengan Perenggan 5.1.2, Pekeliling Perbendaharaan WP 2.3. Apakah tempoh masa untuk PTJ melaksanakan pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut ke akaun pegawai yang layak? PTJ digalakkan supaya membuat pembayaran Kemudahan Bekalan Kasut ke akaun pegawai yang layak selewat-lewatnya pada 28 Februari tahun semasa, Apakah tempoh masa untuk PTJ mendapatkan tandatangan pengesahan pembelian kasut mengikut spesifikasi yang ditetapkan dari semua pegawai yang layak? PTJ digalakkan supaya mendapatkan tandatangan pengesahan pembelian kasut_mengikut spesifikasi yang ditetapkan dari semua pegawai yang layak dengan menggunakan salinan pendua Lampiran A selewat-selewatnya pada 30 April tahun semasa. Bolehkah sekiranya PTJ berhasrat untuk melaksanakan pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut berdasarkan resit pembelian (tertakluk kepada kadar yang tidak melebihi kadar maksimum setahun) selepas 1 Julai 2023 sebagai suatu kawalan dalaman dan langkah penjimatan di PTJ? PTJ boleh melaksanakan pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut selepas 1 Julai 2023 berdasarkan resit pembelian (tertakluk kepada tidak melebihi kadar maksimum setahun) sebagai suatu kawalan dalaman dan langkah penjimatan di PTJ masing-masing setelah mendapat persetujuan Ketua PTJ/ Ketua Jabatan di PTJ dan dimaklumkan kepada semua warga bawah seliaan PTJ tersebut. Adakah PTJ masih perlu melaksanakan pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut kepada pegawai yang telah membuat tuntutan bayaran balik pembelian kasut bagi tahun semasa sebelum tarikh 1 Julai 2023? Secara umumnya, PTJ perlu melaksanakan pembayaran Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut kepada pegawai berdasarkan jumlah pasang kasut yang beliau layak pada tahun semasa. Sekiranya tuntutan bayaran balik pembelian kasut yang dibuat sebelum 1 Julai 2023 adalah bagi sepasang kasut sahaja, maka PTJ boleh melaksanakan bayaran bagi sepasang kasut yang kedua dengan pembayaran terus ke akaun pegawai yang layak mulai 1 Julai 2023 tertakluk kepada kelulusan peruntukan tahunan KPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Walau bagaimanapun, sekiranya tuntutan bayaran balik pembelian kasut yang dibuat sebelum 1 Julai 2023 adalah bagi dua (2) pasang kasut, maka tiada apa-apa Bayaran Kemudahan Bekalan Kasut perlu dibayar lagi kepada pegawai tersebut bagi tahun semasa Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia September 2023

You might also like