You are on page 1of 20

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Takrif Istilah 10
1.8.1 Persepsi 10
1.8.2 Mahasiswa 11
1.8.3 Program 11
1.8.4 Pengurusan Jenazah 11
1.9 Kesimpulan 12
viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13
2.2 Pengertian Jenazah 14
2.3 Tuntutan Menguruskan Jenazah 14
2.4 Kepentingan Ilmu Pengurusan Jenazah 16
2.5 Kaedah Pengurusan Jenazah 17
2.5.1 Memandikan Jenazah 17
2.5.1.1 Hukum Memandikan Jenazah 17
2.5.1.2 Kaedah Memandikan Jenazah 18
2.5.1.3 Orang Yang Berhak Memandikan Jenazah 22
2.5.1.4 Tayammum Jenazah 22
2.5.2 Mengkafankan Jenazah 24
2.5.2.1 Hukum Mengkafankan Jenazah 25
2.5.2.2 Bilangan Lapisan Kain Kafan 26
2.5.2.3 Cara Mengkafankan Jenazah 27
2.5.3 Sembahyang Jenazah 27
2.5.3.1 Hukum Sembahyang Jenazah 28
2.5.3.2 Syarat Sembahyang Jenazah 29
2.5.3.3 Rukun Sembahyang Jenazah 30
2.5.3.4 Cara Menyembahyangkan Jenazah 32
2.5.4 Mengebumikan Jenazah 34
2.5.4.1 Hukum Mengebumikan Jenazah 35
2.5.4.2 Cara Mengebumikan Jenazah 36
2.6 Program Pengurusan Jenazah Anjuran Masjid Sultan
Ismail (MSI) UTM 39
2.7 Sorotan Kajian Lepas 40
2.8 Kesimpulan 43

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 44
3.2 Reka bentuk Kajian 45
ix

3.2.1 Kajian Perpustakaan 45


3.2.2 Kajian Lapangan 46
3.2.2.1. Tempat Kajian 47
3.2.2.2. Populasi dan Sampel Kajian 47
3.2.2.3. Instrumen Kajian 48
3.2.2.4. Kajian Rintis 50
3.2.2.5. Prosedur Kajian Sebenar 51
3.2.2.6. Jangka masa Kajian 52
3.2.2.7. Analisis Data 52
3.3 Kesimpulan 53

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 55
4.2 Analisis Data 56
4.2.1 Analisis Data Bahagian A 56
4.2.1.1 Maklumat Responden Mengikut Jantina 56
4.2.1.2 Maklumat Mengenai Umur Responden 57
4.2.1.3 Maklumat Status Responden 57
4.2.1.4 Maklumat Mengenai Kursus Yang Diambil
Oleh Responden 58
4.2.1.5 Maklumat Mengenai Latar Belakang
Pendidikan Responden 59
4.2.1.6 Maklumat Mengenai Tempat Tinggal
Responden Semasa Pengajian 60
4.2.2 Analisis Data Bahagian B, C dan D 60
4.2.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus
dan Min Bagi Tanggapan Pelajar Terhadap
Program Pengurusan Jenazah 61
4.2.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus dan
Min Bagi Persepsi Pelajar Terhadap
Kepentingan Program Pengurusan Jenazah 69
x

4.2.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus


dan Min Bagi Minat Pelajar Terhadap
Program Pengurusan Jenazah 76
4.3 Analisis Keseluruhan Item Mengikut Objektif 81
4.3.1 Tanggapan Pelajar Terhadap Program Pengurusan
Jenazah 82
4.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan Program
Pengurusan Jenazah 84
4.3.3 Minat Pelajar Terhadap Program Pengurusan Jenazah 86
4.4 Kesimpulan 87

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1. Pengenalan 88
5.2. Perbincangan 88
5.2.1. Bahagian A : Latar Belakang Responden (Demografi) 89
5.2.2. Bahagian B : Tanggapan Pelajar Terhadap Program
Pengurusan Jenazah 90
5.2.3. Bahagian C : Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan
Program Pengurusan Jenazah 92
5.2.4. Bahagian D : Minat Pelajar Terhadap Program
Pengurusan Jenazah 94
5.3. Rumusan 97
5.4. Cadangan 97
5.2.1 Masjid Sultan Ismail (MSI), UTM 98
5.4.2 Pejabat Agama 98
5.4.3 Persatuan-persatuan Pelajar 99
5.5 Kajian Lanjutan 99
5.6 Kesimpulan 100

