You are on page 1of 1

No. Ruj. : KOWARNA/AM/23.

064
Tarikh : 17 Ogos 2023

Pengurus Besar,
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS),
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Pentadbiran)

Tuan,

TAWARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN IBU PEJABAT NAFAS KOTA


DAMANSARA DAN LOT 10, SEKSYEN 51A PETALING JAYA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad (KOWARNA) ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Tuan kerana sentiasa yakin untuk memilih KOWARNA bagi
menjalankan perkhidmatan pembersihan di Ibu Pejabat Bangunan NAFAS Kota Damansara dan
Lot 10, Seksyen 51A Petaling Jaya.

3. Untuk maklumat pihak Tuan, Kontrak bagi Perkhidmatan Pembersihan Ibu Pejabat NAFAS
di Kota Damansara dan Lot 10, Seksyen 51A Petaling Jaya akan tamat pada 31 Ogos 2023
(rujukan tuan: NAFAS/BPK2022/S01/124). Sehubungan dengan itu, Pihak KOWARNA ingin
memohon pertimbangan bagi melanjutkan Kontrak Pembersihan yang baru dengan cadangan
tempoh kontrak baru 2+1 tahun.

4. Bersama-sama ini Pihak KOWARNA memberikan sebutharga yang baru dengan


menawarkan kadar harga yang sama seperti sebelum ini. Pihak KOWARNA akan sentiasa
meningkatkan lagi tahap kualiti perkhidmatan pembersihan dan akan sentiasa berusaha untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik.

5. Segala kerjasama dan pertimbangan Tuan terhadap tawaran perkhidmatan ini amat dihargai
dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

You might also like