BIBLIOGRAFI 101
LAMPIRAN 106
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Penggunaan Skala Likert 49


Jenis konstruk dan bilangan item dalam soal
3.2
selidik 49
3.3 Skala persetujuan min bagi item soal selidik
bahagian B, C dan D 53
4.1 Pecahan bahagian soalan 55
4.2 Taburan peratus responden mengikut jantina 56
4.3 Taburan peratus responden mengikut umur 57
4.4 Taburan peratus responden mengikut status 57
4.5 Taburan peratus responden mengikut kursus 58
4.6 Taburan peratus responden mengikut latar
belakang pendidikan 59
4.7 Taburan peratus responden mengikut tempat
tinggal semasa pengajian 60
4.8 Program Pengurusan Jenazah perlu diadakan
pada waktu yang sesuai dengan pelajar 61
4.9 Setiap kali menganjurkan Program Pengurusan
Jenazah perlu diperuntukkan waktu amali yang
mencukupi 61
4.10 Program Pengurusan Jenazah perlu dimasukkan
di dalam subjek elektif kokurikulum 62
4.11 Program Pengurusan Jenazah perlu penglibatan
daripada golongan muda dan kanak-kanak 62
xii

4.12 Program Pengurusan Jenazah perlu penglibatan


dari pihak Jabatan Agama 63
4.13 Setiap pemakluman mengenai Program
Pengurusan Jenazah perlu jelas 63
4.14 Perlu ada tempat khas untuk menjalankan
Program Pengurusan Jenazah 64
4.15 Program Pengurusan Jenazah perlu lebih kerap
diadakan 64
4.16 Pemudah cara dalam Program Pengurusan
Jenazah memerlukan orang yang sudah
berpengalaman menguruskan jenazah 65
4.17 Penganjur perlu memilih masa, tempat dan
penceramah yang sesuai untuk Program
Pengurusan Jenazah 65
4.18 Saya berasa Program Pengurusan Jenazah akan
lebih menarik jika dilaksanakan dalam masa
sehari 66
4.19 Program Pengurusan Jenazah perlu diadakan
sekurang-kurangnya setahun sekali 66
4.20 Untuk lebih berkesan,penyertaan Program
Pengurusan Jenazah perlu dihadkan jumlahnya 67
4.21 Dengan mengehadkan bilangan peserta, ia dapat
memudahkan penceramah untuk mengendalikan
kursus dengan lebih baik 67
4.22 Program Pengurusan Jenazah hanya sesuai untuk
orang tua dan mereka yang aktif dalam bidang
keagamaan sahaja 68
4.23 Program Pengurusan Jenazah perlu
dipelbagaikan pendekatannya 68
4.24 Program Pengurusan Jenazah dapat
mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T
kerana sentiasa mengingati mati 69
xiii

4.25 Sebagai seorang muslim saya merasakan bahawa


saya perlu mengetahui cara menguruskan
jenazah 69
4.26 Sekiranya berlaku kematian dalam ahli keluarga
saya, saya akan menguruskannya sendiri 70
4.27 Sekiranya berlaku kematian di tempat saya, saya
perlu membantu menguruskannya dengan ilmu
yang saya ada 70
4.28 Sebagai seorang guru, saya ingin
mempelajarinya sebagai tambahan kepada ilmu
yang saya ada 71
4.29 Sebagai tempat rujukan masyarakat, seorang
guru perlu tahu hal-hal berhubung tuntutan
Fardhu Kifayah 71
4.30 Bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman
yang pengetahuan agamanya rendah
memerlukan saya memiliki ilmu menguruskan
jenazah 72
4.31 Sebagai bakal guru saya perlu tahu menerangkan
cara menguruskan jenazah jika anak murid
bertanyakan hal-hal tersebut kepada saya 72
4.32 Saya boleh mengendalikan Kursus Pengurusan
Jenazah dengan ilmu yang saya ada 73
4.33 Program Pengurusan Jenazah dapat memberi
banyak manfaat kepada saya 73
4.34 Program Pengurusan Jenazah dapat menjadikan
saya sebagai seorang Muslim yang lebih
bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat 74
4.35 Dengan mempelajari ilmu tentang Pengurusan
jenazah ini, ia merupakan satu kelebihan bagi
diri saya 74
xiv

4.36 Program Pengurusan Jenazah perlu diberikan


pendedahan kepada generasi muda supaya dapat
menjadi pelapis kepada generasi sedia ada 75
4.37 Program Pengurusan Jenazah tidak hanya perlu
dipelajari oleh mereka yang beraliran agama
sahaja 75
4.38 Saya akan meluangkan masa untuk mengikuti
Program Pengurusan Jenazah 76
4.39 Saya lebih berminat untuk mengikuti Program
Pengurusan Jenazah jika diadakan di
kolej/kampus UTM 76
4.40 Saya lebih tertarik untuk menyertai Program
Pengurusan Jenazah sekiranya tidak dikenakan
apa-apa bayaran 77
4.41 Saya lebih suka sekiranya penceramah
menggunakan video pengurusan jenazah ketika
menerangkannya 77
4.42 Saya berminat kepada Program Pengurusan
Jenazah sekiranya penceramah menggunakan
pendekatan menarik ketika menerangkannya 78
4.43 Saya berminat mengikuti Program Pengurusan
Jenazah setelah dipelawa oleh rakan 78
4.44 Saya berasa amat gembira apabila diarahkan
untuk mengikuti Program Pengurusan Jenazah 79
4.45 Saya sendiri yang mencari kesempatan untuk
mengikuti Program Pengurusan Jenazah 79
4.46 Saya lebih berminat mengikuti Program
Pengurusan bersama rakan/keluarga berbanding
pergi bersendirian Jenazah 80
4.47 Saya lebih berminat untuk mengikuti Program
Pengurusan jenazah sekiranya ia dibuat pada
hujung minggu 80
xv

4.48 Skala persetujuan min bagi item soal selidik


bahagian B, C dan D 81
4.49 Min dan kecenderungan respons bagi objektif
pertama kajian 82
4.50 Min dan kecenderungan respons bagi objektif
kedua kajian 84
4.51 Min dan kecenderungan respons bagi objektif
ketiga kajian 86
xvi

SENARAI SINGKATAN

% Peratus
B Bin
Bt Binti
H.R Hadis Riwayat
HJ Haji
IPT Institut Pengajian Tinggi
JIL Jilid
KS Kurang Setuju
MRSM Maktab Rendah Sains Mara
MSI Masjid Sultan Ismail
P.M Profesor Madya
PAFA Perkara Asas Fardu Ain
R.A Radiallahu Anhu
S Setuju
S.A.W Sallallahu Alaihi Wasallam
S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SMA Sekolah Menengah Agama
SMAR Sekolah Menengah Agama Rakyat
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPC Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
xvii

SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)


SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPK Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPL Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPP Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPS Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS Statistical Packages For Social Sciences
SPT Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
T.P Tanpa Penerbit
T.T Tanpa Tahun
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 107

B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan


Universiti Teknologi Malaysia 112
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kematian adalah perkara yang akan dilalui oleh semua makhluk. Mati
merupakan jambatan yang menghubungkan di antara dua kehidupan iaitu kehidupan
dunia dan kehidupan akhirat. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati.
Firman Allah Ta'ala :

‫ح‬
َ ‫ﺣ ِﺰ‬
ْ ‫ﻦ ُز‬
ْ ‫ﺟ ﻮ َر ُآ ْﻢ َﻳ ْﻮ َم ا ْﻟ ِﻘﻴَﺎ َﻣ ِﺔ َﻓ َﻤ‬
ُ ‫ن ُأ‬
َ ‫ت َوِإ ﱠﻧ َﻤ ﺎ ُﺗ َﻮ ﱠﻓ ْﻮ‬
ِ ‫ﺲ ذَا ِﺋ َﻘ ُﺔ ا ْﻟ َﻤ ْﻮ‬
ٍ ‫ُآﻞﱡ َﻧ ْﻔ‬
‫ع ا ْﻟ ُﻐﺮُو ِر‬
ُ ‫ﻻ َﻣﺘَﺎ‬
َ ‫ﺤﻴَﺎ ُة اﻟ ﱡﺪ ْﻧﻴَﺎ إ‬
َ ‫ﺠ ﱠﻨ َﺔ َﻓ َﻘ ْﺪ ﻓَﺎ َز وَﻣَﺎ ا ْﻟ‬
َ ‫ﻞ ا ْﻟ‬
َ‫ﺧ‬
ِ ‫ﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر َوُأ ْد‬
ْ‫ﻋ‬
َ

Maksudnya: "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan


bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan
balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka akan
dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".
(Surah Ali Imran : 185)
2

Menurut Mohd Khairi Zainuddin (2000:19), setiap manusia yang mengaku


beriman mestilah menerima hakikat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah
sementara bagi mereka mencari bekalan untuk menempuh kehidupan yang abadi.
Manakala kematian merupakan satu permulaan yang baru untuk menempuh babak
seterusnya.

Nikmat nyawa yang menjadi milik kita hari ini hanyalah pinjaman sementara.
Apabila tiba masanya nanti maka pinjaman itu akan diambil semula sama ada dalam
keadaan terpaksa atau rela sebagaimana firman Allah Ta'ala:

‫ن‬
َ ‫ﺴ َﺘ ْﻘ ِﺪﻣُﻮ‬
ْ ‫ﻻ َﻳ‬
َ ‫ﻋ ًﺔ َو‬
َ ‫ن ﺳَﺎ‬
َ ‫ﺧﺮُو‬
ِ ‫ﺴ َﺘ ْﺄ‬
ْ ‫ﻻ َﻳ‬
َ ‫ﺟُﻠ ُﻬ ْﻢ‬
َ ‫ﻞ ﻓَﺈِذَا ﺟَﺎ َء َأ‬
ٌ‫ﺟ‬
َ ‫ﻞ ُأ ﱠﻣ ٍﺔ َأ‬
‫َوِﻟ ُﻜ ﱢ‬

Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh ajalnya, (yang


telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka
melambatkan walaupun sesaat, dan tidak pula mereka
mempercepatkannya".
(Surah al-A`raf : 34)

Menurut Mohd Khairi Zainuddin (2000:21), bagi orang-orang yang beriman,


kematian merupakan satu kerehatan setelah berpenat lelah mencari bekalan dan juga
merupakan wasilah untuk menerima balasan yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.
Apabila tibanya saat ini iaitu terpisahnya roh dari jasad maka akan terputuslah setiap
amalan manusia melainkan tiga perkara sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
(Muslim bin Hajjaj, Jil.3, 1997; 208):

‫ﻋ ْﻠ ٍﻢ‬
ِ ‫ﺟﺎ ِر َﻳ ٍﺔ َأ ْو‬
َ ‫ﺻ َﺪ َﻗ ٍﺔ‬
َ ‫ﻦ‬
ْ ‫ﻻ ِﻣ‬
َ ‫ﻼ َﺛﺔ ٍ ِا‬
َ ‫ﻦ َﺛ‬
ْ ‫ﻻ ِﻣ‬
َ ‫ﻋ َﻤُﻠ ُﻪ ِا‬
َ ‫ﻋ ْﻨ ُﻪ‬
َ ‫ﻄ َﻊ‬
َ ‫ن ِا ْﻧ َﻘ‬
ُ ‫ﺴﺎ‬
َ ‫ﻹ ْﻧ‬
ِ ‫تا‬
َ ‫ِإ َذا َﻣﺎ‬
.‫ﻋ ْﻮَﻟ ُﻪ‬
ُ ‫ﺢ َﻳ ْﺪ‬
ٍ ‫ﺻﺎِﻟ‬
َ ‫َﻳ ْﻨ َﺘ َﻔ ُﻊ ِﺑ ِﻪ َأ ْو َوَﻟ ٍﺪ‬
3

Maksudnya: "Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya


melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan
dan anak-anak yang soleh yang mendoakan untuknya".
(H.R Muslim)

Sebuah pujangga Arab yang disulam dengan kata-kata yang indah sebagai
pedoman hidup berbunyi “secerdik-cerdik manusia di muka bumi ialah mereka yang
sentiasa mengingati mati” (Mohd Khairi Zainuddin, 2000; 21).

Mengingati mati bukannya bertujuan untuk menakut-nakutkan bahkan ia


adalah bertujuan untuk menyedar dan mengingatkan manusia bahawa hidup ini
hanyalah sementara. Akhirat merupakan tempat yang kekal untuk selamanya dan
juga sebagai medan pembalasan ke atas segala perbuatan yang manusia lakukan
sewaktu berada di dunia. Firman Allah Ta'ala:

‫ﺐ‬
ِ ‫ن ِإﻟَﻰ ﻋَﺎِﻟ ِﻢ ا ْﻟ َﻐ ْﻴ‬
َ ‫ﻼﻗِﻴ ُﻜ ْﻢ ُﺛﻢﱠ ُﺗ َﺮدﱡو‬
َ ‫ن ِﻣ ْﻨ ُﻪ َﻓِﺈ ﱠﻧ ُﻪ ُﻣ‬
َ ‫ت اﱠﻟﺬِي َﺗ ِﻔﺮﱡو‬
َ ‫ن ا ْﻟ َﻤ ْﻮ‬
‫ﻞ ِإ ﱠ‬
ْ ‫ُﻗ‬
َ‫ﺸﻬَﺎ َد ِة ﻓَ ُﻴﻨَﺒﱢ ُﺌ ُﻜ ْﻢ ﺑِﻤَﺎ آُﻨ ُﺘ ْﻢ ﺗَ ْﻌﻤَﻠُﻮن‬
‫وَاﻟ ﱠ‬

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang


kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui
kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang
Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu dia memberitahu
kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
(Surah al-Jumu`ah : 8)
4

Setiap perbuatan yang dilakukan manusia di muka bumi ini pasti akan
mendapat ganjaran atau balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.
Justeru, sebagai manusia yang tidak lari daripada melakukan dosa, adalah menjadi
satu kewajipan untuk menjadikan kehidupan di dunia ini menjadi lebih bererti
dengan melaksanakan segala kewajipan terhadap khalik dan meninggalkan segala
apa yang dilarang-Nya.

Apabila seseorang telah meninggal dunia, sudah menjadi satu kewajipan


kepada Muslim lain yang masih hidup untuk menguruskan jenazahnya. Sekiranya
jenazah tersebut sengaja tidak diuruskan, maka seluruh umat Islam yang berada di
tempat tersebut akan menanggung dosa. Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah
sensitif dan peka terhadap permasalahan ini.

Senario yang berlaku hari ini, kebanyakan urusan pengurusan jenazah ini
diserahkan sepenuhnya kepada golongan yang mahir dalam bidang agama sahaja
seperti imam, tok siak, bilal, ustaz dan ustazah. Namun begitu, sebagai umat Islam,
sudah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk mempelajari ilmu pengurusan
jenazah ini walaupun pada dasarnya ia hanya dihukumkan sebagai fardhu kifayah.

Selain dapat membantu ahli masyarakat yang mengalami kematian,


menguruskan jenazah ahli keluarga sendiri juga merupakan satu bonus kepada
individu tersebut. Secara tidak langsung ia dapat menjaga dan memelihara keaiban
ahli keluarga daripada pengetahuan umum dan dapat mengelakkan dari timbulnya
fitnah. Justeru, semua umat Islam dituntut agar mempelajarinya dan bukan hanya
golongan tertentu sahaja.
5

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang pengurusan jenazah merupakan suatu bidang yang penting, walau


bagaimanapun, bidang ini semakin hari semakin dilupakan. Tidak ramai yang berani
atau sanggup untuk mempelajari bidang ini berbanding dengan bidang-bidang lain.
Fenomena yang biasa dilihat pada masa kini, kebanyakan urusan mengendalikan
jenazah hanya melibatkan golongan tua sahaja. Pergantungan kepada golongan tua
ini boleh menyebabkan masalah terutama selepas ketiadaan mereka kerana boleh
mengakibatkan proses pengurusan jenazah tergendala (Betty Subaryati, 2005; 18).

Kajian yang dibuat oleh Ahmad Shukri Jainudin (2003) menunjukkan bahawa
golongan muda adalah kurang dalam pengetahuan dan pengamalan pengurusan
jenazah. Akibat dari kurangnya pengetahuan di dalam bidang ini, mereka mencipta
alasan untuk tidak turut serta dalam pengurusan jenazah kerana mereka tidak tahu
cara untuk mengendalikan jenazah. Selain itu ia juga berpunca dari sikap masyarakat
sekeliling yang tidak prihatin dan menyerahkan urusan jenazah kepada mereka yang
ahli dalam bidang tersebut sahaja.

Di samping itu, pengurusan jenazah bukanlah satu bidang yang semua orang
berminat ataupun mampu melakukannya. Apatah lagi bidang ini merupakan suatu
bidang yang amat mencabar. Ia bukan sahaja menuntut orang-orang yang
mengendalikannya arif dengan bidang ini tetapi seseorang yang hendak menguruskan
jenazah ini perlu sabar, kuat iman, cekal dan tabah menanganinya. Lebih-lebih lagi
apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk kematian seperti jenazah yang
kemalangan, mati lemas, mayat yang terbakar, mayat yang tidak cukup anggota dan
seumpamanya. Tidak ramai yang mampu berhadapan dengan situasi sedemikian
(Betty Subaryati, 2005; 18).
6

Pandangan atau tanggapan bahawa sudah ada golongan yang terlibat, lebih-
lebih lagi ia hanyalah 'fardhu kifayah' menyebabkan tanggung jawab tersebut
dirasakan sudah terlepas kerana sudah ada orang yang akan menguruskannya. Maka
terjadilah keadaan di mana hanya orang-orang tua atau ahli jawatan kuasa masjid
atau pengurus khairat kematian sahaja yang menguruskan hal-hal kematian di
sesebuah tempat.

Meskipun senario masa kini, majoriti masyarakat Islam di Malaysia


mendapat pendedahan pendidikan agama, namun tidak ramai yang benar-benar mahu
terlibat di dalam bidang pengurusan jenazah. Akibatnya tidak ramai yang mahir
untuk menguruskan jenazah kerana tidak mempraktikkannya. Ilmu yang ada hanya
tersimpan di dada mereka tetapi tidak pula diamalkan (Betty Subaryati, 2005; 18).

Masalah ini semakin meruncing apabila kajian yang dilakukan oleh Muniroh
Ahmad (1988: 15)mendapati bahawa sesetengah golongan masyarakat juga jarang
untuk melibatkan golongan muda untuk menghulurkan bantuan di dalam pengurusan
jenazah kerana mereka beranggapan golongan muda tidak berkemahiran di dalam
menguruskannya. Disebabkan faktor ini, golongan muda lebih bersikap "lepas
tangan", seterusnya menyebabkan mereka tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Mahasiswa yang majoritinya terdiri dari golongan muda merupakan aset


terpenting negara. Mereka juga merupakan pelapis generasi kepimpinan hari ini yang
akan mencorak dan memimpin dunia pada masa hadapan. Justeru, pelbagai
tanggungjawab dan harapan digalas dibahu mereka dalam mewujudkan kepimpinan
yang terbilang di masa akan datang. Sebagai mahasiswa, mempersiapkan diri dengan
ilmu duniawi dan ukhrawi amat penting bagi memastikan segala apa yang di
harapkan dari masyarakat sekeliling dapat direalisasikan dengan sempurna.
7

1.3 Pernyataan Masalah

Bagi mengatasi masalah kurangnya sambutan golongan muda dalam


menguruskan jenazah, pelbagai usaha telah dilakukan antaranya ialah dengan
mewujudkan Program Pengurusan Jenazah. Masjid Sultan Ismail UTM, merupakan
salah satu masjid yang sering melaksanakan program ini. Tumpuan utama program
ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang hal-hal yang
berkaitan dengan pengurusan jenazah.

Sebagai masyarakat berilmu, mahasiswa sepatutnya mahir dalam bidang


seumpama ini terutama kepada mahasiswa-mahasiswa yang akan menjadi seorang
pendidik. Ini disebabkan oleh kehidupan mereka yang akan berhadapan dengan
masyarakat secara langsung kelak dan guru biasanya sering menjadi tempat rujukan
masyarakat. Namun sejauh manakah persepsi mereka terhadap Program Pengurusan
Jenazah ini?. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi melihat"Persepsi Mahasiswa
Islam Fakulti Pendidikan UTM Terhadap Program Pengurusan Jenazah" .

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi mahasiswa UTM terhadap Program


Pengurusan Jenazah yang diadakan di sini. Fokus utama dalam kajian ini ialah untuk
mengkaji perkara-perkara berikut:

i) Mengenal pasti tanggapan pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan terhadap


Program Pengurusan Jenazah.
8

ii) Melihat persepsi pelajar Fakulti Pendidikan terhadap kepentingan


Program Pengurusan Jenazah.

iii) Mengkaji tentang minat pelajar terhadap Program Pengurusan Jenazah.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik menumpukan kepada beberapa


persoalan kajian yang perlu dijawab. Persoalan tersebut ialah:

i) Apakah tanggapan pelajar khususnya pelajar tahun 5 Fakulti Pendidikan


terhadap Program Pengurusan Jenazah?

ii) Adakah Program Pengurusan Jenazah penting bagi pelajar-pelajar Fakulti


Pendidikan?

iii) Adakah pelajar berminat untuk mengikuti Program Pengurusan Jenazah?

You might also like